Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 15

E5122/U10/ 1

SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

OBJEKTIF

Objektif Am :

- Mengetahui kategori radar dan contoh-contoh penggunaan radar.

Objektif Khusus :

 Menerangkan kendalian dua kategori radar iaitu: radar gelombang-terus


‘Continuous Wave’ (CW) dan radar denyut.
 Menyatakan contoh-contoh penggunaan radar.
E5122/U10/ 2
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

10.0 Pengenalan

Halaju dikesan – 100km/h

Halaju sebenar – 105km/h

Sebelum unit ini, kita sudah mengetahui konsep radar dan kini mari kita melihat
kegunaan seharian. Untuk makluman anda, radar ini bukan sahaja digunakan dalam
teknologi penerebangan malah turut digunakan dalam mengesan halaju sebagai
perangkap laju, mengesan kelajuan angin dan arah, sudut kedudukan suatu objek dan
lain-lain. Sebagai contoh terdekat, cuba lihat karton di atas, ia menyatakan pengesanan
halaju kereta pada sudut 17.50. Sistem radar ini boleh dikategorikan kepada dua jenis
iaitu radar gelombang-terus (continuous wave, CW) dan radar denyut.

10.1. Radar Gelombang-Terus (CW)


E5122/U10/ 3
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

Dalam radar CW, isyarat yang dipancarkan dalam bentuk gelombang sinus.
Gelombang sinus ini merupakan gelombang mikro dengan amplitud yang tetap dan
berterusan. Gema yang dihasilkan juga dalam bentuk gelombang sinus dengan
amplitud tetap pada frekuensi yang sama. Tetapi dalam denyut gema, amplitudnya
adalah lebih kecil. Gelombang sinus amplitud tetap bergerak berterusan pada unit
radar. Ia mengesan pergerakan kapal terbang, kapal laut, kereta dan lain-lain dengan
isyarat terpantul mengalami perubahan frekuensi. Perubahan frekuensi di antara
isyarat terpancar dan isyarat terpantul digunakan untuk menentukan kelajuan sasaran.
Ini adalah merujuk kepada kesan doppler.

Kesan doppler merupakan anjakan frekuensi yang berlaku apabila terdapat pergerakan
relatif di antara stesen pemancar dan objek sasaran. Nilai frekuensi adalah tinggi
apabila jarak stesen pemancar dan objek sasaran berjauhan. Pengukuran perbezaan
jumlah frekuensi di antara isyarat terpancar dan isyarat terpantul dapat menentukan
kelajuan di antara unit radar dan objek yang dilihat. Perkaitan ini dapat dilihat melalui
persamaan di bawah:

V = 1.1 f [10.1]

dimana:
f = perbezaan frekuensi di antara isyarat terpancar dan terpantul dalam
Hz.
 = panjang gelombang bagi isyarat terpancar dalam meter.
V = kelajuan relatif di antara dua objek dalam mi/h

Dalam radar CW, kesan doppler menyediakan pemodulatan frekuensi pembawa.


Untuk membolehkan frekuensi berubah, objek yang dilihat mestilah bergerak
kehadapan atau semakin jauh daripada unit radar. Ini kerana jika objek bergerak selari
dengan unit radar, tiada perubahan relatif berlaku di antara dua objek dan tiada
pemodulatan frekuensi berlaku.

Kebaikan radar CW adalah ia berkebolehan untuk mengukur kelajuan objek sasaran.


Ianya biasa digunakan oleh polis untuk mengukur kelajuan kereta dan trak. Sesetengah
sistem radar menggunakan menggunakan kombinasi denyut dan kesan doppler untuk
memperbaiki prestasi dan kebolehan pengukuran.
E5122/U10/ 4
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

Antena

Pemancar Keluaran

Pembeza

Penerima Masukan

Keluaran

Rajah 10.1. Radar ‘Continuous Wave’

Kendalian bagi blok Rajah 10.1

a) Antena Keluaran & Antena Masukan


 Antena ini membuat pusingan denyut daripada pemancar, bersinar di
dalam alur yang lurus (directional beam), mengambil semula gema dan
menghantarnya ke penerima dengan kehilangan yang rendah.
 Sistem Antena ini merangkumi talian penghantaran pandu gelombang
daripada pemancar ke antena dan talian penghantaran pandu
gelombang dari antena ke penerima.

(b) Penerima
 Semasa penerima mengesan sasaran, ia menerima isyarat gema yang
lemah daripada antena masukan kemudian menguatkannya,mengesan
sampul denyut, menguatkan isyarat denyut dan menghantarnya ke
paparan.
 Salah satu daripada fungsi utama penerima ialah menukarkan frekuensi
isyarat gema yang diterima kepada frekeunsi yang rendah supaya
mudah untuk di kuatkan. Ini kerana frekuensi radar adalah tinggi, sukar
untuk dikuatkan. Frekuensi yang rendah ini dikenali sebagai frekuensi
pertengahan.
E5122/U10/ 5
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

(c) Pemancar
 Pemancar menjana denyut yang berkuasa tinggi. Kuasa yang
diperlukan, ia diperolehi dengan menggunakan pengayun gelombang
mikro berkuasa tinggi. Contohnya magnetron atau klystron.

d) Pembeza
 Membezakan antara isyarat masukan dengan isyarat yang hendak
dipancarkan.

e) Keluaran
 Digunakan untuk menerima isyarat yang masuk daripada penerima
untuk menghasilkan maklumat paparan .

10.2 Radar Denyut

Radar denyut, hemmm.


Apakah benda itu sebenarnya,
mari kita lihat sama-sama……

Radar Denyut ini merupakan jenis Radar yang paling biasa digunakan. Isyarat yang
dipancarkan adalah dalam bentuk satu denyut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah
10.2.
E5122/U10/ 6
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

PRT

Isyarat
terpancar

W W

Gema

Masa Lengah, T

Rajah 10.2 : Isyarat denyut radar

Isyarat terpancar dan gema bergerak secara berjujukan (denyut gema berlaku selepas
denyut terpancar). Lebar (W) denyut adalah pendek iaitu bergantung kepada
kegunaan. Ianya kurang daripada mikrosaat (μs) atau beberapa mikrosaat. Melalui
Rajah 10.2, kita mendapati;

 masa diantara denyut terpancar dikenali sebagai masa pengulangan denyut


(PRT – pulse repetition time).
 dari PRT, nilai frekuensi pengulangan denyut (PRF – pulse repetition
frequency) boleh ditentukan.

Persamaan 10.2 memberikan perkaitan antara PRT dan PRF.

PRF = 1/PRT [10.2]

 Nisbah lebar denyut, W berbanding PRT dikenali sebagai kitar pusingan (duty
cycle). Kitar pusingan biasanya dinyatakan dalam bentuk peratus seperti
ditunjukkan dalam persamaan 10.3.

Kitar kerja = W/PRT x 100% [10.3]


E5122/U10/ 7
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

Prestasi dan kegunaan radar ditentukan oleh lebar denyut terpancar dan PRT. Radar
dalam julat pendek menggunakan lebar denyut yang sempit dan PRT yang pendek. Ini
kerana jika objek berada pada jarak dekat, masa gema juga pendek.

Lebar denyut yang sempit memastikan denyut terhenti sebelum gema mencapai
sasarannya. Jika denyut terlalu panjang, isyarat yang kembali berkemungkinan
bertopeng bagi denyut terpancar. Jika PRT terlalu pendek digunakan berbanding jarak
sasaran, gema tidak akan kembali pada masanya. Ianya hanya kembali selepas denyut
terpancar yang kedua. Keadaan ini dinamakan julat berkembar (double range or
second return echo). Oleh itu, lebar denyut adalah berkadaran dengan PRT. Jika julat
radar panjang, maka lebar denyut turut dipanjangkan dan nilai PRT yang lebih panjang
digunakan.

Antena Penguat RF Pemodulat Bekalan


Kuasa

a
r
r Suap Penjana
a Penapis & Exciter Isyarat
y Dupleks

Pemproses Pemproses
RF Pre- Penguat IF Isyarat
pandu alur Amp &
Mixer

Pemproses Kawalan Paparan


Pengesan Komputer

Rajah 10.3 Gambarajah blok bagi radar denyut


E5122/U10/ 8
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

Dalam radar denyut operasi, kendalian dikawal oleh penyegerak, di mana ia


memulakan denyut bagi pemancar. Dan pada masa yang sama, penyegarak juga
mengawal logik picuan, pemproses isyarat (signal processor) dan pemapar (display).
Penyegerak juga berfungsi sebagai frekuensi rujukan yang digunakan dalam exciter
untuk menjana isyarat pandu RF. Frekuensi pembawa (fo) ke pemancar adalah
merupakan isyarat pengayun tempatan yang digunakan untuk penukaran isyarat
tersebut ke frekuensi pertengahan (fc) dalam penerima superheterodin. Sistem ini
berkaitan dengan tempoh secara logik kerana exciter menetapkan frekuensi
pemancaran fasa sejajar dengan isyarat pengayun tempatan.

Denyut pemancaran dijanakan dengan pemacu exciter (fr), ketika denyut dibekalkan
oleh pemodulat dan pemancar oleh penyegerak. Maka denyut ini, akan dihantar ke
antena melalui pendupleks. Pada masa yang sama, RF suis akan menyambungkan
pemancar dengan antena ketika denyut penghantaran. Antena yang digunakan adalah
jenis pemantul parabola yang mengarah secara mekanikal. Isyarat yang diterima,
daripada antena akan dihantar ke penerima melalui pendupleks, yang mana tidak
menghubungkan pemancar dengan meletakkan laluan kehilangan-rendah pada
terminal penerima. Penguat gangguan rendah digunakan pada masukan penerima.

Mixer akan membuat penukaran ke frekuensi pertengahan (IF). Mengikut penguatan


dalam unit desibel (dB), isyarat yang dihantar ke pemprosesan isyarat, adalah untuk
memperolehi nilai optimumnya. Keluaran di paparan terdiri daripada gema sasaran,
kemunculan pada lokasi, kedudukan dan sudut sasaran. Array radar diprogramkan
untuk melaksanakan berbagai fungsi sepeti rangkaian pantas, penjejakan sasaran serta
panduan bagi galangan peluru berpandu.

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


10 A jawap soalan berikut.

Pemancar dan penerima dalam sistem radar berkongsi antena yang sama.
Betul atau Salah
Dua jenis radar utama ialah …………………..
Jarak boleh diukur dengan menggunakan CW radar. Betul atau Salah

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 15).
E5122/U10/ 9
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

10.3 Penggunaan Radar

Saya ada banyak kegunaan


seperti mengesan kelajuan,
kedudukan, kaji cuaca dan
lain-lain

Untuk memahami secara terperinci mengenai radar, mari kita lihat penggunaanya
dalam era globalisasi ini, antaranya ialah :

i. Radar cuaca
- Jumlah titisan hujan diperolehi daripada ukuran kabus dan embun yang
hampir tidak kelihatan pada pandanagn manusia. Untuk pengetahuan anda,
ukuran yang diperolehi ini hanya beberapa mm sahaja.
- Untuk pengukur menggunakan radar, panjang gelombang yang berukuran 3
cm kebawah sahaja dapat memberi semua jenis pembacaan bagi hujan.
- Sebuah radar berukuran 3 cm memperlihatkan suatu polar yang bagus dari
geme-gema yang jauhnya 160 km atau lebih pada sesaat angin ribut yang
berlalu.
- Mata angin ribut dapat di kesan dengan intensitinya.
- Kegunaan radar secara efektif di dalam meramalkan kaji cuaca adalah amat
terbatas, kerana ia hanya dapat mengesan setakat angin ribut sahaja.
- Selain daripada itu, ia juga dapat mengesan hujan dan salji dapat keadaan
atmosfera yang kurang menyenangkan, kerana lapisanya tidak setebal ribut
taufan atau lain-lain.
- Kesimpulan, peramal cuaca akan mendapatkan informasi yang tepat dan
boleh dipercayai tentang keadaan cuaca sejauh beratus-ratus km, dan juga
masa bila hujan akan turun disesuatu wilayah/kawasan.
E5122/U10/ 10
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

ii. Radar astronomi


- Kesesuaian radar telah membawa kepada perkembangan ilmu
perbintangan, yang dikelolakan dengan radar astronomi.
- Dalam konsep ini, sesuatu denyut radar akan dikirimkan ker uang angkasa.
Ketika denyut itu terkena atau terhentam pada sesuatu yang keras atau
suatu media gas maka, gema akan terhasil lalu dikembalikan ke stesen asal.
Gema yang kembali akan membawa banyak informasi tentang sasaran-
sasaran angkasa.
- Manakala, dengan yang terpantul daripada bulan akan menunjukkan seluk-
belok permukaan bulan. Hasilnya, suatu gambar maya akan menunjukan
permukaan bulan yang tidak rata.
- Juga, aliran-aliran gas yang diionisasikan oleh matahari, berjaya
dianalisakan oleh para saintis dengan menggunakan denyut pantulan radar.
- Radar astronomi juga telah membuktikan keberkesanan dalam
penyelidikan meteor-meteor di angkasa.
- Ketika meteorit meluncur melewati lapisan asmosfera, metorit itu akan
meninggalkan suatu jejak gas yang terionias, yang mana dapat dikesan oleh
radar. Maka, dengan menganalisa gema-gema jejak meteor, para pengamat
dapat memperhitungkan ukuran, garis edar, serta kelajuan meteorit yang
meninggalkan jejak di dalam lapisa asmosfera.

iii. Radar untuk keselamatan pelayaran.

Gambarajah 10.1 Contoh paparan


bagi radar di lautan
E5122/U10/ 11
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

 Kepentingan radar dalam pelayaran adalah untuk menjamin keselamatan


di lautan.
 Alat ini dapat memberikan informasi tentang kapal-kapal lain, daerah
sekitarannya, tepi-tepi pantai dan posisi-posisi pelampung.
 Pelampung-pelampung yang menggunakan pemantul jenis logam,
mampu meningkatkan pengesanan tempat pelampung–pelampung
tersebut, melalui radar.
 Selain daripada itu, penggunaan radar juga dapat mempercepatkan
perjalanan sesuatu kapal laut pada waktu malam serta mengawal
kesesakan lalulintas.

iv. Radar pengukur ketinggian.


 Piawaian pengukuran ketinggian tekanan, atau indikator ketinggian,
digunakan pada kapal terbang, bertujuan untuk menentukur ketinggian
paras penerbangan yang sebenar.
 Untuk pengetahuan anda, tekanan akan berkurangan di atmosfera pada
ketinggian melebihi permukaan aras laut. Semakin tinggi di atmosfera
maka, semakin rendah tekanan udara.
 Alat ini juga mampu menunjukkan kedudukan serta ketinggian kapal
terbang.
 Alat yang digunakan untuk menunjukkan jarak ketinggian yang
sebenarnya dikenali sebagai radar altimeter, yang juga disebut radio
altimeter.
 Alat ini beroperasi dengan menghantar suatu gelombang denyut ke
permukaan bumi dari kapal terbang. Gelombang yang dihantar tersebut
akan dipantulan semula ke kapal terbang pada sela masa yang berlainan.
Hasil daripada perbezaan sela masa tersebut, kita dapat menterjemahkan
jarak ketinggian penerbangan sesuatu kapal terbang.

v. Radar kawalan lalulintas udara


 Radar kawalan lalulintas udara biasanya dipasang di pusat-pusat kawalan
kapal terbang di setiap lapangan terbang.
 Radar ini dapat mengesan jarak sesebuah kapalterbang di antara 50 batu
hingga 300 batu jauh, iaitu jarak yang telah ditetapkan dalam sistem ini.
 Ia biasanya menggunakan PRF yang rendah dan DOPPER bagi
mengesan pergerakan objek.
 Semasa pengoperasian, sistem kawalan lalu-lintas udara ini akan
menggunakan 2 radar supaya dapat menguatkan punca-punca pengesan.
 Tujuan kawalan lalulintas udara diwujudkan adalah untuk membantu
atau memudahkan proses pendaratan dan penerbangan di setiap
destinasi.
E5122/U10/ 12
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

Gambarajah 10.2 Radar


Kawalan Lalulintas Udara

 Selain daripada itu, ia bertindak sebagai pengawal trafik udara, demi


melicinkan operasi sesebuah pesawat.
 Sebuah sistem radar juga dikenali sebagai satu pusat penerbangan yang
dikendalikan dari darat yang berfungsi untuk menunjuk arah tuju
sesebuah kapalterbang yang hendak mendarat dan berlepas, ketika cuaca
buruk atau keadaan yang dapat menghalang penglihatan para
juruterbang.
 Lazimnya, ia diletakkan berdekatan dengan hujung landasan iaitu tempat
yang paling strategik untuk mengawal perjalanan sesebuah kapal
terbang.
 Radar ini berfungsi apabila terdapat objek yang masuk ke dalam
kawasan imbasannya. Tanda-tanda seperti sekumpulan titik-titik pada
layar radar akan menunjukkan bahawa terdapat objek seperti
kapalterbang yang akan mendarat atau menuju ke lapangan.
 Selepas mendapat isyarat bahawa terdapat kapalterbang yang hendak
mendarat, radar tersebut akan memeriksa kawasan landasan kapal
terbang bagi memastikan tiada perselisihan di antara setiap pesawat.
 Jika terdapat kapal terbang yang menggunakan landasan untuk berlepas
maka, pesawat yang hendak melakukan pendaratan akan diminta oleh
pengawal trafik udara untuk berlegar-legar buat sementara waktu diudara
sehingga diberi kebenaran untuk mendarat.
 Dari kita dapat melihat betapa pentingnya radar bagi mengawal lalulintas
di udara yang berisiko tinggi.
 Dalam sistem radar penerbangan yang terdahulu, proses pendaratan
pesawat dilakukan dengan cara operator menara kawalan akan memberi
petunjuk-petunjuk secara berterusan kepada juruterbang sehinggalah
juruterbang dapat mencapai laluan pendaratan yang ditetapkan.
E5122/U10/ 13
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

 Dalam peningkatan sistem radar pada era moden, juruterbang mungkin


dapat mendaratkan pesawat dengan sendirinya kerana telah terpasang
radar di semua bandar-bandar utama sepertimana yang terpasang di
pesawat-pesawat yang canggih masakini

AKTIVITI Untuk memantapkan pemahaman anda sila


10.B jawap soalan berikut.

Sebagai aktiviti kelas, anda dikehendaki mendapatkan dua contoh lain dari
segi penggunaan radar.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 15).
E5122/U10/ 14
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

PENILAIAN Penilaian untuk tujuan pemahaman unit ini.


KENDIRI

Nyatakan komponen-komponen yang terdapat dalam rajah blok CW serta


terangkan dua daripadanya.
Terangkan konsep bagi kesan doppler.

Untuk mengetahui jawapan anda betul atau salah, sila rujuk di


bahagian respon bagi unit ini (mukasurat 15).
E5122/U10/ 15
SISTEM KOMUNIKASI SISTEM KOMUNIKASI RADAR

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


10.A dibawah.

Betul
Gelombang-terus dan denyut
Salah

RESPON Sila semak jawapan anda dengan jawapan


10.B dibawah.

Sila rujuk kepada pensyarah anda bagi setiap contoh yang telah anda
perolehi.

RESPON Semak jawapan anda.


KENDIRI

Rujuk nota Rajah 10.1 dan peneranganya


Anjakan frekuensi bagi bunyi, radio atau gelombang cahaya yang terjadi
disebabkan oleh pergerakan pemantulan di antara objek.

You might also like