Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

POLISI PENCEGAHAN PENGUBAHAN WANG HARAM (AML)

Polisi dan manual pencegahan pengubahan wang haram dibentuk oleh Pengurus
untuk
memastikan pematuhan kepada semua undang-undang (termasuk Akta
Pencegahan
Pengubahan Wang Haram) dan peraturan-peraturan lain pencegahan pengubahan
wang
haram. Polisi dan manual ini adalah untuk memastikan pelaksanaan tatacara dan
peraturan
bagi membolehkan semua kakitangan membantu melindungi syarikat Pengurus,
kakitangannya, kemudahan-kemudahan syarikat Pengurus dan aktiviti-aktiviti
syarikat
Pengurus serta Tabung daripada kegiatan pengubahan wang haram atau aktiviti
haram yang
lain.
Tatacara Mencegah dan Mengesan Aktiviti Penggubahan Wang Haram
1. Seksyen 16 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dengan jelas
menggariskan
keperluan oleh institusi pelapor mendapatkan pengenalan lanjut pelanggan/pelabur.
Langkah-langkah yang munasabah dan praktikal hendaklah diambil oleh kakitangan
dan/atau pegawai ketika mendapatkan keterangan yang memuaskan mengenai
identiti
atau kewujudan sahih bakal pelabur atau pelabur sedia ada.
2. Mengenalpasti maklumat atau keterangan mana yang disyaki tidak benar atau
palsu.
Jika sekiranya data-data amat penting seperti pekerjaan, majikan, bank, maklumat
perniagaan, dokumen identiti (kad pengenalan, sijil kelahiran atau paspot)
menimbulkan keraguan, maka Pengurus bolehlah membuat keputusan ke atas
pelaburan tersebut.

Apabila pihak pengurusan mendapati ada transaksi yang disyaki/diragui daripada


orang yang
ingin membuat pelaburan, maka pengurusan hendaklah melaporkan dengan segera
kepada
Unit Perisikan Kewangan, Bank Negara Malaysia

You might also like