Unit 4

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

E5122/U4/ 1

SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Mengetahui dan memahami istilah-istilah dalam radio selular dan prosedur


membuat panggilan.
- Mengetahui pengunaan frekuensi radio selular dalam Malaysia dan teknologi
WAP.

Objektif Khusus :

 Mentakrifkan maksud bagi penggunaan frekuensi tetap, pemecahan sel, “hand-


off”, nisbah S/N dan “paging”.
 Menerangkan prosedur membuat panggilan dan menerima panggilan.
 Mengenali spektrum frekuensi.
 Menyenaraikan pengendali-pengendali sistem selular di Malaysia.
 Mengenali penggunaan sistem WAP
E5122/U4/ 2
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

4.0 Pengenalan

Tahukah anda, hampir kesemua pembekal talian


selular berada pada takat maksimum. Keadaan ini
disebabkan oleh kekurangan ruang spektrum di
atmosfera yang disebabkan oleh perkembangan
teknologi yang pesat.

Seperti mana yang anda telah ketahui, sistem radio selular beroperasi dari 800 MHz
hingga 900 MHz, yang mana frekuensi ini diperuntukkan bagi saluaran tv UHF. Pada
dasarnya, terdapat 666 saluran berlebar jalur 33 kHz dupleks-penuh (full-duplex)
dalam perhubungan selular. Namun begitu, kini, pelbagai pendekatan telah digunakan
bagi memaksimumkan lagi penggunaan julat frekuensi, antaranya ialah penggunaan
semula frekuensi pemecahan sel, hand-off, nibah S/N dan paging.

4.1. Penggunaan Semula Frekuensi

Konsep ini membenarkan frekuensi saluran


yang telah digunakan untuk satu sel
digunakan semula pada sel-sel yang lain
E5122/U4/ 3
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

Walaubagaimanapun, kedudukan sel-sel hendaklah jauh antara satu sama lain untuk
menggelakkan gangguan. Sila rujuk Rajah 4.1. Dengan penggunaan semula frekuensi,
sistem selular dapat mengendalikan sejumlah besar sambungan secara serentak, jauh
melebihi jumlah saluran yang diperuntukan.

S4 S2 S5 S4
S1 S3 S3

S5 S4 S1 S5
S3 S2 S2
S2 S5 S4 S1
S1 S3 S3

Rajah 4.1 Penggunaan frekuensi-semula dalam sel.

Rajah 4.1 jelas menunjukan penggunaan frekuensi-semula, di mana sel-sel


bersebelahan tidak mungkin akan menggunakan frekuensi yang sama tetapi sel-sel
berikutnya akan menggunakan. Katakan peruntukan frekuensi bagi RBS S1 - 988.2
MHz, S2 - 988.3 MHz, S3 - 988.4 MHz, S4 - 988.5 MHz dan S5 - 988.6 MHz, maka
dengan pengagihan frekuensi sebegini, ia dapat mengelakkan pertindihan di antara
satu sama lain. Seterusnya, frekuensi tersebut dapat diguna semula di sel yang tidak
bertindih dengan frekuensi yang hendak diguna semula tadi.

4.2. Pemecahan Sel

Konsep ini membolehkan sel yang besar dibahagikan kepada sel-sel kecil yang
dilengkapi dengan penghantar (RBS) berkuasa kecil. Oleh itu jarak ulangan
penggunaan semula frekuensi menjadi lebih rendah dan jumlah saluran di antara
kawasan akan bertambah jauh melebihi kapasiti satu sel besar yang asal, rujuk Rajah
4.2. Keadaan ini disebabkan oleh lebih banyak pengguna di suatu kawasan. Kebiasaan,
E5122/U4/ 4
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

pemecahan sel dilakukan di kawasan bandar, di mana penggunaan telefon selular


adalah lebih meluas. Oleh yang demikian, lebih banyak stesen RBS dan saluran
disediakan. Keadaan ini jelas kita dapat lihat di bandar-bandar seperti Kuala Lumpur,
Shah Alam, Georgetown, Ipoh dan Johor Bahru, di mana kepadatan sel adalah lebih
tinggi berbanding dengan kawasan luar bandar seperti Rawang, Teluk Intan, Segamat
dan lain-lain, lihat Gambarajah 4.3.

Kawasan
bandar

Kawasan luar
bandar

Rajah 4.2 Pemecahan sel besar ke sel kecil.

Gambarajah menunjukan
taburan pengguna telefon
bimbit (kawasan berbintik-
bintik).

Gambarajah 4.3 Pemecahan sel di Semenanjung Malaysia


E5122/U4/ 5
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

4.3. Paging

Ketika anda menerima panggilan, telefon selular anda akan memberi isyarat yang
bermaksud ada panggilan masuk. Proses ini dipanggil paging. Ia merupakan pesanan
saluran kawalan yang mengandungi Nombor Identiti Telefon Selular (Mobile
Identification Number) dan secara tidak langsung, ia memberitahu bahawa adanya
panggilan masuk. Nombor yang dihantar oleh pemanggil kepada penerima akan
diperiksa oleh MTSO. Kemudian, MTSO tersebut akan menghantar isyarat nombor
yang dipanggil kepada semua MTSO lain. Setelah kedudukan penerima dikenalpasti,
MTSO berhampiran akan menghantar Nombor Identiti Telefon Selular kepada RBS
pemanggil. RBS tersebut akan menghubungi nombor yang dipanggil. Penerima akan
menerima paparan nombor si pemanggil pada telofon selularnya. Pada masa yang
sama, pemanggil juga akan menerima paparan nombor yang dipanggil melalui
RBSnya.

4.4. Hand-Off

Hello, kawan I
tengah drive ini
dari KL ke JB

Apabila pengguna bergerak keluar dari sel asal ke sel berdekatan, beliau akan
kehilangan perhubungan radio pada saluran kawalan sel asal. Terminalnya akan
diselaraskan secara automatik pada saluran kawalan sel yang baru. Proses ini berlaku
sangat cepat sehingga tidak disedari oleh pengguna. Ketika perbualan sedang
berlangsung, pengguna hanya akan mendengar bunyi ‘beep’ yang sekejap, sewaktu
Hand-Off dilakukan, rujuk Rajah 4.4.
E5122/U4/ 6
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

RBS MSTO Ke PSTN

SALURAN Kawalan
Kedudukan asal Baru (Hand-Off)
telefon bimbit

RBS

Kedudukan baru
bagi telefon bimbit

Rajah 4.4 Proses hand-off dari suatu RBS ke suatu RBS

4.5. Nisbah Isyarat per Hingar (SNR)

Nisbah SNR adalah sangat penting untuk menentukan keberkesanan pengoperasian


atau kebolehan sistem selular untuk memperbaiki semula isyarat yang lemah. Selain
daripada itu, SNR juga boleh mengesan kekuatan isyarat berbanding dengan hingar
yang tidak diperlukan. Nisbah SNR dinyatakan dalam bentuk dB di mana;

SNR (dB) = 10 log Isyarat (S) [4.1]


Hingar (N)
E5122/U4/ 7
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

di mana; S – kuasa isyarat


N – kuasa hingar

Jika isyarat yang diterima adalah lemah maka, ia perlu dikuatkan dengan
menggunakan penguat. Tetapi, ia akan menyebabkan julat isyarat dan juga hingar
dinaikkan secara serentak. Keadaan ini tidak diingini. Pada hakikatnya, hanya isyarat
sahaja yang perlu ditinggikan dan bukan hingar.

Untuk memperolehi isyarat yang baik, nisbah SNR perlulah tinggi. Di mana, gandaan
isyarat melebihi gandaan hingar. Jika, gandaan hingar tinggi, maka nisbah SNR akan
rendah, akibatnya, isyarat yang diterima akan mengalami lebih banyak gangguan.

AKTIVITI 4.A Untuk memantapkan pemahaman anda sila


jawap soalan berikut.

1. Nyatakan dua sebab mengapa terdapat lebih banyak saluran


dalam sistem selular pada masa kini berbanding dahulu.
2. Telefon selular beroperasi dengan menggunakan dupleks-
penuh. (Betul/ Salah).
3. Untuk memperolehi SNR yang baik, gandaan hingar mestilah
___________ dan gandaan isyarat mestilah _____________.
4. Jika sistem selular yang digunakan mempunyai kuasa isyarat
sebanyak 18 W serta nilai kuasa bagi gangguan ialah 0.5 W. Kirakan
SNR bagi sistem tersebut.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 18).
E5122/U4/ 8
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

4.6. Proses Panggilan

Agaknya macam mana


mereka ini boleh
berkomunikasi antara selular
dengan selular atau selular
dengan telefon

Panggilan telefon melalui rangkaian selular memerlukan penggunaan dua saluran


suara dupleks-penuh serentak iaitu saluran pengguna dan saluran kawalan. Stesen
RBS memancarkan dan menerima isyarat menggunakan saluran-saluran yang
dipanggil saluran kawalan hadapan dan saluran suara hadapan. Manakala unit
selular pula memancarkan dan menerima isyarat menggunakan saluran kawalan
belakang dan saluran suara belakang.

Melengkapkan panggilan menerusi sistem radio selular adalah lebih kurang sama
dengan rangkaian pensuisan telefon awam. Apabila unit selular mula di aktifkan, ia
akan melaksanakan satu siri prosedur memula (start-up) dan kemudiannya
mensampelkan kekuatan isyarat yang diterima pada saluran pengguna. Unit ini akan
menala secara automatik kepada saluran yang isyarat yang paling kuat/baik dan
seterusnya, mengawal data yang dihantar oleh RBS. Unit ini akan menterjemahkan
data tersebut dan seterusnya, memerhatikan saluran kawalan.

Dalam sistem radio selular, panggilan boleh dilakukan antara pengguna telefon awam
dengan pengguna telefon selular atau antara dua pengguan telefon selular. Berikut
menunjukan carta alir (Carta Alir 4.1, Carta Alir 4.2, dan Carta Alir 4.3) bagi
panggilan menggunakan unit selular.
E5122/U4/ 9
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

MTSO terima panggilan daripada pemanggil melalui PSTN.

MTSO akan memeriksa digit pendailan dan menentukan


samada unit selular tersebut digunakan atau tidak.

Jika digunakan (on-hook), MTSO akan suiskan secara ‘paging’


kepada pengguna selular dan cuba mendapatkan saluran bebas
serta mengarahkannya supaya menala kepada saluran tersebut

Unit selular akan menghantar pengesahan saluran kepada


MTSO melalui RBS dan kemudiannya menghantar nada
progres panggilan yang menghasilkan deringan.

MTSO akan memberhentikan nada ini apabila ia menerima


isyarat positif bahawa pengguna selular telah menjawab
panggilan dan perbualan boleh dimulakan.

Carta Alir 4.1 Cara panggilan dari PSTN ke unit selular


E5122/U4/ 10
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

Pengguna selular mendail nombor yang dikehendaki dan


menekan butang ‘SEND’. Tindakan ini akan menyebabkan
nombor yang didail dan pendail selular akan dihantar ke MTSO

Jika nombor pengenalan sahih, MTSO akan menyambungkan


panggilan tersebut kepada rangkaian PSTN. Seterusnya
melengkapkannya kepada pengguna yang dipanggil

Melalui RBS, MTSO akan mendapatkan saluran pengguna yang


tidak sibuk dan mengarahkan unit selular supaya menalakan
kepada saluran tersebut

Selepas MTSO menerima pengesahan bahawa unit selular


tersebut menala, pengguna selular akan menerima nada progres
daripada MTSO.

MTSO akan memberhentikan nada ini apabila pengguna selular


mula menjawab panggilan dan perbualan pun bermula.

Carta Alir 4.2 Cara panggilan dari unit selular ke PSTN


E5122/U4/ 11
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

Pengguna selular yang ingin memanggil akan mendail nombor


yang dikehendaki dan menekan butang ‘SEND’.

MTSO akan menerima nombor pengenalan pemanggil dan


nombor yang dipanggil kemudiannya diperiksa kesahihannya
serta ia menentukan samada yang dipanggil sedang
mengunakan unit selular (on-hook) atau tidak (off-hook).

MTSO akan menghantar arahan ‘paging’ kepada semua RBS


dan pengguna yang dipanggil akan menerima arahan tersebut

Isyarat positif daripada pengguna yang dipanggil akan


menyebabkan MTSO cuba mendapatkan saluran pengguna yang
bebas dan mengarahkan kedua-dua pengguna menalakan
kepada saluran masing-masing. Kemudian unit selular yang
dipanggil akan berdering.

MTSO akan memberhentikan deringan ini apabila pengguna


yang dipanggil mula menjawab dan perbualan boleh dimulakan
oleh kedua-dua pengguna.

Carta Alir 4.3 Cara panggilan dari unit selular ke unit selular lain.
E5122/U4/ 12
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

4.7. Pelepasan Panggilan (Call Release)

Ia merupakan satu proses dimana pemanggil menamatkan panggilannya. MTSO akan


mencari status yang baru kepada unit selular tersebut yang kini dalam keadaan normal,
iaitu ia boleh menerima dan membuat panggilan yang lain, rujuk Carta Alir 4.4.

Pengguna selular menamatkan panggilan dengan menekan


butang ‘END’. Maklumat ini akan dihantar kepada RBS dan
seterusnya dihantar kepada MTSO.

Apabila isyarat penamatan diterima oleh MTSO, tempoh


panggilan untuk proses bayaran dilakukan.

RBS akan menghentikan penghantaran maklumat pada saluran


pengguna tersebut dan kini ia berada dalam keadaan normal.

Pengguna selular juga akan menghentikan penghantaran


maklumat dan cuba untuk mendapatkan saluran kawalan yang
terbaik pada sesebuah sel.

Carta Alir 4.4 Cara-cara pelepasan panggilan yang dibuat oleh unit selular

4.8. Spektrum Frekuensi


E5122/U4/ 13
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

60 20k 500k 50M 1G 300G Hz

TV

Ultra violet
Audio/Sound

Radio

Infrared

X-ray
Visible Light
Komunikasi
Radar & Data

Penerima (MHz) Pemancar (MHz)

Rajah 4.5 Spektrum frekuensi bagi sistem selular

Sistem selular telah menetapkan julat frekuensi untuk pengoperasianya. Daripada


Rajah 4.5, kita dapat lihat, pengendali A dan B dibenarkan menggunakan sejumlah 25
MHz daripada spektrum radio pemancar dan penerima yang telah ditetapkan. Daripada
julat 25 MHz pemancar, ianya dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu julat 12.5 MHz
untuk frekuensi pemancar pengendali A dan julat 12.5 MHz untuk frekuensi pemancar
bagi setiap pengendali B. Saluran radio yang digunakan dalam sistem selular
dijarakkan sebanyak 30 kHz setiap satu saluran. Setiap pengendali mempunyai julat
12.5 MHz bagi pemancar dan 12.5 MHz bagi penerima. Ini bermakna setiap
pengendali mempunyai 416 saluran radio (12.5 MHz/30 kHz = 416 saluaran).
Daripada 416 saluran, ia dibahagikan kepada 395 saluran suara dan 21 saluaran
kawalan.
E5122/U4/ 14
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

4.9. Pengendali Sistem Selular Di Malaysia

Daripada pengetahuan anda, agak-agak


ada berapa pengendali sistem selular di
Malaysia !

Di Malaysia terdapat beberapa pengendali telefon selular yang giat mengembangkan


teknologi sistem selularnya. Antara pengendali-pengendali tersebut adalah seperti di
dalam Jadual 4.1.

Syarikat Sistem Frekuensi(MHz) Standard Kod

Celcom ART 900 900 ETACS 010


Time Telekom ATUR 450 450 NMT 011
Maxis Mobile Maxis 900 GSM 012
STM TM Touch 1800 PCN 013
Digi 1800 Digi 1800 1800 PCN 016
Time Cel Time Cel 1800 PCN 017
Mobikom Mobifon 800 800 AMPS 018
Celcom Celcom GSM 930 GSM 019

Jadual 4.1 Pengendali telefon selular di Malaysia

4.10. Teknologi WAP

Perkembangan teknologi dalam telekomunikasi telah membuka lembaran baru dalam


era penciptaan telefon bimbit, dan salah satunya ialah teknologi WAP. WAP atau
Wireless Application Protocol, merupakan peranti mudahalih tanpa wayar, yang
menyediakan perkhidmatan mengakses maklumat terus dari sumber. Antara peranti-
peranti mudahalih yang mampu mengendalikan teknologi WAP adalah telefon bimbit,
pager, radio dua-hala, smartfon dan komunikator.
E5122/U4/ 15
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

WAP mampu mengendalikan rangkaian-rangkaian tanpa wayar seperti GSM, PDC,


PHS, CDPD, CDMA, TDMA, DataTAC, iDEN dan lain-lain. Manakala, sistem
pengoperasi yang mampu mengendalikan WAP adalah PalmOS, EPOC, Windows CE,
FLEXOS, OS/9 dan JavaOS. Oleh kerana, pengaksesan maklumat daripada WAP
adalah dalam bentuk teks, gambar dan lain-lain, maka skrin yang besar serta padat
perlu disediakan. Contohnya, katakan anda ingin melayari halaman web (internet),
maka, microbrowsers perlu digunakan untuk mengakses halaman tersebut. Dalam
konteks ini, browser membawa maksud suatu fail kecil yang menggunakan ingatan
(memory) yang kecil sahaja. Maka, lebar jalur frekuensi penghantaran maklumat juga
akan menjadi kecil. Ini memudahkan penggunaan peranti mudahalih ini.

Syarikat yang mula-mula sekali bertanggungjawab terhadap pembangunan dan


perkembangan teknologi WAP adalah Unwired Planet, Nokia, Motorola dan Ericsson,

Rajah 4.6 Teknologi WAP daripada Nokia


E5122/U4/ 16
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

AKTIVITI 4.B Untuk memantapkan pemahaman anda sila


jawap soalan berikut.

1. Lakarkan carta alir bagi penggunaan sistem selular ke selular.


2. Berapakah julat frekuensi yang digunakan bagi komunikasi
selular.
3. Nyatakan frekuensi bagi sistem PCN dan GSM.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 18).
E5122/U4/ 17
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

PENILAIAN Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.


KENDIRI

1. Terangkan konsep pemecahan sel dalam sistem selular


2. Apakah yang dimaksudkan dengan konsep ‘hand-off’.
3. Terangkan proses panggilan dari PSTN ke selular

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


mukasurat akhir bagi unit ini (mukasurat 18).
E5122/U4/ 18
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM SELULAR

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


4.A dibawah.

Penggunaan semula frekuensi, terdapatnya lebih banyak ruang spektrum


frekuensi
Betul
rendah, tinggi
15.56 dB

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


4.B dibawah.

1. Rujuk Carta Alir 4.3


2. 825 – 845 MHz
3. 1800 MHz dan 900 MHz

RESPON Semak jawapan anda.


KENDIRI

1. Rujuk Nota 4.2. Pemecahan Sel


2. Rujuk nota 4.4. Hand-off
3. Rujuk Carta Alir 4.1.

You might also like