Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

Gagasan Malaysia 1963

Pendahuluan
Konsep Persekutuan Tanah Melayu pada mulanya dicadangkan oleh Lord
Brassey, iaitu Pengarah Syarikat Borneo Utara British pada tahun 1887 yang
merangkumi penyatuan Tanah Melayu, Singapura dan Borneo. Pada tahun 1947
Sir Malcom MacDonald, Pesuruhjaya Tinggi British Asia Tenggara
mencadangkan idea yang sama. Konsep negara berbentuk persekutuan semakin
menarik perhatian apabila Tunku mencadangkan penubuhan Malaysia dalam
Perhimpunan Agong UMNO 25 Disember 1955. Setelah Tanah Melayu mencapai
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, Tunku sekali lagi mencadangkan penubuhan
Malaysia, iaitu pada 27 Mei 1961. Cadangan ini telah disambut baik oleh
kerajaan British kerana tujuan penubuhan Gagasan Malaysia adalah untuk
mewujudkan sebuah negara yang kuat dari segi ekonomi, politik dan sosial.
Faktor-faktor Pembentukan Gagasan Malaysia
1. Perkembangan politik di Singapura.
a. Ancaman komunis merupakan masalah serius kepada negara. Masalah yang
sama turut berlaku di Singapura. Pengaruh komunis meluas di Singapura pada
tahun-tahun 1950-an. Fahaman komunis telah merebak ke sekolah-sekolah Cina
dan kesatuan-kesatuan sekerja. Fahaman komunis telah menyerap masuk ke
dalam Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang memerintah pada masa itu. Keadaan ini
memberi tekanan politik yang kuat ke atas Lee Kuan Yew. Tunku bimbang
sekiranya pengaruh komunis di Singapura tidak dibendung kemungkinan besar
fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu. Kejayaan golongan komunis
menguasai sebahagian ahli PAP telah membawa kepada penubuhan Parti
Sosialis yang dipimpin oleh Lim Chin Siong. PAP akhirnya mengalami
perpecahan sehingga mengalami kekalahan kepada Parti Sosialis dalam pilihan
raya 1961 di kawasan Hong Lim dan Anson. Keadaan ini menguatkan alasan
Singapura untuk menyertai Gagasan Malaysia.
b. Lee Kuan Yew cuba menghapuskan golongan kiri dalam PAP dengan
menyingkirkan golongan tersebut dari PAP, namun pengaruh golongan kiri
semakin berkembang. Keadaan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman
kemungkinan fahaman komunis akan merebak ke Tanah Melayu.
Ketidakmampuan Lee Kuan Yew membendung pengaruh komunis bukan sahaja
membimbangkan Tunku tetapi juga membimbangkan Britain dan Amerika
Syarikat. Oleh itu, kedua-dua negara itu menyokong gagasan Malaysia yang
dikemukakan oleh Tunku.
2. Perkembangan politik di Sarawak.
a. Pengaruh komunis turut berkembang di Sarawak sejak zaman pendudukan
Jepun lagi. Pihak komunis telah menubuhkan Liga Belia Demokratik Cina
Seberang Laut pada tahun 1947. Namun, pertubuhan itu diharamkan setahun
kemudian apabila darurat diisytiharkan. Bagi menggantikannya sebuah
pertubuhan sulit ditubuhkan iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak (SAYA).

Pertubuhan ini telah menghasut orang-orang Cina terutamanya dalam kalangan


pelajar dan petani. Kesatuan sekerja dan sekolah-sekolah Cina di luar bandar
telah digunakan untuk menentang Inggeris. Antara propaganda yang dimainkan
oleh pihak komunis ialah sistem pendidikan Inggeris dikatakan mengancam
pendidikan Cina.
b. Pengaruh komunis semakin kuat apabila mereka berjaya menembusi Parti
Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP). Kerajan British telah melancarkan operasi
pisang bagi membanteras komunis dalam SUPP tetapi gagal. Semua ini telah
mendorong kepada pergabungan dalam Malaysia. Selain itu, pihak British
bimbang dengan ancaman komunis dari Indnesia. Parti Komunis Indonesia (PKI)
telah merebak ke wilayah-wilayah Borneo dan ini telah mengancam kepentingan
dan kedudukan British di Sarawak. Kebimbangan semakin memuncak apabila
pengaruh PKI mula merebak ke Brunei.
3. Mempercepatkan proses kemerdekaan
a. Penubuhan Malaysia telah mendorong mempercepatkan proses kemerdekaan
Sabah, Sarawak dan Singapura. Ini disebabkan negeri-negeri tersebut berada
dalam satu sistem pentadbiran yang sama, iaitu British. Malahan negeri-negeri ini
mempunyai hubungan politik dan ekonomi dengan Tanah Melayu semasa
pentadbiran British. Oleh itu, Tanah Melayu, Singapura dan negeri-negeri Borneo
akan mendapat faedah keseluruhnnya semasa pemerintahan British. Jika Sabah,
Sarawak, Brunei dan Singapura memperoleh kemerdekaan secara berasingan
sebelum tahun 1963, Tunku berpendapat negeri-negeri tersebut belum bersedia
dari segi politik dan sebagainya.
b. Pada masa itu Sabah dan Sarawak mempunyai Majlis Eksekutif dan legislatif
yang semuanya dilantik oleh gabenor. Brunei pula diperintah oleh seorang sultan.
Walau bagaimanapun, tiada perbezaan ketara antara pentadbiran negeri itu
dengan negeri yang wujud di tanah jajahan British yang berjiran dengannya. Di
Sarawak pilihan raya kerajaan tempatan telah diadakan pada tahun 1959 dan
1963, manakala di Borneo Utara pilihanraya pertama Lembaga Bandaran dan
Majlis Daerah diadakan pada Disember 1962. Di Brunei pula pilihanraya Majlis
Penasihat Negeri diadakan pada Ogos 1962.
c. Kerajaan British telah mencadangkan pemerintahan sendiri bagi wilayahwilayah Borneo atau bercantum dengan Tanah Melayu. Tunku berpendapat
melalui percantuman dengan Tanah Melayu rancangan komunis akan dapat
digagalkan dan kemerdekaan negeri-negeri Borneo dapat dipercepatkan.
Kerajaan British telah berjanji untuk memberi kemerdekaan dalam tempoh yang
terdekat sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bersedia menyertai
Persekutuan Malaysia.
4. Keseimbangan Kaum.
a. Kemasukan negeri-negeri Borneo dalam Malaysia juga untuk mewujudkan
keseimbangan komposisi kaum. Tunku sedar bahawa kemasukan Singapura

akan menimbulkan keadaan tidak seimbang dari segi pecahan kaum di Malaysia.
Ini disebabkan lebih 75% penduduk Singapura adalah kaum Cina, sedangkan di
Tanah Melayu, orang Melayu hanya 49% dan selebihnya orang Cina dan India.
Keadaan ini akan menggugat kedudukan orang Melayu dalam jangka panjang.
Orang Melayu berkemungkinan akan hilang kedudukan istimewa dan hak
mereka akan dicabar oleh kaum Cina. Tunku berpendapat adalah perlu Sabah,
Sarawak dan Brunei dimasukkan ke dalam penubuhan Malaysia.
5. Kerjasama Ekonomi antara wilayah
a. Sebelum penubuhan Malaysia kemajuan ekonomi antara Tanah Melayu,
Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura adalah tidak seimbang. Tanah Melayu,
Singapura dan Brunei lebih berkembang pesat akibat ramai pelabur Eropah telah
melabur di negeri-negeri berkenaan sedangkan ekonomi di Sabah dan Sarawak
masih mundur. Contohnya hasil ekspot bijih timah dan getah telah menyumbang
sumber pendapatan terbesar Tanah Melayu. Singapura telah berkembang pesat
dalam kegiatan perdagangan. Brunei pula kaya dengan hasil minyak. Oleh itu,
penubuhan Persekutuan Malaysia dijangka akan mewujudkan kerjasama dan
kesimbangan ekonomi yang menguntungkan kepada negeri-negeri berkenaan.
Kesimpulan
Kesimpulannya, pembentukan Gagasan Malaysia telah dapat menyekat
perkembangan pengaruh komunis di Tanah Melayu, Singapura , Sabah dan
Sarawak. Selain itu, pembentukan Gagasan Malaysia juga mempercepatkan
kemerdekaan Sabah dan Sarawak. Di samping itu, dapat membantu
perkembangan ekonomi di Sabah dan Sarawak.

BAB 6: PEMBENTUKAN MALAYSIA


PENGENALAN
Malaysia yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah pembentukan yang panjang lebar.
Pada peringkat awal, ia dikenali sebagai Tanah Melayu atau Malaya. Setelah mencapai
kemerdekaan, Parti Perikatan yang memerintah Tanah Melayu mendapati keadaan politik
yang tidak tenteram di negara-negara jiran boleh memberi kesan kepada kemerdekaan
Tanah Melayu. Justeru, Perdana Menteri Tanah Melayu yang pertama pada waktu itu, Tunku
Abdul Rahman Putra Al-Haj telah menyuarakan idea pembentukan Gagasan Malaysia yang
melibatkan Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunei.

HASIL PEMBELAJARAN
1.
2.
3.
4.

Menyatakan dan menghuraikan faktor-faktor pembentukan Malaysia.


Menjelaskan reaksi negara-negara jiran terhadap penubuhan Malaysia.
Menerangkan proses-proses pembentukan Malaysia.
Membincangkan sebab-sebab pemisahan Singapura daripada Malaysia.

6.1

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

6.1.1 MENGELAKKAN ANCAMAN DAN PENGARUH KOMUNIS

Pengaruh komunis yang semakin meluas di Asia Tenggara, terutama Singapura


membimbangkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu. Pengaruh komunis mula menyusup
masuk ke dalam parti yang memerintah Singapura sejak tahun 1959, iaitu Parti Tindakan
Rakyat (PAP) pimpinan Lee Kuan Yew. Kegiatan dan pengaruh komunis semakin kuat
apabila bekas anggota PAP berhaluan kiri menubuhkan Barisan Sosialis yang dipimpin oleh
Lim Chin Siong. Kekalahan calon PAP dalam dua pilihanraya kecil
Pada tahun 1961 bagi kawasan Hong Lim dan Anson memperlihatkan pengaruh komunis
semakin merebak di Singapura. Perkembangan ini membimbangkan Tunku Abdul Rahman
kerana beliau khuatir Singapura akan dikuasai oleh pihak komunis dan keadaan ini boleh
mengancam
keselamatan
Tanah
Melayu.
Oleh
itu,
Tunku
berpendapat
penubuhan Malaysia akan dapat menyekat pengaruh komunis daripada merebak di
Singapura.[1]

6.1.2 MEMBERI KEMERDEKAAN KEPADA SABAH, SARAWAK, BRUNEI DAN SINGAPURA

Menerusi penubuhan Persekutuan Malaysia, negeri-negeri seperti Sabah, Sarawak, Brunei


dan Singapura akan mendapat kemerdekaan lebih awal daripada yang dijangkakan. Ini
memandangkan negara-negara berkenaan masih lagi berada di bawah penjajahan British
semasa cadangan ini ditimbulkan. Dalam hal ini, Sabah dan Sarawak diletakkkan dalam
status negeri jajahan, manakala Singapura dan Brunei diletakkan sebagai negeri naungan.
Dalam perancangan penubuhan Persekutuan Malaysia, Malaysia akan ditubuhkan dalam
tempoh dua tahun. Tetapi jika Sabah dan Sarawak cubamencapai kemerdekaan secara
berasingan, besar kemungkinan kemerdekaan itu tidak akan tercapai biarpun dalam
tempoh lima tahun ataupun sebaliknya. Jadi, dengan menyertai Malaysia, Kemerdekaan
Sabah dan Sarawak boleh disegerakan.
Dalam tahun-tahun 1960-an, kerajaan British sebenarnya sedang dalam pertimbangan
untuk memberi kemerdekaan kepada tanah-tanah jajahannya. Namun Sabah
dan Sarawak merupakan wilayah jajahan British yang belum bersedia untuk merdeka
apatah lagi untuk berdikari kerana suasana ekonomi dan politiknya yang kurang
memuaskan. Tunku Abdul Rahman berpendapat kerajaan British tidak bercadang untuk
memberi kemerdekaan kepada Sabah dan Sarawak walaupun dalam masa lima tahun. Oleh
itu, Tunku percaya dengan membawa masuk Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia akan
lebih memudahkan dan mempercepatkan kemerdekaan dua wilayah ini disamping dapat
mengelakkan hasrat komunis untuk membentuk tampuk pemerintahannya.

Sekiranya kemerdekaan tidak diberikan kepada wilayah tersebut, pihak British khuatir
wilayah tersebut akan dipengaruhi oleh komunis dan akan menyebabkan British akan hilang
kepentingan ekonomi dan sosial pada masa yang akan datang. Disamping itu, terdapat juga
pengaruh-pengaruh luar seperti Filipina dan Indonesia yang berminat terhadap negeri
Sabah, Sarawak dan Brunei.

6.1.3 PERKONGSIAN FAEDAH EKONOMI

Melalui Persekutuan Malaysia, negara-negara anggota akan dapat mengadakan kerjasama


ekonomi dan perdagangan untuk faedah bersama. Secara tidak langsung, negara-negara
anggota yang kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu negara-negara anggota yang
miskin dan kekurangan sumber ekonomi sekaligus ia dapat meningkatkan pembangunan
ekonomi, terutama di Sabah dan Sarawak yang masih belum maju dari segi ekonominya.
Manakala Tanah Melayu, Singapura dan Brunei pula akan menjadi penyumbang kepada
negara-negara berkenaan. Ini kerana Tanah Melayu kaya dengan sumber bahan
mentah, Brunei pula kaya dengan sumber minyaknya. Manakala Singapura pula akan lebih
selamat dari segi ekonomi sekiranya menyertai Persekutuan Malaysia.

6.1.4 MEMBELA MASYARAKAT BUMIPUTERA DI SABAH DAN SARAWAK.

Sebelum penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia, nasib penduduk di wilayah ini
tidak sama dengan nasib penduduk di Semenanjung Tanah Melayu, terutama golongan
Bumiputera. Kebanyakan jawatan dan kegiatan ekonomi di wilayah-wilayah tersebut
dipegang oleh bangsa asing. Sebahagian besar penduduk pula terlibat dalam sektor
pertanian dan penggunaan tanah untuk sistem penanaman tetap hanya pada kadar 3%
sahaja. Jika kedua-dua wilayah tersebut digabungkan ke dalam Persekutuan Malaysia,
Kemungkinan layanan istimewa akan diberikan kepada penduduk Bumiputera Sabah
dan Sarawak adalah lebih besar. Malahan, kedudukan dan keistimewaan Bumiputera telah
termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.
Sistem perhubungan di kedua-dua wilayah ini juga daif, infrastrukturnya masih bergantung
pada sungai-sungai dan perjalanan udara. Adalah sukar untuk mewujudkan perhubungan
darat secara besar-besaran. Selain itu, golongan Bumiputera di kedua-dua wilayah ini juga
tidak mendapat layanan yang baik daripada kerajaan British manakala orang-orang luar
yang datang ke wilayah ini diberi perhatian. Justeru, tahap pendidikan, penguasaan
ekonomi, kadar celik huruf dan pengisian jawatan kerajaan lebih tinggi di kalangan orang
luar. Kaum Bumiputera yang mempunyai pendidikan tinggi sangat sedikit dan faktor ini
membataskan peluang mereka untuk menjawat sebarang jawatan dalam kerajaan.
6.1.5 MENJAGA KEPENTINGAN DAN HAK KAUM BUMIPUTERA

Menurut Tunku Abdul Rahman, gagasan pembentukan Malaysia perlu menggabungkan


wilayah-wilayah Borneo seperti Sabah, Sarawak dan Brunei bukan hanya terhad kepada
Tanah Melayu dan Singapura sahaja. Jika Tanah Melayu dan Singapura sahaja bercantum,
ini akan menghilangkan majoriti penduduk Melayu. Ini kerana Singapura mempunyai 80%
penduduk bukan Melayu dan apabila dicantumkan dengan penduduk Persekutuan Tanah
Melayu, penduduk bukan Melayu akan menjadi golongan terbesar.
Apabila pencantuman berlaku antara Tanah Melayu dan Singapura sahaja, bilangan
masyarakat Cina akan menjadi 43.5%, sementara orang Melayu menjadi 43%. Ini kerana
anggaran penduduk Tanah Melayu pada tahun 1960, orang Melayu kira-kira 50% dan orang
Cina 36.9%. Justeru, apabila penduduk Sabah dan Sarawak diambil kira, bilangan kaum
Bumiputera termasuk Melayu akan menjadi 46.3%, sementara orang Cina menjadi 42.4%.
Ini bermaksud untuk menjamin kedudukan orang Melayu dan Bumiputera tidak terancam,

kemasukkan Sabah dan Sarawakmembolehkan kumpulan Melayu dan Bumiputera kekal


sebagai kumpulan terbesar.[2]

6.2

REAKSI NEGARA-NEGARA JIRAN

Terdapat tentangan yang perlu dihadapi dari 2 negara iaitu Filipina dan Indonesia. Filipina
memprotes pembentukan Malaysia dan Indonesia pulacuba menghalang
pembentukan Malaysia.

6.2.1

FILIPINA

Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah sebahagian daripada milik negaranya.Jadi,


pembentukan Malaysia akan menyulitkan lagi tuntutan Filipina terhadap Sabah. Filipina
terus membantah walaupun rakyat Sabah memilih untuk menyertai Malaysia. Filipina
kemudianya memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia.

6.2.2

INDONESIA

Presiden Sukarno mengumumkan dasar konfrantasinya pada 20 Januari 1963 dengan


slogan Ganyang Malaysia. Alasan Sukarno ialah kerana Tanah Melayu
membelakangkan Indonesia semasa penubuhan Malaysia. Tindakan ini adalah kerana
penubuhan Malaysia mengancam idea pembentukan empayar Indonesia Raya. Ianya juga
merupakan taktik mengalih perhatian rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman.
Dasar konfrantasi Sukarno memuncak dengan penghantaran Tentera Indonesia sempadan
Sabah dan Sarawak. Tentara Indonesia juga mendarat di pantai barat Johor untuk
pengintipan. Tindakan ini dapat dibendung sehingga rancangan konfrantasi ini menjadi
semakin lemah. Pada tahun 1965, Sukarno telah digulingkan oleh Jeneral Suharto. Menteri
Luar Indonesia, Adam Malik membuat perjanjian damai bagi mengakhiri konfrantasi pada
bulan ogos 1966.

6.3

PROSES PEMBENTUKAN MALAYSIA

Proses perbincangan dan perundingan kearah pembentukan Malaysia ini sebenarnya


sangat panjang dan kompleks. Banyak perkara yang perlu dipertimbangkan dan diatasi
sebelum cadangan ini dapat direalisasikan. Beberapa tindakan juga perlu diambil bagi
memastikan pembentukanini memuaskan hati semua pihak.

6.3.1 JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA (MSCC)

Pada bulan Julai 1961, satu mesyuarat Persatuan Parlimen Komanwel (PKK) cawangan
Tanah Melayu dan Borneo telah diadakan di Singapura. Semasa mesyuarat ini, pemimpinpemimpin Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura telah mengambil peluang ini untuk
menjelaskan konsep Malaysia kepada perwakilan Sabah, Sarawak dan Brunei yang hadir ke
mesyuarat tersebut.

Penerangan ini didapati telah mengurangkan salah faham, terutama di kalangan pemimpin
tiga wilayah tersebut tentang penubuhan Malaysia. Kesan daripada persefahaman ini,
mesyuarat
telah
bersetuju
untuk
menubuhkan
Jawatankuasa
Perundingan
Perpaduan Malaysia. Jawatankuasa ini dianggotai oleh wakil-wakil dari semua wilayah yang
terlibat dalam pembentukan, sementara Donald Stephens dilantik sebagai pengerusi
jawatankuasa tersebut. Namun, perwakilan Brunei menganggap diri mereka hanya sebagai
pemerhati kerana ketidaksediaaan Brunei menyertai gabungan.
Secara amnya, jawatankuasa ini berfungsi untuk menerangkan dengan lebih jelas akan
konsep Malaysia kepada orang ramai, khususnya penduduk Sabah, Sarawak dan Brunei.
Untuk tujuan ini, jawatankuasa akan mengumpul dan membandingkan idea-idea serta
pendapat yang dikemukakan berhubung Malaysia. Keterangan-keterangan dan
perbincangan akan dilaksanakan dengan lebih giat untuk menyegerakan rancangan
pembentukanMalaysia ini. Selain itu, jawatankuasa juga seboleh mungkin berusaha
mendapatkan kata sepakat daripada pemimpin-pemimpin politik di semua daerah terbabit.
Semenjak pembentukan jawatankuasa ini, mereka telah mengadakan perjumpaan
sebanyak empat kali, iaitu pertamanya di Jesselton (Kota Kinabalu sekarang) pada 21 Ogos
1961, kedua di Kuching pada 18 Disember 1961, ketiga di Kuala Lumpur pada 6 Januari
1962 dan keempat di Singapura pada 1 Februari 1962.
Dalam perjumpaan-perjumpaan jawatankuasa dan usaha-usaha yang dilaksanakan, ramai
tokoh dari Tanah Melayu dan Singapura seperti Tunku Abdul Rahman sendiri, Ismail Yusoff,
Datu Ong Yoke Lim dan Lee Kuan Yew memainkan peranan yang sangat penting.
Perjumpaan-perjumpaan yang mereka adakan dengan pemimpin-pemimpin Sabah
dan Sarawak telah mendatangkan hasil yang baik.

6.3.2 SURUHANJAYA COBBOLD

Suruhanjaya Penyiasat Borneo Utara atau Suruhanjaya Cobbold telah ditubuhkan setelah
satu rundingan dibuat antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan kerajaan British
pada bulan November 1961. Suruhanjaya ini dilantik secara rasmi pada 16 Januari 1962.
Suruhanjaya ini dipanggil Suruhanjaya Cobbold sempena nama ketuanya, iaitu Lord
Cobbold seorang berbangsa Inggeris. Ahli-ahli suruhanjaya ini ialah Lord Cobbold, iaitu
bekas Gabenor Bank England sebagai ketua, Anthony Abell dan David Waterson yang
mewakili kerajaan British, sementara Dato Wong Pow Nee dan Tan Sri Mohd. Ghazali
Shafie sebagai wakil kerajaan Persekutuan Tanah Melayu.
Kerajaan United Kingdom dan kerajaan Persekutuan Tanah Melayu bersetuju bahawa
dengan memasukkan Borneo Utara dan Sarawak (bersama-sama dengan lain-lain negeri)
ke dalam Persekutuan Malaysia yang dicadangkan itu, banyak faedah diperoleh rakyat
Negara-negara yang berkenaan. Matlamat penubuhan Suruhanjaya Cobbold adalah untuk
menyiasat fikiran rakyat Borneo Utara dan Sarawak berkenaan hal ini dan membuat syorsyor setelah menimbangkan fikiran itu.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya selama dua bulan bermula pada 19 Februari 1962
dan berakhir pada bulan April 1962. Dalam tempoh dua bulan tersebut, Suruhanjaya
Cobbold telah mengadakan 50 perjumpaan di 35 buah tempat, iaitu 20 di Sarawak dan 15 di
Sabah serta telah menemui lebih daripada 4000 orang yang mewakili kira-kira 690 buah

kumpulan. Selain itu, suruhanjaya ini juga mempelawa dan menerima surat-surat atau
memorandum daripada orang ramai untuk menyuarakan pandangan mereka. Semasa
menjalankan tugasnya, suruhanjaya telah menerima lebih daripada 2000 (lebih kurang 600
pucuk surat dari Sabah dan selebihnya dari Sarawak ) memorandum yang dikemukakan
sama ada oleh lembaga-lembaga bandaran, ketua-ketua kaum, Majlis Daerah, parti-parti
politik, persatuan-persatuan, dewan-dewan perdagangan, pemimpin-pemimpin agama
mahupun orang perseorangan. Daripada keseluruhan kerja atau tugas yang dilaksanakan
oleh Suruhanjaya Cobbold ini, jelas mereka membuat tinjauan serta penyiasatan secara
menyeluruh dan mewakili sebahagian besar penduduk di kedua-dua wilayah tersebut.
Suruhanjaya Cobbold menamatkan penyiasatannya pada 18 April 1962 dan kemudian
mengemukakan sebuah laporan penyiasatan kepada kerajaan British kerajaan Persekutuan
Tanah Melayu pada bulan Jun 1962. Menurut laporan suruhanjaya ini, lebih kurang 80%
daripada penduduk Sabah dan Sarawak menyokong pembentukan ini dan sebahagian
besar daripada mereka ialah kaum Bumiputera. Secara keseluruhan, bentuk sokongan
masyarakat Sabah dan Sarawak terbahagi kepada tiga golongan iaitu:
a.
b.
c.

1/3 daripada dua buah negeri ini menyokong penuh penggabungan tanpa syarat
1/3 lagi turut menyokong, tetapi dengan syarat-syarat dan jaminan tertentu.
1/3 lagi separuhnya mahukan kemerdekaan dahulu sebelum bergabung dan separuhnya
yang menentang kerana mahu kekal dalam pemerintahan British. Bilangan yang menentang
ini dicatatkan hanya lebih kurang 20% sahaja.

6.3.3 JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN

Selepas Suruhanjaya Cobbold membuat laporan yang agak memuaskan, tugas untuk
merangka syarat-syarat Persekutuan secara terperinci telah dilakukan oleh sebuah
jawatankuasa yang dipanggil Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang diketuai oleh Lord
Landsdowne yang bertindak sebagai Pengerusi, Tun Abdul Razak Hussein sebagai
Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan
Singapura.
Jawatankuasa ini telah membentuk satu perlembagaan khususnya yang melibatkan
permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada partiparti politik di Sabah dan Sarawak.
Laporan yang dibuat oleh jawatankuasa ini menggunakan Perlembagaan Persekutuan
Tanah Melayu 1957 dan Laporan Suruhanjaya Cobbold serta cadangan yang dibuat oleh
Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia sebagai asas. Perlembagaan yang
dibentuk ini telah disahkan oleh kerajaan British pada 9 Julai 1963. Antara perkara yang
menjadi teras utama dalam perlembagaan tersebut ialah :
a.
b.

c.

Agama Islam dijadikan agama rasmi bagi seluruh Persekutuan Malaysia, kecuali Sabah
dan Sarawak.
Bahasa Melayu telah dijadikan bahasa rasmi Persekutuan Malaysia, tetapi kelonggaran
diberikan kepada Sabah dan Sarawak untuk menggunakan bahasa Inggeris dalam perkaraperkara rasmi selama 10 tahun selepas kemasukan ke dalam Persekutuan.
Kuasa kawalan imigresen di Sabah dan Sarawak akan diserahkan kepada kerajaan negeri
masing-masing walaupun peruntukan tersebut di bawah kawalan kerajaan pusat. Ini adalah

d.
e.

untuk memberi keyakinan kepada Sabah dan Sarawak bahawa tujuan Tanah Melayu
bukanlah untuk menjajah negara tersebut.
Sistem pendidikan masih dikekalkan sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
Sabah diberikan 24 perwakilan Parlimen, manakala Sarawak 16 dan Singapura 15 buah
kerusi.

6.3.4 REFERENDUM SINGAPURA

Jika peristiwa di Sabah dan Sarawak melibatkan penyiasatan oleh Suruhanjaya Cobbold,
Singapura turut membuat satu pungutan suara yang dipanggil Referendum Singapura.
Kerajaan Singapura membuat keputusan untuk mengadakan referendum sebagai satu cara
meninjau pendapat penduduk Singapura untuk mendapatkan kepastian dan pendirian rakyat
Singapura berhubung penubuhan Malaysia. Secara keseluruhan, pungutan suara ini bukan
bertujuan untuk membenarkan rakyat Singapura menolak penubuhan Malaysia, tetapi
menerima cadangan ini dengan pendirian mereka yang tertentu.

a.

b.

c.

Kerajaan Singapura membuat keputusan ini kerana yakin sebahagian besar parti politik di
Singapura menyokong cadangan Malaysia, cuma pandangan dan pendirian mereka juga
perlu diambilkira. Soal menolak sudah tidak wujud, tetapi soal penubuhan perlu
dibincangkan. Dalam pungutan suara ini, rakyat Singapura diberi tiga pilihan, iaitu :
Pilihan A rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh
kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu melalui Kertas Putih pada bulan
November 1961 (secara keseluruhan, pilihan ini mendapat 397 626 undi).
Pilihan B rakyat bersetuju untuk bergabung tanpa syarat dan kedudukan Singapura akan
menjadi seperti negeri-negeri Melayu lain di dalam Persekutuan Tanah Melayu (secara
keseluruhan, pilihan ini mendapat 9442 undi).
Pilihan C rakyat bersetuju untuk bergabung dengan syarat dan faedah yang hampir sama
seperti yang diperoleh wilayah-wilayahBorneo dengan penyertaan ini (secara keseluruhan,
pilihan ini mendapat 144 077 undi).
Referendum Singapura ini telah diadakan pada 1 November 1962. Barisan Sosialis dan
pihak komunis yang tidak bersetuju untuk bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu
telah memulau pungutan suara dengan membuang undi kosong. Namun selepas
referendum
selesai,
laporan
menunjukkan
71%
pengundi
menyokong
pembentukan Malaysia.
Penganalisis sejarah mendakwa sokongan Singapura ini adalah ekoran kejayaan kerajaan
PAP meyakinkan rakyat berhubung tiada kemungkinan taraf kerakyatan mereka akan
dilucutkan dengan penggabungan, perdagangan antarabangsa Singapura mungkin merosot
jika mereka tidak bergabung dan ancaman komunis akan dapat dibendung dengan jayanya
dengan pembentukan ini. Secara keseluruhannya, keputusan ini menunjukkan rakyat
Singapura bersetuju untuk menyertai Malaysia dengan memilih syarat A, iaitu pilihan yang
dicadangkan oleh kerajaan Singapura sendiri.[3]

6.4

PEMISAHAN SINGAPURA

Semenjak Singapura menyertai Malaysia, banyak perselisihan yang timbul antara kerajaan
Singapura dengan kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur. Perselisihan ini menjadi semakin
rumit dan melibatkan banyak isu yang tiada akhirnya. Malahan tidak mungkin untuk

Singapura terus kekal dalam Malaysia tanpa suasana tegang yang boleh mencetuskan
keganasan. Para pemimpin Malaysia, terutamanya Tunku Abdul Rahman berpendapat lebih
wajar Singapura berpisah daripada Malaysia sebagai jalan keluar terbaik untuk mengatasi
pelbagai krisis yang timbul, demi kepentingan perpaduan kaum, kestabilan ekonomi dan
menghindarkan konflik politik yang berterusan. Akhirnya Singapura berpisah
dari Malaysiapada Ogos 1965.
6.4.1 FAKTOR YANG MENYEBABKAN PEMISAHAN SINGAPURA DARI MALAYSIA.
a.

Perlembagaan.

Kebanyakkan soal yang berkaitan dengan perlembagaan berkisar tentang isu ekonomi dan
kewangan. Mengikut perjanjian Malaysia, Singapura diberi kuasa untuk memungut cukai
kastam, cukai eksais dan cukai pendapatan. Selain beberapa kekecualian, semua hasil
yang dikutip akan dibahagikan berasaskan 60% untuk Singapura dan baki 40% lagi untuk
kerajaan Persekutuan. Oleh sebab beban cukai Singapura paling ringan dan bertambahnya
perbelanjaan pertahanan, akibat konfrontasi, kerajaan Persekutuan bercadang mengkaji
semula agihan hasil dan Singapura perlu menyerahkan 60% daripada jumlah hasilnya dan
bukanya 40% seperti yang dipersetujui sebelumnya. Cadangan ini dibantah oleh Singapura
kerana mengikut perjanjian Malaysia, terdapat satu persetujuan bahawa sehingga bulan
Disember 1968, kerajaan Persekutuan perlu mendapat kebenaran kerajaan Singapura
sebelum mengenakan cukai import yang baharu. Kebenaran itu boleh ditangguhkan, jika
sesuatu jenis cukai itu boleh menjejaskan perdagangan bebas Singapura.
Pada bulan Disember 1964, apabila kerajaan Persekutuan membentangkan belanjawan
bagi tahun 1965, terdapat pelbagai cukai baharu yang dikenakan. Kerajaan Singapura
membantah pengenalan cukai-cukai baharu kerana mereka dikatakan tidak dibawa
berunding terlebih dahulu. Pada akhir bulan Februari 1965, Menteri Kewangan, Tan Siew
Sin mengarahkan para pengusaha di Singapura berunding dahulu dengan kerajaan
Persekutuan tentang perlindungan tarif, sebelum membuka kilang. Arahan ini menimbulkan
kemarahan para pengusaha di Singapura sehingga mendapat liputan media yang meluas.

b.

Persaingan Politik Antara PAP dan MCA

Keadaan ini dapat dilihat apabila pada 9 September 1963, Lee kuan Yew telah menyatakan
bahawa kegiatan politik PAP hanya terbatas di Singapura dan PAP tidak bercadang untuk
mengambil bahagian dalam pilihanraya di anah Melayu dalam tempoh lima tahun selepas
penyatuan. Kemudianya, PAP mengubah keputusan itu dan bertanding dalam pilihanraya
umum di Tanah Melayu pada tahun 1964. Pada masa tersebut Tunku Abdul Rahman
menegaskan bahawa PAP tidak diperlukan di Tanah Melayu atas sifatnya sebagai sebuah
parti perkauman Cina. Penglibatan PAP yang terlalu awal dalam kegiatan politik di Tanah
Melayu juga menjejaskan perpaduan kaum, terutama hubungan UMNO dengan MCA.
Malahan, PAP dikatakan berminat untuk mengantikan MCA bagi mewakili kaum Cina dalam
Kerajaan Perikatan.

c.

Masalah Perkauman

Masalah perkauman ini dapat dilihat pada hubungan antara UMNO dengan PAP yang
menjadi semakin renggang akibat beberapa peristiwa yang berlaku di Singapura. Setelah
menyertai Malaysia, orang Melayu di negeri itu berasa diri mereka diabaikan dan kerajaan
Singapura tidak mengambil tindakan untuk membaiki kedudukan mereka. Oleh itu,
beberapa buah pertubuhan yang mewakili orang Melayu menemui Tunku Abdul Rahman
untuk melaporkan perkara itu. Keadaan menjadi semakin rumit selepas Setiausaha Agong
UMNO, Syed Jaafar Albar menuduh pemimpin PAP, Lee Kuan Yew cuba memecahkan
perpaduan masyarakat Melayu di Singapura. Kerajaan Singapura sering mengencam
golongan yang disifatkan sebagai pelampau dalam kerajaan Persekutuan, terutama Syed
Jaafar Albar yang dituduh oleh para pemimpin PAP sebagai bertanggungjawab
menyebabkan tercetusnya rusuhan kaum di Singapura pada bulan Julai dan September
1964.
Sikap para pemimpin politik di Singapura yang memperjuangkan konsep Malaysian
Malaysia juga kurang disenangi oleh para pemimpin UMNO. Konsep ini seolah-olah
mengenepikan institusi dan mencabar kedudukan istimewa orang Melayu. Pada bulan Mei
1965, Lee Kuan Yew menubuhkan Malaysian Solidarity Convention sebagai satu pakatan
dikalangan parti pembankang dengan slogan A democratic Malaysian Malaysiauntuk
menandingi parti Perikatan. Beliau menyeru diwujudkan satu persamaan hak bagi semua
melalui satu ideologi politik, sosial dan ekonomi yang sama untuk semua kaum.
Kedudukan negeri-negeri di Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak dalam
Persekutuan Malaysia juga ditimbulkan oleh para pemimpin Singapura. Mereka
menggalakkan negeri-negeri itu menimbulkan soal perbezaan taraf ekonomi dan prinsipprinsip perlembagaan yang telah dipersetujui sehingga sesetengah pemimpin di
Sarawak, Sabah dan negeri-negeri lain bertindak balas. Memandangkan sebahagian besar
pihak pembangkang terdiri daripada bukan Melayu, keadaan ini seolah-olah mencerminkan
penentangan mereka terhadap orang Melayu yang menguasai kerajaan. Keadaan yang
berlaku bukan lagi berbentuk pertikaian antara PAP dengan UMNO, tetapi lebih menjurus
rebutan kuasa politik antara kaum Melayu dengan bukan Melayu

d.

Perbezaan Pendekatan Parti Perikatan Dan PAP

PAP berhasrat untuk mewujudkan masyarakat bukan perkauman secara serta-merta dan
berpendapat konflik timbul akibat wujudnya dua bentuk masyarakat yang berlainan. PAP
berminat untuk berdebat secara terbuka dalam hampir semua isu politik dan melaksanakan
dasar-dasar baharu dengan segera. Parti Perikatan terutama UMNO merupakan parti yang
dibentuk dengan struktur perkauman berdasarkan masyarakat majmuk yang sedia wujud
di Malaysia. Parti Perikatan berpendapat perbincangan secara terbuka tentang perbezaan
kaum boleh mencetuskan ketegangan dan kekacauan. Perbezaan pendekatan dalam
menghadapi isu-isu perkauman ini mencetuskan pergeseran antara Parti Perikatan dengan
PAP.
Kesimpulan

Hubungan yang tegang antara Singapura dengan Kerajaan Persekutuan akhirnya tiba
dikemuncaknya menjelang Mei 1965 sehingga menimbulkan kebimbangan Tunku Abdul
Rahman yang berpendapat Singapura perlu disingkirkan dari Malaysia. Pada 9 Ogos 1965,
Tunku Abdul Rahman membuat pengumuman rasmi di Parlimen dan membentangkan rang

undang-undang pemisahan Singapura. Rang undang-undang tersebut diluluskan dan tiada


yang menentang atau berkecuali dan keputusan itu diambil tanpa dihadiri oleh perwakilan
Singapura. Pemisahan ini menamatkan pertikaian politik yang berlarutan antara kerajaan
Persekutuan dengan kerajaan Singapura. Pertikaian itu jika dibiarkan berterusan boleh
memburukkan lagi keadaan sehingga mencetuskan rusuhan kaum dan pertumpahan darah.
Setelah pemisahan Singapura, Malaysia hanya terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu,
Sabah dan Sarawak. [4]
RUJUKAN

1.

Ruslan Zainudin et. al.(2005), Kenegaraan Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd.

2.

Mardiana Nordin & Hasnah Hussiin (2004), Pengajian Malaysia, Fajar Bakti Sdn. Bhd..

GAGASAN PEMBENTUKAN MALAYSIA


Rasional Pembentukan Malaysia
Terlebih dahulu, sebelum membincangkan tentang sebab-sebab mengapa Brunei
tidak menyertai Malaysia, adalah penting untuk kita memahami rasional di sebalik
pembentukan Malaysia.Sebagaimana dengan kes Persekutuan TanahMelayu,
pembentukan Malaysia adalah berdasarkan keanggotaan negeri-negeri dan wilayahwilayah

di

rantau

ini.Matlamat

utamanya

adalah

untuk

mewujudkan

keselamatan.Sebagaimana kenyataan Stockwell (2003), pembentukan persekutuan


bertujuan untuk mewujudkan keselamatan dan keamanan kepada sekumpulan
wilayah yang sebahagiannya belum lagi wujud sebagai sebuah negeri. Idea untuk
menyatukan Tanah Melayu, Singapura, Brunei Darussalam, Sabah dan Sarawak
dalam satu kesatuan politik yang lebih besar adalah tidak popular bagi rejim
pemerintah di Tanah Melayu. Masalah pertama yang ketara adalah sebuah kesatuan
negara seperti ini adalah berbahaya secara politiknya atau tidak praktikal dalam
tempoh perubahan politik tanah air.Tambahan lagi idea itu ditentang oleh pihak
komunis. Kedua, rancangan awal untuk menyatukan negeri-negeri Melayu di bawah
satu entiti telah diperjuangkan oleh ahli politik Melayu yang pada awalnya merujuk
kepada idea 'Keserantauan Melayu yang lebih besar', ditafsirkan sebagai satu
empayar Melayu terdiri daripada semua kaum berketurunan Melayu dan
bermodelkan kepada republik Indonesia, yang akan mungkin menjadi pusat
pemerintahannya. Walaubagaimanapun, gerakan-gerakan awal ini tidak meraih
populariti berbanding parti Perikatan dalam politik tanah air. Sebab ketiga adalah
keadaan politik yang tidak stabil di Singapura dan ketakutan yang penduduk Cina
Singapura akan bergabung dengan penduduk Cina di Tanah Melayu seterusnya
mengganggu gugat keseimbangan kaum.
Bagaimanapun,

pada

mencadangkan

sebuah

bulan

Mei

1961,

persekutuan

Britain

Malaysia,

dan
yang

Tanah
mana

Melayu
dari

telah

perspektif

keselamatan, orang-orang Melayu sebagai kaum yang rapuh akan terus berkuasa
dengan cara mewujudkan keseimbangan antara orang Cina di Singapura dengan
kaum-kaum yang berbeza di Borneo. Walaupun wujud kebimbangan akan
kemungkinan Singapura merdeka dan dikawal oleh komunis, sudah tentu sukar

mewujudkan

sebuah

kesatuan

negara

yang

terhad

lantaran

lahirnya

ketidakseimbangan kaum dan politik di Tanah Melayu. Bagaimanapun, dengan


membawa negeri-negeri jajahan British di Borneo ke dalam kesatuan, satu nisbah
kaum yang agak menyerupai Tanah Melayu boleh dikekalkan.Jumlah orang-orang
Melayu yang besar di Borneo adalah satu sebab mengapa negeri-negeri Borneo
penting sebagai pengimbang kepada majoriti Cina di Singapura.Tambahan kepada
masalah-masalah berkaitan kaum, pembentukan Tanah Melayu dan kemudian
Malaysia,

adalah

bertujuan

untuk

menjamin

pertahanan

dan

pengurusan

keselamatan yang berkesan.Di bawah persetujuan mewujudkan Persekutuan Tanah


Melayu, kerajaan British mempunyai kuasa penuh atas perkara-perkara berkaitan
pertahanan. Skim pertahanan pan-Malaya diubah ke sebuah badan baru iaitu Majlis
Pertahanan Tanah Melayu-Borneo.
Adalah penting untuk diperhatikan di sini yang pembentukan satu bentuk
persekutuan baru di tempat dimana sistem persekutuan telah wujud iaitu
Persekutuan Tanah Melayu, adalah satu tugas yang perlu disegerakan disebabkan
oleh ancaman-ancaman berterusan daripada pergerakan komunis di rantau
ini.Kerajaan British telah mula memikirkan tentang masalah ini sejak penubuhan
Persekutuan Tanah Melayu.Setelah berakhirnya Darurat, lebih banyak usaha yang
serius dibuat untuk menghadapi ancaman komunis di rantau ini. Ini dapat dilihat
daripada peningkatan dalam hubungan komunikasi antara Britain dan Tanah Melayu,
dan kewujudan jawatankuasa yang bertemakan The Grand Design and Greater
Malaysia atau 'Tujuan mulia' dan ' Malaysia yang Lebih besar '.Oleh kerana
perikatan telah memenangi pilihan raya Tanah Melayu yang pertama pada tahun
1955 dan parti politik pembangkang telah lemah, kerajaan British lebih terdorong
untuk mewujudkan persekutuan baru untuk menghadapi komunis. Menurut Malcolm
MacDonald, Gabenor Jeneral dan kemudiannya Pesuruhjaya atau CommissionerGeneral British di Asia Tenggara menjelaskan bahawa dengan pelan seperti ini, satu
bentuk pentadbiran tersendiri oleh British dapat dilaksanakan di Asia Tengggara atau
'Dominion kerajaan British di Asia Tenggara' akan terhasil.

Faktor pembentukan
I) Politik
1.

Mempercepatkan kemerdekaan bagi Sabah,Sarawak,Brunei dan


Singapura.

2.

Membanteras ancaman komunis dan mengekalkan keamanan dan


kestabilan.

3.

Mewujudkan

keseimbangan

kaum

dan

perpaduan/menjaga

kepentingan hak kaum Bumiputera.

(II)

Ekonomi

Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat


negeri-negeri anggota.
2. Kepentingan pelaburan Inggeris di A.T melalui keselamatan dan
kestabilan politik.
1.

(III)

Sosial

Memupuk bangsa Malaysia dengan identiti yang baru berteraskan


perkongsian warisan budaya yang kaya.
2. Membela masyarakat Bumiputera di Sabah dan Sarawak.
1.

Reaksi Negeri-Negeri Yang Terlibat Dalam Gagasan


Pembentukan Persekutuan Malaysia

Persekutuan Tanah Melayu


Cadangan gagasan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada parti-parti
politik di negeri-negeri Melayu. Penduduk Tanah Melayu secara umumnya
menerima prinsip gagasan Persekutuan Malaysia walaupun terdapat perbezaan
pendapat tentang cara pelaksanaannya. Sebagai contoh, parti PAS menyokong
idea pembentukan Persekutuan Malaysia tetapi juga mencadangkan pembentukan
Melayu Rayayang merangkumi Indonesia. Pelajar-pelajar juga turut menyokong
pembentukan Persekutun Malaysia

Singapura
Lee Kuan Yew selaku Ketua Menteri Singapura menyokong gagasan Malaysia ini
kerana Parti Tindakan Rakyat (PETIR) dapat meneruskan kekuasaannya di
Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura
menjadi lebih pesat dan Singapura boleh mendapatkan kemerdekaan dengan lebih
awal.Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini.
Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara
bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura
dalam Malaysia. Mengikut keputusan itu, 71.1% daripada rakyat Singapura
menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan
bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam bidang
kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi
dalam Parlimen Malaysia.

Sabah dan Sarawak

Pemimpin

di

kedua-dua

negeri

ini

agak

terperanjat

dengan

penubuhan

Malaysia.Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini telah membentuk Barisan


Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin
itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng
(Yang Dipertua Parti Negara Sarawak PANAS), Dato Mustapha bin Dato Harun
dan Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang
gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu.
Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian
negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa
ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga
berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum
menyertai Malaysia.Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan
Malaysia.Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP),
Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya.Pemimpin di
kesua-dua negeri menganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk
meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan penjajahan British. Pada bulan
Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati

rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah
persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai
1961.Beberapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke
persidangan ini.Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia.Akhirnya,
Jawatankuasa

Perundingan

Perpaduan

Malaysia

(JPPM)

ditubuhkan

untuk

mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini.Pada bulan


Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan
Malaysia.Kemudian, Donald Stephen dan Dato Mustapha turut menyokong gagasan
ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman.

Reaksi Brunei

Pada mulanya, gagasan Malaysia ini mendapat sokongan kuat daripada Sultan
Omar Ali Saifuddin. Namun penentangan wujud daripada Parti Rakyat Brunei yang
dipimpin oleh A.M Azahari. Alasan penentangan A.M Azahari ialah beliau
menganggap Brunei akan menjadi tanah jajahan sekiranya menyertai Persekutuan
Malaysia. A.M Azahari mencadangkan penubuhan kerajaan Kalimantan Utara. Parti

Rakyat Brunei melancarkan pemberontakan apabila usul yang dibawa di Majlis


Undangan Negeri Brunei ditolak. Rundingan masih diteruskan hingga ke saat-saat
akhir pembentukan Malaysia namun tiada kesepakatan dalam rundingan berkaitan
terutamanya perkara yang berkaitan dengan hasil minyak dan kekananan sultan
Brunei dalam pelantikan sebagai Yang di-Pertuan Agong tidak diselesaikan. Pada
bulan Julai 1963, Brunei menarik diri daripada menyertai Persekutuan Malaysia.

SEBAB MENGAPA BRUNEI TIDAK MENYERTAI


MALAYSIA

Brunei Dan Gagasan Malaysia

Pada 31 ogos 1957,Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan.Tunku


Abdul Rahman telah mencadangkan kepada pihak British agar Sabah,Sarawak dan
Brunei digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun
telah dibantah oleh pihak British kerana Singapura tidak terlibat sama.Ini turut
dipersetujui oleh Ketua Menteri Singapura,Lee Kuan Yew agar Singapura turut

bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.Tunku Abdul Rahman tidak bersetuju


tetapi memandangkan senario politik di Singapura telah mengubah pendirian beliau.
Pada 27 Mei 1961, Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara
di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan
Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia.
Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Dalam usaha membentuk Persekutuan
Malaysia,Tunku Abdul Rahman telah melakukan kunjungan ke Brunei pada
pertengahan 1961. Ekoran daripada itu,sebagai persediaan Sultan Brunei telah
menubuhkan satu suruhanjaya tinjauan untuk menentukan pendirian sebenar rakyat
Brunei. Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifudin pada dasarnya menyokong
gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari
menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana menurutnya, Brunei
akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum
menyertai Malaysia. Beliau juga telah merancang untuk menggabungkan Brunei,
Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan
Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang
diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari

bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga
merasakan dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan
keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan
bersenjata pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan
Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri
ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar
Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada
mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri
pada Julai 1963. Adalah jelas bahawa Brunei telah mula menghadapi krisis dalaman
akibat munculnya idea Malaysia yang dicadangkan oleh Tengku Abd Rahman,
Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu tahun 1961 dan Parti Rakyat Brunei
yang ditubuhkan tahun 1956 oleh A.M. Azahari yang mempunyai agenda tersendiri
untuk menuntut kuasa daripada British dengan objektif yang berbeza .

Punca-PuncaMengapa Brunei Tidak Menyertai Malaysia

Brunei Darussalam merupakan sebuah negara yang terletak di Kepulauan Borneo,


sperti juga negeri Sabah dan Sarawak yang telah menyertai Malaysia pada
1963.Seperti yang dinyatakan sebelumnya, Brunei hampir-hampir menyertai
Malaysia, tapi beberapa faktor telah menyebabkan Sultan Omar Ali Saifuddin
membatalkan hasrat untuk menyertai Malaysia. Antaranya, ialah kerana isu-isu dan
faktor-faktor yang berikut:

Sultan Brunei iaitu Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini namun telah
ditolak oleh Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M.Azhari. Penentangan
ini dibuat kerana beliau berpendapat Brunei mestilah mendapat kemerdekaan
terlebih dahulu sebelum bergabung dengan Persekutuan Tanah Melayu.Ditambah
lagi, beliau tidak mahu Brunei menjadi jajahan Malaysia. A.M. Azahari juga yakin
bahawa Indonesia dan Filipina akan menyokong pendirian beliau. Penentangan ini
telah membantutkan usaha Brunei untuk menyertai Malaysia.

Pada peringkat awal, Sultan Brunei bersetuju menyertai gagasan tersebut,akan


tetapi telah menolak cadangan itu kerana baginda tidak bersetuju untuk membayar

cukai hasil pengeluaran minyak kepada kerajaan pusat dan baginda juga tidak
berpuas hati kerana tidak diberi keistimewaan kedudukan dalam majlis raja-raja. Ini
diperkuatkan lagi dengan alasan keengganan rakyatnya untuk tidak menyertai
Malaysia.

Sulatan Brunei tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya
kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga
tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama
Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai
Malaysia.

Keghairahan awal Sultan Brunei untuk menyertai Malaysia anehnya tidak


berkesudahan apabila Sultan Omar Ali Sarifuddin membatalkan rancangan untuk
menyertai Malaysia. Perubahan itu berlaku kerana Sultan Brunei kecewa sebab ada
di antara tuntutan dan syarat baginda tidak dipenuhi. Antara tuntutan tersebut ialah:

1.Sekurang-kurangnya Brunei mendapat 10 kerusi di Parlimen.

2.Hasil minyak adalah dibawah penguasaan Brunei.


3.Brunei juga diberi memegang autonomi kewangan.
4.Semua pelaburannya hendaklah dikekalkan.
5.Kadar cukai yang rendah dikekalkan.
6.Program pendidikan dan kebajikannya diteruskan.
7.Jaminan keselamatan keatas Brunei terjamin.
8.Sultan Brunei juga inginkan kedudukan yang lebih tinggi dalam senarai yang akan
menjadi Yang DiPertuan Agong.

Berdasarkan isu-isu dan faktor-faktor yang disebutkan diatas, saya berpendapat


bahawa sebab utama mengapa Brunei tidak menyertai Malaysia pada tahuin 1963,
ialah kerana gagasan Malaysia yang diterajui oleh Tunku Abdul Rahman telah gagal
untuk memenuhi beberapa tuntutan yang dikemukakan oleh Sultan Brunei. Saya
melihat faktor minyak dan juga faktor kedudukan atau kekananan Sultan sebagai
faktor utama yang menyebabkan Brunei tidak menyertai Malaysia. Namun demikian,
pada pendapat saya, Sultan Brunei sebenarnya telah mengambil keputusan yang

terbaik bagi dirinya dan juga rakyat Brunei amnya dengan tidak menyertai gagasan
Malaysia.

You might also like