Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PENGENALAN

Makanan tradisional merupakan makanan yang biasanya dinikmati oleh masyarakat


tertentu, dengan citarasa khas yang diterima oleh masyarakat tersebut. Variasi bahan
masakan menjadikan makanan tradisional di Malaysia disukai

kerana rasa, tekstur dan

aromanya sesuai dengan selera masyarakat. Bagi masyarakat Malaysia umumnya hampir
setiap masakan dihidang bersama dengan nasi yang merupakan makanan ruji kepada orang
Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Oleh itu, terdapat pelbagai jenis nasi yang
terdapat di Malaysia, antaranya ialah nasi kandar, nasi briyani, nasi lemak, nasi kerabu dan
sebagainya.
Nasi kerabu ialah salah satu makanan tradisional yang kini masih mendapat sambutan
daripada orang ramai. Nasi Kerabu merupakan makanan tradisional yang berasal daripada
pantai timur iaitu Kelantan Darul Naim. Masyarakat Kelantan pada asalnya merupakan
masyarakat pedalaman. Dalam pada masa yang sama, Kelantan kaya dengan pokok ulamulaman. Oleh itu, masyarakat pada masa itu, menggunakan pokok ulam-ulaman di sekitarnya
sebagai sumber makanan.
Terdapat pelbagai jenis kerabu yang terdapat di Kelantan. Antaranya ialah nasi kerabu
bunga telang, nasi kerabu kunyit, nasi kerabu hitam dan nasi kerabu tumis. Kepelbagaian
rasa yang terdapat pada nasi kerabu inilah yang menarik perhatian masyarakat di Malaysia
serta pelancong asing yang melawat ke negeri Cik Siti Wan Kembang.
Rasional kajian adalah pengkaji ingin menjawab persoalan tentang keistimewaan nasi
kerabu yang berjaya memikat selera setiap lapisan masyarakat.
Oleh itu, satu kajian dijalankan untuk mengenal pasti seni penyediaan nasi kerabu
Kelantan serta mengetahui keistimewaan yang terdapat pada nasi kerabu Kelantan dari tahun
1980 hingga 2000. Pengkaji juga ingin mendapat maklumat tentang langkah-langkah
mengekalkan tradisi penyediaan nasi kerabu Kelantan.

1.0 SENI PENYEDIAAN NASI KERABU


1.1 LATAR BELAKANG NASI KERABU

Nasi Kerabu sinonim dengan negeri Cik Siti Wan Kembang. Ada yang mengatakan
nasi ini berasal dari Kelantan tetapi ada juga yang mendakwa ia berasal dari negara jiran,
Thailand. Masyarakat Melayu Kelantan menghasilkan variasi nasi kerabu. Nasi Kerabu atau
dalam bahasa Siamnya khao jam merupakan juadah istimewa masyarakat Siam Kelantan
yang berasal dari Thailand. Khao dalam Bahasa Thai yang membawa maksud nasi, manakala
jam pula bermaksud campuran.1
Nasi Kerabu di Kelantan pada asalnya merupakan gabungan nasi dan ulam-ulaman
yang pelbagai warna dan rasa dicampurkan sebagai pembuka selera. Hal ini kerana,
segolongan besar masyarakat di Kelantan pada tahun 1980 merupakan masyarakat pedalaman
yang banyak terlibat dalam kegiatan bercucuk tanam , nelayan dan sebagainya.
Dalam pada masa yang sama, negeri Kelantan kaya dengan pokok ulam-ulaman yang
segar dan mudah didapati di negeri tersebut seperti daun serai kayu, daun pegaga, kacang
panjang, kacang botol, bunga kantan dan lain-lain. Oleh itu, masyarakat di Kelantan pada
masa itu, menggunakan pokok ulam-ulaman sebagai sumber makanan. Kebiasaannya, nasi
kerabu disediakan oleh penduduk kampong pada hari keraian secara gotong royong namun,
seiring perubahan zaman, nasi kerabu kini boleh didapati setiap masa malah menjadi
hidangan wajib waktu pagi kepada warga Kelantan.2
Nasi Kerabu amat popular di negeri pantai timur seperti Kelantan, Terengganu , dan
sekarang ini, ia boleh didapati di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur. Ia juga
mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang ramai dari dalam dan luar negara.

1.2 JENIS-JENIS NASI KERABU

Bermula nasi yang berwarna biru, kuning dan hitam sehinggalah jenis nasi kerabu
yang menggunakan kuah tumis berasaskan santan.. Bahan sampingan yang wajib dimakan
bersama nasi kerabu termasuklah kelapa parut, ikan kering, solok lada, budu, keropok dan
ulam-ulaman yang lain. Nasi Kerabu merupakan hidangan nasi yang asalnya berwarna
kebiru-biruan. Kini, kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan
bersama nasi putih biasa atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak menggunakan kunyit.
Nasi kerabu perlu dimasak dengan teliti kerana jika tersilap akan menjejaskan rasa dan ia
akan mudah basi. Antara berikut merupakan jenis-jenis nasi kerabu

1.2.1 NASI KERABU BIRU


Nasi Kerabu yang asalnya merupakan hidangan nasi yang berwarna kebiru-biruan.
Warna biru nasi terhasil daripada kelopak bunga telang yang digunakan dalam masakan.
Pokok Telang atau Pokok Kacang Telang merupakan sejenis pokok kekacang yang
mempunyai bunga bewarna ungu terang dalam keluarga Fabaceae 3. Bunganya digunakan
secara tradisional sebagai pewarna makanan, seperti nasi kerabu,tetapi kini amat jarang atau
hampir tidak lagi digunakan kerana sukar mengutip dalam jumlah yang mencukupi untuk
digunakan. Beras akan ditanak bersama perahan air bunga telang yang berwarna biru, digaul
rata dan daun pandan diletak. Bunga telang juga menghasilkan bau yang wangi pada nasi
yang ditanak.
Nasi kerabu biru pada tahun 1980-an tidak mempunyai tumis hanya ulam-ulaman dan
kelapa goreng yang menjadi hidangan makanan. Ia juga akan dimakan bersama tempoyak,
telur masin atau budu sebagai menaikkan selera masyarakat Kelantan.
Ulam-ulaman yang digunakan tidak perlu banyak tapi cukup rasanya. Ia mestilah
daun kesum, daun pegaga, kacang botol, pucuk ulam raja, kacang panjang, timun batang yang
kurang bijinya dan daun serai kayu serta dicampur juga bunga kantan. Ulam-ulaman tersebut
akan dipotong halus-halus.

Sambal kelapa pula menggunakan isi ikan kembung bakar, serai, bawang, kelapa
goreng, garam dan gula. Kelapa akan disangai hingga hampir kering tetapi tidak terlalu
perang. Bawang, serai dan halia akan ditumbuk hingga lumat, kemudian diperasakan dengan
gula melaka, gula dan garam. Isi ikan akan ditumbuk hingga sebati seterusnya isi ikan dan
kelapa yang ditumbuk akan digaul rata.
Budunya pula adalah perasa tambahan dihidangkan bersama hirisan limau nipis yang
dikerat melintang bersama cili burung. Kemudian di atasnya diramaskan beberapa keping
keropok goreng dan dimakan dengan daging bakar atau telur masin dan lain-lain lagi.

1.2.2 NASI KERABU KUNING


Nasi Kerabu kuning adalah berbeza seperti nasi kerabu berwarna biru namun,
perbezaaan warna tidak menjejaskan rasa kerana kedua-duanya menghasilkan rasa yang
cukup unik dan lazat mengikut cita rasa masyarakat Kelantan.
Nasi kerabu kuning merupakan nasi yang dimasak bersama kunyit hidup. Beras akan
ditanak bersama kunyit hidup yang ditumbuk lumat, digaul rata. Nasi kerabu kuning juga
menghasilkan bau yang kuat dan wangi.
Perbezaan antara nasi kerabu biru dan nasi kerabu kuning ialah nasi kerabu kuning
mempunyai tumis sebagai kuah nasi kerabu. Tumis dimasak dengan kisaran cili kering,
bawang-bawang, sedikit halia. Biasanya ia akan ditumis selama 10 minit sehingga pecah
minyak ,serai yang diketuk diletak seterusnya dituangkan santan. Ia hendaklah sentiasa
dikacau supaya santan tidak berketul.
Ulam-ulaman yang disediakan adalah sama seperti nasi kerabu biru iaitu
menggunakan daun kesum, daun pegaga, kacang botol, pucuk ulam raja, kacang panjang,
timun batang yang kurang bijinya dan daun serai kayu serta dicampur juga bunga kantan.
Ulam akan dihiris halus-halus.
Selain budu yang digunakan, air lada juga adalah penyedap nasi kerabu di Tanah
Merah, Kelantan bagi yang meminati makanan pedas iaitu cili padi yang ditumbuk dan
dicampurkan dengan cuka.

Kebiasaannya masyarakat Kelantan akan menghidangkan nasi kerabu dengan


meletakkan ulam di atas nasi, diikuti dengan sambal kelapa dan sambal tumis serta akhir
sekali sambal lada. Kalau di Kelantan, budu akan diletakkan di bahagian atas sekali selepas
sambal lada.

1.2.3 NASI KERABU HITAM


Nasi kerabu hitam adalah sama seperti nasi kerabu biru, yang membezakan adalah
nasinya yang kehitam-hitaman. Penggunaan daun atau herba na-dam dalam bahasa Siam
menjadikan warna nasi tersebut hitam.4
Penggunaan ulam adalah seperti daun kesum, daun pegaga, kacang botol, pucuk ulam
raja, kacang panjang, timun batang, daun serai kayu serta bunga kantan. Ulam akan dihiris
halus-halus.
Lauk boleh dipelbagaikan seperti daging bakar, ayam bakar atau mengikut cita rasa
masyarakat Kelantan.

1.2.4 NASI KERABU CINA PERANAKAN


Nasi kerabu Cina Peranakan merupakan nasi kerabu yang mempunyai rupa yang
berbeza namun masih mengekalkan rasa nasi kerabu. Cara hidangannya juga sedikit berbeza
dengan kebanyakkan nasi kerabu yang lain. Hal ini kerana, nasi kerabu ini sarat dengan
pelbagai ulam dan warnanya juga kehijauan. Makanan ini popular di kalangan masyrakat cina
yang duduk di kampung-kampung. Nasi kerabu ini selalunya dijadikan menu utama
kebanyakan Cina Peranakan ketika kenduri perkahwinan mahupun pada musim perayaan
seperti Tahun Baru Cina.
Ada lebih 100 jenis daun yang boleh digunakan untuk menghasilkan nasi ini. Bukan
sebarang daun yang boleh digunakan kerana jika salah pilih boleh menyebabkan mabuk. 5
Daun ini ditumbuk sehingga hancur dan airnya diambil untuk menanak nasi. Oleh kerana
itulah warna nasi adalah kehijau-hijauan. Sedikit serai, daun limau purut dan daun pandan
dimasukkan ketika menanak nasi.

Cara masakan kelapa dan isi ikan juga sama seperti nasi kerabu kuning iaitu kelapa
dan isi ikan disangai sehingga hingga hampir kering tetapi tidak terlalu perang. , manakala
budu pula dicampur dengan lada burung dan asam limau. Orang melayu Kelantan menikmati
nasi kerabu bersama tumis yang berasaskan santan manakala orang cina Peranakan Kelantan
tidak menggunakan kuah ketika menikmati nasi kerabu sebaliknya hanya budu dijadikan
kuah. Lauk yang digunakan ketika hidangan ialah ikan goreng, kelapa goreng, budu, keropok
dan pelbagai ulam seperti petai, timun, tauge, bawang besar, daun kesum, kacang panjang
dan bunga kantan. Semua ulam dan lauk digaul rata dan dimakan begitu sahaja.6

1.3 PERUBAHAN DALAM SENI PENYEDIAAN NASI KERABU

Dalam meniti arus pembangunan dan pemodenan, terdapat banyak perubahan yang
berlaku dalam penyediaan nasi kerabu dari aspek penyediaan nasi, ulam-ulaman, harga jualan
nasi kerabu, kualiti nasi kerabu dan sebagainya.
Dari segi penyediaan nasi kerabu asal, masyarakat Kelantan pada tahun 1980-an
banyak menggunakan bunga telang biru sebagai perwarna nasi kerabu. Namun kini,
kesukaran menyediakan pewarnanya, menyebabkan ia disediakan bersama nasi putih biasa
atau warna nasi kerabu kuning yang dimasak menggunakan kunyit.
Nasi kerabu mungkin hidangan yang mudah didapati bukan sahaja di negeri Pantai
Timur, malah juga bandar besar seperti ibu kota. Namun membezakan hidangan dahulu dan
sekarang adalah ulam-ulamannya tidak memenuhi syarat nasi kerabu. Contohnya nasi kerabu
sekarang kebanyakkannya menggunakan kubis, lobak merah, daun salad dan seumpamanya.
Sedangkan kubis, lobak merah dan daun salad merupakan sayuran bukan jenis ulaman dan
tidak sesuai dijadikan bahan ulam nasi kerabu. Tambahan lagi kalau sambal kelapa yang
disediakan, kelapa lebih banyak daripada ikan manakala budunya hanyalah semata-mata
budu sahaja. Lebih mengecewakan lagi nasi kerabu diletakkan sambal belacan sebagai
penambah rasa yang mana sebelum ini tidak pernah dibuat dalam penyediaan nasi kerabu
asal.
Selain itu, masyrakat Kelantan tahun 1980-an akan menggunakan tanaman yang
ditanam di halaman rumah mereka sebagai ulaman nasi kerabu. Namun kini, ulam-ulaman
yang segar amat sukar didapati akibat aktiviti pembangunan yang pesat. Sebagai contoh daun
serai kayu yang kini sukar didapati untuk dijadikan ulam.
Ekonomi negara yang tidak seimbang sedikit sebanyak memberi kesan kepada
penjualan nasi Kerabu. Jika dahulu, nasi kerabu biasa hanyalah dijual dengan harga RM 1.50
namun, sekarang ianya dijual dengan harga RM 4.00. Kadang-kadang ia boleh mencecah
sebanyak RM 5.00. Hal ini kerana, peningkatan harga barang mentah mendorong peniaga
mahupun pengusaha nasi kerabu terpaksa meninggikan harga agar dapat menampung kos
perbelanjaan bagi penyediaan nasi kerabu.

2.0 KEISTIMEWAAN NASI KERABU

2.1 KHASIAT NASI KERABU


Salah satu keistimewaan yang terdapat pada nasi kerabu bukan sahaja pada cara
masakannya yang kreatif dan menarik, malahan kandungan yang terdapat dalam masakan
nasi kerabu ternyata mempunyai pelbagai khasiat yang jarang kita sedar dan ketahui. Hal ini
kerana, masyarakat Kelantan pada tahun 1980-an banyak menggunakan ulam-ulaman yang
segar yang ditanam sendiri oleh mereka di belakang rumah dan juga perairan sawah dan
bendang. Berikut merupakan khasiat yang terdapat dalam penyediaan nasi kerabu.

2.1.1 Bunga Telang Biru


Bunga Telang Biru yang digunakan sebagai perwarna asli bagi nasi kerabu ternyata
mempunyai khasiatnya yang tersendiri.
Antaranya ialah bunganya boleh digunakan untuk menghitamkan rambut dan
menyuburkan kulit kepala. Daun dan bunga kacang telang juga mampu mengurangkan sakit
kepala. Caranya adalah dengan mengambil daun atau bunga tersebut lalu masukkan dalam
kain hingga membentuk bantal dan digunakan sebagai pelapik kepada sewaktu tidur oleh
pesakit.
Di samping itu, bunga kacang telang boleh direndam dalam air panas dan diminum
seperti teh untuk mengurangkan sakit akibat ulser mulut. Air rendaman bunga ini juga
dikatakan mampu merawat insomnia7. Dalam perubatan tradisional pula, tumbuhan ini
banyak digunakan untuk merawat sakit telinga, kelenjar membengkak, kolik, sembelit, sakit
tekak dan penyakit kulit.8

2.1.2 Bunga kantan

Selain sebagai penambah bau dan rasa dalam makanan, bunga kantan juga
mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Antaranya ialah warnanya yang merah muda
mengandungi bahan antioksida iaitu karotinoid yang baik untuk kesihatan9. Antioksida yang
terkandung dapat mengurangkan risiko seseorang untuk mendapat penyakit barah selain
dapat mengekalkan awet muda. Bunga kantan juga mampu merawat kencing manis dan darah
tinggi dengan meminum air rebusan bunga kantan atau menjadikan bunga kantan sebagai
makanan sampingan dalam masakan. Pengambilan secara teratur dapat mengurangkan
masalah ini.

2.1.3 Ulam pegaga


Dahulu pegaga hanya dimakan oleh penduduk kampung justeru kegunaannya juga
amat terhad. Kini masyarakat semakin sedar tentang khasiat pegaga dan tumbuhan berkenaan
makin banyak digunakan dalam masakan atau sebagai ulam. Semua jenis pegaga mempunyai
zat makanan seperti protein, gentian, zat besi, vitamain A dan C.10
Dalam perubatan tradisional, pegaga dapat mengubati luka atau ulser kulit, penyakit
kusta, ia juga dipercayai berupaya melambatkan

kedutan pada kulit ,

menyembuhkan

demam dan sakit-sakit badan, melancarkan peredaran darah, merawat pitam, mengurangkan
berat badan, awet muda, rawatan lepas bersalin, meningkatkan kecergasan minda,
menambahkan kekuatan fizikal, melancarkan suara, merawat penyakit nyayuk, mengawal
keguguran rambut ,melicin dan menyihatkan kulit dan sebagainya.11
Selain itu digunakan juga untuk menyembuh beberapa penyakit antaranya ialah
kencing manis, kecutkan peranakan, mengubat gatal pada vagina, dan ubat darah tinggi. Daun
pegaga juga boleh merawat kecantikan dengan menghilangkan bintik-bintik hitam di muka.

2.1.4 Daun selasih


Daun selasih atau nama lainnya ialah daun kemangi banyak digunakan dalam
perubata di negara Asia seperti Thailand, Indonesia dan lain-lain kerana khasiat yang
terkandung dalam daun selasih. Daun selasih selalu akan dijadikan sebagai ulam atau ramuan
dalam masakan.
Kesannya daun selasih dapat menghilagkan bau mulut, meningkatkan serta
melancarkan peredaran darah, mengurangkan kembung perut pada kanak-kanak dan
berkhasiat bagi menguatkan buah pinggang dan mengelakkan gigitan nyamuk.12

2.1.5 Timun
Timun mengandungi hampir kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam
sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar badan lebih
bertenaga dan berseri-seri.
Timun yang dimakan sebagai ulam dapat mengimbangi kandungan air yang kurang
dari tubuh kerana timun mengandungi 90 peratus air. Memakan timun juga dapat melegakan
pedih hulu hati dan melegakan tubuh yang mengalami deman panas. Kandungan air yang
terdapat dalam timun bertindak sebagai penyapu virtual, yang akan membersihkan kesemua
sisa buangan yang terdapat dalam badan di samping dapat melarutkan batu karang. Ia juga
mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh yang mampu memastikan buah pinggang
sentiasa berada dalam keadaan baik.13
Oleh kerana timun mempunyai kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang
rendah, timun dapat membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan. Oleh itu,
sesuai dijadikan menu harian seperti ulam sampingan dan sebagainya.
Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini
sangat berkesan untuk menstabilkan tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah,
merawat diabetis dan mengurangkan kolestrol.
2.1.6

Ulam raja

Ulamnya yang digelarkan ulam raja telah digunakan secara tradisi sebagai makanan
sampingan. Ia adalah untuk memperbaiki peredaran darah dan mencuci darah, serta untuk
menguatkan tulang. Ulamnya juga mempunyai keupayaan antioksida yang amat tinggi yang
baik untuk tubuh badan.14
Kesimpulannya, nasi kerabu yang dikenali sebagai nasi yang mempunyai ulam
ulaman yang segar sebenarnya banyak mengandungi khasiat dari segi penyediaan nasi,
kerabu dan lain-lain. Oleh itu, keistimewaan nasi kerabu terletak pada gabungan ulamulaman yang segar yang pelbagai yang mana masing-masing mempunyai peranan terhadap
kesihatan manusia.

2.2 HARGA NASI KERABU


Nasi kerabu juga sangat istimewa kerana pada tahun 1980-an, pelanggan boleh
menikmati nasi kerabu yang mempunyai pelbagai lauk dengan harga yang murah.
Pada tahun 1980-an, nasi kerabu di Kelantan hanya dijual dengan harga RM 1. 50
atau 3 amah. Manakala, nasi kerabu yang disertai dengan lauk seperti daging bakar, ayam
percik, ikan goreng, solok lada hanya dijual dengan RM 2.00

3.0 LANGKAH-LANGKAH MENGEKALKAN NASI KERABU


Tidak ada yang lama maka tidak adalah yang baharu. Ungkapan sebegitu kedengaran
cukup mudah, hakikatnya untuk mengekal dan mempertahankan sesuatu yang lama agar tidak
dihakis oleh yang baharu memang sesuatu yang sukar.15
Begitu juga nasib yang dialami oleh sesetengah makanan tradisi Melayu yang hari ini
ada antaranya hampir tidak diketahui kewujudannya. Bukan sahaja haiwan diancam
kepupusan, malah banyak makanan tradisional Melayu juga menghadapi masalah sama
hingga sesetengahnya hanya ditemui pada musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri atau
majlis keraian tertentu.16
Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan dalam mengekalkan nasi kerabu
Kelantan sebagai makanan tradisi melayu agar ia tidak ditelan zaman. Antara berikut
merupakan peranan setiap pihak untuk mengekalkan nasi kerabu sebagai nasi tradisi
Kelantan.

3.1 PERANAN KERAJAAN


Kerajaan memainkan peranan yang penting serta bertanggungjawab terhadap
pemuliharaan, pemeliharaan dan perlindungan warisan negara. Ini termasuklah pemeliharaan
dan pemuliharaan makanan tradisi daripada menjadi pupus. Usaha-uaha yang produktif dan
efektif perlu dilakukan oleh kerajaan seperti Jabatan Warisan Negara (JWN) dalam
mengekalkan makanan tradisi seperti nasi kerabu Kelantan.
Antara langkah yang boleh dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengekalkan nasi
kerabu sebagai makanan tradisi dengan mendokumentasikan resepi asal. Hal ini kerana, tidak
semua orang engetahui resepi asal, kaedah masakan serta cara hidangan nasi kerabu yang
tepat. Resepi asal nasi kerabu yang didokumentasi perlu dibukukan dan dijual kepada orang
ramai. Buku ini perlu merangkumi cara penyediaan nasi, penggunaan ulam-ulaman, tumis
dan sebagainya. Tujuannya, untuk menjaga keaslian nasi kerabu daripada diusbahsuai. Jadi,

buku mengenai nasi kerabu menjadi rujukan kepada pengusaha baru atau peniaga yang ingin
mencuba masakan ini sebagai salah satu menu perniagaan.

Seterusnya, pihak kerajaan hendaklah memastikan hotel-hotel antarabangsa


menjadikan nasi kerabu sebagai menu wajib yang perlu disediakan. Hal yang demikian
kerana, hotel hotel antarabangsa kini lebih memilih makanan barat sebagai hidangan utama
berbanding makanan tradisi di Malaysia. Keadaan ini tidak memberi peluang kepada
pelancong dari luar negara untuk merasai kepelbagaian makanan tradisonal yang terdapat di
Malaysia.Oleh itu, melalui langkah ini, sedikit sebanyak dapat menarik minat pelancong
asing untuk merasai dan menikmati nasi kerabu. Pelanggan hotel yang menginap di hotel
tersebut akan dapat merasa keunikan nasi kerabu yang mempunyai kelainan rasa ulamulaman, lauk hanya dalam satu hidangan. Di samping itu juga, langkah ini akan dapat
mengekalkan nasi kerabu agar tidak lupus diarus zaman pemodenan.
Selain itu, pihak kerajaan hendaklah memastikan pokok ulam-ulaman yang digunakan
dalam penyediaan nasi kerabu hampir pupus ditanam semula contohnya pokok serai kayu.
Kini, pokok serai kayu yang hidup subur di Kelantan semakin pupus akibat pembangunan
yang pesat. Jadi, melalui penanaman semula pokok ulam-ulaman ini dapat mengekalkan
bahan-bahan penting dalam penyediaan nasi kerabu yang asal.
Seterusnya, kerajaan juga perlu mewujudkan muzium masakan makanan tradisi
Malaysia. Masakan tradisi khususnya nasi kerabu dibuat dan dijual kepada orang ramai
khususnya pelancong-pelancong. Jadi, makanan ini tidak akan pupus dan sentiasa menjadi
menu yang penting.
Peydiaan nasi kerabu juga mestilah diajar terutamanya di sekolah-sekolah masakan,
universiti dan sebagainya. Menu nasi kerabu hendaklah dijadikan antara tajuk, topik atau
latihan yang perlu dihasilkan oleh para pelajar.
3.2 PERANAN BADAN BUKAN KERAJAAN (NGO)
Badan bukan kerajaan (NGO) juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan
makanan tradisional Malaysia
3.3 PERANAN INDIVIDU

NOTA HUJUNG
1

Hidayatul Akmal Ahmad, Nasi Kerabu Seratus Ramuan Harian Metro (Kuala Lumpur),

21 Februari 2016. 46.


2

ibid

Wikipedia, Bunga Telang, https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_Telang (diakses pada 28

Februari, 2016)
4

Yusof Sipan, Asal-usul Nasi Kerabu, layanrasa.blogspot.my/2014/03/asal-usul-nasi-

kerabu.htm1 (diakses pada 28 Februari 2016)


5

Azrul Affendi Sobry, Nasi Kerabu Pererat Hubungan, Berita Harian (Kuala Lumpur), 15

April 2011.03E
6

ibid
Khasiat

Herba

untuk

Kesihatan,

Khasiat

Pokok

Kacang

Telang,

www.khasiatherba.com/ubat/khasiat-pokok-kacang-telang.html#more-787 (diakses pada 28


Februari 2016)
8

ibid
Utusan Online Keistimewaan bunga kantan, www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

dt0920&pg=ke03,htm&sec=kuluarga&y=2010 (diakses pada 28 Februari 2016)


10

Khasiat Herba untuk Kesihatan, Khasiat Ulam Pegaga,

www.khasiatherba.com/ubat/khasiat-ulam-pegaga.html#more-22 (diakses pada 28 Februari


2016)

11

ibid

12

Khasiat

Herba

untuk

Kesihatan,

Khasiat

Daun

Kemangi,

www.khasiatherba.com/ubat/khasiat-herba-daun-kemangi.html#more-153 (diakses pada 28


Februari 2016)
13

Khasiat

Herba

untuk

Kesihatan,

Khasiat

Buah

Timun,

www.khasiatherba.com/ubat/khasiat-buah-timun.html#more-67 (diakses pada 28 Februari


2016)
14

Khasiat Herba Kesihatan, Khasiat Ulam Raja, www.khasiatherba.com/ubat/khasiat-

ulam-raja.html#more-57 (diakses pada 28 Februari 2016)


15

Utusan

Melayu,

Makanan

Tradisi

yang

Dilupakan

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20140725/ke_03/Makanan-tradisi-yangdilupakan#ixzz41TgdGjSE (diakses pada 27 Februari 2016)


16

ibid

You might also like