Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

PENGENALAN
Tugasan undang-undang pentadbiran pada kali ini membincangkan tentang tiga jenis
kuasa pentadbiran serta kelebihan dan kekurangan setiap kuasa penadbiran di negara kita.
Amalan doktrin pengasingan kuasa juga turut dibincangkan dalam tugaan pada kali ini. Tiga
kuasa pentadbiran di negara kita adalah badan kehakiman, badan perundangan dan badan
pemerintahan.
Perkara yang menjadi keunikan Malaysia adalah lahirnya sebuah negara persekutuan.
Persekutuan, bermaksud persatuan yang mempunyai sebuah kerajaan pusat (central
government) serta beberapa buah kerajaan negeri. Hal ini bermakna persekutuan mengamalkan
konsep federalisme yang unggul berkaitan dengan penyelesaian konflik di dalam negara.
Malaysia adalah antara puluhan negara yang mengamalkan konsep feudalisme yang lahirnya
daripada sifatnya sebagai Negara Persekutuan (federation). Sejak negara merdeka tahun 1957,
konsep federalisme yang mendukung idea penggabungan negeri-negeri di Semenanjung
Malaysia, Sarawak dan Sabah telah mencetuskan idealisme kewujudan Kerajaan Pusat (central
government) dan Kerajaan Negeri (state government).
Malaysia dibentuk berasaskan gabungan negeri. Pelaksanaan pentadbiran negara ini
menggunakan konsep pengasingan kuasa (separation of power) sebagai tunjang kepada amalan
demokrasi. Sejak merdeka sehingga kini, pengasingan kuasa telah membawa kemakmuran
ekonomi dan kestabilan politik yang berpanjangan. Agihan kuasa yang jelas memberi kesan
positif kepada pembangunan negara khususnya ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara
maju pada tahun 2020.
Kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi Malaysia terletak pada sistem pentadbiran
yang memisahkan tiga badan utama iaitu Badan Perundangan (legislative), Badan Pemerintah
(executive) dan Badan Kehakiman (judicial). Ketiga-tiga badan ini memiliki bidang kuasa,
fungsi dan tanggungjawab khusus dan tidak bertindih antara satu sama lain. Berikut
diperincikan ketiga-tiga badan berkenaan.

NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 1

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

TIGA JENIS KUASA PENTADBIRAN DI MALAYSIA


Malaysia mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja
Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara
yang mana dilantik secara bergilir setiap 5 tahun dari kalangan Sultan 9 buah negeri.
Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk mengamalkan
sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada
tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Kuasa Perundangan, Kuasa Kehakiman dan Kuasa
Eksekutif (pentadbiran).
Dari segi struktur pentadbiran pula, Malaysia mengamalkan sistem Kerajaan
Persekutuan yang mengandungi Kerajaan Persekutuan, Negeri dan Tempatan. Ketiga-tiga
peringkat ini telah diberikan kuasa-kuasa pada bidang yang tertentu yang telah ditentukan oleh
perlembagaan dan Akta Parlimen yang mana digubal oleh kuasa Perundangan atau Parlimen
dijelaskan pada jadual 1 di bawah:
Kerajaan Pusat

Bertanggungjawab dalam hal-hal luar negara, keselamatan dalam


negeri, pertahanan, pelajaran dan kewangan.

Kerajaan Negeri
Kerajaan Tempatan

Bertanggung jawab dalam hal-hal agama dan tanah.


Bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras dan mengawal
penggunaan serta pemajuaan tanah dan bangunan dalam kawasan
pihak berkuasa tempatan, mengenakan cukai yang terhad seperti
cukai pintu dan menguatkuasakan undang-undang kecil kepada

penduduk yang berada di dalam kawasan pentadbiran mereka.


Jadual 1: Peringkat dan Bidang Kuasa Kerajaan Malaysia.

Pembahagian kuasa atau dalam bahasa Inggeris disebut separation of powers


merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam
negara kepada tiga cabang utama iaitu Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan
NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 2

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Kehakiman. Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya kezaliman (tyranny), dimana


doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan kepimpinan,
kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara membahagibahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance) antara kuasa
tersebut. Doktrin pengasingan kuasa adalah suatu doktrin yang menjadi asas kepada kebebasan
atau lebih dikenali sebagai liberalisme. Ini adalah kerana apabila kuasa dalam sistem
pemerintahan dihadkan dan mempunyai garis panduan yang tersendiri, maka, ia dapat
mengelakkan dari berlakunya kezaliman. Kuasa yang telah dihadkan menjadi satu batasan
kepada setiap bidang untuk bertindak lebih jauh dalam menjalankan sistem pentadbiran. Ia
boleh mengelakkan dari berlakunya pertindihan kuasa antara satu-satu bidang yang mengawal
pentadbiran negara.

Doktrin pengasingan kuasa di Malaysia berbeza dengan doktrin asal kerana


menekankan kuasa secara relatif (kebergantungan) antara ketiga-tiga badan bebas ini. Situasi
ini memberi ruang dan peluang supaya badan-badan ini bergerak bebas di samping mempunyai
peranan tersendiri. Dalam sistem demokrasi berparlimen Malaysia,Perlembagaan Persekutuan
telah mengasingkan tiga badan yang terlibat dalam pemerintahan negara, iaitu badan
perundangan (legislative), badan pentadbiran (executive) dan badan kehakiman (judiciary).
Menurut Ranjit Singh Malhi (2000), idea terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang
yang sama tidak harus bertanggungjawab bagi membuat undang-undang, menguatkuasakannya
dan menghukum orang-orang yang melanggarnya. Ini bermakna doktrin tersebut melibatkan
pembahagian kuasa pemerintahan yang jelas antara badan-badan perundangan, eksekutif dan
kehakiman tanpa sebarang pertindihan. Yang di-Pertuan Agong (YDPA) merupakan Ketua
Negara yang berkuasa dalam ketiga-tiga badan tersebut.
Secara umumnya, konsep pengasingan kuasa ini sebenarnya tidak wujud di dunia.
Pengamalan konsep ini tidak mengikut teori sepenuhnya. Konsep ini diperlukan dalam bidangbidang kuasa tertentu sahaja dan tidaklah seperti yang dikatakan oleh Montesquieu. Jika teori
ini diikuti sepenuhnya, maka kuasa yang diberikan kepada ketiga-tiga badan ini mestilah
NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 3

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

berbeza. Sepatutnya ketiga-tiga badan memainkan peranan masing-masing, tetapi jika lebih
dari satu badan berada di bawah kawalan orang yang sama, keadilan sudah tidak dapat
diwujudkan. Campur tangan badan legislatif dan eksekutif dalam badan kehakiman secara
langsung menggambarkan keadilan tidak dapat diwujudkan dan ini akan mengakibatkan
penderitaan kepada masyarakat.
Keadaan inilah yang berlaku dalam sistem pemerintahan Malaysia di mana golongan
pembuat undang-undang juga adalah orang yang melaksanakan undang-undang. Walaupun ini
nyata berlawanan dengan konsep pengasingan kuasa oleh Montesquieu tetapi asas teori ini
menjadi garis panduan dalam melaksanakan konsep ini mengikuti citarasa Malaysia. Peredaran
zaman memaksa Malaysia mencari jalan paling terbaik bagi disesuaikan dengan waktu dan
keadaan yang sentiasa berubah-ubah. Tetapi kuasa berlebihan yang diberikan kepada kepada
Perdana Menteri sebagai ketua dewan perundangan boleh mengundang penyalahgunaan kuasa.
Dalam kes penyiasatan ke atas Pengerusi Perwaja Steel iaitu Eric Chia, pendakwaan
tidak dibuat sehingga sekarang walaupun Suruhanjaya Pencegah Rasuah (SPR) mendapati ada
kes untuk pendakwaan. Sekalipun SPR adalah badan bebas yang diberi kuasa untuk menyiasat
penyelewengan dari segi rasuah dan penyalahangunaan kuasa tetapi dewan perundangan
seringkali campurtangan dalam menentukan mana yang boleh didakwa dan mana yang tidak
boleh.

Begitulah halnya dengan pentadbir awam. Mereka dilantik oleh badan-badan bebas
yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Mereka ini dilarang bergiat aktif dalam mana-mana
parti politik, dengan erti kata lain mereka hendaklah berkecuali. Menunjukkan taat setia
kepada Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan bukan kepada parti yang memerintah. Sekiranya
kerajaan ingin menyekat penglibatan para pentadbir dalam politik, kerajaan hendaklah
melarang samasekali sebarang jenis penglibatan samada dalam parti yang memerintah atau
dalam parti pembangkang.

NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 4

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Pihak eksekutif sepatutnya menyedari bahawa mereka juga adalah sebagai pihak
legislatif yang meluluskan undang-undang di dalam dewan. Undang-undang yang diluluskan
mempunyai kedaulatan yang tinggi. Tetapi di dalam banyak hal, pihak eksekutif memandang
mudah kepada undang-undang yang telah mereka lulus.

Contoh yang paling nyata di sini ialah campur tangan pihak eksekutif yanh juga ahli
politik dalam mengawal mana-mana pentadbir awam yang diberi kuasa melaksana undangundang. Bila mendapat tekanan dari pihak-pihak yang bersekepentingan, pihak eksekutif akan
mengeluarkan arahan kepada jabatan-jabatan tertentu yang melaksana undang-undang supaya
pelaksanaannya ditangguh. Lebih parah lagi, ahli badan eksekutif mengeluarkan kenyataan
bahawa undang-undang tersebut akan diteliti semula.
Pihak eksekutif sepatutnya mengurangkan birokrasi dan campurtangan mereka agar
keadilan kepada rakyat dapat dipenuhi dan undang-undang berjaya diangkat ke peringkat
tertinggi. Doktrin ini juga menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya
dibenarkan membuat dan tidak boleh menyerahkan kuasa itu kepada badan-badan lain serta
tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenar menjalankan
pemerintahan negara dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa
kehakiman. Begitu juga dengan badan kehakiman yang hanya dibenarkan melaksana kuasa
kehakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan.
Matlamat doktrin pengasingan kuasa ialah untuk mengelakkan pemusatan kuasa di dalam
tangan mana-mana pihak.
Menurut Ruslan Zainuddin (2004), struktur pemerintahan di Malaysia mengandungi
ketiga-tiga badan di dalam sistem pemerintahan iaitu badan perundangan, badan pentadbiran
dan badan kehakiman. Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak pada Yang diPertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong adalah sekaligus
merupakan ketua kepada ketiga-tiga cabang kerajaan. Menurut Perlembagaan Malaysia,
baginda bukan sahaja memegang kuasa eksekutif malahan juga kuasa perundangan. Perkara 39
NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 5

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Perlembagaan Persekutuan iaitu kuasa memerintah Persekutuan dan Perkara 44 Perlembagaan


Persekutuan iaitu kuasa perundangan Persekutuan.
Dari

segi

perundangan,

Bab

4,

Perkara

44

Perlembagaan

Persekutuan

meletakkan Kuasa Legislatif Persekutuan adalah terletak pada Parlimen yang mengandungi
Yang di-pertuan Agong dan dua Majlis yang dinamakan Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Dalam hal ini, fungsi dua dewan dan Yang di-pertuan Agong yang sifat anggotanya adalah
berlainan orang adalah satu ciri yang menarik kerana ada pengasingan kuasa dan kawalan
dalam meluluskan satu-satu undang-undang itu mengikut Perkara 49 dan Perkara 66,
Perlembagaan Malaysia.

Pentadbiran perundangan di peringkat persekutuan lazimnya

diletakkan di bahu Perdana Menteri, ahli-ahli kabinet serta ahli-ahli Parlimen yang terlibat
dalam proses penggubalan undang-undang. Manakala, di peringkat kerajaan negeri, Majlis
Mesyuarat Kerajaan Negeri serta Ahli Dewan Undangan Negeri menjalankan tugas
pentadbirannya. Ini merupakan satu lagi contoh doktrin pengasingan kuasa dalam aspek
perundangan di Malaysia.

Dalam Perlembagaan Persekutuan Bab 3, Perkara 39 ada memetik Kuasa


pentadbiran (executive) bagi Persekutuan adalah terletak pada Yang di-pertuan Agong dan
tertakluk kepada peruntukan mana-mana undang-undang persekutuan dan peruntukan Jadual
Kedua, kuasa itu boleh dijalankan olehnya atau oleh mana-mana Menteri yang diberi kuasa
oleh Jemaah Menteri, tapi Parlimen boleh dengan undang-undang memberi tugas-tugas
pemerintahan kepada orang-orang lain. Dalam hal ini, kuasa eksekutif kini boleh dijalankan
oleh jemaah Menteri atau Menteri Kabinet yang dilantik. Tapi pada setiap ketika mereka
melaksanakan kuasa itu mereka melaksanakan atas nama Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong. Di peringkat persekutuan, kuasa tertinggi bagi ketiga-tiga badan terletak pada
Yang di-Pertuan Agong manakala di peringkat negeri pula pada Sultan (Raja) atau Yang diPertuan Negeri sebagai pemilik kuasa eksekutif tertinggi.

NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 6

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Bagi bidang kehakiman pula, doktrin pengasingan kuasa meletakkan badan kehakiman
ada kebebasan dari campur tangan. Kebebasan kehakiman tentang jawatan dan pendapatan
adalah terjamin mengikut perlembagaan, walaupun pada dasarnya hakim-hakim Mahkamah
Tertinggi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong atas nasihat Perdana Menteri setelah berunding
dengan Majlis Raja-Raja Melayu. Jaminan ini ada diperuntukkan dalam Perkara 125 dan
Perkara 127. Dari segi perlembagaan, doktrin pengasingan kuasa bidang kehakiman ini
menuntut supaya Peguam Negara mempunyai kebebasan dalam bidang kehakiman serta halhal perundangan.
Dalam hal ini kuasa telah diberi oleh Parlimen Malaysia. Bagi pentadbiran kehakiman
di peringkat persekutuan para jemaah menteri atau menteri-menteri perlu mendapat nasihat
Peguam Negara dalam soal-soal undang-undang negara. Bagi melaksanakan peranannya,
badan kehakiman terdiri daripada badan mahkamah atasan, rendah, khas dan tribunal dan
badan pengadilan lain (Raminah Hj Sabran, et al. 2010).

AMALAN DOKTRIN PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA


Pembahagian kuasa atau dalam bahasa Inggeris disebut separation of powers
merupakan satu doktrin dalam pemerintahan demokrasi yang membahagikan urusan dalam
negara kepada tiga cabang utama iaitu Pemerintah (Eksekutif), Perundangan (Legislatif) dan
NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 7

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Kehakiman. Ia untuk mengelak atau menghindari bahaya kezaliman (tyranny), di mana


dikatakan doktrin pembahagian kuasa (atau fungsi) dapat mewujud dan mengekalkan
kepimpinan, kebebasan sebenar dan menghindari kemaharajalelaan (despotisma) dengan cara
membahagi-bahagikan kuasa untuk mewujudkan semak dan seimbang (check and balance)
antara kuasa tersebut. Doktrin pengasingan kuasa adalah suatu doktrin yang menjadi asas
kepada kebebasan atau lebih dikenali sebagai liberalisme. Ini adalah kerana apabila kuasa
dalam sistem pemerintahan dihadkan dan mempunyai garis panduan yang tersendiri, maka, ia
dapat mengelakkan dari berlakunya kezaliman. Kuasa yang telah dihadkan menjadi satu
batasan kepada setiap bidang untuk bertindak lebih jauh dalam menjalankan sistem
pentadbiran. Ia boleh mengelakkan dari berlakunya pertindihan kuasa antara satu-satu bidang
yang mengawal pentadbiran negara.

2.1 Mengelakkan pertindihan bidang kuasa iaitu pihak yang sama tidak terlibat dalam
pengurusan lebih daripada satu kuasa.
Secara logiknya, dalam konsep pemerintahan sesebuah negara terdapat badan-badan
tertentu bertanggungjawab melaksanakan hal-hal berkaitan bidangnya sahaja. Tidak mampu,
malah akan menyebabkan timbulnya kelemahan tertentu dalam pentadbiran sesuatu badan
sekiranya mempunyai bidang kuasa yang terlalu banyak. Contohnya badan Eksekutif tidak
boleh mencampuri bidang yang diuruskan oleh badan perundangan ini adalah kerana badan
perundangan bertanggungjawab dalam pembentukan sistem undang-undang negara manakala
badan Eksekutif menguruskan hal-hal berkaitan dengan pentadbiran di peringkat persekutuan
atau negeri dengan erti kata lain mempunyai bidang kuasa memerintah sahaja.
Dalam badan Eksekutif juga terdapat pembahagian kuasa antara pentadbiran di
peringkat persekutuan dan negeri. Sekiranya tidak berlaku pengasingan kuasa antara keduadua pentadbiran ini, mana mungkin kerajaan dapat menjalankan pentadbiran sesebuah negeri
kerana tidak semua negeri diperintah oleh parti kerajaan, terdapat juga parti pembangkang
yang menang dalam pilihanraya di peringkat negeri akan memerintah negeri tersebut.
NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 8

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

contohnya kerajaan negeri Kedah yang diperintah oleh Parti Islam Semalaysia (PAS) setelah
menang dalam pilihanraya umum 2008, parti yang memerintah ini boleh merancang dasar
untuk negeri tersebut asalkan tidak bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
Sekiranya badan-badan ini diletakkan dibawah satu pengurusan kemungkinan akan
berlaku masalah-masalah tertentu yang melibatkan kepentingan di sebelah pihak sahaja.
Malaysia diperintah oleh parti yang menang majoriti selepas pilihan raya, badan eksekutif di
peringkat persekutuan dan negeri tidak boleh mencampuri urusan badan perundangan dan
kehakiman, bidang-bidang ini memerlukan kepakaran ahli-ahli dalam memastikan setiap
undang-undang yang digubal dan dilasanakan berkesan. Badan eksekutif hanya berkemampuan
dalam memutuskan dan merumuskan dasar serta memastikan agensi, jabatan yang dikhaskan
melaksanakan tanggungjawab dalam bidang masing-masing.
Begitu juga dengan Badan Kehakiman yang hanya bertanggungjawab dalam soal
memberi keadilan, menyemak undang-undang, memastikan undang-undang tidak bercanggah
dengan perlembagaan persekutuan dan boleh membatalkan tindakan parti pemerintah yang
bercanggah dengan perlembagaan persekutuan atau negeri. Badan ini tidak boleh sama sekali
disatukan kuasanya dengan badan eksekutif, tetapi ianya sedikit sebanyak berkait rapat dengan
badan perundangan.
2.2 Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah badan
tertentu.
Sekiranya kuasa pentadbiran badan Eksekutif, Legislatif dan Judisiari dipusatkan dalam
satu badan sajaha kemungkinan akan berlaku penyelewengan atau penyalahgunaan sehingga
boleh menyebabkan undang-undang hanya memihak dan menguntungkan pihak pemerintah
disamping kemungkinan akan berlakunya penindasan terhadap rakyat. Contohnya dalam badan
Eksekutif, kuasa Perdana Menteri atau kabinet merangka dasar kerajaan serta memberikan
arahan kepada jentera pentadbiran kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri selain
memberi nasihat kepada YDPA serta membincangkan masalah-masalah semasa yang wujud
dalam pemerintahan manakala bagi Legislatif adalah kuasa bagi parlimen dalam proses
NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 9

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

penggubalan undang-undang yang mana melibatkan Jabatan Peguam Negara, sekiranya


Perdana Menteri atau menteri-menteri yang berkuasa dalam proses penggubalan undangundang semestinya akan berlaku masalah seperti penyalahgunaan kuasa yang boleh
merosakkan institusi pentadbiran negara kita.
Begitu juga dengan badan Kehakiman yang mana perlantikan hakim-hakim mahkamah
persekutuan atau mahkamah tinggi dilantik oleh YDPA dengan nasihat Perdana Menteri atas
nasihat Majlis Raja-Raja namun Perdana Menteri perlu meminta fikiran Ketua Hakim Negara.
Jesteru itu, hakim-hakim ini hanya bertanggungjawab untuk berlaku adil dalam perbicaraan di
mahkamah. Selain itu, terdapat Etika Hakim 1994 bertujuan memastikan hakim-hakim
berkelakuan jujur dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugasnya. (Mohd
Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim, 2009). Dengan
ini, Doktrin Pengasingan Kuasa dapat mengurangkan masalah-masalah seperti penyalahgunaan
kuasa kerana Eksekutif tidak mempunyai kuasa dalam badan Legislatif begitu juga dengan
badan Judisiari.

2.3 Membolehkan setiap badan bertindak tanpa diganggu atau dipengaruhi oleh badan
yang lain. Secara tidak langsung membolehkan setiap badan berfungsi dengan lebih
efisyen.
Keberkesanan dalam pembahagian kuasa-kuasa pentadbiran berlandaskan Doktrin
Pengasingan Kuasa secara tak langsung dapat memudahkan badan-badan seperti Eksekutif,
Legislatif dan Judisiari menjalankan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, tidak akan
berlaku campur tangan secara langsung dalam bidang kuasa antara satu sama lain disamping
dapat mengukuhkan pemerintahan negara dengan dasar-dasar yang dilaksanakan di setiap
peringkat badan-badan berkenaan. Badan Pemerintah iaitu Eksekutif sama ada di peringkat
persekutuan atau negeri mempunyai bidang kuasa memerintah, badan ini bertanggungjawab
menjalankan urusan-urusan pemerintahan dan pentadbiran dan tidak melibatkan diri dalam
urusan dan hal ehwal kehakiman mahupun perundangan. Bab ini mempunyai penjawatNO MATRIK:223803

MUKA SURAT 10

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

penjawat awam yang tertentu di kedua-dua peringkat iaitu persekutuan dan negeri. Selain itu
badan ini hanya berperanan melaksanakan undang-undang yang telah diluluskan oleh Badan
Perundangan sama ada oleh Parlimen (di peringkat persekutuan) atau Dewan Undangan Negeri
(di peringkat negeri). (Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad
Sohaimi Lazim, 2009).
Legislatif pula hanya berfungsi menggubal, meminda dan meluluskan undang-undang.
Undang-undang dan peraturan ini akan dijadikan panduan badan Eksekutif sama ada di
peringkat persekutuan mahupun di peringkat negeri untuk menjalankan pentadbiran negara.
Bagi badan Kehakiman atau Judisiari pula, hanya bertanggungjawab dalam soal kehakiman
yang mana hanya berperanan sebagai pelindung hak-hak asasi manusia daripada sebarang
pencabulan sama ada oleh orang perseorangan atau pihak kerajaan. (Mohd Syariefudin
Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin, Ahmad Sohaimi Lazim, 2009). Bagi menjamin
badan Eksekutif tidak menyalahgunakan kuasa dengan menggubal undang-undang sesuka hati,
dengan ini telah menjadi tanggungjawab Badan Kehakiman mengawasi supaya undang-undang
tersebut tidak bertentangan dengan peruntukan dalam bahagian 6 bab 1 Perlembagaan
Persekutuan.
Bidang kuasa yang berlainan antara ketiga-tiga badan ini menjalankan kuasa
pentadbirannya dengan cekap dan berkesan sekiranya tidak berlaku campurtangan badan lain
khususnya antara badan Eksekutif dan badan kehakiman dalam pentadbiran sesebuah negara.
Doktrin pengasingan kuasa di Malaysia mempunyai kekuatan dan nilai
tambahnya (add values) tersendiri terutama yang berkaitan dengan pembahagian kuasa antara
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Memang tidak dinafikan lagi bahawa sistem ini
mempunyai kebaiknya. Dalam sistem Kerajaan Persekutuan, wujud pembahagian kuasa yang
jelas. Sebagai contoh, Kerajaan Persekutuan berkuasa membuat undang-undang melalui
Parlimen manakala Kerajaan Negeri pula berkuasa membuat undang-undang melalui Dewan
Undangan Negeri masing-masing.
Menurut Raminah Hj Sabran et al, (2010), pembahagian kuasa yang terdapat di
Malaysia dalam Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama. Maksudnya di sini,
NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 11

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Kerajaan Persekutuan bertanggungjawab ke atas perkara-perkara dalam Senarai Persekutuan,


Kerajaan Negeri bertanggungjawab ke atas perkara dalam Senarai Negeri, dan kedua-dua
Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bertanggungjawab ke atas perkara-perkara dalam
Senarai Bersama. Keadaan ini dapat mengelakkan pertindihan dan pemusatan kuasa bagi
kedua-dua kerajaan tersebut.
Selain itu, Konsep Organisasi dan Struktur di Malaysia turut memberi kebaikan kepada
negara. Unit ini dikatakan sebagai badan sosial bagi membentuk dan mencapai tujuan yang
dipersetujui bersama melalui pembahagian tugas yang telah ditetapkan. Tujuan utama
organisasi pentadbiran kerajaan ini untuk:
(i)
Mencapai objektif kerajaan yang ditetapkan
(ii) Membahagikan tugas-tugas kerajaan agar dilaksanakan dengan cekap dan berkesan
(iii) Menguruangkan pertindihan kerja dalam penyelarasan pentadbiran
(iv) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan memudahkan kawalan badan eksekutif dengan
menetapkan bidang kuasa dan tanggungjawab unit-unit pentadbiran.

Struktur Kerajaan Malaysia turut bersifat birokratik di mana merangkumi fungsi, kuasa,
penyelarasan, perhubungan kawalan dan tanggungjawab. Selaras dengan kepentingan sifat
birokratik ini dalam doktrin pengasingan kuasa ini maka pembahagian dan pengkhususan kerja
turut ditekankan. Wujudnya juga hierarki, yakni lapisan kuasa bertingkat-tingkat, peraturan,
prosedur rasmi, penyelenggaraan fail serta rekod, dan perlantikan kakitangan awam bagi
mendominasi perkhidmatan yang baik dan berkesan. Justeru itu, doktrin pengasingan kuasa di
Malaysia hari ini sememangnya wajar dan baik bagi mengelakkan pertindihan serta pemusatan
kuasa pada sesetengah pihak atau pemimpin. Keadaan ini sekaligus menjadikan sistem
Kerajaan Malaysia antara yang terbaik di dunia dan menjadi pujian dan contoh bagi
kebanyakan negara.

KEBURUKAN
Perkara asas dalan doktrin pengasingan kuasa adalah dalam sistem pemerintahan dihadkan dan
mempunyai garis panduan yang tersendiri mengikut pengasingan yang menjadi tunjang
perlaksanaan konsep separation of power . Selari sebagai sebuah negara yang mengamalkan
NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 12

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

prinsip demokrasi, Malaysia juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa, tetapi


sejauhmanakah pengamalan dan perlaksanaan doktrin pengasingan kuasa diguna pakai di
Malaysia dalam mengelakkan pemusatan kuasa pemerintahan di dalam tangan sesuatu
kumpulan tertentu. Di Malaysia, pengasingan kuasa ini telah dipecahkan kepada tiga cabang
atau organ kerajaan iaitu badan perundangan (legislatif), badan pentadbiran (eksekutif) dan
badan kehakiman (judiciary). Badan perundangan atau legislatif adalah badan yang
menggubal, meminda dan meluluskan sesuatu undang-undang. Ianya didokong oleh dua buah
dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat, yang mana keahlian Dewan Rakyat dipilih
oleh rakyat melalui pilihanraya manakala Dewan Negara keahliannya dipilih oleh Yang
Dipertuan Agong mengikut kepakaran bidang masing-masing. Badan pentadbiran atau
legislatif merupakan badan yang melaksanakan undang-undang, serta menjalankan pentadbiran
mengikut perlembagaan dan undang-undang yang terdiri daripada barisan menteri kabinet
yang diketuai oleh Perdana Menteri. Manakala, badan kehakiman atau judiciary pula yang
mentafsirkan undang-undang melalui sistem kehakiman di Malaysia dalam Mahkamah
Majistret, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah
Persekutuan.
Walaubagaimanapun doktrin pengasingan kuasa yang diamalkan di Malaysia
berbeza daripada doktrin yang asal. Malaysia mengamalkan doktrin yang mengutamakan
kuasa relatif antara badan perundangan, badan eksekutif dan badan kehakiman. Yang
Dipertuan Agong (YDPA), sebagai ketua negara mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga
badan berkenaan, ini kerana Malaysia mengggunakan konsep Demokrasi Berparlimen dan
Raja Berperlembagaan. Kuasa tertinggi di atas ketiga-tiga badan itu terletak pada Yang diPertuan Agong sebagai Ketua Negara. Ini bermakna Yang di-Pertuan Agong adalah sekaligus
merupakan ketua kepada ketiga-tiga cabang kerajaan. Menurut Perlembagaan, baginda bukan
sahaja memegang kuasa eksekutif malahan juga kuasa perundangan. Perkara 39 Perlembagaan
Persekutuan iaitu kuasa memerintah Persekutuan dan Perkara 44 Perlembagaan Persekutuan
iaitu kuasa perundangan Persekutuan. Di sini, Raja Berperlembagaan adalah raja yang
memerintah secara terikat mengikut perlembagaan yang telah ditetapkan. Baginda memerintah
NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 13

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

berdasarkan kuasa yang telah diberikan kepada baginda. Ini bermakna, baginda tidak boleh
untuk memerintah secara mutlak mengikut kehendak hatinya sendiri. Baginda memerintah
mengikut nasihat jemaah menteri yang diketuai oleh Perdana Menteri dan mengikut budi
bicara baginda sendiri yang termaktub dalam Perlembagaan, Artikel 40, Perkara 2.

Disamping itu, jika kita lihat pengamalannya di Malaysia, badan perundangan


(perundangan) dan badan pentadbiran (eksekutif) tidak terdapat pengasingan secara ketat
diantara kedua-duanya dan dan ianya tidak selari dengan konsep seperation of power di mana
kuasa tersebut hendaklah dipecahkan atau diasingkan. Di sini, badan eksekutif yang mentadbir
juga merupakan orang yang terlibat dalam badan legislatif yang membuat perundangan untuk
dilaksanakan. Ini kerana ahli yang terlibat dalam perundangan dalam Dewan Rakyat juga
merupakan ahli dalam badan pentadbiran (legislatif). Pihak Eksekutif sepatutnya tidak boleh
menjadi seorang ahli badan perundangan (legislatif) dan badan kehakiman semestinya bebas
dari campurtangan pihak Eksekutif dan Legislatif. Pada masa yang sama Perlembagaan
Persekutuan - Perkara 122 B juga memperuntukkan bahawa perlantikan kehakiman ke
mahkamah-mahkamah Tertinggi adalah dibuat oleh pihak Eksekutif yang menunjukkan ada
kawalan tidak langsung terhadap badan kehakiman. Pihak Eksekutif pula dikawal oleh
Parlimen dan bertanggungjawab kepadanya. Oleh yang demikian sistem pengasingan kuasa
berserta dengan Konsep Kawalan dan Imbangan nampak kepentingan dalam mengelakkan
pemusatan kuasa pemerintahan di dalam tangan sesuatu kumpulan tertentu sahaja. Oleh itu,
idea terpenting mengenai pengasingan kuasa ialah orang yang sama tidak harus
bertanggungjawab bagi membuat undang-undang, menguatkuasakannya dan menghukum
orang-orang yang melanggarnya. Ini bermakna doktrin tersebut melibatkan pembahagian kuasa
pemerintahan yang jelas antara badan perundangan, eksekutif dan kehakiman tanpa sebarang
pertindihan. Doktrin ini menjelaskan bahawa badan yang membuat undang-undang hanya
dibenarkan membuat dan tidak boleh menyerahkankuasa itu kepada badan-badan lain serta
tidak boleh mempunyai kuasa-kuasa lain. Badan yang memerintah hanya dibenar menjalankan
pemerintahan negara dan tidak boleh membuat undang-undang dan menjalankan kuasa
NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 14

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

kehakiman. Begitu juga dengan badan kehakiman yang hanya dibenarkan melaksana kuasa
kehakiman dan tidak boleh membuat undang-undang atau menjalankan kuasa pemerintahan.
Matlamat doktrin pengasingan kuasa ialah untuk mengelakkan pemusatan kuasa di dalam
tangan mana-mana pihak.
Isu Klip Video Lingam
Isu Klip Video ini muncul bermula pada tahun 2002 tetapi menimbulkan kontorversi di
Malaysia pada tahun 2007. Gambar video ini tidak begitu jelas dan video yang dirakamkan ini
berkemungkinan daripada klip video dari telefon bimbit. Klip video yang tersebar ini menjadi
isu yang sangat serius kerana isu ini melibatkan Badan Kehakiman Negara.
Antara isi kandungan klip video ini adalah perbualan telefon antara seorang peguam
terkemuka iaitu Datuk V.K Lingam dan seorang hakim kanan di dalam mengatur perlantikan
hakim-hakim di Malaysia pada tahun 2002. Disebabkan tersebarnya klip video ini, kredibiliti
Badan Kehakiman dipersoalkan. Selain itu, klip video ini menjadi terlalu serius apabila
perbualan Datuk V.K Lingam dan seorang Hakim Kanan ini melibatkan perlantikan Ketua
Hakim Negara.
Menurut Kod Etika Kehakiman 1964, Peruntukan 3 (d), perbuatan melobi oleh seorang
hakim boleh mencemarkan nama baik Badan Kehakiman. Seseorang hakim tidak boleh
berkelakuan tidak jujur sehinggakan mencemar nama Badan Kehakiman.
Sebagai mengambil berat terhadap isu ini, Majlis Peguam Malaysia mengadakan satu
perarakan yang dilakukan pada 27 September 2007. Perarakan disertai sebanyak 1,500 orang
peguam di Putrajaya. Perarakan diketuai oleh Ambiga Sreenavasan dan dipantau ketat oleh
Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU). Tuntunan kepada perarakan itu adalah menggesa agar
suruhanjaya kehakiman bebas ditubuhkan bagi melantik para hakim. Selain itu, itu mereka
menggesa Suruhanjaya Diraja ditubuhkan bagi menyiasat kebenaran klip video tersebut.
Hasil Suruhanjaya Diraja yang ditubuhkan telah membuktikan bahawa klip video
tersebut adalah tulen. Oleh itu, jika perkara ini berlaku maka kejujuran yang perlu di dalam
NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 15

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Badan Kehakiman bagi menjalankan tugasnya adalah tercalar. Menurut Presiden Majlis
Peguam Malaysia, Ragunath Kesavan menjelaskan bahawa bidang kehakiman yang jujur dan
bebas daripada sebarang campurtangan, adalah kritikal kepada semua masyarakat.
(www.malaysiakini.com).
Ini menunjukkan Badan Kehakiman yang sepatutnya menjadi sebuah badan yang
berasingan dan bebas secara teorinya tidak berlaku secara praktikalnya. Ini kerana, sudah
terdapat campur tangan di dalam bidang kehakiman negara.

RUMUSAN
Secara keseluruhannya, kuasa pentadbiran perundangan, kehakiman dan pemerintahan
mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Walaubagaimanapun, melalui konsep
pengasingan kuasa, kepentingan rakyat jelata adalah terjamin kerana kuasa pemerintahan
negara dipilih oleh rakyat. Kepentingan rakyat terjamin kerana dalam hal penyerahan kuasa
ianya tidak disalurkan kepada hanya satu badan atau individu sahaja tetapi kuasa diserahkan
kepada tiga badan yang berasingan. Badan-badan ini ada skop kuasa yang akan diimbangi
antara satu sama lain.

Namun, corak pengasingan kuasa di Malaysia tidak mutlak tetapi dari konsep inilah
wujudnya sistem kawal mengawal dan perimbangan kuasa dalam negara. Pemerintah dapat
dikawal daripada bertindak kasar terhadap negara dan kebebasan rakyat dapat dijamin. Proses
saling mengawal antara satu kuasa dengan kuasa yang lain dapat diimbangi. Tidak ada satupun
badan yang lebih berkuasa dan berupaya mengatasi kuasa badan yang lain.

NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 16

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

Bidang kuasa yang berlainan antara ketiga-tiga badan ini menjalankan kuasa
pentadbirannya dengan cekap dan berkesan sekiranya tidak berlaku campurtangan badan lain
khususnya antara badan Eksekutif dan badan kehakiman dalam pentadbiran sesebuah negara.

NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 17

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

RUJUKAN
Azmah Abd Manaf. (1994). Modul Sejarah Politik Malaysia Moden. Pulau Pinang : Pusat
Pengajian Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia.

Leeza, D. ( 2008). Pengajian Am Kertas 1 STPM. Selangor : SAP Publications (M) Sdn. Bhd.

Ramanthan, K. (1992). Konsep Asas Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ranjit Singh Malhi. (2000). Pengajian Am: Kenegaraan Malaysia. Kuala Lumpur: Federal
Publications.

Raminah Hj. Sabran, et al.(2010). Teks STPM Pengajian Am Kertas 1 & 2. (Edisi Ke-2.)
Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Ruslan Zainuddin. (2004). Sejarah Malaysia. (Edisi ke-2). Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti
Sdn.Bhd.

Syed Ahmad Hussein (1994). Pengantar Sains politik. Selangor : Dewan Bahasa dan Pustaka

NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 18

GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

NO MATRIK:223803

MUKA SURAT 19

You might also like