Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LATAR BELAKANG SYARIKAT

ARENA RIANG SDN. BHD. Adalah syarikat sendirian berhad telah ditubuhkan dan
juga diperbadankan di bawah Akta Syarikat 1965 pada 26hb. Februari 2008 di alamat Lot 676,
Langgar Muda, Jalan Long Yunus, 15200 Kota Bharu, Kelantan. Syarikat ini merupakan sebuah
syarikat bumiputera sepenuhnya yang berdaya saing dan bergiat aktif dalam bidang pembinaan
bangunan, kejuruteraan awam dan kejuruteraan mekanikal yang meliputi kerja-kerja tanah dan
bumi, kerja-kerja pembinaan infrastruktur, jalan raya, system perparitan dan kumbahan, kerjakerja saliran dan bekalan air serta system pengudaraan dan penyaman udara.
ARENA RIANG SDN. BHD. Berpengalaman dalam melaksanakan dan menjalankan
pembinaan yang berkonsep Reka dan Bina, yang mana kebiasaannya, syarikat akan
bertanggungjawab sepanjang pelaksanaan projek, bermula dari peringkat permulaan iaitu
merekabentuk bangunan, menyelia, membina dan menyiapkan kesemua skop kerja dalam projek
Reka dan Bina berdasarkan spesifikasi yang telah ditetapkan dan dipersetujui dengan klien dan
menepati tempoh masa yang telah ditetapkan untuk menyiapkan projek itu.
ARENA RIANG SDN. BHD. Juga merupakan syarikat yang aktif dan sentiasa bersifat
terbuka dengan menyertai sebarang tawaran tender kerja-kerja daripada badan-badan kerajaan,
agensi-agensi kerajaan, mahupun daripada sector swasta kerana kami percaya akan kemampuan
yang ada pada syarikat ini samada dari segi pengurusan, kewangan, serta teknikal.
Walaubagaimanapun, kemampuan yang ada pada syarikat ini bukan bermakna adalah terbaik,
kerana syarikat sentiasa terbuka, bertoleransi dan memerlukan bermakna adalah terbaik, kerana
syarikat sentiasa terbuka, bertoleransi dan memerlukan kritikan dan teguran untuk membuahkan
kami menjadi lebih terbaik. Oleh itu, syarikat sentiasa mengutamakan kepuasan dan memastikan
kehendak klien sentiasa dipenuhi.

KG. KUBANG KERANJI, LIMBAT, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM

ARENA RIANG SDN. BHD. Sentiasa proaktif dan berusaha gigih dalam mempelajari
dan menceburkan ke dalam bidang-bidang baru seperti teknologi canggih yang lebih efisien dan
ekonomi seperti IBS, teknologi hijau, teknologi inovatif dan kolektif dan lain-lain. Dalam
memenuhi impian dan hasrat kerajaan dalam membangunkan ramai usahawan bumiputera yang
Berjaya dan di samping sokongan daripada pengalaman menyiapkan kontrak-kontrak yang lepas.
Walaupun syarikat baru ditubuhkan, tetapi dengan adanya kesepaduan antara pihak pengurusan
syarikat dan kakitangan syarikat yang rata-ratanya mempunyai pengalaman lebih dari 15 tahun
dalam bidang pembinaan dan kejuruteraan awam. Oleh itu, kami percaya dan yakin dengan
usaha gigih, akan terus bersaing dan melangkah maju kehadapan.

KG. KUBANG KERANJI, LIMBAT, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM

VISI SYARIKAT
Menjadikan sebuah syarikat kontraktor Bumiputera yang berkualiti, proaktif dan berdaya saing
serta kompetitif selaras dengan matlamat Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera
(MPPB) menjelang 2020.
Menjadikan konsep 1Malaysia sebagai falsafah kepada syarikat kami iaitu berpegangkan konsep
1Syarikat, 1Organisasi yang bermaksud kesamarataan, kekitaan, kepercayaan dan ketelusan di
antara pengurusan tertinggi dan pekerja syarikat.
Menjadikan dasar-dasar kerajaan sebagai pemacu dan teras untuk menjadikan hala tuju syarikat
selaras dengan usaha kerajaan untuk mentransformasi kepada aktiviti bernilai tinggi dan
berpaksikan pengetahuan memerlukan pengkhususan, dari segi mencapai takat ambang dan
mewujudkan ekosistem syarikat dan kakitangan berbakat untuk meraih ekonomi skala.
Membangunkan dan memajukan infrastruktur, industry pembinaan dan perkhidmatan
professional yang berkualiti supaya dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Negara
dan berdaya saing di peringkat nasional mahupun di peringkat antarabangsa.
Melaksanakan dan mempraktiskan standard mengikut spesifikasi, kaedah, dan kod praktis untuk
diaplikasi samada untuk produk, proses, perkhidmatan, sistem pengurusan dan juga teknologi
dengan garis panduan yang telah ditetapkan di peringkat syarikat, Negara, mahupun
antarabangsa.

KG. KUBANG KERANJI, LIMBAT, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM

MISI SYARIKAT
Menyediakan perkhidmatan berkaitan dengan industry pembinaan dan kejuruteraan awam
samada dari segi tenaga kerja mahir, separa mahir atau tidak mahir, bahan-bahan pembinaan, loji
dan peralatan dan lain-lain sama ada dipilih melalui tender ataupun selektif.
Membangun, mengembang dan memantapkan syarikat terutamanya dalam industri pembinaan
Negara supaya berdaya saing, proaktif dan dinamik dalam pasaran domestik mahupun global.
Memperkasakan syarikat sebagai kontraktor bumiputera yang berkeupayaan, berkemampuan,
dan berkemahiran dalam semua bidang kerja dan skop kerja terutama dalam 12 Bidang Utama
Ekonomi Negara (NKEA) selaras dengan dasar kerajaan.
Member perkhidmatan terbaik kepada pelanggan dan berkerja dalam budaya kerja yang effisien,
frofessional, dan sistematik dan juga member perkhidmatan berkualiti kepada pelanggan untuk
memastikan perkhidmatan yang diberi adalah berdaya harap dan memenuhi kehendak pelanggan.
Memastikan pihak pengurusan dan perkerja bekerja dalam suasana yang sihat, selamat, ceria dan
harmoni dalam memastikan perkhidmatan berterusan dan menyumbang dan membantu
peningkatan dan pembangunan Negara dengan berkongsi aspirasi misi dan visi pelanggan.

KG. KUBANG KERANJI, LIMBAT, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM

AKTIVITI PERNIAGAAN UTAMA SYARIKAT


Selaras dengan visi dan misi syarikat untuk menjadi salah satu syarikat milik bimiputera dalam
memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan, berikut adalah bidang-bidang yang
menjadi aktiviti perniagaan utama syarikat ;
Kejuruteraan Pembinaan dan Awam
- Kerja-kerha bangunan
- Kerja-kerja jambatan
- Kerja-kerja struktur dan bahan
- Kerja-kerja tanah dan bumi
- Kerja-kerja perparitan dan kumbahan
- Kerja-kerja pembinaan jalan raya dan geoteknik.
- Perkhidmatan membekal, pemasangan dan pertauliahan bahan, alat-alat, dan
peralatan bagi kerja-kerja dalam kejuruteraan pembinaan dan awam.
Kejuruteraan mekanikal dan elekrikal
- Kerja-kerja mekanikal
- Kerja-kerja HVAC
- Kerja-kerja meyelenggara dan membaikpulih dalam skop.
- Kejuruteraan makenikal dan elektrikal.
- Kerja-kerja melibatkan hidraulik dan peralatan serta jentera yang berkaitan dengan
teknologi hidraulik.
Automasi, proses dan instrumentasi kawalan
- Membekal, memasang dan pentauliahan peralatan, bahan dan mesin di dalam skop
kerja automasi, proses dan instrumentasi kawalan.
- Membuat diagnosis dan troubleshooting untuk sebarang faulty atau ketidakfungsian
sesuatu peralatan, bahan atau mesin.
- Menyelenggara, membaikpulih dan membuat SOW mengikut SOP yang telah
disediakan oleh pengeluar atau pembuat atau perlukan penyediaan dokumentasi bagi
setiap peralatan, bahan atau mesin.
Total facility management
- Membersih dan memcuci kawasan serta bangunan.
- Menyelenggara dan membaikpulih peralatan dan premis.
- Pengurusan dan kawalan pesticide.
- Perkhidmatan lanskap
Pembekalan dan Vendor bagi peralatan, bahan, instrument, mesin dan lain-lain serta
jaminan kualiti dan prestasi, sentiasa mengemaskini.
KG. KUBANG KERANJI, LIMBAT, 16150 KOTA BHARU, KELANTAN DARUL NAIM

You might also like