Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

7 KONSEP MUZIK

1.Irama
-Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik.
a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil.
b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek.
c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter.
d. Beat-beat mempunyai tekanan.
e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang.
Simbol Verbal :
Irama detik not dan tanda rehat meter tekanan corak irama,ostinato,rentak.
2. Melodi
-Susunan pic secara melintang.
a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana
b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar.
c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat.
d.Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu
kumpulan atau rangkaian pic
e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu.
f. Pic boleh disusun secara berurutan.
g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu.
Simbol Verbal :
Melodi skel (major,minor,pentatonik) frasa lagu / melodi sekuens nada
3. Warna Ton
-Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
-Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran
atauidea yang tersendiri.
-Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada bahan-bahan
tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan.
Simbol Verbal:
Alat suara
- manusia,binatang,kenderaan,alam semula jadi dll. Perkataan deskriptif
Ton
- gelap , cerah , padat , garau , kasar
Suara
- soprano , alto , tenor dan bes
Keluarga alat muzik
- membranofon, aerofon , kordofon dan idiofon

4. Bentuk
-Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton.
a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea.
b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar.
c.Segmen muzik (motif,frasa,seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan.
d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan.
Simbol Verbal :
Motif frasa seksyen,koras,rangkap ABA,berulang,kontras intro,koda
5. Harmoni.
-Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak. dan dinyanyikan/dimainkan
serentak.
a. Dua pic boleh dibunyikan serentak.
b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak.
c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak.
d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni.
Simbol Verbal
Harmoni jeda triad tonik/kord round,polifoni,deskan,kaunter melodi kord iringan
homofoni
6. Ekspresi
-Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu
ekspresi ide muzik.a.
a.Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut.
b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.
c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan,dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan
secara beransur- ansur.
d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan.
e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud.
Simbol Verbal :
Dinamik Volume cerscendo diminuendo susutain,legato,staccato cepat,lambatmudriang,tenang,cemas,cergas
7. Tekstur / Jalinan
-Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.
a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu / teba atau banyak.
b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni.
Simbol Verbal
Solo duet trio quartet orkestra monofoni homofoni polifoni

You might also like