Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

LAPORAN PERJUMPAAN WARIS TAHUN 6 ( 2016)

Perjumpaan waris tahun 6 telah berlangsung dengan jayanya pada tanggal 30 Januari
2016 bersamaan hari sabtu di bawah anjuran bersama Unit Kurikulum, Unit Bimbingan dan
kaunseling serta PIBG Sekolah Kebangsaan Seri Relau. Majlis ini berlangsung di dewan Sekolah
Kebangsaan Seri Relau dan bermula pada pukul 7.30 pagi. Jemputan adalah terdiri daripada ibubapa atau waris kepada para pelajar tahun 6.
Aturcara majlis bermula dengan kehadiran ibu-bapa dan waris serta guru-guru. Selain itu,
pihak sekolah turut mengundang jemputan khas iaitu En. Haji Hassan. Setelah ketibaan semua
jemputan, majlis diteruskan dengan ucapan dan kata alu-aluan daripada guru besar Sekolah
Kebangsaan Seri Relau dan seterusnya ceramah motivasi daripada penceramah jemputan iaitu
En. Haji Hasan. Majlis berehat sebentar dengan memberi laluan kepada tetamu jemputan dan ibu
bapa untuk menikmati sarapan pagi.
Seterusnya majlis disambung dengan mendengar taklimat berkaitan UPSR daripada
setiausaha peperiksaan Sekolah Kebangsaan Seri Relau iaitu Pn.Norsurieda Bt Danial. Taklimat
seterusnya, disampaikan oleh ketua-ketua panitia yang terdiri daripada Panitia Bahasa Melayu
iaitu Pn.Norsurieda Bt Danial. Ketua Panitia Bahasa Inggeris (Pn.asnay Bt Ahmad), Ketua
Panitia Matematik (Pn.Parameswary) dan akhir sekali Ketua Panitia Sains iaitu Pn. Ainda Bt
Ramly. Taklimat seterusnya pula disampaikan oleh guru Bimbingan dan kaunseling iaitu Pn.
Shuhaibah Bt Abd.Halim.
Setelah selesai taklimat daripada guru-guru, murid-murid tahun 6 pula melafazkan ikrar
Aku Janji Murid. Seterusnya, ibu bapa dan waris pula melafazkan ikrar Aku Janji Waris.
Majlis perjumpaan waris tahun 6 bagi sesi 2016 bersurai setelah selesai acara Aku Janji yang
telah dilafazkan oleh Pelajar tahun 6 dan waris.

KELEBIHAN
Majlis perjumpaan waris tahun 6 mendapat sambutan yang menggalakkan dengan
kehadiran ibu bapa dan waris yang ramai. Mereka datang untuk mendapat maklumat tentang
perkembangan pembelajaran anak-anak. Dari situ, mereka juga dapat mengenali guru-guru yang
mengajar anak-anak mereka sekali gus menjadikan hubungan antara ibu bapa dan guru lebih
akrab. Masalah pembelajaran anak-anak pula dapat dikenal pasti melalui guru yang mengajar
anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa boleh mengambil peranan di rumah untuk memantau anakanak dari segi pembelajaran.

You might also like