Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

Apakah yang dimaksudkan dengan konfusius?

Apakah persamaan dan perbezaan antara


Konfusius dan Ahli Konfusian? Bincangkan.

PENGENALAN

Konfusius merupakan nama latin bagi seorang yang


sangat dikenali di China ,iaitu Kong Zi( ),atau
nama lain Kong Zhongni( ). Beliau
merupakan rakyat Negara Lu yang berbangsa Han.
Konfusius dilahirkan pada tahun(551 SM-479SM) di
negeri Lu iaitu di China Timur , bahagian selatan
wilayah Shangtung . Susur galur keturunannya
berasal daripada anggota kerabat di raja Duke
Shang , iaitu satu dinasti sebelum dinasti Zhou .
Oleh sebab berlakunya kekacauan politik,
keluarganya mula berubah daripada beberapa
generasi dahulu sebelum Kongzi dilahirkan . Selepas
kejadian itu keluarga Kong Zi berhijrah ke negari Lu
.

Beliau merupakan seorang bangsawan yang


berakhlak mulia serta berpengetahuan tinggi .
Kong Zi pernah menjadi pegawai am kerajaan
semasa muda , tetapi kebanyakan masa dalam
hayat beliau melibatkan diri dalam bidang
pendidikan . Konfusius tidak pernah terfikir
untuk menulis karya beliau sendiri bagi tatapan
generasi masa depan . Namun begitu , beliau tetap
menulis tetapi dengan bertujuan untuk kepuasan
diri sendiri dan sebagai hobi serta tidak
digunakan dalam urusan rasmi. Kong Zi adalah
guru persendirian pertama dan bukanlah penulis
persendirian pertama meksipun beliau turut
terlibat dalam menghasilkan pelbagai penulisan.
Sumbangan beliau dalam perkembangan
pendidikan China adalah sangat banyak.

Secara umum, Kong Zi merupakan seorang


pendidik, ahli falsafah, dan juga boleh dikatakan
seorang ahli politik . Dalam hayatnya, beliau
sangat berharap supaya para pengikutnya
menjadi manusia serba boleh yang berguna
kepada masyarakat dan Negara. Anak-anak
muridnya memberikan penghargaan yang tinggi
terhadap Kong Zi. Sehingga kini, banyak teori
pembelajaran dan pengajarannya masih
dijadikan rujukan serta model bagi para
pendidik .Menurut catatan sejarah, dipercayai
bahawa beliau mempunyai beribu-ribu orang
murid. Beliau telah berjaya mendidik ramai
pelajar yang berbakat dan berpengetahuan tinggi
. Kong Zi meninggal dunia pada tahun 479 SM .

WHAT IS KONFUSIUS ?
Kongzi adalah pengasas bagi ajaran konfusius,
tetapi sebelum kongzi mendirikan ajaran konfusius
,perkataan konfusius telah muncul .
Secara umum, ahli konfusian dan konfusius terdapat
hubungan yang rapat, tetapi ia bukan benda yang sama .
Kita harus menkaji kedua-dua perkataan ini supaya tidak
disalah erti mengenai konsep-konsep tersebut .
Menurut erti perkataan konfusius, ia terdapat banyak
makna, salah satunya ialah ialah rou . Rou kini
membawa maksud lemah lembut, tetapi maksud dulu
adalah perpaduan atau bermoral. Ini bermakna ajaran
konfusius menganjurkan perpaduan, tidak mengunakan
kuasa keras atau paksaan, cuma mengunakan kuasa
perpaduan semasa berhadapan dengan setiap orang .

Maksud yang kedua ialah Tukang sulap( ), sebelum


zaman dinasti han, tukang sulap digelarkan sebagai
konfusius . Tetapi ini tidak bermaksud konfusius adalah
tukang sulap, maksud yang paling senang difahami ialah
orang yang berilmu pengetahuan. Maksud ini bergembang
sehingga ke zaman sekarang, telah memunculkan
perkataan ahli konfusian.
Konfusius bermaksud orang yang memperlajari enam
artistik kemahiran ( ). Enam artistik kemahiran
ialah li yue ,she
,yu ,shu ,shu . Pada masa awal ,
konfusius dikategorikan sebagai shi( ).Shi adalah
kaum bangsawan yang berperingkat rendah, mereka
semua mahir dalam enam artistik kemahiran. Mereka
berada dalam kategori shi( ), tetapi kerana pertukaran
keadaan sosial semasa dinasti Zhou, mereka diturunkan
ke peringkat masyarakat biasa. Mereka memberi ajaran
enam artistik kemahiran kepada rakyat biasa, dan mereka
digelar sebagai ahli konfusian .

Jadi kami dapat tahu,shi( )pada mulanya berkerja sebagai guru


atau tutor di dalam masyarakat atasan ,kemudian disebabkan
keruntuhan kerajaan atau dinasti ,mereka hilang kerja asli
mereka ,jadi mereka menberikan ajaran kepada masyarakat
bawahan .Dan pada masa itu mereka digelarkan sebagai ahli
konfusian .Ajaran utama yang diajar oleh ahli konfusian
adalah enam artistik kemahiran .Oleh itu ,hubungan antara ahli
konfusian dan enam artistik kemahiran adalah sangat rapat .
Ahli konfusian berasal dari pegawai situ( ) pegawai situ
ialah pegawai yang mengambil peranan dalam bidang
pendidikan.Sebelum kemunculan kongzi( ),pegawai yang
berkerja di dalam istana berfungsi sebagai guru atau tutor
,maksudnya pegawai tersebut akan mengajar ilmu pengetahuan
yang berkaitan dengan bidang mereka .contohnya ,pegawai situ
berperanan dalam bidang pendidikan ,jadi mereka akan
mengajar benda yang bersifat akedemik .Selepas dinasti zhou
runtuh ,pegawai-pegawai yang berkerja di dalam istana telah
hilang jawatan mereka ,jadi mereka berkerja sebagai guru kepada
masyarakat biasa ,dan digelarkan sebagai ahli konfusian .

KESIMPULAN
Secara keseluruhannya , Konfusius dan Ahli
Konfusian telah mempengaruhi dasar pendidikan dan
bidang intelektual di Negara China secara mendalam .
Pengaruhnya telah meninggalkan kesan yang agak
ketara dalam sajarah perkembangan dasar pendidikan
dan bidang intelektual sehingga kini .
Pendek kata , Kong Zi adalah seorang pendidik serta
ahli falsafah yang cemerlang . Beliau menegaskan
kepentingan pendidikan dalam usaha membentuk
akhlak dan memperkembangkan sesebuah masyarakat .
Sikap keguruan Kong Zi yang cemerlang menjadikan
beliau disanjung tinggi oleh orang ramai sama ada pada
zaman dahulu atau sekarang .Pemikiran Konfusius
banyak mempengaruhi sejarah pada masa itu .

Kesimpulannya , Konfusius dan Ahli


Konfusian merupakan dua perkara yang
berbeza . Konfusius merupakan adat resam
sesuatu upacara yang dijalankan oleh golongan
bangsawan sahaja .Manakala , ahli konfusian
merupakan orang yang mengajar enam artistik
kemahiran dan mewarisikan ajaran konfusius .

Sekian,
terima kasih

You might also like