Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KERUTUK ITIK SERATI

Resepi : Norliza Hussin


Bahan-bahan :
1/2 ekor itik - potong sederhana kecil
1 batang serai
1 genggam kelapa - sangai dan jadikan kerisik
Santan pekat 1 biji kelapa
4 sb rempah kerutuk (Kelantan)
1 sb serbuk cili
* rempah kerutuk + serbuk cili, bancuh dengan sedikit air
1/2 cawan minyak
Garam, gula secukupnya
Bahan kisar halus (blend) :
3 hiris lengkuas
2 cm halia
5 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
Bahan tumis :
3 biji buah pelaga
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 cm halia - mayang halus
5 biji bawang merah - mayang
2 biji bawang putih - mayang
Cara-cara membuatnya :
Rebus itik hingga agak empuk (saya rebus dalam periuk tekanan)
Panaskan minyak
Masukkan bahan tumis, masak hingga kekuningan
Kemudian masukkan bancuhan rempah kerutuk dan serbuk cili serta bahan kisar halus. Tumis hingga
wangi dan masukkan serai. Perasakan dengan garam dan gula.
Kacau sentiasa hingga ke dasar periuk / kuali supaya rempah tidak hangit. Gunakan api sederhana
Masukkan itik yang telah direbus, kacau hingga rata dan masukkan santan. Tambahkan juga kerisik.
Perlahankan api, biarkan merenih sehingga kuah agak pekat dan sesuaikan sekali lagi garam dan gula
dengan
secukupnya.
Jangan
lupa
mengacaunya
untuk
mengelakkan
hangit
Bila mencapai kepekatan yang dikehendaki, bolehlah di matikan api dan dihidangkan.
Nota
:
Rempah kerutuk yang digunakan semasa ni agak banyak, mungkin boleh dikurangkan menjadi 2 atau 2
1/2
sudu
besar
sahaja
Begitu juga dengan minyak, boleh kurangkan menjadi 1/3 cawan sahaja

You might also like