Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PROSES PENGAWETAN TUMBUHAN SECARA KERING.

Pengawetan tumbuhan dilakukan melibatkan proses-proses berikut:


1. Pengumpulan
Spesimen tumbuhan yang dipilih dan di pungut ialah Pokok Paku pakis.
Spesimen ini telah diambil di Kampung Lanai Kupang Kedah. Spesimen yang
diambil dipastikan segar dan sihat. Beberapa bahagian penting juga dikenal
pasti terdapat pada tumbuhan dikumpul. Antaranya daun, batang dan akar.
2. Penekanan
Selepas spesimen pokok paku pakis dikumpulkan, spesimen telah disusun
secara mendatar di antara surat khabar lama. Setiap bahagian tumbuhan
dipastikan diletak elok dan terkembang agar mudah dilihat. Kemudiannya lagi,
bahagian daun juga diselang selikan antara bahagian yang terlentang dan
tertiarap. Selepas spesimen tumbuhan disusun rapi, sekeping papan nipis
diletakkan di bahagian atas dan bawah susunan spesimen. Kemudiannya,
spesimen itu diketatkan di antara papan nipis lain menggunakan alat pengetat.
Setelah seminggu spesimen ditekan, spesimen itu kemudiannya di bawa
ke bilik

untuk ditekankan lagi menggunakan alat pemberat lain.

3. Pengeringan
Pengeringan spesimen dilakukan di bawah alat tekanan dan alat pemberat.
Pemberat dan alat tekanan digunakan membantu menekan dan mengeluarkan
cecair di dalam spesimen untuk menjadi kering. Surat khabar yang digunakan
untuk mengalas spesimen turut ditukar selang seminggu.

4. Pemanjangan (Susun dan Lekat)


Setelah spesimen kering, spesimen diletakkan di atas mounting board yang
berwarna putih berukuran 30 x 40 cm. Warna cerah seperti putih digunakan
bertujuan agar bahagian-bahagian tumbuhan itu jelas dapat dilihat. Spesimen
dilekatkan di atas mounting board menggunakan gam (glue stick).
5. Pengelasan
Dalam mengenalpasti spesimen, pengumpul telah pun melakukan beberapa
rujukan dan pencarian maklumat dari pelbagai sumber. Antaranya daripada
sumber internet yang banyak memberikan maklumat yang mencukupi. Selepas,
maklumat diperolehi, tumbuhan spesimen dapat dikenalpasti dan diketahui
dari segi nama, ciri-ciri, sifat dan kegunaannya serta lain-lain lagi.
6. Pelabelan
Selepas pemerolehan maklumat mengenai spesimen dibuat, spesimen daun
sederi dilabelkan. Segala maklumat dijadualkan dan dilabelkan di sebelah kanan
bawah spesimen.
7. Penyimpanan
Spesimen yang telah siap dilabel dibalut kemas dengan plastik lutsinar agar
bertujuan untuk menjaga spesimen daripada rosak dan tahan lama. Spesimen
kemudiannya disimpan elok dan disusun kemas.

You might also like