Folio Sej PMR 2010

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

SMA AL-MADRASAH

AL-ALAWIYAH AD-DINIAH

‘PERAYAAN TRADISI KAUM CINA DI


MALAYSIA’

DI SEDIAKAN OLEH:-

Nama:- Amirul Faris Bin Razali


Kelas:- 3 Idris (2010)
No K/P:- 950422 -07- 5045
Guru Penilai:- Cikgu Mustaffa bin Mohd Alwi

........................ ...................
(Amirul Faris) (Tandatangan Guru)
ISI KANDUNGAN
bil kandungan Muka
surat
1 TAJUK KAJIAN

2 ISI KANDUNGAN

3 PENGHARGAAN

4 OBJEKTIF KAJIAN

5 KAWASAN KAJIAN

6 KAEDAH KAJIAN

7 HASIL KAJIAN

8 RUMUSAN

9 LAMPIRAN

10 RUJUKAN
Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan berkat dan keizinan-

Nya, saya Amirul Faris bin Razali telah berjaya menyelesaikan kerja kursus ini dengan

jayanya seperti mana kehendak Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Pengetua SMA Al-Madrasah Al-

Alawiyah Ad-diniah, Encik Illias bin Kassim kerana telah memberikan sokongan kepada

saya untuk menjalankan kajian ini.

Tidak lupa guru matapelajaran Sejarah saya, Encik Mustaffa kerana telah

memberikan tunjuk ajar dan panduan untuk menjalankan kajian ini mengikut kriteria

yang ditetapkan.

Tidak lupa juga penghargaan kepada kedua orang tua saya yang sanggup

mengorbankan masa untuk membantu saya serba sedikit sepanjang kajian ini dijalankan.

Di samping itu, ucapan terima kasih juga di atas kerjasama daripada rakan-rakan sekelas

yang dihargai.

Akhir sekali, terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan

tidak langsung dalam menyiapkan kerja kursus ini. Semoga hasil kajian ini akan

memberikan sedikit sebanyak impak ilmu dalam pembangunan modal insan dan akan

menjadi pedoman hidup kita.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan Kajian Sejarah dengan tujuan untuk memenuhi objektif

berikut:
 Mengenal pasti dengan lebih mendalam tentang perayaan kaum cina.

 Mengajar saya erti sabar untuk membuat folio ini dengan mencari maklumat

mengenai perayaan di Malaysia.

 Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya

membantu saya membuat kajian ilmiah dengan cara yang betul, jelas dan betul.

 Menghargai dan mempertahankan parayaan tradisi masyarakat di Malaysia dengan

baik.

 Memastikan generasi yang akan datang mengetahui tentang perayaan sesebuah

masyarakat di Malaysia.

 Menanam semangat patriotism di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda

melalui kajian ini.

KAWASAN KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
Saya telah menggunakan beberapa kaedah dalam kajian perayaan tradisi kaum cina di

Malaysia.

Antara beberapa kaedah yang saya menggunakan ialah dalam kaedah rujukan terhadap

buku ilmiah, majalah dan buku yang berkaitan sahaja.

Selain itu, kaedah kedua ialah saya telah menemu ramah Encik Lim Koh Wein yang

beralamat di Taman Desa Ilmu di Samarahan, Sarawak.Sebelum kaedah ini dijalankan,

kami terlebih dahulu menyusun soalan yang bakal dikemukakan kepada guru sejarah

saya. Kaedah ini dilakukan untuk memperoleh maklumat berkaitan latar belakang sejarah

Tahun Baru Cina.

Manakala kaedah kajian ketiga ialah melalui pemerhatian.Kaedah ini dilakukan sekitar

rumah jiran saya yang berbangsa cina. Kaedah ini dipilih bertujuan melihat keadaan

suasana sambutan Tahun Baru Cina.

Kaedah kajian saya yang terakhir ialah melalui penyelidikan. Saya telah menjalankan

penyelidikan di perpustakaan sekolah, melawat laman web yang berkaitan Tahun Baru

Cina dan merujuk majalah yang berkaitan. Semua maklumat ini saya analisis agar ia

bersesuaian dengan kajian yang dijalankan.

Semasa menjalankan kajian ini, saya telah


menggunakan beberapa kaedah untuk mendapatkan
maklumat iaitu:
 Temu bual
 Sebelum memulakan temubual, saya menyediakan borang soal
selidik. Sila lihat contoh di Lampiran.

 Pemerhatian
 Pemerhatian dibuat terhadap sejarah kawasan kajian. Sila lihat
borang pemerhatian di lampiran.

 Rujukan
Saya merujuk internet,buku dan risalah – risalah di perpustakaan
sekolah Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah.

HASIL KAJIAN
Perayaan Tradisi Kaum Cina
Nama perayaan bagi orang cina ini ialah ‘Tahun Baru Cina’ atau dalam sebutan

bahasa cina ialah Gong Xi Fa Cai. Secara amnya kaum yang terlibat di dalam perayaan

ini ialah kaum cina. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut setiap kali menjelang tahun

baru cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi kepada kitaran 12 tahun yang

dinamakan sempena nama haiwan. Pada Tahun 2010, Tahun Baru Cina telah disambut

pada 14 Febuari 2010. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut bertujuan untuk meraikan

ketibaan tahun yang baru yang merupakan titik permulaan dalam nasib dan kehidupan.

Tahun Baru Cina merupakan perayaan yang paling penting bagi orang Cina,contohnya

seperti Hari Natal bagi orang barat atau Hari Raya Aidilfitri untuk kaum Melayu.Tahun

Baru Cina adalah hari pertama bulan satu bagi Imlek Cina,tetapi aktiviti perayaan Tahun

Baru Cina bukanlah pada hari itu sahaja,biasanya aktiviti perayaan Tahun Baru Cina

berlangsung selama beberapa hari berikutnya.Tahun Baru Cina juga secara umumnya

dipanggil “Guonian”. Perayaan Tahun Baru Cina juga dikenali sebagai Tahun Baru

Qamari atau Perayaan Musim Bunga. Perayaan ini disambut oleh kaum Cina tidak kira

dari etnik Hakka, Hokkien, Kantonis dan sebagainya.Tarikh hari tahun Baru Cina dari

1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut,

besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-

nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

Pihak/Etnik/Kaum yang terlibat


Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia malah

turut dirayakan oleh bangsa Korea,Vietnam, Mongol dan Miao yang dipengaruhi oleh
China dari segi kebudayaan dan keagamaan maka turut memakai kalendar qamari

Cina.Di China,bukan sahaja etnik Han yang merayakan Tahun Baru Cina,etnik yang lain

termasuk etnik Manzu, Mongol,Yaozu, Zhuangzu, Gaoshan, Hezhe, Hani

Daur,Dongzu,Lizu dan lain-lainnya juga mempunyai adat resam untuk merayakan Tahun

Baru Cina.

Tarikh/Tempoh masa dirayakan


Perayaan Tahun Baru Cina akan berlarutan lebih kurang selama setengah

bulan,selepas merayakan hari Cap Goh Mei yang jatuh pada 15 haribulan bulan satu

Imlek baru Perayaan Tahun Baru Cina selesai.Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut

setiap kali menjelang Tahun Baru Cina mengikut Kalendar Lunar Cina yang terbahagi

kepada kitaran 12 tahun yang dinamakan sempena nama haiwan.Pada Tahun 2010,Tahun

Baru Cina telah disambut pada 14 Februari 2010.Tarikh hari Tahun Baru Cina dari 1996

hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, bersertakan

lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya.Nama-nama dahan

bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.

Haiwan Dahan Bumi Tarikh

Tikus 子 zǐ 19 Februari 1996 7 Februari 2008


Lembu 丑 chǒu 7 Februari 1997 26 Januari 2009

Harimau 寅 yín 28 Januari 1998 14 Februari 2010

Arnab 卯 mǎo 16 Februari 1999 3 Februari 2011

Naga 辰 chén 5 Februari 2000 23 Januari 2012

Ular 巳 sì 24 Januari 2001 10 Februari 2013

Kuda 午 wǔ 12 Februari 2002 31 Januari 2014

Kambing 未 wèi 1 Februari 2003 19 Februari 2015

Monyet 申 shēn 22 Januari 2004 8 Februari 2016

Ayam 酉 yǒu 9 Februari 2005 28 Januari 2017

Anjing 戌 xū 29 Januari 2006 16 Februari 2018

Khinzir 亥 hài 18 Februari 2007 5 Februari 2019

Tujuan perayaan
Tujuan sambutan Tahun Baru Cina diadakan adalah untuk menyambut tahun baru

dalam kalendar qamari Cina.Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan
dinamakan sempena nama haiwan. Namun jika menurut pandangan orang Cina,Tahun

Baru Cina merupakan perayaan untuk menyambut musim bunga. Apabila musim bunga

datang, pemandangan berubah dan penanaman padi dimulakan, orang Cina dengan

pelbagai cara yang bahagia untuk merayakan perayaan tradisional yang paling meriah

dalam sepanjang tahun. Perayaan Tahun Baru Cina ini disambut bertujuan untuk

meraikan ketibaan tahun yang baru yang merupakan titik permulaan dalam nasib dan

kehidupan.

LATAR BELAKANG
Sejarah/Asal-usul perayaan
Mengikut sejarah yang lama, perayaan ini berasal daripada amalan memuja dewa

dan juga nenek moyang sempena hujung tahun dan permulaan tahun baru di China pada

zaman kuno.Pada zaman kuno, tahun baru cina dipanggil “Yuanti”,“Yuandan” atau

“Tahun Baru”. Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah

tidak jelas. Ada kemungkinan bahawa awal tahun bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti

Xia,bulan 12 ketika Dinasti Shang dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun,

adalah diketahui bahawa “bulan lompat” yang memastikan calendar qamari selari dengan

matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang(menurut catatan

tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou(menurut Sima Qian). Selepas revolusi pada

tahun 1911, kerajaan pada waktu itu secara rasmi menetapkan hari pertama pada bulan

satu Imlek sebagai Tahun Baru Cina yang disambut sehingga sekarang.

Menurut mitos orang Cina dahulu kala, iaitu setiap 12 tahun pada musim sejuk.

Raksasa Nian akan keluar membuat kacau dan memburu manusia dan dan orang ramai

kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna

merah, maka mereka mungusir dengan letupan bunga api dan penggunaan warna merah

secara meluas. Kejayaan menghalau raksasa tersebut diraikan bersempena dengan

kedatangan tahun baru mengikut kalendar cina.

Upacara khusus dalam perayaan


Terdapat beberapa upacara yang diadakan dalam perayaan Tahun Baru

Cina.Antaranya ialah jamuan bersama-sama semua ahli keluarga mereka pada malam

sebelum Tahun Baru Cina sama ada tinggal di rumah atau jauh dari kampung
halaman.Selain itu,tarian singa akan diadakan sama ada di rumah ataupun kedai mereka

untuk menghalau puaka,nasib malang atau tuah buruk dan juga musibah.Pada hari kedua

perayaan, mereka akan menyaksikan anak perempuan mereka yang telah berkahwin

untuk menziarahi ibu bapa kandung mereka.Pada hari yang kelima belas merupakan hari

terakhir untuk menyambut Tahun Baru Cina yang diraikan sebagai Yuánxiāo jié ataupun

dipanggil hari sambutan Chap Goh Mei.Pada hari tersebut mereka akan makan bersama-

sama keluarga sekali lagi.

Individu yang mengetuai upacara khusus


Kebiasaannya orang yang akan mengetuai setiap upacara khusus ialah tuan rumah

ataupun orang yang paling tua di dalam sesuatu keluarga tersebut.

Tempat khusus sambutan di jalankan


Sambutan Tahun Baru Cina kebiasaannya dijalankan di rumah kedua orang tua

kita.Selain itu,ada juga orang Cina yang menyambut Tahun Baru Cina di tempat kerja

mereka kerana ingin menguruskan hal-hal yang penting tetapi selepas mereka selesai

menguruskan kerja mereka,mereka harus pulang ke rumah untuk menyambut bersama-

sama keluarga.

PERSIAPAN SAMBUTAN PERAYAAN


Sebelum Perayaan
Pada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina,keluarga-keluarga masyarakat Cina akan

membersihkan rumah mereka secara menyeluruh kerana mereka percaya bahawa

pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang

berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik.Penyapu dan

pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru Cina dan hari pertama agar

nasib baik itu tidak boleh disapu keluar.Ada orang yang mengecat rumah,pintu dan sisi

tingkap dengan warna merah.Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah

mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.Acara terbesar pada malam

Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula.Hidangan yang terdiri daripada ikan

terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini.Di China

Utara,adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini.Ladu

melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina.Ang pau bagi

ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang akan diberi sewaktu jamuan pertemuan

semula.Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang

mencerminkan tuah dan kehormatan.

Semasa Perayaan
Semasa Tahun Baru Cina ini berlangsung,mereka akan mengadakan persiapan

untuk menyambut tetamu yang mengunjungi rumah sanak saudara serta sahabat handai

mereka.Kebiasaannya keluarga yang lebih muda yang akan pergi mengunjungi keluarga

yang lebih tua seperti ibu bapa,datuk nenek ataupun moyang.Sempena Tahun Baru

Cina,rakyat China juga menggantungkan tanglong merah yang ditampal tulisan perkataan

“nasib baik” atau gambar dewa kekayaan di depan pintu untuk menunjukan hasrat baik

orang China.Biasanya perkataan “Nasib baik” mesti ditampal secara terbalik sebutan

perkataan “terbalik” sama dengan perkataan “datang” dalam bahasa

Mandarin,maksudnya ialah “nasib baik datang”.

Hari pertama

Hari pertama adalah hari bagi mengundang dewa-dewi dari kayangan dan bumi. Kebanyakan

orang yang meraikannya, terutamanya penganut agama Buddha, menghindari diri daripada memakan

daging pada hari ini kerana adalah dipercayai bahawa ini memastikan mereka akan lanjut usia.

Paling penting sekali, hari pertama Tahun Baru Cina merupakan masa apabila keluarga Cina

menziarahi orang tua mereka dan ahli keluarga paling senior dalam seluruh keluarga mereka, biasanya

ibu bapa, datuk nenek atau moyang.

Terdapat juga keluarga yang mengundang tarian singa sebagai upacara simbolik untuk

menyambut tahun baru sambil menghalau puaka dan musibah dari rumah.

Hari ke-2
Hari kedua Tahun Baru Cina atau hari "membuka tahun" (Cina Tradisional: 開年, Cina

Ringkas: 开 年, kāi nián) menyaksikan anak perempuan yang telah kahwin untuk menziarahi ibu bapa

kandung mereka. Menurut tradisi, anak perempuan yang telah kahwin mungkin tidak banyak

berpeluang menziarahi keluarga kandung sendiri.

Hari ke-3

Hari ketiga perayaan ini dipercayai ramai sebagai hari yang tidak sesuai untuk menziarahi

saudara mara atas kepercayaan berikut:

Hari ini dikenali sebagai "mulut merah" (赤口 chì kǒu), yang bermaksud bahawa adalah amat

mudah untuk terlibat dalam pergaduhan, maka hari ini tidak sesuai untuk ziarah-menziarahi,

sebaliknya berdiam di rumah sahaja. Keluarga yang mengalami kematian ahli terdekat dalam jangka

masa tiga tahun lalu tidak akan menziarahi rumah sesiapa sebagai tanda penghormatan kepada si mati.

Hari ketiga Tahun Baru wajar dijadikan hari menziarahi kubur.

Hari ke-5

Di bahagian utara China, ladu (Cina Tradisional: 餃子, Cina Ringkas: 饺 子, jiǎozi) dijadikan

sarapan pada pagi "pecah lima" (破五, pò wǔ). Ini juga merupakan ulang tahun hari lahir Cai Shen,

dewa kekayaan Cina. Di Taiwan, perniagaan biasanya dibuka semula pada hari tersebut dan diserikan

oleh pemetik api.

Hari ke-7

Hari ketujuh dikenali sebagai hari jadi orang ramai (人日, pinyin: rén rì, Kantonis: yan yat),

iaitu hari yang mana usia setiap orang ditambah lagi setahun menurut pengiraan kalendar qamari Cina.

Inilah harinya bila salad ikan mentah lambung, yee sang, dimakan. Kaum sekeluarga

berkumpul untuk melambung salad berwarna-warni dan menyampaikan hajat bagi menambahkan

kekayaan dan kemakmuran. ini merupakan adat resam yang terutamanya diamalkan oleh kaum Cina
di rantau Asia Tenggara, seperti Malaysia dan Singapura, tetapi jarang diamalkan oleh kaum Cina di

merata dunia selain rantau tersebut.

Hari ke-9

Hari kesembilan tahun baru merupakan hari bagi kaum Cina untuk menyembah Maharaja Jed

di Kayangan (天公 tiān gōng) di tokong agama Tao.

Tambahan pula, hari ini dianggap sebagai "tahun baru" suku kaum Hokkien. Apabila tibanya

tengah malam pada hari kelapan tahun baru, suku Hokkien menyembahkan doa syukur kepada

Maharaja tersebut. Penyembahan ini termasuk tebu kerana tebu pernah digunakan untuk melindungi

suku Hokkien dari ancaman penghapusan beberapa generasi lalu.

Teh dituang sebagai adat bagi menghormati orang ternama.

Selepas perayaan
Selepas perayaan Tahun Baru Cina,keluarga masyarakat Cina akan bersama-sama

mengemaskan kembali rumah kediaman mereka sebelum pergi meninggalkan sanak-

saudara mereka.Pada hari kelimabelas,mereka akan meraikan sebagai Yuánxiāo jié atau

Chap Goh Mei dalam bahasa Hokkien,versi Cina bagi Hari Valentine.Tāngyuán,bebola

pulut manis dalam sup,dimakan pada hari ini.Tāngyuán ialah sejenis makanan Cina yang

diperbuat daripada tepung pulut.Tepung pulut ini dicampur dengan sedikit air untuk

membentuk bebola,kemudian dimasak dan dihidangkan dalam air yang

mendidih.Tangyuan bolehlah sama ada berisi atau tanpa isi.

Peraturan/Pantang-larang/Amalan sampingan
Terdapat beberapa pantang-larang sepanjang perayaan Tahun Baru Cina ini yang

dibahagikan kepada dua iaitu ‘Tuah Baik’ dan ‘Nasib Malang ( Tuah Buruk)’.

Antara cara untuk mendapatkan tuah baik ialah seperti berikut:

 Membuka pintu dan tingkap dianggap menjemput masuk tuah pada tahun baru.

 Membiarkan lampu menyala semalaman dipercayai menghalau hantu dan puaka

pembawa musibah yang mampu mempengaruhi nasib sekeluarga sepanjang tahun.

 Gula-gula dan manisan dimakan untuk “memaniskan” nasib sepanjang tahun bagi

pemakannya.

 Pembersihan rumah di setiap sudut wajib dilaksanakan sebelum hari tahun baru agar

menerima tuah bagi tahun yang akan menjelang.

 Ada orang yang percaya bahawa apa yang berlaku pada hari pertama mencerminkan

yang akan berlaku sepanjang tahun. Maka orang Cina mengambil kesempatan untuk

berjudi pada hari pertama ini bagi menaruh harapan untuk menambah kekayaan.

 Memakai selipar baru yang dibeli sebelum tahun baru bermaksud memijak orang

yang bergosip tentang si pemakainya.

Antara perkara yang boleh mendatangkan nasib malang ( tuah buruk ) ialah:
 Membeli kasut baru dianggap pembawa malang bagi sesetengah orang cina kerana

perkataan bahasa Kantonis bagi “kasut” sama bunyi dengan perkataan “kasar” atau

“sukar”.

 Membeli seluar baru juga dipandang sebagai pembawa malang kerana perkataan

Kantonis bagi “seluar” sama bunyi dengan “pahit”. Namun ada yang menganggapnya

sebagai positif, kerana perkataan bagi “seluar” dalam dialek itu juga sama bunyinya

dengan “kaya”.

 Mengunting rambut juga ditegah kerana perkataan bagi rambut sama bunyinya

dengan “hasil”. Maka menggunting rambut juga dipandang sebagai “memotong hasil”

dalam bahasa Kantonis.

 Mencuci rambut juga dianggap sebagai mencuci keluar kekayaan (namun perihal

kebersihan sering mengatasi tradisi ini).

 Menyapu lantai juga dilarang pada hari pertama kerana ini akan menyapu keluar tuah

bagi tahun baru.

 Perbualan mengenai kematian juga kurang sesuai bagi beberapa hari terawal Tahun

Baru Cina kerana ini turut dianggap tidak bagus.

 Membeli buku juga membawa malang kerana perkataan sesetengah dialek cina bagi

“buku” sama bunyinya dengan perkataan “kalah”.


KESAN PERAYAAN

Kekeluargaan
Sesebuah keluarga yang besar dan berkembang mempunyai ahli keluarga yang

amat ramai contohnya dari moyang ke atuk dan nenek,dari nenek dan atuk ke

ibubapa,dari ibubapa ke anak-anak,dari anak-anak ke cucu dan cici dan ini boleh

menyebabkan seseorang itu akan terputus hubungan dengan keluarganya apabila

seseorang itu telah berpindah tempat atau sudah mempunyai keluarga sendiri.Dengan

adanya perayaan ini,semua orang akan berkumpul di tempat khas atau tempat asal

mereka dan bersama-sama dengan sedaya upaya pada hari perayaan itu.Sambutan Tahun

Baru Cina merapatkan lagi hubungan silaturrahim yang sedia ada ataupun yang sudah

lama berpisah.

Perpaduan
Melalui kepelbagaian perayaan di Malaysia, ramai orang yang akan pergi

kunjung mengunjungi sesama sendiri tanpa mengira bangsa,kaum dan agama.Sebelum

atau selepas perayaan,jiran tertangga kita yang berbilang kaum juga akan membantu kita

seperti menyediakan juadah,menolong mengecat rumah dan sebagainya.Melalui perayaan

seperti ini kita boleh memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia

seperti mana saranan perdana menteri kita untuk bersama-sama menyokong Gagasan 1

Malaysia.
Pelancongan
Kepelbagaian perayaan ini telah menambah keunikkan seni budaya di Malaysia

yang mana boleh menarik minat pelancong untuk mengunjungi atau merasakan sendiri

merayakan kegiatan perayaan di Malaysia.Selain itu,dalam perayaan ini,pelancong yang

ingin merasakan sendiri perayaan ini mendapat belajar sesuatu daripada kita iaitu

semangat perpaduan kaum di Malaysia.Ini kerana membolehkan kita menarik lebih

banyak lagi pelancong dari luar negara melancong ke Malaysia.Semakin banyak

pelancong yang akan mengunjungi tanah air kita ini,ia akan menambahkan lagi

pendapatan negara dan akan digunakan untuk membangunkan negara kita ini.

Peluang Perniagaan
Kepada para peniaga untuk menjual alat-alat yang diperlukan untuk persiapan

sambutan Tahun Baru Cina seperti mercun,tanglung,sampul merah ataupun angpau

termasuklah juga bahan-bahan makanan yang digunakan ketika perayaan ini.

Pendidikan/Pengetahuan
Perayaan juga boleh dijadikan sebagai pendidikan dan pengetahuan am untuk

individu itu sendiri kerana perayaan dapat mengajar kita mengenai pantang

larang,sejarahnya,sebelum dan selepas perayaan itu berlaku dan lain-lain.Selain

itu,perayaan dapat memberi kita pengetahuan am yang dulunya kita tidak tahu

mengenainya,contohnya membeli kasut baru boleh dikatakan pembawa

malang.Pendidikan amat penting dan juga di ambil berat oleh kerajaan mengenainya.
Oleh itu pengetahuan mengenai sesuatu perayaan kaum lain penting untuk seseorang itu

sendiri.

Pengekalan Tradisi
perayaan merupakan suatu tradisi yang mana begitu penting untuk dikekalkan di

samping ianya dijadikan sebagai imej bagi sesuatu kaum.


RUMUSAN
Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam

tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, banyak pengetahuan,

pengajaran dan nilai yang telah saya pelajari.

Selepas menjalankan Kerja Kursus Sejarah Tahun Baru Cina, saya rasa amat

bersyukur sebagai seorang warganegara Malaysia kerana pelbagai perayaan tradisi kaum

terdapat di negara yang tercinta ini. Selain itu, saya juga telah mempelajari tentang

keistimewaan dan keunikan perayaan tradisi ini yang dapat menarik minat ramai

pelancong asing. Selepas melakukan kerja kursus ini, saya juga dapat menguasai

kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan

kemahiran berkomunikasi.

Disamping itu, saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan,

kejujuran, memupuk semangat patriotisme dan kerjasama antara rakan-rakan semasa

menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah

membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat

tentang kerja kursus ini.


LAMPIRAN

MEMBERI ANG PAU KEPADA


ORANG YANG MASIH BELUM
BERKAHWIN

TARIAN SINGA KETIKA TAHUN


BARU CINA

SUASANA YANG BEGITU MERIAH


KETIKA TAHUN BARU CINA
RUJUKAN
INTERNET

http://fuziahsalleh2.wordpress.com/2009/01/

http://ms.wikipedia.org/wiki/Tahun_Baru_Cina

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php?
option=com_content&view=article&id=5745:sambutan-ta

http://simtronik.com/sejarah-tahun-baru

ORANG SUMBER

Encik Lim Koh Wein, 43, Taman Perlis, Kangar, Perlis.

RUJUKAN
Buku ilmiah, Hari-Hari Perayaan Masyarakat Malaysia, Cetakan pertama

2006, Diedit oleh Zainal Jaslan,Penerbit oleh Kementerian Kebudayaan,

Kesenian dan Warisan Malaysia (KEKKWa) Tingkat 18, 19, Menara TH

Perdana,1001, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Dicetak oleh Mudah

Urus Enterprise Sdn Bhd.

Buku teks Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan tingkatan 2 dan

tingkatan 4.

You might also like