Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Mukadimah

Kedatangan bulan yang istimewa dengan


gandaan pahala dan penghapusan dosa wajib
disambut sebaik mungkin agar segala janji
kebaikan daripada Allah dapat kita capai.
Sekiranya dalam kehidupan, kita dikunjungi
oleh tetamu yang istimewa dan hebat maka
kita pasti berasa begitu gembira untuk
menyambut kehadirannya dengan persiapan
awal walau pun terpaksa berkorban harta,
masa dan tenaga. Begitulah juga sepatutnya
kita lakukan dalam mempersiapkan diri
supaya benar-benar bersedia untuk meraikan
kedatangan tetamu istimewa yang akan
merubah hidup kita ke arah yang lebih baik.
Gunakan peluang ini dengan menggandakan
amalan soleh dan memperbanyakkan
memohon keampunan daripada Allah. Ingatlah
bahawa kebahagiaan akhirat bergantung
kepada bekalan yang kita bawa di dunia ini.

Ramadan - Ramli Sarip


Naluri kita manusia
Selalu leka
Hanya sujud dan sembah
PadaNya jua
Kini engkau ku datangi
Berserah diri
Bersama kehitaman masa
Nan silam
( korus )
Ampunan Mu kuharapkan
Tiada daya aku menghindarkan
Kesalahan dan dosaku
Hanya Engkau Yang Tahu
Di Ramadan ini kabulkan doaku

8 RAMADAN 1437H
bersamaan
13 JUN 2016
Tempat :
Astaka Kristal
Dataran Perhimpunan

(1)
Suluhkanlah cahaya Mu
Di malam yang penuh syahdu

ATURCARA MAJLIS
7.30 pg - Pelajar dan guru
berkumpul di Dataran
Perhimpunan
7.40 pg - Ucapan pengerusi majlis
7.45 pg - Ucapan perasmian Ihya
Ramadan 1437H
oleh Tuan Pengetua SMKDOB
8.00 pg - Bersurai

Puasa dihayati, Aidilfitri dirai.


Panitia Pendidikan Islam SMKDOB

1 4 3 7

Contoh Terbaik Oleh Rasulullah SAW


Dalam Bulan Ramadan

ADA APA DENGAN RAMADAN ?

sentiasa berusaha untuk memberi manfaat kepada


manusia lain dengan apa jua cara. Dengan memberi
makan kepada yang lapar, memberi nasihat kepada
mereka yang tidak tahu, menunaikan hajat mereka
yang memerlukannya, dan berkongsi bebanan dengan
mereka. (Lathoiful Maarif)
KELEBIHAN ORANG YANG BERPUASA


Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah SAW
bersabda: "Apabila masuk Bulan Ramadan, terbukalah
pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu
neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada
mengganggu manusia)". Riwayat Muslim
PANTANG LARANG ORANG BERPUASA

:

.
Rasulullah SAW bersabda:
Barangsiapa yang tidak meninggalkan cakap dusta
(batil) dan perbuatannya, maka Allah tidak berhajat
padanya dalam meninggalkan makan minumnya.
(Hadis Riwayat Muslim)

Baginda Rasulullah SAW telah menunjukkan contoh yang


terbaik kepada kita umatnya mengenai berbuat baik dan
murah hati, lebih-lebih lagi bila hadirnya Ramadhan.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan
Imam Muslim, Ibnu Abbas r.anhuma berkata,
Adalah Nabi s.a.w seorang yang sangat pemurah.
Baginda akan lebih-lebih lagi pemurah apabila berada
dalam bulan Ramadhan ketika Jibril bertemu dengannya.
Jibril sering bertemu dengan Rasulullah s.a.w pada setiap
malam Ramadhan, lalu keduanya saling bertadarus alQuran. Maka benar-benarlah Baginda s.a.w itu lebih
pemurah daripada angin yang bertiup.
Berkata Imam Ibnu Rejab Al-Hambali rahimahullah,
Adalah kemurahan hati
Rasulullah SAW merangkumi
semua disiplinnya, daripada
mencurahkan ilmu dan
memberikan harta,
mengorbankan diri Baginda
sendiri di jalan Allah demi
untuk menegakkan syiar
agama dan agar umat mendapat hidayah. Baginda juga

:
:

:
.
.
Diriwayatkan daripada Sahl bin Saad r.a katanya:
Rasulullah s.a.w bersabda: Sesungguhnya di dalam
Syurga itu terdapat satu pintu yang dinamakan ArRayyan. Orang yang berpuasa akan masuk melalui
pintu tersebut pada Hari Kiamat kelak. Manusia lain
tidak boleh memasuki pintu tersebut kecuali orang
yang berpuasa. Kelak akan diseru : Di manakah orang
yang berpuasa? Mereka lalu berduyun-duyun melalui
pintu tersebut. Setelah orang yang terakhir daripada
mereka masuk lalu ditutup kembali pintu tersebut.
Tiada lagi orang lain yang akan memasukinya selepas
itu.

You might also like