Elemen 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 26

-ELEMEN 1-

Akhbar
Majalah
Sekolah
Internet
-ELEMEN 2-
TAJUK KAJIAN

-Sejarah-
SEKOLAH
MENENGAH
KEBANGSAAN
AGAMA KOTA
KINABALU
SENARAI KANDUNGAN

Bil. Sumber Muka Surat

I Tajuk kajian

Ii Penghargaan

iii Objektif kajian

Iv Kaedah kajian

V Hasil kajian

Vi Rumusan

vii Lampiran

viii Rujukan
PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia dari-Nya dapat juga saya
menyiapkan tugasan yang telah diamanahkan ini. Walaupun pelbagai dugaan yang saya tempuhi
sepanjang penghasilan folio ini, namun dengan semangat yang diberikan oleh ibu bapa saya,
saya dapat mengharunginya penuh dengan kesabaran.

Dalam kesempatan ini, saya ingin menitipkan ucapan penghargaan kepada Puan
Samsiyah yang telah memberikan panduan dan tunjuk ajar bagi menyiapkan folio ini.

Tidak lupa juga jutaan penghargaan kepada Puan Pengetua Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama Kota Kinabalu, Puan Jaimis binti Saiman kerana telah membenarkan kami
untuk menjalankan kajian kerja kursus ini.

Ucapan jutaan terima kasih juga kepada ibu bapa saya yang telah banyak membantu dari
segi sokongan moral dan material.

Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya yang telah
membantu saya dalam menyiapkan folio ini.

Saya berharap semoga hasil kerja yang saya telah siapkan ini dapat memuaskan hati
cikgu dan dapat menepati kriteria yang ditetapkan.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya menjalankan kajian ini dengan tujuan:

(a) Mengenal pasti sejarah-sejarah sekolah.


(b) Mengkaji semua sejarah sekolah.
(c) Mengkaji semua peristiwa-peristiwa bersejarah sekolah
(d) Mengenal pasti latar belakang sekolah.

KAEDAH KAJIAN
AKHBAR

Sumber pertama yang saya guna ialah akhbar. Saya mendapat sumber ini dari kawan saya.

MAJALAH

Sumber kedua yang saya guna ialah majalah. Saya telah menggunakan majalah Sekolah
Menengah Kebangsaan Kota Kinabalu. Semua sumber itu saya dapat dari Al-Qudwah 2009.

INTERNET

Sumber ketiga yang saya guna ialah internet. Saya telah melayari laman web rasmi sekolah
untuk mengetahui sejarah dan latar belakang sekolah.
HASIL
KAJIAN

NAMA SEKOLAH
SEKOLAH
MENENGAH
KEBANGSAAN
AGAMA KOTA
KINABALU

SEJARAH SEKOLAH
(a) Ditubuhkan 1 Disember 1990(15 Jamadil Akhir 1411 H
(b) Terbinanya Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu mengenapkan SMKA
yang keenam di Sabah
(c) Tapak asalnya adalah dari UKM Cawangan Sabah yang dibina pada tahun 1979
(d) Penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu adalah berteraskan
Taqwa, Islam dan Ihsan.
(e) Nama SMK Agama Kota Kinabalu bersempena nama bandar Kota Kinabalu yang
merupakan sekolah ini.
(f) Nama SMK Agama Kota Kinabalu telah di pilih oleh pengetua pertama iaitu Ustaz
Haidon Hadi Sapiri pada tahun 1990.

LENCANA SEKOLAH
MOTO SEKOLAH
Berilmu,

Beriman,

Beramal

LAGU SEKOLAH
Smk agama kk tercinta,
gedung ilmu dan cita-cita,

Dunia akhirat dituntut bersama,

Harum namamu di persada negara.

Ku sanjung budimu guru,

Bakti ayah bonda ku pahat di jiwa,

Kami mara terus maju,

Memikul tugas para anbiya.

Berilmu beriman beramal ikrar kami,

Pelajar mithali harapan negara,

Terbilang di dunia,

Akhirat sejahtera.

VISI SEKOLAH
-SMK Agama Kota Kinabalu adalah sekolah agama yang terunggul di Sabah menjelang 2010-

MISI SEKOLAH
-Melahirkan generasi pelajar yang bersahsiah tinggi selaras dengan tuntutan ISLAM, berbudaya
ilmu, berketerampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri dan masyarakat selaras
dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan & Wawasan 2020

PENGETUA SEKOLAH
Nama: Puan Jaimis Binti Saiman

Umur: 47 Tahun

Tarikh Lahir: 25 Februari 1963

Tempat Lahir: Ranau, Sabah

Hobi: Bercucuk tanam

Alamat: Rumah Pengetua, SMK Agama Kota Kinabalu

Asal: Daerah Ranau

Kelulusan: Ijazah Sarjana

Pendidikan awal: Sekolah Rendah Kerajaan Kituntul, Ranau

Sekolah yang pernah diajar: SM Shantao, SM Menengah Tinggi Kota Kinabalu, SMK
Kundasang Ranau, SMK Agama Mohd. Ali Ranau, SMK Agama Inanam dan SMK
Agama Kota Kinabalu.

Mula Berkhidmat: 1992

Prinsip: “Laksanakan sesuatu dengan cara yang terbaik”

Harapan: Cemerlang dalam semua urusan

Harapan pengetua kepada anak-anak SMK Agama Kota Kinabalu: Khas untuk anak-
anak SMK Agama Kota Kinabalu, mereka adalah anak-anak terpilih dan mempunyai
potensi yang tinggi untuk menjadi anak-anak yang cemerlang. Kecemerlangan
memerlukan komitmen semua pihak terutamanya anak-anak sendiri, ibu bapa dan juga
guru-guru.

PERISTIWA BERSEJARAH
KESAN PERISTIWA BERSEJARAH
RUMUSAN
Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan telah menanamkan semangat patriotik
dalam diri saya iaitu berbangga sebagai rakyat Malaysia iaitu berbangga dengan sejarah negara.
Di samping itu, kajian ini juga telah menanamkan semangat patriotik kepada bangsa iaitu
bersemangat setia kepada negara iaitu sedia berkorban untuk bangsa dan negara.Kajian ini juga
telah menanamkan kesan yang mendalam kepada negara iaitu dapat menjaga dan
mempertahankan maruah negara serta bertanggungjawab kepada negara.

LAMPIRAN
RUJUKAN
Majalah Sekolah

Edisi 17(2009)

Al-Qudwah Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kota Kinabalu

Akhbar

Utusan Borneo, Jumaat, 26 Februari 2010, halaman 4

Internet

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sekolah_Menengah_Kebangsaan_Agama_Kota_Kinabalu
-ELEMEN 3
ESEI

Antara langkah-langkah untuk pelajar yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti
persatuan sejarah di sekolah ialah seperti, mengadakan gotong-royong. Langkah ini bertujuan
menanam semangat patriotik yang memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid bagi
melahirkan warganegara yang “bersemangat kekitaan” iaitu bersatu padu dan berharmoni serta
bersefahaman dan bermuafakat.

Mengadakan pertandingan melukis potret tokoh-tokoh negara juga adalah salah satu
langkah-langkah untuk pelajar yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti persatuan sejarah di
sekolah. Langkah ini bertujuan menanam semangat patriotik yang memupuk nilai-nilai murni di
kalangan murid bagi melahirkan warganegara yang “bersemangat setia negara” iaitu taat dan
setia kepada raja dan pemimpin negara serta sedia berkorban untuk bangsa dan negara.

Menayangkan filem yang berkaitan dengan sejarah adalah langkah-langkah untuk pelajar
yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti persatuan sejarah di sekolah. Langkah ini
bertujuan menanam semangat patriotik yang memupuk nilai-nilai murni di kalangan murid bagi
melahirkan warganegara yang “berbangga sebagai rakyat Malaysia” iaitu menghargai dan
mengamalkan tradisi dan budaya bangsa serta berbangga dengan sejarah negara.

Mengadakan lawatan ke tempat yang bersejarah juga adalah salah satu langkah-langkah
untuk pelajar yang patriotik dapat dibentuk melalui aktiviti persatuan sejarah di sekolah.
Langkah ini bertujuan menanam semangat patriotik yang memupuk nilai-nilai murni di kalangan
murid bagi melahirkan warganegara yang “berusaha dan produktif” iaitu rajin dan gigih serta
tabah menghadapi cabaran

You might also like