Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Sejarah SMK Simpang Pulai,Ipoh Perak

Sekolah Menengah Kebangsaan Simpang Pulai (SMKSP) terletak di Kampung


Kepayang, Mukim Sungai Raya, Kinta, Perak. Sekolah ini dibangunkan di bawah
Rancangan Malaysia ke-6 dalam Projek Bank Dunia ke-12 bagi tahun 1995.
Bangunan sekolah ini bernilai RM5.1 juta dan didirikan di atas tapak seluas enam
hektar. Tapak sekolah ini merupakan kawasan bekas lombong. Pembinaannya
bermula pada 12 September 1994 dan dijangka siap sepenuhnya pada 14 Julai 1996
tetapi ia telah dapat disiapkan dan diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri
Perak, dua bulan lebih awal iaitu pada bulan Mei 1996.

SMK Simpang Pulai mengandungi dua blok empat tingkat untuk bilik darjah, satu
blok empat tingkat untuk makmal sains, satu blok dua tingkat untuk bengkel
kemahiran manipulatif, bengkel pertanian dan kantin. Keistimewaan bangunan ini
ialah terdapat dua koridor di kiri dan kanan bangunan. Ini adalah model bagunan
yang pertama dan terakhir didirikan di Negeri Perak.
Guru yang mula-mula melaporkan diri di sekolah ini ialah En. Saharudin b. Abd
Rahman pada 1 Jun 1996 bersama-sama seorang Pekerja Rendah Awam iaitu En.
Ahmad Kamal b. Mohd Arif. Pada peringkat awal sekolah ini dibuka seramai 10 orang
guru telah bertugas. Pengetua yang pertama ialah Tn. Hj. Kamarulzaman b. Ahmad.
Beliau hanya sempat berkhidmat di sekolah ini selama sebulan, beliau telah
ditukarkan ke Unit Penilaian dan Peperiksaan di Jabatan Pendidikan Negeri Perak.
Sehingga kini seramai 7 orang Pengetua telah berkhidmat di sekolah ini.
Pelajar ambilan pertama menduduki PMR di sekolah ini ialah pada tahun 1997, dan
SPM yang pertama ialah pada tahun 1999. Selaras dengan arus pembangunan
pendidikan, sekolah ini turut dibekalkan 21 set komputer pada tahun 1999 di bawah
program KDP yang membolehkan sekolah membuka sebuah Makmal Komputer. Pada
tahun 2002, sebuah bangunan Makmal Komputer yang menempatkan sejumlah 43
set komputer lagi dibekalkan kepada sekolah ini di bawah program EPU. Pada 2004
sekolah menawarkan mata pelajaran MPV iaitu Katering & Penyajian. Sekolah juga,
telah menyediakan sebuah pondok jaga dan sebuah tempat letak basikal. Selain itu,
kemudahan ICT juga disediakan iaitu Makmal Komputer I & II dan Makmal Komputer
milik Panitia Rekacipta.

You might also like