Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 36

BAGAIMANA MEMPERKASAKAN

KELAB DAN PERSATUAN DI SEKOLAH

BAGAIMANA MEMPERKASAKAN
KELAB DAN PERSATUAN
Definisi
a. Kelab dan Persatuan - sebagai entiti
dalam bidang kokurikulum yang
ditubuhkan secara rasmi dan sah di
sekolah.( Nota : Definisi formal boleh
dirujuk dalam buku Panduan
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah )
NMR

b. Memperkasakan - sebagai usaha


berterusan untuk menjadikan kelab
dan persatuan di sekolah wadah yang
menyediakan ruang dan peluang yang
kondusif kepada murid-murid untuk
memperolehi dan memperkaya
kepengetahuan, kemahiran dan
pengalaman, disamping
membangunkan nilai dan jati diri
serta pandangan hidup masingmasing secara bersepadu.
NMR

CADANGAN STRATEGI
1.Merangka dan melaksanakan
perancangan tahunan yang sistematik
dan pragmatik.
- Perancangan tahunan yang
sistematik mempunyai ciri-ciri
berikut:a.Mempunyai matlamat yang jelas
b.Mempunyai objektif yang spesifik
dan kuantitatif
NMR

c.Mempunyai jadual,kaedah dan


logistik pelaksanaan yang jelas bagi
setiap aktiviti
d.Mempunyai kurikulum pelaksanaan
yang spesifik dan yang berdasarkan
elemen-elemen peningkatan bagi
setiap aktiviti yang dirancang
e.Mempunyai sistem atau kaedah
penilaian bagi setiap aktiviti yang
dijalankan
NMR

f. Mempunyai sistem atau kaedah


penghargaan berdasarkan penyertaan
dan penglibatan ahli dalam aktiviti
yang dilaksanakan.
g. Sesuatu aktiviti yang dirancang dan
dilaksanakan akan merangsangkan
aktiviti-aktiviti lain atau menimbulkan
idea serta semangat untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti lain
yang berkaitan tetapi yang lebih
mencabar.
NMR

- perancangan tahunan yang pragmatik


mempunyai ciri-ciri berikut:a. Aktiviti yang dirancang mampu
dilaksanakan daripada segi kewangan
dan kepakaran.
b. Aktiviti-aktiviti yang dirancang
mengandungi elemen-elemen
penambahan dan pengayaan kepada
mata pelajaran-matapelajaran
berkaitan yang diajar dalam bilik
darjah.
NMR

c. Aktiviti-aktiviti yang dirancang


memberi ruang dan peluang kepada
murid-murid berinteraksi dalam
konteks perkongsian pengetahuan,
pengalaman, kepakaran dan sumber.
d. Aktiviti-aktiviti yang dirancang
tidak mengabaikan minat dan cita-cita
kerjaya murid-murid yang terlibat.
NMR

e. Jadual pelaksanaan aktiviti tidak


bercanggah atau menganggu program
pengajaran dan pembelajaran
( p&p)formal di sekolah sebaliknya
dilaksanakan dalam kerangka saling
lengkap melengkapi.
f. Penyertaan dan penglibatan muridmurid dalam aktiviti-aktiviti yang
dirancang adalah secara sukarela atau
atas pilihan sendiri.
NMR

2. Mempelbagaikan jenis aktiviti yang


dirancang dengan tujuan mewujudkan
ruang dan peluang kepada muridmurid mencapai pelbagai kepuasan
tanpa mengabaikan minat dan citacita kerjaya mereka.
a. Aktiviti-aktiviti yang boleh memberi
kepuasan kognitif atau kepuasan
intelektual.
NMR

b. Aktiviti-aktiviti yang boleh memberi


kepuasan kreatif dan inovatif.
c. Aktiviti-aktiviti yang boleh memberi
kepuasan sosial.
d. Aktiviti-aktiviti yang boleh memberi
kepuasan jasmani dan rohani.
e. Aktiviti-aktiviti yang boleh memberi
kepuasan rekreasi dan emosi.
f. Aktiviti-aktiviti yang boleh memberi
kepuasan penerokaan.
NMR

g. Aktiviti-aktiviti yang tidak


mengabaikan minat dan cita-cita
kerjaya murid-murid adalah aktivitiaktiviti yang konsepnya mereka
rangka sendiri berdasarkan minat dan
pilihan kerjaya yang mereka inginkan
pada masa hadapan.

NMR

3. Mewujudkan skema khas penggredan


pencapaian ahli sepanjang
keanggotaan mereka sebagai ahli,
seperti skema penggeredan atau
tahap pencapaian yang diwujudkan
dalam pasukan pakaian seragam.
Contoh cadangan
Persatuan Sejarah misalnya boleh
mewujudkan tiga tahap penggeredan,
misalnya
NMR

Anugerah Pingat Perdana ( tahap


pertama) Anugerah Bintang Perdana (
tahap kedua) dan Anugerah Perdana
Diraja ( tahap tertinggi). Bagi setiap
tahap, setiap murid mestilah
memenuhi kriteria-kriteria kuantitatif
tertentu, misalnya seperti berikut:
a. Untuk Anugerah Pingat Perdana,
kriteria-kriteria kuantitatif yang perlu
dipenuhi adalah:NMR

i. Mendapat markah 75%ke atas bagi


mata pelajaran Sejarah dalam
peperiksaan akhir tahun tingkatan
dua.
ii. Telah membuat satu kajian
mengenai satu tempat bersejarah atau
seorang tokoh dikawsan kediaman
masing-masing. (Penilaian dibuat
berdasarkan laporan yang disediakan)
iii. Telah membaca sekurangkurangnya 5 buah buku sejarah atau
berunsur sejarah
NMR

iv. Telah mengikuti semua Aktiviti


Persatuan Sejarah Sekolah selama
dua tahun berturut-turut.
v. Telah menghasilkan sekurangkurangnya satu essei mengenai
sesuatu topik bersejarah.
b. Untuk Anugerah Bintang Perdana,
kriteria-kriteria kuantitatif yang perlu
dipenuhi adalah:NMR

i. Mendapat markah 75% keatas bagi


mata pelajaran sejarah dalam
peperiksaan pertengahan tahun
tingkatan 3.
ii. Telah membuat satu kajian
mengenai satu tempat bersejarah
atau seorang tokoh di daerah masingmasing. (Penilaian dibuat berdasarkan
laporan yang disediakan ).
iii. Telah membaca sekurangkurangnya 8 buah buku sejarah atau
berunsur sejarah.
NMR

iv. Telah mengikuti semua aktiviti


Persatuan Sejarah Sekolah selama 3
tahun berturut-turut.
v. Telah menghasilkan sekurangkurangnya 3 essei mengenai sesuatu
topik sejarah.
c. Untuk Anugerah Perdana Diraja,
kriteria-kriteria kuantitatif yang perlu
dipenuhi adalah:NMR

i. Mendapat markah 75% keatas bagi


mata pelajaran Sejarah dalam
peperiksaan pertengahan tahun
tingkatan lima.
ii. Telah membuat satu kajian
mengenai satu tempat bersejarah
atau seorang tokoh dinegeri masingmasing. ( Penilaian dibuat
berdasarkan laporan yang disediakan)
iii. Telah membaca sekurangkurangnya 10 buah buku sejarah atau
berunsur sejarah.
NMR

iv. Telah mengikuti semua aktiviti


Persatuan Sejarah Sekolah selama
empat tahun berturut-turut.
v. Telah menghasilkan sekurangkurangnya 5 essei mengenai sesuatu
topik bersejarah.
4. Menaiktarafkan aktiviti-aktiviti yang
dirancang ke peringkat yang lebih
tinggi lagi dan mencabar, iaitu:NMR

a. Meningkatkan prestij aktiviti yang


dirancang daripada aktiviti peringkat
kelab atau persatuan kepada
peringkat sekolah, seterusnya kepada
peringkat daerah, negeri dan
peringkat kebangsaan.
b. Meningkatkan penyertaan yakni
membukakan penyertaan kepada ahli
dan bukan ahli.
c. Menyediakan ganjaran/hadiah yang
lebih besar, lebih bermakna atau lebih
bernilai
NMR

5. Menyedia dan memperkaya bahanbahan sumber, sama ada dalam


bentuk perkakasan, perisian dan
peralatan, tetapi juga bahan-bahan
rujukan seperti buku-buku yang
berkaitan. Dua kategori utama bahanbahan sumber yang perlu disediakan
dan diperkayakan adalah:a. Bahan-bahan sumber untuk
pentadbiran dan pengurusan.
b. Bahan-bahan sumber untuk
melaksanakan aktiviti-aktiviti asas.
NMR

6. Memantapkan organisasi kelab dan


persatuan dengan meningkatkan
kecekapan dan keberkesanan
jawatankuasa kepimpinan melaksana
dan mengurus fungsi dan
tanggungjawab masing-masing.
Strategi ini boleh dilaksanakan
dengan cara yang berikut.

NMR

a. Menjalankan lebih banyak dan lebih


kerap kursus-kursus kepengurusan
dan kepemimpinan kelab dan
persatuan kepada guru-guru dan
murid-murid.
b. Menjalankan kursus-kursus
motivasi untuk jawatankuasa
kepimpinan dan ahli-ahli.
c. Memperolehi dan menyebarkan
maklumat-maklumat yang berkaitan
dengan sesuatu kelab atau persatuan.
NMR

7. Menggalakkan kelab dan persatuan


membina networking atau menjalin
kerjasama dengan kelab atau
persatuan yang sama di sekolahsekolah lain atau dengan agensiagensi kerajaan, badan-badan
korporat atau NGO di peringkat
daerah, negeri dan kebangsaan.
8. Sekolah berusaha menyediakan
dana untuk memberi subsidi atau
sebagai insentif kepada kelab
membiayai aktiviti masing-masing.
NMR

9. Menyediakan sumber kepakaran


dan kejurulatihan dikalangan guruguru dan para pemimpin kelab dan
persatuan dengan cara:a. Menghantar guru-guru mengikuti
kursus kejurulatihan diperingkat
daerah negeri atau kebangsaan.
b. Menghantar pemimpin-pemimpin
kelab atau persatuan mengikuti
kursus-kursus pengurusan diperingkat
daerah, negeri dan kebangsaan.
NMR

c. Melaksanakan kursus-kursus
dalaman.
d. Bekerjasama atau berhubung
dengan kelab atau persatuan yang
lain untuk menjalankan sesuatu jenis
aktiviti yang sama supaya sumber
kepakaran dan kejurulatihan dapat
dikongsikan bersama.

NMR

10. Memberi ruang dan peluang kepada


setiap kelab atau persatuan menyertai
atau terlibat sama dalam aktivitiaktiviti yang ditaja atau dianjurkan
oleh agensi-agensi kerajaan, NGOs
dan badan-badan korporat disemua
peringkat.
11. Membangunkan sistem
dokumentasi mengenai penyertaan,
penglibatan dan pencapaian ahli yang
accountable, sah dan mudah diakses,
misalnya dengan mewujudkan buku
aktiviti untuk semua ahli.

NMR

12. Menggalakkan setiap kelab atau


persatuan mencipta dan
menggunakan elemen-elemen identiti
yang khusus tanpa menjejaskan
identiti institusi, yakni identiti sekolah.
Diantara elemen-elemen identiti yang
dimaksudkan termasuklah lencana,
logo, bendera, lagu rasmi dan
sebagainya.
13. Pihak sekolah menyediakan
prasarana yang memadai untuk setiap
kelab atau persatuan manjalankan
kegiatan masing-masing.

NMR

14. Pihak sekolah mewujud dan


menguatkuasakan suatu sistem dan
mekanisme pemantauan dan
penyeliaan ke atas setiap kelab atau
persatuan supaya setiap kelab atau
persatuan terus bergiat dan
menunjukkan kemajuan dari masa
kesemasa. Dapatan-dapatan yang
diperolehi daripada pemantauan dan
penyeliaan ini boleh digunakan sebagai
asas pemberian anugerah kepada
mana-mana kelab atau persatuan.
NMR

15. Pihak sekolah menyediakan ruang


dan peluang kepada setiap kelab atau
persatuan memperagakan aktiviti dan
pencapaian masing-masing misalnya
dengan mengadakan pameran
tahunan atau Hari Kokurikulum
Tahunan yang lebih berprestij dan
meriah.

NMR

16. Selaras dengan dasar Sekolah


sebagai institusi masyarakat (Surat
Pekeliling Ikhtisas Bil.4/1985) dan
beberapa cadangan dalam Penubuhan
Jawatankuasa Bimbingan Pelajar
Sekolah ( Surat Pekeliling Ikhtisas
Bil.1/1985) maka pihak sekolah boleh
(melalui PIBG) menganakangkatkan
sesebuah kelab atau persatuan kepada
mana-mana ibubapa yang berminat atau
mempelawa ibubapa yang berminat
menjadi penaja atau fisilitator kepada
mana-mana kelab atau persatuan.
NMR

PENUTUP
Strategi-strategi yang dicadangkan di
atas adalah sebenarnya sebahagian
kecil daripada pelbagai strategi lain
yang boleh difikirkan dan
dilaksanakan.Dengan demikian apa
yang dicadangkan itu mungkin tidak
memadai. Walaubagaimanapun apa
yang penting adalah pelaksanaan
setiap strategi yang dicadang atau
dirancangkan.
NMR

NMR

Usaha memperkasakan kelab dan


persatuan di sekolah ini juga
sebenarnya menuntut komitmen dan
usaha-usaha yang bersungguhsungguh, tekun dan penuh
kebijaksanaan serta pengorbanan di
kalangan semua pihak, khususnya
pengetua dan guru besar, serta
penyelia dan pengurus pelajaran di
peringkat daerah, negeri dan
kebangsaan. Insya Allah sekiranya
tuntutan ini dipenuhi, maka usaha
berterusan untuk menjadikan kelab
dan persatuan di sekolah wadah

yang menyediakan ruang dan peluang


yang kondusif kepada murid-murid
untuk memperolehi dan memperkaya
kepengetahuan, kemahiran dan
pengalaman, di samping
membangunkan nilai dan jati diri
serta pandangan hidup masingmasing secara bersepadu akan
berjaya dengan cemerlang.

NMR

SEKIAN
TERIMA KASIH

You might also like