Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Kita digalakkan menjaga kebersihan sekolah.Tuliskan sebuah karangan tentang aktiviti gotongroyong yang pernah kamu sertai.

1. Kita digalakkan menjaga kebersihan sekolah.


2. Saya dan ____________ (siapa ) menyertai gotong-royong pada ____________ (bila).
3. Gotong-royong diadakan untuk _____________ (apa)
4. Kami membawa ____________ (apa).
5. Kami dibahagikan kepada ______________ (berapa) kumpulan.
6. Kami ditugaskan buat ______________ (apa).
7. Saya pun buat ______________ (apa).
8. Kawan saya pula buat ____________ (apa) di ___________. (di mana)
9. Kami buang sampah di ______________ (mana).
10. Kumpulan lain menanam _____________ (apa) untuk ___________ (apa)
11. Kawasan sekolah jadi ______________ ( apa).
12. Guru-guru sediakan _______________ (apa )
13. Kami berhenti rehat dan minum ______________ (apa)
14. Saya dan ______________ (siapa ) pun pulang.
15. Saya berasa ______________ (apa) kerana ______________ (apa)
16. Saya dan ______________ (siapa) berharap agar aktiviti ini diadakan lagi pada masa akan
datang.

Pendahuluan

Salin semula ayat 1 dan ayat 2

(2 ayat)
Perenggan 2

Salin ayat 3, 4 dan 5

(3 ayat)
Perenggan 3

Salin ayat 6, 7 dan 8

(3 ayat)
Perenggan 4

Salin ayat 9, 10 dan 11

(3 ayat)
Perenggan 5

Salin ayat 12,13 dan 14

(3 ayat)
Penutup
(2 ayat)

Salin ayat 15 dan 16

Sekolah anda telah mengadakan Majlis Anugerah Cemerlang. Ceritakan suasana majlis
tersebut.
1. Sekolah saya telah mengadakan ______________. (apa)
2. Majlis itu diadakan pada _____________ (bila) dan ______________.
(di mana)
3. Majlis itu diadakan untuk _____________ (mengapa).
4. Pegawai Pelajaran datang untuk ______________. (apa)
5. Ramai ibu bapa hadir untuk melihat anak mereka dapat ________. (apa)
6. Murid tahap dua mengadakan persembahan ______________.(apa)
7. Persembahan __________ (apa) itu sangat ____________. (bagaimana)
8. Guru besar menyampaikan ____________ (apa) kepada ___________ . (siapa).
9. Tokoh murid dianugerahkan kepada ______________ (siapa).
10. Majlis ______________ (apa) sungguh ______________. (bagaimana)
11. Majlis _____________ (apa) tamat pada pukul ______________ ( berapa)
12. Tetamu menikmati _______________ (apa ) di _____________. (mana)
13. Murid-murid dan ______________ (siapa ) pun pulang.
14. Saya berasa ____________ (apa) kerana mendapat ____________ (apa)
15. Saya berharap agar ______________ (apa) ini diadakan lagi pada tahun hadapan.
Pendahuluan

Salin semula ayat 1 dan ayat 2

(2 ayat)
Perenggan 2

Salin ayat 3, 4 dan 5

(3 ayat)
Perenggan 3

Salin ayat 6, 7 dan 8

(3 ayat)
Perenggan 4

Salin ayat 9, 10 dan 11

(3 ayat)
Perenggan 5

Salin ayat 12,13 dan 14

(3 ayat)
Penutup
(2 ayat)

Salin ayat 15 dan 16

Aku sebuah Basikal

Aku ialah sebuah basikal yang berjenama Dorris. Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di
Selangor Darul Ehsan. Pada suatu hari, aku telah dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling
Jaya, Selangor.
Aku dihantar ke sebuah kedai basikal di Petaling Jaya dengan menggunakan lori kecil. Di
sini, aku dipamerkan kepada orang ramai. Ramai pelanggan yang tertarik dengan kelebihanku
tetapi mereka tidak mampu untuk membeliku kerana aku dijual dengan harga yang mahal, iaitu
RM800.
Pada suatu hari, seorang bapa bersama anak lelaki yang 10 tahun telah membeliku. Dia
membayar duit kepada penjual lalu membawa aku pulang ke rumahnya.Aku telah diberikan
kepada anak lelakinya itu tadi yang bernama Kevin.
Kevin selalu menggunakan aku ke sekolah dan bersiar-siar di sekitar taman permainan yang
berdekatan. Aku juga selalu dibawa bersiar-siar di tepi pantai pada hari minggu. Aku berasa sangat
bangga kerana dapat berkhidmat kepada tuanku. Aku dijaga dengan begitu baik sekali. Setiap
hari, aku dibersihkannya setelah digunakan.
Setelah beberapa tahun kemudian, badan-badanku telah berkarat. Cat di badanku juga telah
tiada. Aku tidak secantik dulu lagi. Kini aku telah ditempatkan di bangsal kereta ayah kevin. Di
sinilah aku menghabiskan sisa-sisa hidup aku sebagai sebuah basikal.
Aku Seutas Rantai
Aku adalah seutas rantai. Aku dibuat daripada emas. Badanku sangat cantik dan berkilat.
Kemudian, aku diletakkan di dalam cermin kaca. Di situ aku menemui kawan-kawanku yang lain.

Para pengujung selalu melihat-lihat aku. Aku berasa sungguh bangga.


Pada suatu hari, aku dibeli oleh seorang wanita. Wanita itu mengalungkan aku ke
lehernya. Aku berasa bahawa wanita itu bermegah kerana dapat memiliki aku.
Pada suatu hari, tiba-tiba seorang pemuda menyentapku. Badanku putus dua. Wanita itu
menjerit meminta tolong. Mujurlah ketika itu ada seorang anggota polis di situ. Dia pun mengejar
pemuda itu dan berjaya menangkapnya.
Kini, badanku tidak secantik dulu. Wanita itu menghantar aku ke kedai emas. Dia
menukarkan aku dengan seutas rantai emas yang lain.
Hidup aku tidak segembira dulu. Aku mendengar khabar bahawa aku akan dileburkan
oleh tukang emas. Aku akan diberi wajah baru.

Aku Sekaki Payung


Aku sekaki payung. Namaku Mahkota. Aku diperbuat daripada kain kalis air dan plastik. Kaki aku
seperti tongkat. Badanku berwarna merah.
Aku dilahirkan dari kawasan industri Prai di Pulau Pinang. Setelah aku berumur sebulan, seorang
pekerja menghantar aku ke sebuah pasar raya.
Aku dipamerkan di atas almari kaca. Di situ, aku ternampak juga ada banyak rakan aku yang
pelbagai saiz. Badan rakan-rakan aku berwarna-warni. Ada yang berwarna biru, hijau, merah dan
hitam. Kami selalu berbual-bual tentang harapan kami. Harapan aku ialah mempunyai tuan
sendiri.
Pada suatu hari, ada seorang budak perempuan mengunjung ke sini. Mereka ternampak aku;
tertarik kepada aku; lalu membeli aku dengan harga RM10.00.
Nama tuan aku ialah Atikah. Beliau merupakan murid Tahun 6. Aku digunakan untuk berlindung
semasa cuaca panas atau hujan kerana tuanku selalu berjalan kaki ke sekolah.
Pada suatu hari, ketika tuan aku pulang dari sekolah, kami terdengar jeritan seorang wanita.
Tolong! Tolong! rupa-rupanya, ada seorang pemuda telah merampas tas tangan seorang wanita.
Tuanku segera menggunakan aku untuk mencangkuk kaki pemuda itu lalu pemuda itu terjatuh.
Pemuda itu dapat diberkas atas jasa aku. Ada beberapa orang juga membantu menangkap pemuda
itu. Tuanku menelefon pihak polis lalu diserah penuda itu kepada polis. Wanita itu mengucapkan
terima kasih kepada tuanku.

Aku berasa gembira kerana atas tindakan pantas tuanku dapat menangkap pemuda itu. Aku juga
gembira kerana dapat memberikan bantuan kepada tuanku. Aku berharap peristiwa itu jadi
pedoman.
Aku Sebiji Bola
Aku dilahirkan di sebuah kilang yang terdapat di kawasanperindustrian di Pulau Pinang. Badan
aku diperbuat daripada getah.
Semua golongan masyarakat, tidak kira tua atau muda suka akan aku.Mereka mengisi
angin ke dalam perutku. Angin tersebut membuatkan perut aku kembung. Aku selalu dimainkan di
padang dan di kawasan lapang.
Aku diberikan nama Puma. Badanku berwarna hitam dan merah.Setelah aku dilahirkan,
aku dihantar ke kedai sukan di Sungai Petani bersama-sama rakanku yang lain. Di kedai, aku
dipamerkan. Aku dijual denganharga RM399.00. Seorang budak lelaki sangat berminat kepada
akuk.Dia telah meminta kedua-dua ibu bapanya membeli aku. Aku telah dibeli dan dibawa pulang
ke rumah. Nama tuan baharuku ialah Amjad. Dia bersekolah di Sekolah Kebangsaan Seri Permata.
Setiap petang, aku dibawa ke padang permainan. Di sana,Amjad dan rakan-rakannya
menendang aku ke sana dan ke mari. Badakku terasa sakit apabila ditendang, ditanduk, dan
dilambung. Digawang gol, aku selalu ditangkap oleh penjaga gol.
Lama-kelamaan, perut aku kempis. Kemudian, tuan akumenyimpan aku di dalam stor.
Setelah berbulan-bulang aku berehat didalam stor itu, tiba-tiba suatu hari ibu bapa tuan aku
mengemaskan stor tersebut. Mereka mencampakkan aku ke timbunan sampah kerana akutidak
digunakan lagi.
Nasib aku agak baik kali ini. Aku dikutip oleh sekumpulan budak yang ingin bermain bola.
Mereka menyepak aku walaupun perutku kurang angin. Badan terasa bertambah sakit. Akhirnya,
setelah badanku koyak dan perutku tidak boleh kembung lagi, aku pun dibuang. Berakhirlah
riwayat hidupku sebagai sebiji bola.
Aku Sepasang Kasut
Aku sepasang kasut. Aku dinamakan Pallas. Aku dilahirkan di sebuah kilang di
Petaling Jaya. Aku merupakan sepasang kasut sekolah yang berjenama. Jenisku paling digemari
oleh murid-murid seperti pemain dan sebagainya. Setelah siap dibungkus, aku dan kawan-kawan
ku dihantar ke Pahang dengan sebuah lori.
Apabila sampai di Pahang, aku dan kawan-kawan dihantar pula ke sebuah kedai menjual
kasut yang terkenal diKuantan. Di sini aku berkenalan dengan kawan-kawan baru seperti Puma,
Bata dan lain-lain. Aku dijual dengan harga RM29.90.
Pada suatu hari,ada seorang gadis mendekati aku. Selepas berbual-bual dan
tawar- menawar dengan tuan punya kedai itu, akhirnya aku dibeli oleh gadis itu. Aku berasa
gembira kerana mendapatkan seorang tuan yang baru. Nampaknya tuan baruku ini seoarang
cermat dan penyayang. Pada sebelah pagi aku terus dipakai untuk pergi ke sekolah. Aku gembira
sekali kerana dapat berjumpa dengan kawan-kawan yang lain.
Pada suatu hari, tuanku lupa membersihkan badanku. Dia menyimpan aku di luar. Semasa
aku pergi ke sekolah tuanku memakai aku untuk perlawanan berlari, tiba-tiba badanku koyak.
Tuan aku terpaksa meminjam kasut kawannya. Aku dibiarkan di atas padang selepas mereka
berlari. Setiap kali aku berhujan berpanas sehingga tubuhku rosak dan lama-lama menjadi hancur.

Tuan aku tidak ingat kepada diriku lagi.


Aku dibuang ke dalam tong sampah. Begitulah riwayat hidupku sebagai kasut. Pada
waktu baru aku diperlukan, sayangnya tuan aku tidak menjaga diriku dengan cermat seperti dulu.
Sesudah rosak, aku dibiarkan sehingga hidupku seperti sekarang ini.

BERCUTI DI PULAU LANGKAWI


Pada cuti persekolahan minggu lalu,ayah membawa kami sekeluarga makan angin di Pulau
Langkawi.Kami pergi dengan menaiki kereta Naza Ria.Setelah melalui Lebuh Raya Utara-Selatan
(Plus) selama tujuh jam,akhirnya kami tiba di Kuala Perlis
Kami kemudiannya menaiki feri menuju ke Jeti Kuah.Perjalanan yang mengambil masa
hampir satu jam itu saya gunakan untuk menikmati keindahan laut yang membiru.Nun di
kejauhan,saya terlihat sampan nelayan berkolek-kolek dipukul ombak.
Apabila tiba di jeti,ayah segera menyewa sebuah kereta.Ayah membawa kami ke sebuah hotel
yang sudah ditempah.Sesampainnya di hotel,kami segera mandi,bertukar pakaian dan bersolat.
Hari kedua kami isikan dengan melawat sekitar pulau.Kami tidak melepaskan peluang
melihat tempat-tempat menarik seperti Makam Mahsuri dan Kampung Buku.Kami adik-beradik
berpeluang berkejaran di pantai yang bersih.
Ibu mengajak kami membeli-belah di Pekan Kuah.Banyak barang yang ibu beli seperti
pinggan mankuk dan kain batik.Untuk kami yang seramai enam orang,ibu belikan pakaian.
Hari ketiga,kami berangkat pulang meninggalkan pulau yang indah,bersih dan menarik

itu.Tempoh tiga hari bagi kami tidak mencukupi untuk melawat sebuah pulau yang agak
luas.Namun,pengalaman percutian itu amat besar maknanya bagi saya.

You might also like