Refleksi Program Jelajah Alam Lestari

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

REFLEKSI PROGRAM JELAJAH ALAM LESTARI

PERSATUAN GABUNGAN PELAJAR PAI 1 & 2


NURUL AIN BINTI AHAMAD SHABUDIN
931231-02-5228

Alhamdulliah, syukur pada hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya, penulis dan
rakan-rakan telah berjaya menyelesaikan satu program bagi Persatuan Gabungan Pelajar
Pai 1&2 bagi tahun 2015. Pelbagai pengalaman, cabaran dan dugaan yang telah penulis
tempuhi sepanjang menjayakan program ini.
Antara aktiviti bagi kelab ini ialah pemfokusan kepada aktiviti yang melibatkan alam
sekitar. Oleh itu, hasil perbincangan dan muafakat daripada guru-guru pelatih Pendiidkan
Islam 1 dan 2 maka tercetus idea untuk mengadakan aktiviti persatuan di Hutan Lipur
Chemerong, Dungun pada 12 Oktober 2015.
Bagi melancarkan perancangan aktiviti persatuan ini, kesemua guru pelatih telah
dibahagikan kepada beberapa jawatankuasa kerja dan pelaksana seperti jawatankuasa
makanan, pengangkutan, hadiah dan cenderahati, aktiviti dan sebagainya. Dengan
pembahagian sebegini, gerak kerja lebih kemas dan tersusun. Penulis telah ditaklifkan
sebagai antara jawatankuasa menyediakan makanan dan minuman, menguruskan hal
ehwal makan minum pada hari kejadian. Penulis telah ditaklifkan sebagai jawatankuasa
makanan dan minuman bersama-sama lagi tiga orang lagi guru pelatih. Antara tugas kami
ialah menetapkan menu bagi program tersebut, menguruskan borang Law of Order (LO)
yang telah diluluskan bersama-sama kertas kerja program ini serta memastikan makanan
dan minuman cukup untuk semua peserta dan pensyarah yang terlibat semasa hari kejadian
berlangsung. Oleh itu, kami telah menetapkan tiga menu meliputi sarapan, makan tengah
hari dan minum petang. Kesemua menu ini menggunakan duit LO sepenuhnya dan terdapat
tambahan duit untuk membeli buah pisang.
Hasil dan dapatan daripada gerak kerja ini yang dapat penulis nyatakan sepanjang
berkhidmat sebagai jawatankuasa makanan terbahagi kepada empat bahagian iaitu,
kekuatan yang diperolehi, kelemahan yang boleh diatasi, peluang yang boleh ditambah baik
pada masa hadapan serta ancaman yang boleh dibaiki kelak untuk program-program
seterusnya. Antara kebaikan dan kekuatan sepanjang menjalankan gerak kerja ini ialah
penulis dapat menguruskan borang LO dengan baik dan dapat mempelajari prosedur
1

borang tersebut. Walaupun sebelum ini, penulis pernah terlibat menguruskan borang LO
dalam program BIG, namun ilmu yang lama tidak diamalkan menyebabkan penulis terlupa
akan prosedur yang harus dilakukan. Namun begitu, penulis telah mengambil inisiatif
berjumpa dengan pensyarah bagi membantu menyelesaikan prosedur tersebut. Selain itu,
pengalaman berhadapan dengan kerenah peserta yang mahukan itu dan ini semasa
menjalankan gerak kerja ini juga merupakan kekuatan kepada penulis.
Di samping itu, penulis juga mendapati terdapat beberapa kelemahan yang boleh
dibaiki pada masa akan datang. Antaranya, jawatankuasa makanan perlu lebih cakna
terhadap kebajikan pensyarah. Semasa aktiviti berlangsung, jawatankuasa makanan tidak
menyediakan minuman kepada pensyarah. Hal ini walaupun nampak remeh namun harus
dipandang serius kerana melibatkan kebajikan pensyarah. Jawatankuasa makanan terlepas
pandang mengenai hal tersebut dek terleka dengan aktiviti yang dijalankan semasa hari
kejadian dan ini menjadi ingatan kepada penulis untuk program mendatang. Selain itu,
jawatankuasa makanan perlu lebih teliti berikutan semasa sarapan dihidangkan, tiada sudu
mahupun garpu disediakan menyebabkan guru pelatih kurang selesa untuk makanan,
ditambah pula bersarapan di atas bas yang bergerak. Hal ini menyukarkan para guru pelatih
untuk mencuci tangan selepas makan.
Walau bagaimanapun, penulis mendapati terdapat peluang dan ruang yang boleh
diberi penambahbaikan pada masa akan datang. Selepas selesai mendaki Gunung
Chemerong, kebanyakan peserta kelaparan dan roti serta air kotak yang dibekalkan masih
belum dapat mengenyangkan perut masing-masing. Oleh itu, untuk jawatankuasa makanan
kelak boleh menambah menu yang lebih berat kerana banyak tenaga telah digunakan
semasa mendaki gunung. Selain itu, jawatankuasa makanan juga boleh menyediakan tong
air mineral supaya para guru pelatih boleh mengambil minuman setelah air yang dibekalkan
habis diminum.
Namun begitu, semasa menjalankan program ini, terdapat juga ancaman yang
dihadapi oleh penulis dan rakan jawatankuasa makanan yang lain. Antaranya, kami terlupa
menyediakan bajet tambahan makanan sarapan kepada drebar bas. Hal ini menyebabkan
drebar bas terpaksa berhenti sekejap untuk sarapan pagi kerana kami telah bertolak awal
daripada IPG. Walau bagaimanapun, untuk makanan tengah hari, pembekal makanan yang
telah menyediakan makanan ini telah melebihkan dua bungkus makanan bagi menu tengah
hari. Oleh itu, kesemua peserta, pensyarah dan staf yang terlibat dapat menikmati makan
tengah hari dengan baik. Hal ini walaupun kelihatan remeh di mata orang lain namun bagi
jawatankuasa makanan, hal ini merupakan perkara yang serius dan tidak harus diulangi lagi.

Berdasarkan refleksi gerak kerja di atas, penulis menyarankan beberapa perkara


untuk dibuat penambahbaikan untuk program akan datang seperti menyediakan menu
makanan yang lebih berat setelah menjalankan aktiviti berat seperti mendaki gunung. Selain
itu, jawatankuasa makanan perlu memantau semasa mengagihkan makanan supaya
makanan dan minuman cukup untuk kesemua peserta.
Dalam program sehari di Hutan Lipur Chemerong ini, terdapat beberapa aktiviti telah
dijalankan bagi mengisi ruang masa yang ada. Antara aktiviti awal yang diadakan serentak
adalah pertandingan memasak, pertandingan mencipta seni kreatif dan pertandingan
fotografi. Ketiga-tiga aktiviti ini dijalankan serentak cuma berbeza mengikut pelaksanaan
kepegawaiannya. Penulis telah terlibat dalam mengendalikan pertandingan seni kreatif dan
menjadi peserta bagi kategori yang sama apabila bertukar kelas Pendidikan Islam 2 menjadi
pegawai bertugas. Aktiviti pertandingan seni kreatif sangat menarik dan menyeronokkan.
Pada awalnya, kami di jawatankuasa pertandingan bingung dan khuatir pertandingan ini
membosankan dan tidak berjaya menarik minat peserta. Namun begitu, semasa hari
kejadian, kesemua peserta seronok bermain dan berjaya menarik perhatian mereka serta
dapat mencungkil bakat kreatif dalm diri masing-masing.
Setelah itu, aktiviti mendaki Gunung Chemerong hingga ke kawasan air terjun
Chemerong menjelang tengah hari. Aktiviti mendaki gunung tersebut begitu menguji metal
dan fizikal dek sudah terlalu lama tidak mendaki gunung. Ditambah pula dengan kurangnya
stamina dan mental yang lemah menyebabkan penulis hampir berputus asa meneruskan
pendakian. Namun begitu, semangat rakan-rakan serta kata-kata motivasi memberi
kekuatan kepada penulis untuk berhadapan dengan cabaran dan meneruskan pendakian.
Sepanjang pendakian tersebut, penulis dapat mencabar diri dengan berjaya mendaki hingga
ke kawasan air terjun dan berpeluang melihat sendiri kekuasaan Allah SWT. Hasil daripada
kekuatan diri meneruskan pendakian telah membuahkan hasil apabila berpeluang
menjejakkan kaki di kawasan air terjun yang tetringgi di Asia. Peluang ini hnanyalah sekali
seumur hidup kepada penulis yang tidak berpa gemar sukan pendakian. Sehubungan
dengan itu, penulis secara jujur berterima kasih kepada pengarah program yang
bersungguh-sungguh memujuk penulis dan rakan-rakan untuk mengadakan aktiviti
persatuan sebegini.
Melalui aktiviti persatuan yang telah dijalankan, kesimpulan yang boleh dibuat ialah
kita pasti boleh melakukan apa sahaja asalkan ada kemahuan. Walaupun hanya sehari
program diadakan, namun memberi kepuasan kepada penulis dan ia merupakan
pengalaman baru yang tidak dapat dilupakan.

You might also like