Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Daripada pendapat saya Nombor Fibonacci dan Golden Ratio perlu sertakan

dalam kandungan KSSR Matematik. Melalui ini, kanak-kanak mula untuk belajar
penghargai kesenian di alam semula jadi seperti kelopak bunga seperti lily dan
iris, benih bunga matahari, kon pain, kedudukan daun bunga matahari, sayursayuran seperti Brokoli dan Kembang kol dan sebagainya jika mereka mempunyai
sedikit pengetahuan tentang Nombor Fibonacci dan Golden Ratio. Ia memupukan
semangat menyayangi alam sekitar serta berusaha menyelamatkan flora daripada
terpupus. Pengajaran menyemai alam sekitar perlu bermula dari bangku sekolah
dengan mengadakan kedua-dua topik di Sekolah Rendah.
Guru boleh mengajar anak muridnya tentang nombor Fibonacci di sekitar
sekolah sebagai pengetahuan awal kerana mereka akan belajar nombor tidak
nisbah yang berkaitan dengan Golden Ratio untuk menyelesaikan persamaan
kuadratik di Sekolah Menengah. Pengetahuan awal membantu pelajar untuk belajar
secara konsisten seperti dalam kaedah pembelajaran Masteri dengan menjadikan
Nombor Fibonacci dan Golden Ratio sertakan dalam kandungan KSSR Matematik.
Oleh itu, perkaitan matematik juga penting agar idea matematik dapat dikaitkan
dengan pengalaman seharian di dalam mahupundi luar sekolah sekaligus murid
dapat meyedari kegunaan matematik.
Nombor Fibonacci banyak membantu dari segi meramal naik turun nilai mata
wang. Dengan merujuk kepada teori Fibonacci ini peniaga-peniaga pertukaran mata
wang asing dapat meramalkan pergerakkan nilai sesuatu matawang. Nombor yang
biasa digunakan 0.382(38.2%), 0.50(50%) dan 0.618(61.8%), ini adalah beberapa
nombor Magik dalam analisis teknikal pertukaran matawang asing. Nilai tersebut
selalunya akan berhenti pada nombor-nombor Fibonacci. Oleh demikian, pelajar
perlu mengajar Nombor Fibonacci di Sekolah Rendah supaya ia akan membantu
mereka meramal naik turun nilai mata wang.
Aplikasi Golden Ratio merupakan salah satu elemen penting bagi keunikan
serta keseimbangan seni bina terdahulu seperti Tajmahal dan Panthenon. Golden
ratio telah digunakan bagi menghasilkan sebuah seni bina yang kukuh dan cantik.
Melalui, Nombor Fibonacci dan Golden Ratio disertahi dalam kandungan KSSR
Matematik, pelajar dapat meningkatkan pengetahuan mereka dengan kesejarahan
dunia.

11

You might also like