Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Konsep Tiga Kepatuhan dan Empat Sifat Murni ()

1. Pengenalan
Pada pandangan Konfusianisme, kedudukan wanita adalah amat rendah. Wanita perlu patuh
kepada superiors, iaitu orang yang berperingkat lebih tinggi daripadanya.
Tiga Kepatuhan dan Empat Sifat Murni () ialah satu tradisi feudal yang terdapat di
China Klasik yang mendiskriminasi dan menindas golongan perempuan. Ia juga merupakan
permintaan ahli Konfusianisme ke atas moral dan perlakuan seseorang perempuan. Manakala
penjelasan yang terawal bagi Empat Sifat Murni dapat didapati dalam buku Larangan Ke
atas Perempuan ) yang merupakan sebuah buku yang mengajar perempuan cara
menjadi seorang isteri yang baik.
Perkataan Tiga Kepatuhan ( ) dan Empat Sifat Murni ( ) berasal daripada kitab
konfusianisme. Tiga Kepatuhan berasal daripada Yi Li ( ) manakala Empat Sifat
Murni berasal daripada Zhou Li ().
Larangan ke atas Perempuan merupakan buku yang ditulis oleh seorang penulis
perempuan semasa Dinasti Han Timur, iaitu Ban Zhao ( ). Ban Zhao menulis buku ini
adalah sebab dia khuatir tiada orang mendidik anak perempuannya setelah dia meninggal dunia.
Jadi, dia menulis buku ini adalah untuk mendidik anak perempuannya agar menjadi seorang
isteri yang baik supaya tidak memalukan keluarga mentuanya pada setelah berkahwin.

2.

Konsep Tiga Kepatuhan() dan Empat Sifat Murni()

Mengenai buku Li Yi Sang Fu Zi Xia Zhuan( ), makna Tiga


Kepatuhan ( ) adalah golongan perempuan yang belum kahwin wajib patuh kepada
ayahnya, yang telah kahwin wajib patuh kepada suaminya, akhirnya jika suaminya meninggal
dunia maka wanita tersebut wajib patuh kepada anaknya ().
Manakala dalam buku Zhou Li Tian Guan Jiu Pin (), makna Empat
Sifat Murni ( ) adalah ketatasusilaan wanita ( ), kebahasaan wanita ( ),
kenampakan wanita () dan kejasaan wanita (). Secara keseluruhan, Tiga kepatuhan
dan Empat Sifat Murni adalah satu syarat yang meminta golongan perempuan mematuhi atau
mengakui kuasa dan kemuliaan golongan lelaki. Dapat didefikasi kepada perempuan perlu hidup
berpandu kaum lelaki, patuh kepada ketatasusilaan (), berkebahasaan (), kegayaan (
) dan berkemahiran dalam kesenian ( ). Oleh itu, perempuan perlu mematuhi segala
peraturan moral yang ditetapkan ().
Terdapat banyak penjelasan terhadap Tiga Kepatuhan dan Empat Sifat Murni seperti dalam
buku Li Ji Jiao Te Xing ()1 mendefinikasikan bahawa sejak masa kecil
kaum wanita telah berada dalam kedudukan masyarakat yang tertindas. Sebagai contoh kalau
ayah meninggal dunia, perempuan yang belum kahwin perlu mengikut adat resam perkabungan
( ) selama 3 tahun, yang berkahwin pula 1 tahun untuk ayahnya. Di samping itu, kalau
suami meninggal dunia, perempuan tersebut pula kena mengikut adat resam perkabungan selama
3 tahun untuk suaminya. Dengan ini didapati bahawa golongan perempuan hanya bernasib
1 Yang, C.M. (2000). Ru jia wen hua mian mian guan. Ji nan: Ji ru shu she. hlm 212
2

melayani orang dan terikat dalam ajaran maka mereka wajib mematuhi kepada golongan lelaki.
Ini menyebabkan mereka tidak perlu mempunyai kesahsiahan yang tersendiri kerana ini adalah
hal yang dianggap betul dan tidak boleh dinafikan.

Tambahan pula, Liu Xiang () iaitu sasterawan dan cendekiawan di zaman Han Barat telah
menghasilkan buku Lie Nv Zhuan ()2. Buku Lie Nv Zhuan adalah buku yang
mencatat peristiwa atau hal yang berlaku pada golongan wanita yang dihormati. Maka dalam
buku ini terdapat rangkap yang menyatakan bahawa tiga kepatuhan adalah nilai murni atau
ketatasusilaan yang wajib dipatuhi kepada kaum wanita.

Maka berkaitan dengan fungsi dan kegunaan Tiga Kepatuhan() ini, buku Li Ji Hun Yi
()3 telah memberi penjelasan bahawa kepatuhan merupakan akar moral terhadap
golongan perempuan. Manakala kepatuhan dan ketaatan golongan perempuan merupakan kata
kunci bagi membina satu keluarga yang bahagia dan aman. Ini membawa maksud bahawa kalau
keluarga tidak bahagia adalah salah kaum wanita kerana mereka tidak mematuhi ajaran-ajaran
tersebut. Oleh itu, kaum wanita perlu patuh kepada pihak lelaki, menerima segala penghinaan
dan kesusahan tanpa bantahan.

2 Yang, C.M. (2000). Ru jia wen hua mian mian guan. Ji nan: Ji ru shu she.

hlm 213

3 Sama dengan (2)


3

Zheng Xuan ( ) iaitu ahli pakar kitab dan ahli pendidikan pada zaman Han Timur telah
member penjelasan Empat Sifat Murni melalui buku yang bernama Zhou Li Tian Guan Jiu
Bin ( ). Dalam penjelasan beliau, Empat Sifat Murni adalah ajaran
yang meminta kaum wanita menjaga kesucian mereka, lemah lembut dan mematuhi segalanya,
berkata dengan implisit, bergaul dengan sopan santun, rajin dalam bidang kesenian atau
kraftangan. Dalam buku Larangan ke atas Perempuan( ) artikal Fu Xing (
) telah member penjelasan yang lagi tepat dan teliti bagi Empat Sifat Murni ini.

3. Buku Larangan Ke atas Perempuan ()


Buku Larangan Ke atas Perempuan iaitu Nv Jie ()4 adalah sebuah buku yang ditulis
oleh Ban Zhao ()5 semasa Dinasti Han Timur. Buku ini adalah sebuah buku yang mendidik
tingkah laku perempuan dalam kehidupan seharian. Buku ini mengandungi tujuh bab. Tujuh
bab buku ini adalah Bei Ruo (), Fu Fu (), Jing Shen (), Fu Xing (), Zhuan Xin
(), Qu Cong () dan Shu Mei (). Jumlah perkataan bagi buku ini adalah hanya 1700
patah perkataan sahaja. Ban Zhao telah menyata dalam buku ini bahawa Yin () dan Yang
() adalah berlainan, maka kelakuan antara lelaki dan perempuan juga harus berlainan.

4 Yang, C.M. (2000). Ru jia wen hua mian mian guan. Ji nan: Ji ru shu she. hlm 213

5 Yang, C.M. (2000). Ru jia wen hua mian mian guan. Ji nan: Ji ru shu she. hlm 214

Bab yang pertama ialah Bei Ruo ()6 yang membawa maksud merendahkan diri. Ban Zhao
menyatakan bahawa lelaki dan perempuan adalah berbeza sejak dilahirkan. Sifat merendahkan
diri adalah sangat penting bagi seorang perempuan.

Pada masa dahulu, bayi perempuan

dibaringkan di bawah katil setelah tiga hari dilahirkan dan akan diberi kain tenunan sebagai
permainan serta ibu bapa harus menyembah nenek moyang dengan vegetarian. Hal ini demikian
kerana ingin menunjukkan perempuan tidak harus mempunyai perasaan ego, maka kita boleh
mengetahui bahawa pada masa itu, perempuan haruslah merendahkan diri. Selain itu, kain
tenunan dijadikan sebagi permainan adalah sebab perempuan harus rajin mengurus sesebuah
keluarga dan mengemas rumah. Di samping itu, menyembah nenek moyang dengan vegetarian
adalah sebab ingin memberitahu nenek moyang bahawa bayi perempuan tersebut akan membesar
dengan sihat dan akan melahirkan anak setelah berkahwin. Sebagai seorang perempuan haruslah
bangun awal dan tidur lewat, melaksanakan kerja rumah seharian dengan sempurna.

Bab kedua ialah Fu Fu ( )7, iaitu suami isteri, menurut pandangan Ban Zhao, kedudukan
suami adalah lebih tinggi berbanding dengan Tuhan.

Hubungan antara suami isteri ialah

pemerintah dengan yang diperintah, iaitu suami memerintah isteri manakala isteri pula harus
melayani suami seperti melayani meharaja. Hubuangan antara suami isteri yang harmoni adalah
berasaskan peranan suami sebagai seorang pemerintah manakala isteri sebagai seorang rakyat
jelata.

6 Sama dengan (5)


7 Yang, C.M. (2000). Ru jia wen hua mian mian guan. Ji nan: Ji ru shu she. hlm 214

Dalam bab ketiga iaitu Jing Shen ( )8, bermaksud penghormatan. Ban Zhao berpendapat
bahawa lelaki harus tegah dan perempuan harus lemah lembut. Ketegahan lelaki dianggap
sebagai tanda kekayaan manakala kelembut-lembutan perempuan dianggap sebagai tanda
kecantikan. Merendahkan diri apabila berhadapan dengan orang lain. Selain itu, seseorang
perempuan juga hendaklah menjauhkan diri daripada pihak berkuasa. Hal ini demikian adalah
untuk mengelakkan pertikaian dengan orang lain. Jadi, menghormati orang lain, kelihatan lemah
lembut dan mengikuti suami adalah tingkah laku yang sangat penting bagi seorang perempuan.
Tiada jalan alternative jika ingin suami menghormatinya selain daripada member penghormatan
kepada suaminya secara berterusan. Selain itu, seseorang perempuan juga perlu mempunyai
sebuah hati yang besar untuk memaafkan suami dan bertoleransi dengan orang lain serta anak
sendiri. Hanya demikianlah, kelakuan dan pertuturan isteri dapat mempengaruhi suami, dan
secara langsungnya kehidupan antara suami isteri akan amat harmoni.

Fu Xing ()9 merupakan bab yang keempat dalam buku Larangan ke atas Perempuan. Fu
Xing ( ) bermakna kelakuan perempuan, Ban Zhao telah menyatakan empat permintaan
terhadap tingkah laku seseorang isteri. Empat perlakuan ini merupakan Empat Sifat Murni
yang disebut bersama dengan Tiga Kepatuhan, iaitu Fu De (), Fu Yan (), Fu Rong
() dan Fu Gong ().
8 Sama dengan (7)
9 Yang, C.M. (2000). Ru jia wen hua mian mian guan. Ji nan: Ji ru shu she. hlm 214

Bab kelima ialah bab ketaatan iaitu Zhuan Xin () 10telah menyatakan walau bagaimanapun,
seorang isteri harus taat kepada suaminya. Ban Zhao telah menyatakan bahawa jika seseorang
suami ingin beristeri muda, isteri pertama tiada kelayakan untuk melarang suaminya membuat
demikian. Oleh sebab itu, suami dikatakan sebagai Tuhan kepada seorang isteri. Nasib tidak
dapat dielakkan, maka suami tidak boleh ditinggalkan.

Kalau seseorang isteri telah

meninggalkan suaminya, maka bermakna dia telah mengingkar nasib dan akan dihukumi oleh
Tuhan.
Qu Cong ()11 bermaksud kepatuhan. Ban Zhao menyatakan bahawa seorang isteri haruslah
melayani ibu bapa mentuanya dengan baik. Walaupun ibu bapa mentua akan menyusahkannya,
tetapi dia juga haruslah mematuhi arahan mereka dan memenuhi permintaan mereka dengan
sepenuh hati.

Perempuan tersebut haruslah mempunyai sikap merendahkan diri dan sikap

kesabaran agar boleh bersabar apa sahaja permintaan ibu bapa mentua walaupun permintaan
tersebut adalah munasabah. Walau bagaimanapun, seseorang menantu haruslah mematuhi segala
suruhan dan permintaan ibu bapa mentuanya walaupun merasa tidak puas hati.

Bab yang terakhir ialah Shu Mei ()12 iaitu hubungan dengan adik-beradik suami. Dalam bab
ini, Ban Zhao mengajar cara seseorang isteri hidup bersama dengan adik-beradik suaminya.
10 Sama dengan (9)
11 Sama dengan (9)(10)
12 Yang, C.M. (2000). Ru jia wen hua mian mian guan. Ji nan: Ji ru shu she. hlm 214

Seseorang perempuan akan mendapat kesayangan daripada suaminya jika hubungannya dengan
adik-beradik suaminya adalah baik dan mendapat kepercayaan serta kesayangan mereka.
Kesayangan daripada adik-beradik suami bermakna dia boleh mendapat penghormatan orang
lain termasuk suaminya.

Maka, boleh dikatakan bahawa seseorang isteri boleh mendapat

penghormatan daripada ahli keluarga suaminya atau tidak adalah bergantung kepada
hubungannya dengan adik-beradik suami. Selain itu, kalau hubungan seorang isteri dengan adikberadik suaminya sangat baik, maka dia boleh mengelakkan diri daripada dikutuk oleh orang
luar.

4.0 Kesimpulan
Pada masa dahulu, wanita berada dalam keadaan tradisional dan mendapat layanan yang tidak
adil tetapi meletakkan kaum lelaki di status yang lebih tinggi, baik, berkuasa, positif dan
memimpin. Sebaliknya, kaum wanita berada di peringkat bawah, tidak mempunyai kuasa,
dianggap lemah dan negative.
Walaupun tujuan Tiga Kepatuhan dan Empat Sifat Murni () dan buku Larangan ke
atas Perempuan () adalah untuk mewujudkan suasana yang harmoni dan aman dalam
keluarga serta masyarakat tetapi secara langsungnya telah menunjukkan kaum wanita mengalami
tekanan yang besar pada masa itu.
5.0

Sumber Rujukan

Sumber buku:
1) Yang, C.M. (2000). Ru jia wen hua mian mian guan. Ji nan: Ji ru shu she.
2) Feng.J.Z. (1966). Kong Zi Zhuan. Ping Dong: Da Cheng Shu Ju.
3) Li.S. (1992). Zhong Guo Ru Jia Shi Shang Juan. Shang Hai: Ren Min Chu Ban She.
8

Sumber internet:
1) http://baike.baidu.com/view/1451.htm
2) http://book.sina.com.cn/excerpt/sz/rw/2009-08-11/1759259232.shtml
3) http://blog.ifeng.com/article/2857263.html

You might also like