Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Tajuk : Program Transisi dari Rumah ke Prasekolah

Objektif / Tujuan: Membolehkan kanak-kanak menyesuaikan diri di tadika


: Menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani kanakkanak secara menyeluruh.
: Meningkatkan minat dan semangat kanak-kanak untuk datang ke
prasekolah tanpa banyak masalah.
Tempoh Masa Program: 8.00 a.m. - 12.00p.m.
Tarikh: 3 Januari 2013
Sasaran: Ibu bapa dan kanak-kanak yang berumur dalam lingkungan 4 hingga 6 tahun

Jadual Aktiviti:
Bil
1
2
3
4
5
6

Masa
8.00 a.m. 8.30 a.m.
8.30 a.m. 9.30 a.m.
9.30 a.m. -10.00 a.m.
10.00 a.m. 11.00 a.m.
11.00 a.m. 11.45 a.m.
11.45 a.m. 12.00 p.m.

Aktiviti
Lawatan mengelilingi tadika
Sukaneka
Makan
Pertandingan mewarna
Menyanyi dan menari
Majlis penutupan

Aktiviti:
1. Lawatan mengelilingi tadika
Ibu bapa akan menemani kanak-kanak melawat persekitaran tadika. Pada masa
yang sama, guru memainkan peranan untuk memberi penerangan secara terperinci.
2. Sukaneka
Antara permainan yang telah disediakan ialah music chair dan lego. Kedua-dua
permainan ini membolehkan kanak-kanak bermain sepuas-puasnya tanpa mengira
lingkungan umur. Sementara itu, ibu bapa akan memerhatikan kanak-kanak dan memberi
sokongan kepada anak-anak mereka.
3. Pertandingan mewarna
Tema Sekolahku, Rumahku telah ditetapkan oleh pihak penganjur Program
Transisi. Kanak-kanak dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan A bagi kanak-kanak
berumur 4 tahun, kumpulan B bagi kanak-kanak yang berusia 5 tahun manakala kumpulan
C dikategorikan untuk kanak-kanak yang berumur 6 tahun. Ibu bapa tidak digalakkan untuk
membantu anak-anak mereka semasa bermulanya pertandingan tersebut kerana aktiviti ini
bertujuan untuk mencungkil bakat mereka. Masa yang ditetapkan untuk pertandingan ini
adalah selama 1 jam. Hadiah yang istimewa disediakan bagi lukisan yang terbaik.
4. Aktiviti menyanyi dan menari
Aktiviti ini dijalankan selama 45 minit iaitu dari 11pm hingga 11.45pm. Guru-guru
akan mengajar dan membimbing kanak-kanak menyanyi dan menari mengikut rentak lagu
kanak-kanak seperti London bridge is falling down, Rasa sayang dan sebagainya. Ibu
bapa diajak untuk turut serta dalam aktiviti. Apabila ibu bapa menyanyi bersama dengan
anak-anak mereka, ini dapat mengeratkan hubungan silaturahim antara ibu bapa, guru-guru
dan kanak-kanak.
5. Majlis penutup
Pihak penganjur menyediakan cenderahati kepada kanak-kanak yang menghadiri
Program Transisi ini. Makanan tengah hari disediakan bagi semua.

Anggaran kos: Makanan( RM 550)


Alat tulis (RM 120)

Ahli Jawatankuasa:
Pengerusi: Tuan Haji Mohammad bin Yusoff
Naib Pengerusi: En. Low Chung Him
Setiausaha: Cik Venisha A/P Muthu
Bendahari: Puan Siti Nur Azah
AJK: Encik Lim Kim Chuan
Cik Azizah binti Ahmad
Cik Deishi A/P Kamal

Dilaporkan Oleh,

_________________
( VENISHA A/P MUTHU )
Setiausaha, Program Transisi.

17 SEPTEMBER 2013

You might also like