Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

http://al-fanshuri-kenaliulama.blogspot.

com/2009/03/tuan-guru-haji-yahya-bin-
muhamad-thaha.html

Tuan Guru Haji Yahya bin Muhamad Thaha, Kupang, Baling, Kedah
Darulaman – Pengasas Madrasah Khairiyyah Merupakan Tuan Guru Yg di
Geruni Komunis

Tuan Guru Haji Yahya bin Muhamad Thaha, Kupang, Baling, Kedah Darulaman –
Pengasas Madrasah Khairiyyah (kini di kenali sebagai Yayasan Khairiyyah), Tuan
Guru Yang di Geruni Komunis.

Kelahiran: Tuan Guru Haji Yahya bin Muhamad Thaha bin Idris (Mat Aris) di lahirkan di
Kampung Pisang, Kupang, Baling Kedah, Darulaman pada tahun 1906M. Datuk beliau, Idris
berasal dari Fathani.

Ibunya adalah Hajjah Hajar binti Haji ‘Abdullah bin Tok Samad, Kampung Pisang, Kupang.
Keluarga sebelah ibunya juga berasal dari Fathani dimana sewaktu awal kedatangan
mereka ke Kedah, mereka menumpang di rumah Tok Basyir [1] dan di rumah Tok Mat Din.
Kedua-duanya muhajir dari Fathani yang berpindah ke Kedah.

Pendidikan: Tuan Guru Haji Yahya mendapat pendidikan


awal membaca al-Quran dirumah saudara seibunya, Awang Besar bin Saman (beliau adalah
ayah kepada Tuan Guru Haji Yahya @ Ilyas. Belajar di Mekah selama selama 16 tahun dan
terkenal ‘alim di dalam ilmu fiqah dan faraidh). Kemudian berguru dengan Tuan Guru Haji
Ahmad bin Awang Besar bin Tok Mat Din [2], Kampung Jerai. Kemudian beliau memasuki
sekolah Melayu Sik sehingga darjah 3 (darjah tertinggi ketika itu). Sewaktu di Sik beliau
tinggal di pondok Tuan Guru Haji Ya’kub ‘Abdurrahman [3], Kampung Kemelung, Sik. Di
pondok inilah Haji Yahya menadah kitab dibawah asuhan Tuan Guru Haji Ya’kub
‘Abdurrahman. Setelah 6 tahun memondok, beliau belayar bersama ibu dan saudaranya
Awang Besar ke Mekah iaitu pada tahun 1923M. Beliau bermukim di Mekah selama 12
tahun. Antara guru-guru beliau di Mekah:
 Pak Cik Daud (Tuan Guru Haji Wan Daud bin Wan Musthafa al-Fathani). Ayah
saudara kepada Pak Da El, Pak Chu Him dan Syaikh Wan Ahmad al-Fathani.
 Tuan Guru Haji Yahya Raman al-Fathani (Cher Pak Ya al-Ramani) – menantu Tok
Yaman al-Fathani

 Syaikh Nur bin Syaikh Nik Mat Kecik (Syaikh Nur Raman)

 Syaikh wan Ismail bin Wan ‘Abdul Qadir al-Fathani atau Pak Da ‘El

 Syaikh Mukhtar ‘Atarid Bogor

 Syaikh Ahmad Ahyad Idris Bogor (menantu Syaikd Mukhtar ‘Atarid)

 Syaikh ‘Ali Maliki (ketua ulama fiqh 4 mazhab)

 Sayyid ‘Alawi bin Sayyid Abbas al-Maliki al-Hasani

 Syaikh Muhammad ‘Arabi

Teman sepengajiannya pula:


 Tuan Guru Dato’ Haji ‘Abdurrahman Haji Abdullah, Merbok, Kedah
 Tuan Guru Dato’ Haji Hussin Haji Sholeh, Lorong Makam, Langgar, Kedah

 Tuan Guru Haji Awang Embun Haji Umar, Kampung Sadik, Kupang

 Mufti Haji Muhammad Nor Ibrahim, Kelantan

 Tuan Guru Haji Daud Said, Getting, Tumpat, Kelantan

 Tuan Guru Haji ‘Abdurrahman Arsyad, Dala, Fathani (Tok Dala)

 Tuan Guru Haji ‘Abdullah Haji Wan Musa, Kubang Pasu Kota Bahru, Kelantan

 Syaikh ‘Abdul ‘Aziz Haji Ahmad Awang Besar, Kupang (Qadhi Besar Kedah)

 Syaikh Muhammad Yasin bin Muhammad ‘Isa al-Fadani


Membuka pondok: Setelah 12 tahun dibawah lindungan Ka’bah, maka
pada tahun 1936, Tuan Guru Haji Yahya kembali ke Tanah Melayu. Pada mulanya beliau
mengajar dirumahnya pada sebelah malam dan pagi Jum’at. Memandangkan sambutan
masyarakat yang meggalakkan, penduduk setempat mengambil inisiatif untuk mengadakan
madrasah khas untuk beliau mengajar. Madrasah ini kemudian berkembang menjadi
Pondok Kampung Pisang. Pondok ini terus berkembang sehingga pecah Perang Dunia ke-II.
Dengan kedatangan Jepun madrasah ini terhenti buat seketika, namun pada pertengahan
tahun 1943 ianya disambung semula. Bilangan pelajar bertambah sehingga terdapat kira-
kira 500 buah pondok didirikan.

Sebelum tahun 1951, Madrasah Khairiyah ini menumpukan pengajian secara umumi tetapi
setelah dipersetujui oleh Tuan Guru Haji Yahya, pengajian secara nizami di selah siang hari
diperkenalkan dan digabungkan dengan pengajian secara umumi di sebelah malam harinya.
Antara yang menjadi tenaga pengajar adalah Tuan Guru Haji Hasan Rasyid al-Makki (selaku
Mudir),Dato’ Haji Zakaria Haji Ahmad Wan Besar, Haji Sulaiman Ibrahim Fahmi, Haji
Badaruddin dan Haji ‘Abdurrahman Haji ‘Abdul Majid. Madrasah al-Khairiyah ditukarkan
kepada nama Yayasan Khairiyah pada tahun 1971 ketika Ustaz Zawawi Haji ahmad Che Pi
menjadi mudirnya.

Murid-muridnya: Antara murid-murid beliau:-


 Tuan Guru Haji Umar Zuhdi Haji Sholeh, Pondok Banggol Berangan, Lanai, Baling
 Tuan Guru Haji Awang Embun Haji Umar, Kampung Sadik, Kupang

 Ustaz Haji ‘Abdullah Awang Besar

 Ustaz Haji Yusuf Ismail, Baling (bekas ahli Majlis Fatwa Tabung Haji). Beliau adalah
khadam kepada Tuan Guru Haji Yahya

 Tuan Guru Haji Muhammad Yusuf, Batu 4, Jalan Yala, Betung

 Tuan Haji Syahabuddin, bekas imam Masjid Baling

 Ustaz Haji Sulaiman Ibrahim Fahmi, Mudir Yayasan Khairiyah

 Ustaz Haji Yahya Awang Besar – anak saudara beliau dan merupakan Imam Masjid
Kampung Tanjung, Kupang
 Dato Haji Daud Che Ngah, bekas Pengurus Besar Bimbingan Haji, Lembaga Tabung
Haji

 Syaikh Haji Hasan Rasyid, Mudir Yayasan Khairiyah yang pertama

 Tuan Guru Haji Wan Embun, Ijok, Perak

 Ustaz Zawawi Haji Ahmad, bekas ADUN Kedah0.0.

 Ustaz Haji Ismail Haji ‘Ali, Jempol, Negeri Sembilan. Tokoh Ma’al Hijrah Negeri
Sembilan 1998.

 Syaikh Ahmad Zahari, Mekah

Karangan: Tiada maklumat yang menunjukkan Tuan Guru Haji Yahya meninggalkan
sebarang karangan berupa tulisan. Yang pasti beliau meninggalkan kitab yang bergerak
iaitu murid-murid beliau.

Kemasyarakatan: Sewaktu pemberontakan komunis - zaman darurat, iaitu itu setelah


kekalahan tentera Jepun dan Inggeris kembali bertapak, berlaku bermacam keganasan,
kekejaman terhadap rakyat oleh Kumpulan Bintang Tiga – Komunis. Pada ketika inilah Tuan
Guru Haji Yahya dan murid-murinya memainkan peranan paling berjasa sampai dikenang
sehingga kini oleh masyarakat Kupang, Baling iaitu menghalau komunis dari mengganggu
masyarakat kampung.

Pada ketika pemberontakan komunis, Sekolah Melayu Kupang menjadi markas Bintang Tiga
(Komunis) menjalankan aktiviti mereka mengganggu penduduk kampung. Tuan Guru Haji
Yahya serta rakannya Pak Su Haji Ahmad telah mengetuai perarakan menghalau komunis
tersebut dengan laungan kuat takbir ( ‫ )هللا اك بر‬dan tahlil (‫ )الإله إال هللا‬dan berhenti di Masjid
Kupang yang bertentangan dengan markaz komunis. Di Masjid ini mereka bertakbir dan
bertahlil dengan kuat sehingga menggerunkan pihak komunis dan akhirnya mereka
melarikan diri. Dan keadaan kampung kembali tenang.

Kegiatan menghalau komunis ini bukan sahaja berlaku di Baling, tetapi Tuan Guru Haji
Yahya juga dijemput untuk menghalau komunis di Kroh, Grik dan Batu Kurau, Perak. Inilah
yang yang menjadi kelebihan pada diri Tuan Guru Haji Yahya. Sehinggakan masyarakat
Cina tempatan pada awalnya tidak mempercayai Tuan Guru Haji Yahya sudah meninggal
kerana mereka mendakwa masih melihat beliau dimana-mana. Dan memang tidak dinafikan
bahwa Tuan Guru Haji Yahya ini dikurniakan karamah iaitu antaranya digeruni musuh.
Perkara seumpama ini juga berlakau kepada tokoh-tokoh ulama yang lain seperti Tuan Guru
Haji Wan ‘Abdus Shamad Pokok Sena dan Tuan Guru Haji Hussin Che Dol di dalam perisitwa
Bukit Jenun.

Politik: Tuan Guru Haji Yahya juga bergiat di dalam politik iaitu di dalam Parti Islam
Semalaysia (PAS). Madrasahnya, Madrasah Khairiyah pernah menjadi tapak bagi
penubuhan Dewan Ulama PAS Negeri Kedah dan beliau sendiri telah terpilih sebagai Ketua
Dewan Ulama PAS Kedah yang Pertama pada tahun 1953.
Keturunan: Tuan Guru Haji Yahya mula mendirikan rumahtangga pada tahun 1936 ketika
menuntut di Mekah dengan Hajjah Wan ‘Aisyah binti Haji Mat , Kupang tetapi bercerai
kemudiannya, tanpa meperolehi zuriat. Kemudian bernikah pula dengan ‘Aisyah binti Haji
Awang Kechik, Kampung Pisang. Melalui perkahwinannya ini beliau dikurniakan 10 orang
zurat. Seterusnya berpoligami, dengan menikahi Fathimah binti Haji Muhammad Zain, dan
mendapat seorang anak. Setelah kematian Fathimah, Tuan Guru Haji Yahya mengahwini
Hajjah Khadijah bin Haji Muhammad Zain, iaitu saudara kepada Fathimah (bersalin tikar)
dan memperolehi 10 orang cahayamata. Melalui pernikahan Tuan Guru Haji Yahya dengan
Hajjah Maimunah @ Munah bin Haji Muhammad Yasin [4], dan mendapat 6 orang
cahayamata. Dan isteri Tuan Guru Haji Yahya yang terakhir adalah Hajjah Khadijah binti
Jusuh dari Kelantan, dan mendapat seorang cahayamata. Jumlah anak Tuan Guru Haji
Yahya kesemuanya adalah 28 orang.

Kewafatan: Tuan Guru Haji Yahya bin Muhammad Thaha menghembuskan nafasnya yang
terakhir pada jam 2 petang, Khamis 1959 dirumah isterinya Hajjah Maimunah. Jenazah
beliau beliau di semadikan di tanah perkuburan Masjid al-Huda, Kampung Hangus, jam 11
pagi Jum’at. Al-Faatihah.

Sekian dan salam hormat dari

Al-Haqir Abu Zahrah ‘Abdullah Thahir al-Qedahi

Catatan ini disempurnakan pada hari Rabu, 28 Rabiul Awwal 1430/25 Mac 2009 di
teratakku di Gombak - Catatan ini adalah merupakan ringkasan dari: Majalah Pengasuh Bil.
570 dibawah kolum Tokoh Ulama Semenanjung Melayu oleh Muhammad Rushdi ‘Abdul
Malik al-Kalantani

Notakaki

[1] – Beliau adalah datuk kepada Tuan Guru Haji Awang Embun Haji Umar dan merupakan
moyang kepada Dato’ Syaikh ‘Abdul ‘Aziz (qadhi besar Kedah, beliau meninggal di dalam
satu nahas kapalterbang di Bangkok sewaktu kembali daripada menunaikan haji, tahun
70an) dan Dato’ Haji Zakaria Haji Ahmad Wan Besar (ahli majlis fatwa kerajaan Negeri
Kedah sehingga kini).

[2] Beliau adalah ayah kepada Dato’ Syaikh ‘Abdul ‘Aziz (qadhi besar Kedah) dan Dato’ Haji
Zakaria (ahli majlis fatwa kerajaan Negeri Kedah), mertua kepada Tuan Guru Haji Ahmad
Rusydi, Sidim, dan besan Tuan Guru Haji Hussien Che Dol. Beliau ahli dalam ilmu qiaraat
yang 7.

[3] Tuan Guru Haji Ya’kub ini terkenal dengan nama ‘Haji Ya’kub Hitam’ kerana pada masa
yang sama terdapat seorang lagi Haji Ya’kub yang menjadi qadhi Sik, yang dipanggil ‘Haji
Ya’kub Putih’. Haji Ya’kub Hitam mendapat pendidikan di Mekah dan merupakan teman baik
Tok Kenali. Pada awalnya tinggal di Pedu, kemudian di bawa oleh Haji Utsman, ketua
kampung Kemelung untuk mengajar dan membuka pondok disana. Kemudian Haji Utsman
diambil oleh Tuan Guru Haji Ya’kub sebagai menantunya. Salah seorang anak Haji Utsman
adalah Tan Sri Dr. ‘Abdul Hamid Utsman (bekas menteri yang menjaga hal ehwal agama
dan merupakan penasihat khas Perdana Menteri Malaysia)
[4] – Haji Muhammad Yasin berasal dari Negeri Sembilan. Beliau kemudiannya dikenali
dengan Syaikh Muhammad Yasin. Mengahwini Hajjah Aminah, anak kepada Tuan Guru Haji
Yak’kub Hitam, Kemelung, Sik. Beliau menetap dan meninggal di Mekah. Sebelum
berangkat ke Mekah, beliau mengahwinkan anak gadisnya yang bernama Maimunah atau
Munah kepada Tuan Guru Haji Yahya Kupang. Ketika itu Maimunah berusia kurang lebih 12
tahun.

Anda mungkin juga meminati:

Tuan Guru Haji Muhammad Salleh bin Haji Hashim – Menerajui ...

Tuan Guru Tuan Hussain Muhammad Nasir al-Mas'udi al-Banjari ...

Muhammad Sa'id Umar Kedah - Pengarang Tafsir Nur al-Ihsan

LinkWithin

Madrasah Al Khariah, Kupang mohon bantuan orang ramai


Mohd Sabri Said
Mon | Nov 10, 08 | 4:18:40 pm MYT

KUPANG, KEDAH, 10 Nov (Hrkh) - Untuk meneruskan matlamat pengasas Madrasah Al-
Khariah, Kampung Pisang, Kupang, Tuan Guru Haji Yahya Toha pada tahun 1938 bukan mudah
seperti yang disangkakan. Iklan

Sebaliknya sekolah yang kini dikenali sebagai Sekolah Menengah Agama (Arab) Yayasan
Khariah terpaksa mengharungi onak duri atau ranjau sepanjang zaman sehinggalah kini
terutamanya melalui zaman getir apabila Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr. Mahathir
Mohamad mengiystiharkan penarikan balik bantuan perkapita terhadap Sekolah Agama Rakyat
(SAR) yang dianggap menjadi sarang ektrimis Islam.

Pengetua sekolah berkenaan, Ustaz Haji Othman Haji Yahya Toha ketika ditemu bual
Harakahdaily baru-baru ini tidak menafikan melalui zaman sukar di awal era melinium tetapi
atas kesungguhan Lembaga Pengarah serta aktivis yang bersama-sama bertanggungjawab
menegakan sistem perdidikan berteraskan Islam maka ia dapat di atasi dengan sempurna.

Untuk mengekang usaha memusnahkan haluan SAR, sekolah ini mampu melebarkan fungsi yang
ada apabila berjaya mengorak langkah setapak lagi ekoran pembangunan sebuah bangunan yang
dilengkapi masjid, dewan seminar, dewan terbuka, dewan makan, pusat Tahfiz dan 13 buah bilik
untuk kemudahan musafir dengan kos RM2.5 juta.
"Insya Allah pada bulan Mei tahun depan (2009) bangunan baru yang menempatkan masjid,
dewan seminar, dewan terbuka, pusat tahfiz dan bilik untuk kemudahan musafir akan siap
sepenuhnya.

"Sekarang ini baru 60 peratus kerja-kerja dilaksanakan dengan perbelanjaan hampir RM1.2 juta,
" ujarnya yang nyata berjaya membaiki kedudukan sekolah daripada dicengkam Bantuan
Kementerian Pendidikan.

Sekolah yang diterokai dengan pengajian secara halaqah atau sistem pondok kini boleh dianggap
berjaya menjadi satu-satunya SAR di negeri Kedah dapat membina komplek untuk pelbagai
kegunaan.

Cuma pada tahun 1952 baru cara persekolahan diperkenalkan iaitu pelajar akan masuk seperti
sekolah biasa cuma pengajianya dalam bahasa Arab manakala pelajar secara halaqah diteruskan
selepas Zohor, Asar atau Magrib.

Pada tahun 1970 ditambah pula pelajaran akademik untuk memudahkan pelajar mengimbangkan
dengan pelajar yang mengambil peperiksaan LCE ketika itu.

"Sekarang ini pelajar akademik terus diajar di sini di samping pelajaran Arab," katanya yang
mengambil alih pengurusan dan pentadbiran sekolah pada tahun 1976 setelah beberapa tahun
dikelolakan oleh menantu dan pelajar lama Tuan Guru Yahya Toha.

Fokus utama sekolah ini adalah Arab cuma tambahan akademik disebabkan keperluan masa kini
untuk seseorang itu mendapatkan pekerjaan.

Memandangkan kewujudan sekolah ini bukan berdasarkan keuntungan sebaliknya bagi


mengembangkan syariah Islam, maka pihak lembaga tidak sekali-kali menerima pendekatan
menyerahkan kepada Kementerian Pendidikan.

Bila tiada penyerahan pastinya anak cucu pengasas dapat meneruskan usaha murni penubuhan
demi menyelamatkan Islam daripada ditindas atau dipergunakan untuk menyekat kebangkitan
gerakan Islam.

"Walaupun kami tidak terlibat dengan penyerahan kepada Kementerian Pendidikan namun kami
dapat bertahan dengan baik hasil sokongan orang ramai," jelasnya lagi.

Menyentuh mengenai bekas pelajar di sini Ustaz Othman memberitahu, antaranya bekas Ahli
Parlimen Padang Terap, Profesor Zawawi Haji Ahmad, bekas Pensyarah Universiti Kebangsaan
Malaysia (UKM), Dr. Marzuki Haji Mahmud, bekas penceramah Tabung Haji, Ustaz Daud Che
Ngah dan sebagainya.

Melihatkan perkara ini, pihak lembaga tadbir cepat-cepat mencari jalan merancakkan kembali
keyakinan masyarakat Islam terhadap pendidikan Islam dengan mengetengahkan ideal
pembangunan demi keperluan semasa.
Ustaz Othman yakin adanya masjid, ruang mesyuarat, bilik seminar, pengajian Tahfiz serta bilik
musafir memberi infak berguna pada masyarakat sekeliling atau sesiapa sahaja yang hendak
menggunakan kelengkapan itu.

Bagi menjayakan pembangunan komplek milik Yayasan Khariah pihak lembaga tadbir
memerlukan sumbangan orang ramai sama ada kewangan ataupun barangan pembinaan.

Untuk tujuan itu mereka boleh menghubungi di talian 04-4766934 atau teus ke akaun Bank Islam
Malaysia Berhad Cawangan Baling 02048010003180.

--------------------
Senyum itu penawar duka....

You might also like