Trial PD 2014 k2

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 9

2

SULIT

3755/2

Bahagian A
[75 markah]
Jawab tiga soalan sahaja.
1

(a)

Nyatakan dua perbezaan antara keperluan dan kehendak.

(b)

Gambar berikut berkaitan satu aktiviti pengeluaran.

[4 markah]

Kenal pasti dua faktor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti tersebut.
Jelaskan alasan anda.
[4 markah]
(c)

Gambar berikut menunjukkan perkembangan perniagaan Encik Ananda.


Tahun 2012

Tahun 2014

Terangkan sumbangan Encik Ananda kepada masyarakat.

3755/2 @ 2014

[6 markah]

SULIT

3
SULIT

(d)

3755/2

Pernyataan berikut berkaitan dengan pengkhususan dalam pengeluaran.


Encik Fahmi ialah pemilik kilang Pineapple Krispy, di Pekan Nenas Johor. Pekerja
di kilangnya seramai 40 orang ditugaskan di bahagian ladang dan pemprosesan.
Beliau telah mendapat pinjaman bank untuk membeli lima buah mesin baru di
kilangnya bagi memperbesarkan perniagaannya.
Mengapakah Encik Fahmi mengamalkan pengkhususan dalam pengeluaran di
kilangnya?
[5 markah]

(e)

ROSCAR Trading merupakan syarikat penjual kereta baru dan terpakai di Sungai
Petani, Kedah. Jelaskan bagaimana komunikasi dan promosi membantu melicinkan
perniagaannya.
[6 markah]

2 (a)

Gambar berikut menunjukkan sejenis barang yang diagihkan melalui satu saluran
agihan.

Terangkan faktor pemilihan saluran agihan tersebut.

[4 markah]

[Lihat halaman sebelah


3755/2 @ 2014

SULIT

4
SULIT

(b)

3755/2

Gambar berikut menunjukkan satu bentuk lain peruncitan.

Jelaskan bentuk lain peruncitan tersebut.

[5 markah]

(c)

Jelaskan peranan pemborong kepada peruncit.

[5 markah]

(d)

Maklumat berikut berkaitan dengan dokumen perniagaan dalam negeri.


ASAL

INVOIS
Gemilang Trading
Melaka

Kepada,
Syaza Enterprise,
Melaka.
Bil

Butiran

NO: 1234
Tarikh: 16 Julai 2012

Kuantiti

Harga seunit (RM)

Jumlah(RM)

Kertas A4

100 rim

10.00

1000.00

Buku Kerja
Perdagangan

150 buah

10.00

1500.00
2500.00

Tolak: Diskaun niaga 20%


Jumlah

X
Y

(Ringgit Malaysia: Dua ribu sahaja)


Syarat :5% 10 hari
3% 30 hari
Serahan: Angkutan dibayar
K & K diK

Abdul
Penerima

3755/2 @ 2014

SULIT

5
SULIT

3755/2

Hitung jumlah yang perlu dijelaskan oleh Syaza Enterprise jika bayaran di buat pada
23 Julai 2012.
[5 markah]

(e)

Gambar berikut menunjukkan risalah barang yang dijual melalui satu kaedah jualan.
SYARIKAT ELEKTRIK LEE
Jalan Riang 3, Taman Daya, Johor Bahru

TIADA BAYARAN
MUKA (DEPOSIT)
BAYARAN
BULANAN
RENDAH

Kenal pasti jenis kaedah jualan yang digunakan. Jelaskan kelebihan kaedah jualan
tersebut kepada penjual dan pembeli.
[6 markah]

3 (a) Syarikat Perabot MF telah mengeluarkan perabot rotan mewah untuk dieksport ke
Brunei.
Bincangkan sumbangan syarikat tersebut kepada negara.

[4 markah]

(b)

Jelaskan program pemasaran bersepadu dalam Industri Kecil dan Sederhana (IKS).
[5 markah]

(c)

Dialog berikut berkaitan dengan pengendalian perniagaan sebuah syarikat agensi


pelancongan.
Aizat

: Pelanggan kita sering merungut tentang perkhidmatan kaunter yang


diberikan tidak memuaskan hati mereka.

Aiman

: Oh. itu kerana syarikat kita mengalami masalah keluar masuk pekerja
(turn over) yang sangat tinggi.

Aizat

: Mengapa boleh jadi seperti itu?

Aiman

: Mungkin disebabkan syarikat kita kurang menjaga kebajikan mereka.

Terangkan dua aspek dalam pengendalian perniagaan yang terlibat.

[6 markah]

[Lihat halaman sebelah


3755/2 @ 2014

SULIT

6
SULIT

(d)

3755/2

Maklumat berikut berkaitan dengan dua jenis pemilikan perniagaan.


Milikan Perniagaan A

Bilangan ahli terdiri daripada 2


hingga 20 orang rakan kongsi
Modal
diperolehi
daripada
sumbangan modal mengikut kadar
yang ditetapkan

Milikan Perniagaan B

Dimiliki oleh pemegang syer yang


terdiri daripada orang awam
Modal diperolehi daripada penjualan
syer kepada orang ramai

i)

Pada pendapat anda, apakah kelebihan dalam Milikan A berbanding B. [5 markah]

ii)

Kenal pasti jenis milikan perniagaan B? Jelaskan.


markah]

4 (a) Jelaskan tentang Bank Koperasi.

[5

[3 markah]

(b)(i) Pernyataan berikut berkaitan dengan satu kaedah pembayaran menggunakan cek.
Encik Amin membuat bayaran sebanyak RM2000 kepada Syarikat Anggun
Sendirian Berhad. Beliau mengeluarkan satu cek berpalang pada 22 April 2014.
Akaun semasanya dibuka di CCB Bank Cawangan Kota Tinggi.
Lakarkan cek tersebut.

[6 markah]

(ii) Jelaskan kelebihan penggunaan cek di 4(b)(i) kepada Syarikat Anggun Sendirian
Berhad.

[4 markah]

(c) Maklumat berikut berkaitan dengan sistem pengangkutan berkaitan pengkontenaan.


Encik Thinawat seorang pengeksport buah-buahan di Thailand telah
menggunakan Pengangkutan Antarabangsa Routier (TIR) untuk menghantar
buah-buahan ke Singapura.
Terangkan tiga sebab Encik Thinawat memilih sistem pengangkutan tersebut.
[6 markah]

3755/2 @ 2014

SULIT

7
SULIT

(d)

3755/2

Perbualan berikut adalah antara Badrul dan Fakhrul, pemilik Syarikat Pakaian Sukan
MD di Pasir Gudang, Johor, berkaitan dengan jenis perkhidmatan komunikasi.
Jadi kita perlu
menggunakan
perkhidmatan
kurier.

Kita telah mendapat


tempahan 20 jersi
bola sepak dari
Kelantan dan perlu
dihantar segera .

Jelaskan kelebihan menggunakan perkhidmatan tersebut kepada Syarikat Pakaian


Sukan MD.
[6 markah]
5 (a) Dialog berikut berkaitan dengan ciri pergudangan.
Puan Alya
Zarina
Puan Alya
Zarina

: Zarina, saya dapat laporan mengenai kehilangan stok di


gudang kita.
: Mengapa keadaan ini berlaku puan. Sedangkan kita telah
mengambil khidmat syarikat pengawal keselamatan di sana.
: Kehilangan ini bukan sahaja disebabkan oleh kecurian tetapi
penyelenggaraan stok juga kurang memuaskan.
: Baiklah puan. Saya akan cuba atasi masalah ini.

Tentukan ciri gudang yang baik yang dapat mengatasi masalah tersebut.

[5 markah]

(b) Terangkan tiga unsur campuran pemasaran yang perlu diambil kira oleh Syarikat
Tunas Jaya, pengeluar makanan sejuk beku yang baharu beroperasi di Pontian, Johor
untuk memperkembangkan perniagaannya ke seluruh negara.
[6 markah]

[Lihat halaman sebelah


3755/2 @ 2014

SULIT

8
SULIT

3755/2

(c) Gambar berikut menunjukkan sejenis media pengiklanan.

(i)

pasti jenis media tersebut?


(ii)

K
en
al

[1 markah]

Mengapakah peniaga memilih media pengiklanan di 5(c)(i).

[4 markah]

(d) Jelaskan dua agensi kerajaan yang boleh membantu peniaga dalam memasarkan
produk ke luar negara.
[4 markah]

(e) Dialog berikut berkaitan dengan konsumerisme.


Mimie
Cik Piah
Mimie
Cik Piah

: Awak nak ke mana Cik Piah?


: Saya nak ke Pasaraya Maju. Ada jualan murah pakaian sekolah.
Lagipun sekolah dah nak buka ni.
: Jauhnya nak membeli belah. Kedai Pakaian Ah Hoe kan ada jual
pakaian sekolah.
: Tak nak lah. Kedai tu tak banyak pilihan.

Pada pendapat anda, adakah Cik Piah seorang pembeli yang bijak? Berikan alasan
anda.
[5 markah]

Bahagian B

3755/2 @ 2014

SULIT

9
SULIT

3755/2

[25 markah]
Soalan ini wajib dijawab.
6

Encik Haris adalah pemilik Syarikat Aktif Bina Sendirian Berhad, sebuah syarikat pembinaan
yang beroperasi di Johor Bahru. Syarikat ini menjalankan kerja-kerja pembinaan bangunan
komersial dan bangunan perumahan. Bagi memudahkan urusan perniagaannya beliau telah
membeli sebuah lori untuk mengangkut bahan binaan. Operasi perniagaannya mendedahkan
pekerjanya kepada pelbagai risiko.

Beliau bercadang untuk mengambil insurans bagi

melindungi perniagaannya. Setiap bulan Encik Haris membayar gaji pekerjanya


menggunakan cek. Kesibukannya menguruskan perniagaan dan kelewatan pembayaran oleh
penghutang menyebabkan kadang-kadang beliau terlewat untuk membayar gaji pekerja.
Rakannya, Encik Zainal mencadangkan supaya beliau menggunakan perkhidmatan bank
untuk menguruskan bayaran gaji pekerja.

Encik Zainal juga menasihatkan beliau

mendapatkan pendahuluan daripada bank untuk mengeluarkan cek bagi pembayaran gaji
pekerjanya. Dengan itu, beliau dapat mengatasi masalahnya.
Peningkatan permintaan terhadap operasi perniagaannya tahun lepas telah menyebabkan
keuntungan syarikat meningkat dan membolehkan Encik Haris dibayar lebih dividen. Beliau
bercadang untuk melaburkan pendapatan dividen tersebut.
membeli sebuah lot kedai atau saham.

Beliau memikirkan untuk

Maklumat pelaburan yang diperolehinya seperti

berikut;
Butiran/ Jenis
Bilangan

Lot Kedai
1 unit

Saham Keutamaan
60 000 unit

Harga beli

RM150 000

RM2.50 sesaham

Pendapatan

RM1000 sebulan

Dividen 7% setahun

Syarikat telah membina satu lot kedai lima pintu di Ulu Tiram, Johor. Semua kedai tersebut
telah berjaya dijual sebaik sahaja dilancarkan. Setelah setahun lot kedai tersebut beroperasi,
masalah timbul apabila pembeli-pembeli membuat aduan berlaku keretakan serius pada
struktur dinding dan bumbung di lot kedai mereka.

Mereka bimbang keadaan tersebut

mengancam keselamatan mereka. Mereka menuntut supaya syarikat mengambil tindakan


segera untuk menyelesaikan masalah tersebut. Encik Haris mengadakan pertemuan dengan
semua pembeli dan bersetuju membaiki kerosakan dinding semua kedai tersebut. Pihak
pembeli menuntut supaya tambahan RM10000 dibayar oleh syarikat bagi menampung kos

3755/2 @ 2014

SULIT

10
SULIT

3755/2

pembaikian bahagian lain.

Walau bagaimanapun Encik Haris tidak bersetuju.

Ini

menyebabkan pihak pembeli telah bertindak membuat aduan kepada sebuah agensi kerajaan
bagi menyelesaikan masalah tuntutan mereka.
Berdasarkan situasi , jawab soalan berikut:
(a)

Huraikan dua insurans yang boleh diambil oleh Encik Haris.

(b)

Jelaskan perkhidmatan bank yang boleh membantu Encik Haris menyelesaikan


masalahnya.

(c)

[6 markah]

[4 markah]

Sekiranya anda Encik Haris, apakah pelaburan yang akan anda pilih? Berikan alasan.
[6 markah]

(d)

(i)

Terangkan dua hak yang boleh dituntut oleh pembeli lot kedai tersebut.
[4 markah]

(ii)

Jelaskan agensi kerajaan yang boleh membantu menyelesaikan masalah


tuntutan pembeli-pembeli tersebut.

[5 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

3755/2 @ 2014

SULIT

You might also like