Soalan KPMT 3 - 2010

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Kerja Projek Matematik Tambahan 3 2010

BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM


KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

KERJA PROJEK MATEMATIK TAMBAHAN 3/2010

LATAR BELAKANG
Setiap perniagaan memerlukan pelaburan dan bilangan pelanggan yang mencukupi untuk
membeli produk atau perkhidmatannya bagi memperoleh keuntungan yang berterusan.
Keuntungan yang maksimum diberi keutamaan dalam menentukan harga suatu produk
baru. Usaha menentukan harga produk dimulakan dengan membuat anggaran permintaan
terhadap produk pada harga yang berlainan. Secara umumnya permintaan terhadap produk
meningkat apabila harga jualan menurun.

BAHAGIAN 1
Jadual 1 menunjukkan pelbagai harga jualan dan anggaran permintaan tahunan bagi
komponen komputer tertentu yang dikeluarkan oleh Syarikat Warisan RMN.

Anggaran Permintaan
Harga Jualan, s, (RM)
Tahunan, d, (unit)
75 4500
125 3500
200 2000
250 1000
Jadual 1

(a) Tentukan hubungan antara permintaan, d dengan harga jualan, s dengan memplotkan
graf berdasarkan nilai-nilai dalam Jadual 1. Graf boleh diplotkan secara manual,
menggunakan perisian komputer seperti hamparan elektronik (Microsoft Excel) atau
kalkulator grafik. Tafsir, bincang dan seterusnya tuliskan penerangan tentang
hubungan atau perkaitan yang telah anda kenal pasti berdasarkan graf yang anda
perolehi.

(b) Dengan menganggap kos pengeluaran seunit komponen komputer ialah RM50,
ungkapkan keuntungan tahunan, P, dalam sebutan harga jualan, s. Beri penerangan
terhadap jawapan anda.
[Nota: Jumlah Keuntungan = Jumlah Jualan – Jumlah Kos]

(c) Dengan menggunakan dua atau lebih kaedah, tentukan keuntungan maksimum dan
harga jualan yang sepadan. Beri penerangan kepada jawapan anda.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia


1
Kerja Projek Matematik Tambahan 3 2010

(d) Seterusnya, tentukan bilangan komponen komputer yang perlu dikeluarkan oleh
syarikat berkenaan bagi mendapatkan keuntungan maksimum.

BAHAGIAN 2
Dalam tahun 2009 Syarikat Warisan RMN memperoleh keuntungan sebanyak RM200 000.
Syarikat tersebut berhasrat menambah pengeluaran dalam tahun 2010 dan memerlukan
sejumlah wang sebagai modal pelaburan.
Sebagai pengurus syarikat, anda perlu menentukan jumlah dan tempoh pinjaman yang
akan diambil untuk tujuan tersebut di atas.

Jadual 2 menunjukkan sebahagian dari jadual bayaran bulanan bagi pinjaman dari Bank A.
Jumlah Bayaran Bulanan (RM)
Pinjaman (RM) 12 bulan 24 bulan 36 bulan 48 bulan 60 bulan
10 000 1034.00 617.00 478.00 409.00 367.00
15 000 1550.00 925.00 717.00 613.00 550.00
20 000 2067.00 1234.00 956.00 817.00 734.00
25 000 2584.00 1542.00 1195.00 1021.00 917.00
30 000 3100.00 1850.00 1434.00 1225.00 1100.00
35 000 3617.00 2159.00 1673.00 1430.00 1284.00
40 000 4134.00 2467.00 1912.00 1634.00 1467.00
45 000 4650.00 2775.00 2150.00 1838.00 1650.00
50 000 5167.00 3084.00 2389.00 2042.00 1834.00

Jadual 2

(a) Berdasarkan Jadual 2, hitungkan jumlah faedah yang dikenakan bagi setiap pilihan
pinjaman dan tempoh pinjaman yang berkaitan. Gunakan Jadual 3 bagi merekodkan
nilai-nilai yang telah anda hitung.

Jumlah Pinjaman (RM) Faedah yang dikenakan(RM)


12 bulan 24 bulan 36 bulan 48 bulan 60 bulan
10 000
20 000
30 000
40 000
50 000

Jadual 3

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia


2
Kerja Projek Matematik Tambahan 3 2010

(b) Berdasarkan jawapan (a) hitungkan purata kadar faedah sebulan. Bina jadual bagi
jawapan anda dan sertakan ulasan.

(c) Seterusnya, bina jadual bagi jumlah bayaran tahunan untuk pinjaman dari RM10 000
hingga RM100 000 bagi tempoh satu hingga lima tahun. Dengan merujuk kepada
jumlah bayaran tahunan untuk tempoh 12 bulan, tunjukkan bahawa bayaran bagi
RM10 000, RM15 000, RM20 000 dan seterusnya membentukkan suatu janjang.

(d) Syarikat RMN memperuntukkan 20% daripada keuntungan tahun 2009 sebagai
bayaran tahunan pinjaman. Anggap bahawa syarikat itu akan terus mendapat
keuntungan sebanyak RM200 000 setahun,
(i) Berdasarkan jawapan anda di (c), tentukan jumlah pinjaman maksimum dalam
gandaan RM5000 bagi tempoh 1 tahun, 2 tahun, 3 tahun, 4 tahun dan 5 tahun.
(ii) Seterusnya, tentukan pilihan pinjaman yang wajar diambil oleh syarikat berkenaan
dan berikan ulasan anda.

(e) Syarikat telah menyediakan satu dana simpanan sebanyak RM50 000 dalam bank yang
membayar faedah bulanan bermula 1hb. Januari 2010.
Dengan menganggap bank tersebut memberi faedah tahunan sebanyak 2.5%, tentukan
jumlah dana simpanan setiap akhir bulan sehingga 31hb. Disember 2010.

PENEROKAAN LANJUTAN
Teroka pinjaman perdagangan atau sumber kewangan sedia ada dalam pasaran yang boleh
dipertimbangkan oleh syarikat itu untuk tujuan pelaburan (Contoh: Overdraf, Perbankan
Islam). Bincangkan kelebihan dan kekurangan pelbagai jenis pinjaman sedia ada tersebut.

REFLEKSI
Semasa melaksanakan kerja projek ini, apakah yang telah anda pelajari? Apakah nilai murni
yang telah anda amalkan? Wakilkan pendapat atau perasaan anda terhadap perkara
tersebut menggunakan pelbagai kaedah kreatif seperti menggunakan simbol, ilustrasi,
lukisan atau lagu.

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia


3
Kerja Projek Matematik Tambahan 3 2010

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia


4

You might also like