Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TEKS PENGACARA MAJLIS PERSARAAN TUAN HAJI TAUFIK B

HASHIM
Intro

Pagi yang indah penuh ceria. hari yang berbahagia penuh bermakna kita raikan
Majlis Persaraan Tuan Haji Taufik Bin Hashim, PK Ko-kurikulum Sekolah
Kebangsaan Genting(SKG),
BismilLahir Rahmanir Rahim . Assalamu `Alaikum W.B.T
Yang Berusaha Pn Hajjah Faridah bt Sulaiman, Guru Besar SK Genting.
Yang Dihormati Tuan Haji Nazri b Mohd Salleh, Guru Penolong Kanan 1,
Pn. Faizah Bt Mohd Khir, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Yang Dihormati En Azizan B. Abdul Rahim, Naib Yang Dipertua PIBG SKG.
Yang Diraikan Tuan Haji Taufik B Hashim, PK Ko-kurikulum SKG,
Seterusnya, murid-murid, hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke:
Majlis Persaraan Tuan Haji Taufik B Hashim, PK Ko-kurikulum SKG
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal BismilLah pembuka bicara
Sarung ketupat berisi inti
Dibawa budak sambil berlari
Kehadiran semua sangat dihargai
Moga Majlis bertambah seri

Bacaan doa

Bunga mawar cantik tersemat


Dipetik gadis di tepi titi
Doa dibaca memohon Rahmat
Moga Majlis sentiasa diberkati
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini,
marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan
dibacakan oleh:
Ustaz Solahuddin B Tahir.
Majlis dengan segala hormatnya dipersilakan.
Amin Amin Ya Rabbal `Alamin
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ustaz
Solahuddin B. Tahir atas bacaan doa itu tadi.

Ucapan
wakil murid

Jasamu dikenang
Budimu tak terbilang

Semangatmu dijulang
Kepimpinanmu gemilang
Begitulah yang boleh kita perkatakan di atas segala bakti dan kepimpinan yang
ditaburkan oleh Yang Diraikan Tuan Haji Taufik B. Hashim sepanjang
perkhidmatan beliau di dalam dunia pendidikan yang berakhir sebagai PK Kokurikulum SKG.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian,
Majlis diteruskan dengan ucapan daripada wakil murid Nur Natalya Afiqah Bt
Mazlan Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada Nur Natalya Afiqah Bt Mazlan di atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.
Ucapan wakil
guru

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan wakil guru En. Wan Mohd
Saidi B Wan Ibrahim, untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada En. Wan Mohd Saidi B Wan Ibrahim, atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan NYDP
PIBG

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang dihormati En


Azizan B. Abdul Rahim NYDP PIBG untuk menyampaikan ucapannya.
Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang dihormati En Azizan B. Abdul Rahim NYDP
PIBG atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.

Ucapan GB

Majlis seterusnya ingin menjemput dan mempersilakan kepada yang Berusaha


Tn Hj Nazri B. Mohd Salleh PK1 SKG untuk mewakili Puan Guru Besar SKG
untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan.
Terima kasih diucapkan kepada yang Tn Hj Nazri B. Mohd Salleh atas ucapan
yang telah disampaikan sebentar tadi.

Persembahan
Pantun

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,


Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini, marilah kita sama-sama saksikan
persembahan pantun khas yang ditujukan untuk Yang Diraikan Tuan Haji Taufik B
Hashim. Dengan segala hormatnya di persilakan.
Demikianlah tadi persembahan pantun yang mencuit rasa dan menjadi ingatan
untuk kita semua.

Persembahan

Majlis kita pada hari ini diteruskan dengan persembahan istimewa oleh guru-guru

Guru

SKG. Marilah sama-sama kita saksikan persembahan daripada guru-guru yang


akan menyampaikan lagu yang bertajuk Doa Perpisahan (Brothers) dan Pergi
(Aizat). Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Demikianlah tadi persembahan yang sungguh syahdu dan istimewa dari guruguru SKG untuk Yang Diraikan, Tn Hj Taufik.

Bacaan biodata
Ucapan Tn Hj
Taufik

Bacaan biodata oleh Puan Siti Mariam Bt


Buah mengkudu buah bidara
Mari disimpan didalam dulang
Hari ini tuan genap bersara
Jasa baik tuan tetap dikenang
Seterusnya, tibalah waktu yang kita nanti-nantikan iaitu ucapan daripada Yang
Diraikan Tuan Haji Taufik B Hashim PK Ko-kurikulum SKG. Majlis dengan segala
hormatnya menjemput dan mempersilakan.
Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang
Diraikan Tuan Haji Taufik B Hashim atas ucapan itu tadi.

Tayangan
multimedia

Tiap pertemuan pasti ada perpisahan


Itu adat, itu lumrah kehidupan
Begitulah rentetan perjalanan
Walau sukar untuk ditelan
Tapi kaki tetap mengorak jalan
Selagi hayat dikandung badan
Untuk itu, marilah sama-sama kita saksikan persembahan multimedia sempena
persaraan Yang Diraikan Tuan Haji Taufik B Hashim PK Ko-kurikulum SKG
Sebentar tadi kita telah saksikan persembahan multimedia sempena persaraan
Yang Diraikan. Mudah-mudahan persembahan multimedia tersebut dapat
memberi sumber inspirasi dan kenang-kenangan buat kita semua.

Upacara
pemotongan
kek

Dengain ini, majlis menjemput Yang Diraikan Tn Hj Taufik B Hashim diiringi oleh
Tn Hj Nazri B Mohd Salleh, PK1 SKG ke atas pentas/ ke hadapan pentas untuk
acara memotong kek.
Di hari yang istimewa ini, dijemput Tn Hj Nazri B Mohd Salleh untuk menyuapkan
kek kepada Yang Diraikan Tn Hj Taufik B Hashim.
Terima kasih diucapkan kepada Tn Hj Nazri B Mohd Salleh.

Upacara
pemberian
hadiah

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian


Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian cenderamata sebagai tanda
kenang-kenangan buat insan yang kita raikan pada hari ini iaitu Tuan Haji Taufik
B Hashim
Sebelum itu, Majlis dengan segala hormatnya ingin menjemput dan
mempersilakan kepada Tuan Haji Nazri B. Mohd Salleh,untuk mengiringi Yang
Diraikan Tuan Haji Taufik B Hashim untuk menerima cenderamata kenangkenangan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.
Kita akan mulakan dengan penyampaian cenderamata daripada wakil-wakil
kelas.

Kelas
Dipersilakan wakil daripada kelas Pra-sekolah, I Wawasan, 1 Budiman, 1 Idaman,
2 Wawasan, 2 Budiman, 2 Idaman, 3 Wawasan, 3 Budiman, 3 Idaman, 4
Wawasan, 4 Budiman, 4 Idaman, 5 Wawasan, 5 Budiman, 5 Idaman, 6 Wawasan,
6 Budiman, 6 Idaman,

Badan
Kebajikan Guru

PIBG
Wakil staf
pentadbiran

Seterusnya Majlis mempersilakan kepada Yang Dihormati En. Wan Mohd Saidi B
Wan Ibrahim untuk menyampaikan cenderamata daripada Badan Kebajikan
Guru dan Kakitangan SKG.
Sekarang kita jemput Yang Dihormati En Azizan B Abdul Rahim Naib Yang
Dipertua PIBG untuk menyampaikan cenderamata kenang-kenangan kepada
yang diraikan Tuan Haji Taufik B Hashim.
Sekarang kita menjemput wakil staf pentadbiran untuk menyampaikan
cenderamata kenang-kenangan kepada yang diraikan Tuan Haji Taufik B Hashim.
Dijemput Pn __________________ yang mewakili Tan Mark untuk
menyampaikan cenderamata kepada Tuan Haji Taufik B Hashim.

Wakil Tan Mark


Ustaz Majid

Sekarang dijemput Ustaz Majid Bin ___________ untuk menyampaikan


cenderamata kepada Yang Diraikan Tuan Haji Taufik B Hashim.
Itulah tadi upacara penyampaian cenderamata kenang-kenangan khusus buat
Yang Diraikan Tuan Haji Taufik B Hashim.
Majlis merakamkan ribuan terima kasih kepada Yang Diraikan Tuan Haji Taufik B
Hashim.atas kesudian menerima cenderamata itu tadi. Majlis turut merakamkan
ribuan terima kasih di atas kesudian Yang Berusaha Tuan Haji Nazri B. Mohd
Salleh Guru Penolong Kanan 1 mengiringi Yang Diraikan Tuan Haji Taufik B
Hashim sebentar tadi.
Majlis turut merakamkan ribuan terima kasih kepada semua penyampai
4

cenderamata sebentar tadi.


Penutup
Kuning emas masaknya padi
Mawar merah dalam jambangan
Terima kasih daun keladi
Budi tuan jadi kenangan
Tuai padi antara nampak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Majlis sudah sampai ke penghujungnya, kami selaku pengacara ingin memohon
ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang kami mengacarakan Majlis
ini.
Kami semua mendoakan agar Yang Diraikan Tuan Haji Taufik B Hashim
bertambah ceria dan bahagia di dalam kehidupan seharian.
Pergi ke dusun memetik kelapa
Kelapa muda si kelapa barli
Jari disusun maaf dipinta
Panjang usia bersua kembali

Dengan ini, berakhirlah sudah Majlis kita pada hari ini. Sebelum bersurai, muridmurid diminta beratur di sepanjang corridor untuk mengucapkan selamat tinggal
kepada Yang Diraikan Tuan Hj Taufik B Hashim.
Sekian sahaja, salam hormat, Wa BilLahit Taufiq walHidayah Wassalamu
`Alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barakatuh.

You might also like