Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

ELM 3104

1) ISU BULI
Melalui pengalaman menjalankan sesi kaunseling kepada murid-muris SKK, saya
mendapati isu buli kerap berlaku di sekolah ini. Kebanyakkan klien yang datang ke
sesi selalu membawa isu ini. Gejala buli di sekolah semakin membimbangkan
masyarakat terutamanya ibu bapa. Pada asasnya, gejala buli ini boleh dibahagikan
kepada dua iaitu buli mental dan buli fizikal. Buli mental ialah aktiviti buli yang
melibatkan kutuk-mengutuk, ejek-mengejak, dan menyindir seseorang. Buli fizikal
pula

melibatkan

pukul-memukul

dan

sepak

terajang

hingga

menyebabkan

kecederaan kepada mangsa buli. Memang tidak dapat dinafikan, gejala buli
mendatangkan pelbagai kesan buruk terutamanya kepada murid sekolah. Oleh itu,
langkah-langkah yang sesuai perlu dilakukan untuk mengatasi masalah buli di
sekolah.
Pada pendapat saya, kesan utama gejala buli di sekolah ialah murid yang dibuli akan
berasa takut datang ke sekolah. Kita sedia maklum bahawa kebanyakan mangsa buli
biasanya bersaiz lebih kecil dari segi fizikal jika dibandingkan dengan pembuli. Oleh
sebab itu, mereka tidak mampu melawan kerana takut dengan pembuli. Pembuli
biasanya akan menyuruh mereka melakukan sesuatu untuk kepentingan pembuli
sendiri. Jika mereka membantah, mereka akan dipukul dan didera. Terdapat
sesetengah pembuli yang membawa kawan-kawannya untuk membelasah murid
yang dibuli. Bagi murid-murid perempuan pula, mereka suka menyindir dan
mengutuk sesama sendiri. Perbuatan ini boleh menyebabkan mangsa tertekan dan
ketakutan. Ini menyebabkan murid yang dibuli akan berasa takut dan tidak berani
datang ke sekolah lagi. Jelaslah bahawa kadar ponteng sekolah dalam kalangan
murid SKK yang dibuli akan meningkat disebabkan mereka takut datang ke sekolah.
Oleh yang demikian, saya sebagai bakal guru bimbingan dan kaunseling (GBK), ingin
menyatakan peranan GBK di sekolah. Hal ini demikian kerana di sesetengah
sekolah, guru kaunseling sibuk membuat kerja lain daripada berjumpa dengan murid
bermasalah untuk menyelesaikan masalah mereka. Murid pula tidak mahu berjumpa
dengan guru kaunseling kerana mereka tidak yakin dengan kemampuan dan
kebolehan guru tersebut. Oleh itu, guru bimbingan dan kaunseling harus memainkan

ELM 3104
peranan lebih aktif. Mereka hendaklah mengesan dan memberikan kaunseling
motivasi kepada murid yang selalu dibuli. Biasanya, mangsa buli tidak mahu
berkongsi masalah mereka dengan orang lain kerana takut. Dengan ini, guru
bimbingan dan kaunseling dapat memulihkan semangat mangsa buli. Mereka juga
akan lebih yakin untuk melaporkan kes yang hadapi. Akhirnya, pihak sekolah dapat
mengambil tindakan yang tegas kepada murid-murid yang terlibat.
2) ISU PONTENG SEKOLAH
Kebanyakkan murid SKK ponteng sekolah kerana mereka telah hilang pemerhatian,
kasih

sayang

daripada

ibu

bapanya

dan

ibu

bapa

telah

mengabaikan

tanggungjawabnya sebagai seorang ibu bapa. Dengan membuktikan keadaan


tersebut, ibu bapa kini sentiasa bekerja di luar dari awal pagi sampai tengah malam,
masa mereka bersama dengan anak semakin berkurang sehingga anak-anak tidak
dapat menyampaikan perasaan mereka kepada ibu bapa. Lama-lama kemudian,
anak tersebut akan cuba menggunakan cara lain iaitu cara negatif seperti ponteng
sekolah kerana mereka berjaya mendapat perhatian daripada ibu bapa mereka.
Malangnya anak-anak ini akan berkawan dengan orang luar semasa mereka
memonteng sekolah dan kesannya kawan baru ini akan mengajak mereka pergi ke
tempat lain untuk berhibur sehingga anak-anak ini tidak lagi mementingkan
muridannya.
Biasanya pihak sekolah akan mengeluarkan surat amaran bagi murid-murid yang
melakukan kesalahan ponteng terlalu kerap iaitu tiga hari berturut-turut. Surat yang
ditujukan kepada waris atau ibu bapa itu kadang-kadang tidak mendapat respon
yang diharap-harapkan. Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan urusan harian mereka
tidak dapat hadir untuk berbincang dengan pihak sekolah. Keadaan ini secara tidak
langsung menunjukkan bahawa ibu bapa atau penjaga murid yang berkenaan
langsung tidak mengambil berat akan hal-ehwal anak-anak mereka. Keadaan ini juga
memberikan rangsangan kepada murid yang berkenaan untuk terus memonteng
sehingga akhirnya terpaksa diberhentikan persekolahannya. Oleh itu bolehlah
dikatakan bahawa ibu bapa yang tidak mengambil berat akan amaran pihak sekolah
turut menyumbang ke arah masalah ini.

ELM 3104
Pengaruh rakan sebaya juga turut memainkan peranan yang kuat dalam
mempengaruhi murid lain untuk ponteng sekolah. Ajakan daripada rakan sebaya
mereka untuk ponteng sekolah akan mempengaruhi minda murid-murid yang tidak
berfikir secara rasional. Mereka akan menurut segala ajakan dan pelawaan rakanrakan mereka tanpa berfikir panjang. Rakan-rakan yang bercadang untuk ponteng
sekolah akan memberikan pelbagai alasan yang munasabah seperti pelajaran di
sekolah sangat membosankan dan sebagainya. Mereka memberi tanggapan bahawa
aktiviti ponteng sekolah dapat menenangkan fikiran dan ini menjadi alasan untuk
mereka tidak hadir ke sekolah.
Terdapat juga para murid ponteng sekolah kerana takut dimarahi ataupun didenda
oleh guru contohnya semasa mereka tidak sempat menyiapkan kerja sekolah mereka
yang diberikan oleh guru, mereka akan pilih cara ponteng sekolah supaya mereka
tidak dapat didenda oleh cikgu. Selain daripada itu,murid yang datang lewat juga
akan mengambil keputusan untuk ponteng kerana takut didenda kerana kesalahan
mereka itu. Kumpulan murid ini juga menyalahkan pihak sekolah yang mengamalkan
peraturan yang terlalu ketat dan mengenakan hukuman yang pada pendapat mereka
terlalu berat bagi kesalahan yang kecil.
3) ISU MEROKOK
Di kalangan golongan murid SKK, masalah utama yang dialami oleh murid-murid
tersebut adalah perokok pasif dengan kanak-kanak ini terdedah kepada asap rokok
yang dihisap oleh ahli keluarga mereka atau orang dewasa di sekeliling mereka. Di
antara mereka, ada yang mempunyai lebih dari seorang ahli keluarga yang merokok.
Ini menyebabkan kanak kanak tadi mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk
mendapat penyakit yang berkaitkan dengan rokok terutamanya masalah paru-paru.
Golongan murid sekolah rendah ini juga didapati mempunyai kecenderungan untuk
merokok kerana perasaan ingin tahu dengan rokok lebih mudah diperoleh
disebabkan adanya ahli keluarga di rumah yang merokok.
Kajian yang dijalankan di sebuah sekolah rendah mendapati bahawa hampir 20%
daripada kanak kanak sekolah tersebut pernah merokok atau adalah perokok aktif

ELM 3104
pada umur 11 tahun. Majoriti pelajar tersebut tidak mempunyai masalah untuk
mendapatkan rokok walaupun rokok tidak dibenarkan di jual kepada kanak-kanak
berumur 18 tahun kebawah. Justeru itu, penguatkuasaan penjualan rokok kepada
golongan kanak-kanak dan remaja sekolah perlulah diperketatkan lagi. Kanak-kanak
sekolah juga kurang diberikan pendedahan tentang bahaya merokok dan akibatnya.
Kita boleh membenteras gejala rokok di kalangan remaja dan kanak-kanak ini
dengan adanya kerjasama di antara ibu bapa, guru sekolah, kakitangan kesihatan,
penguatkuasa dengan policy makers dalam kerajaan kita. Ibu bapa harus sedar
bahawa mereka bukan sahaja merosakkan diri dengan merokok, malah, mereka juga
membahayakan anak-anak yang bergantung dengan mereka. Ibu bapa adalah role
model yang baik untuk anak-anak. Mereka seharusnya mencerapkan nilai-nilai
keagamaan dan nilai-nilai murni yang membentuk susila anak-anak mereka dan
bukan sebaliknya.
Guru sekolah harus peka dengan pelajar-pelajar di sekolah dan mengenalpasti
remaja atau kanak-kanak yang bermasaalah dan segera mendapatkan bantuan dari
pihak yang berkenaan terutamanya kakitangan kesihatan sebelum terlambat.
Penguatkuasaan harus dipertingkatkan lagi supaya remaja dan kanak kanak tidak
memperoleh rokok dengan mudah dan pihak kerajaan boleh memainkan peranan
dengan meningkatkan lagi cukai ke atas tembakau supaya dapat mengawal gejala
rokok ini. Kempen-kempen tentang bahaya rokok juga harus diperkenalkan di
peringkat sekolah dan dengan pengetahuan yang mencukupi, kanak-kanak juga
boleh membantu untuk menasihati ibu bapa mereka supaya berhenti merokok. Kita
boleh membenteras gejala rokok di kalngan pelajar sekolah rendah sekiranya semua
pihak memainkan peranan mereka masing masing demi masa depan anak-anak kita.

You might also like