Professional Documents
Culture Documents
Walaooo
Walaooo
1. Pengenalan
Membina sebuah negara dan bangsa yang merdeka ;dan berdaulat adalah sukar.
British telah memberikan latihan untuk mentadbir negara.
kepada penduduk tempatan supaya mampu berkerajaan sendiri.
Latihan dijalankan oleh pihak British beberapa tahun sebelum negara mencapai kemerdekaan.
Pembinaan sebuah negara dan bangsa yang merdeka melibatkan rundingan dan kerjasama.
antara pemimpin terdahulu dengan pihak tertentu untuk menentukan hala tuju negara.
Usaha tersebut membolehkan negara mencapai kemerdekaan rasmi pada 31 Ogos 1957 tanpa
pertumpahan darah.
[7x1m][Maksimun:5 markah]
2. Maksud Sistem Ahli dan cirri-ciri Sistem Ahli
Maksud
Sistem Ahli merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan dan kaum lain.
Untuk menerajui pentadbiran Tanah Melayu.
Idea penubuhannya dicadangkan oleh Dato Onn Jaafar.
dalam perbincangannya dengan Sir Henry Gurney di Kuala Lumpur.
Sir Henry Gurney mencadangkan supaya model negara Kenya dan Rhodesia Utara
dilaksanakan di Tanah Melayu.
Cadangan ini adalah selaras dengan hasrat British.
untuk menjalankan dasar dekolonialisasi
Pihak British berpendapat Sistem Ahli akan mengurangkan tekanan daripada pihak Parti
Komunis Malaya.
...Pada bulan Februari 1950, Sistem Ahli telah dibincangkan.
dipersetujui dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja .
Majlis Raja-Raja Melayu dianggotai Sembilan orang Raja Melayu yang memerintah di
Negeri-Negeri Melayu.
Ditubuhkan pada 1 Februari 1948.
Sebelum ini dikenali sebagai Durbar.
Pada bulan Julai 1950, satu rundingan telah diadakan di Kings House,Kuala Lumpur.
antara Pihak British dengan wakil penduduk Tanah Melayu.
Sir Henry Gurney telah menjemput Dato Onn Jaafar (Yang Dipertuan UMNO)
Dato Hamzah Abdullah (Menteri Besar Selangor)
Raja Uda/Dato Nik Ahmad Kamil (wakil UMNO dan orang Melayu)
Dato EEC Thuraisingam (Wakil orang India)
Encik Yong Shook Lin/Dr Lee Tiang Keng(wakil orang Cina)
Mereka bersetuju dengan pendekatan Sistem Ahli.
Ciri-ciri
Sistem Ahli dilaksanakan dari bulan Januari 1951 hingga bulan Jun 1955.
iaitu sebelum pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dijalankan pada bulan Julai
1955.
Satu sistem kabinet bayangan.
yang terdiri daripada beberapa orang pegawai tadbir dan tokoh masyarakat untuk memegang
jawatan yang dibentuk.
Anggota Sistem Ahli dikenal sebagai Ahli.
contohnya,Ahli Hal Ehwal Dalam Negeri
Perlantikan Ahli dibuat oleh Pesuruhjaya Tinggi British .
dengan persetujuan Majlis Raja-Raja Melayu.
Sistem Ahli terdiri daripada Sembilan orang anggota
iaitu lima orang penduduk Tanah Melayu (tiga orang Melayu,seorang Cina dan seorang India)
dan empat orang pegawai British.
Ahli-ahlinya diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
[33x1m][Maksimum:30 markah]
3. Proses Pelaksanaan
(a) Dalam Sistem Ahli,ahli-ahli yang dilantik diberikan tugas menjaga satu portfolio.
yang mempunyaibeberapa buah jabatan kerajaan.
Ahli akan menguruskan pentadbiran harian jabatan tersebut mengikut dasar-dasar yang sedia
ada.
Ahli juga bertanggungjawab mencadangkan undang-undang yang berkaitan dengan
jabatannya.
untuk dibentangkan dalam Majlis Perundangan Persekutuan (MPP)
Ahli akan berbincang dengan pegawai-pegawai kanan British.
untuk mendapatkan persetujuan bersama dalam menyediakan cadangan undang-undang itu.
Pesuruhjaya Tinggi juga akan memberikan arahan dan persetujuan tentang undang-undang
yang dicadangkan.
Pada kebiasaannya,cadangan undang-undang itu merupakan pendirian pentadbiran British.
Keanggotaan Sistem Ahli pada peringkat awal iaitu Dato Onn Jaafar (Ahli dalam negeri)
O.A Spencer (Ahli Ekonomi)
Tunku Yaakob ibni Sultan Abdul Hamid (Ahli Pertanian dan Perhutanan)
Dr Lee Tiang Keng (Ahli kesihatan)
Dato E.E.C Thuraisingam( Ahli Pelajaran)
J.D Mead (Ahli Perumahan dan Kerja Raya)
Dato Mahmud Mat (Ahli Tanah,Perlombongan dan Perhubungan)
Sistem Ahli merupakan tapak asal yang penting untuk melatih orang tempatan ke arah
berkerajaan sendiri.
Sistem ahli memulakan proses perpaduan kaum di Persekutuan Tanah Melayu.
kerana ahli-ahlinya merupakan gabungan pemimpin daripada
pelbagai kaum yang terdapat di Persekutuan Tanah Melayu.
Sistem Ahli merupakan asas penting untuk menentukan kemerdekaan yang bakal dicapai
mendapat sokongan seluruh penduduk Persekutuan Tanah Melayu.
Sistem Ahli member pendedahan yang baik kepada penduduk tempatan.
untuk mentadbir dan menerajui kerajaan walaupun masih dikuasai oleh British
[24x1m][Maksimum:15 markah]
4. Langkah-langkah mewujudkan sistem pemerintahan dan pentadbiran yang lebih
cemerlang.
Pemerintah yang adil
Keadilan ekonomi sama rata.
Pemerintah berilmu pengetahuan.
Pemerintah menjalankan tugas amanah.
Kerajaan mesra rakyat
Mengamalkan konsep 1 Malaysia.
Kerajaan yang prihatin terhadap nasib rakyat.
Pendemokrasian ilmu.
Menjalankan pengurusan dengan lancar.
Menekankan perpaduan negara.
Kebebasan ekonomi.
Berfikiran globalisasi.
Mengurus ekonomi secara optimum.
Berdaya saing.
Memiliki sifat keterbukaan terhadap nilai-nilai yang positif.
Pemimpin yang bijaksana/minda kelas pertama.
Mengurangkan kerenah birokrasi
Menjalinkan hubungan diplomatic
Pemimpin yang berpandangan jauh.
Kebajikan rakyat diberi keutamaan.
[21x1m][Maksimum:15 markah]
[Terima mana-mana jawapan lain yang muasabah]