Professional Documents
Culture Documents
Bab 1
Bab 1
PENGENALAN KEPADA
KEUSAHAWANAN
OBJEKTIF BAB
Mengetahui sejarah dan asal-usul keusahawanan dari sudut pelbagai
bidang
Mengetahui definisi usahawan dan keusahawanan daripada pelbagai
perspektif dan tokoh-tokoh terkemuka.
Mengetahui kepentingan
seharian kita
aktiviti
keusahawanan
dalam
kehidupan
PENGENALAN
Usahawan dan keusahawanan adalah di antara istilah yang seringkali
disebut-sebut oleh masyarakat sejak zaman dahulu.
Istilah ini membawa kepada pelbagai maksud atau takrifan mengikut
bidang atau kefahaman individu masing-masing.
KONSEP KEUSAHAWANAN
Banyak perdebatan
keusahawanan.
berlaku
apabila
bercakap
tentang
definisi
KONSEP KEUSAHAWANAN
Richard Cantillon, seorang ahli ekonomi Perancis campuran Irish
dianggap oleh Schumpeter (1934) sebagai orang pertama yang
memperkenalkan konsep keusahawanan.
Kamus Webster's New World:
Seseorang yang mengorganisasi dan mengurus pengambilalihan, men
gandaikan risiko untuk demi keuntungan.
Hull, Bosley dan Udel (1980) :
Individu-individu yang membeli atau mewarisi perniagaan sedia ada
dengan niat (dan usaha berterusan) meluaskannya.
Meredith, Nelson dan Neck (1982):
Usahawan-usahawan adalah orang yang mampu melihat dan menilai
peluang-peluang perniagaan, menggabungkan keperluan sumber-sumber
untuk mengambil peluang serta mengambil tindakan bersesuaian demi
memastikan kejayaan.
KONSEP KEUSAHAWANAN
Sexton dan Bowman-Upton (1991):
Satu proses mengenalpasti peluang-peluang dalam pasaran, menyusun
sumber-sumber untuk mencapai objektif dan tindakan seterusnya
mengeksploitasi keperluan sumber-sumber bagi kepentingan peribadi
dalam tempoh jangka masa panjang.
Kao (1995)
satu proses mencipta sesuatu yang baru (kreatif) dan berbeza (inovatif)
bagi tujuan mencipta kekayaan untuk individu dan menambah nilai
kepada masyarakat dan usahawan adalah orang yang melalui proses
penciptaan kekayaan dan nilai tambah tersebut melalui inkubator ideaidea, penyusunan sumber- sumber dan seterusnya melaksanakannya.
KONSEP KEUSAHAWANAN
Coulter (2000)
Satu proses di mana individu atau sekumpulan individu menggunakan
usaha-usaha dan perantara untuk mencari peluang mencipta nilai dan
pertumbuhan melalui memenuhi keperluan dan kehendak. Ianya perlu
melalui inovasi dan keunikan tidak kira apa jua sumber kawalan yang ada
yang digunakan. Usahawan juga merupakan seseorang yang mencipta
dan mengoperasikan perniagaan secara aktif.
Hisrich dan Peters (2002)
Satu proses penciptaan sesuatu yang baru ditambah nilai serta keperluan
usaha dan masa, mengandaikan kewangan, psikik, dan risiko sosial serta
menerima anugerah dalam bentuk wang dan kepuasan peribadi dan
kebebasan. Manakala usahawan adalah penemu yang merevolusikan
corak terkini melalui penemuan sumber atau outlet baru,
pengorganisasian industri baru atau pengambilalihan sesetengah aktiviti
inovatif.
SADE 1013 ASAS KEUSAHAWANAN
KONSEP KEUSAHAWANAN
Kuratko dan Hodgetts (2004)
Satu proses inovasi dan penciptaan perniagaan baru melalui empat
dimensi iaitu individu, organisasi, persekitaran dan proses- dibantu oleh
jaringan kerjasama kerajaan, pendidikan dan institusi-institusi.
kursus
Kesimpulan
Konsep usahawan dan keusahawanan membawa satu definisi serta
perspektif yang sangat luas.
Konsep keusahawanan dan usahawan adalah satu bidang yang begitu
luas tafsiran menurut pelbagai perspektif serta pandangan tokoh-tokoh
terkenal.