Penghagaan

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 16

Folio Geografi

Nama: Chong Jia Ping

Tingkatan: 2PD1

Nama Guru: Puan Atikah


SENARAI KANDUNGAN

Bil. Perkara Muka Surat


1 Tajuk kajian

2 Senarai kandungan

3 Penghargaan

4 Pendahuluan

5 Objektif kajian

6 Kawasan kajian

7 Kaedah kajian

8 Dapatan kajian

9 Rumusan

10 Lampiran

11 Rujukan
Penghargaan

Dalam kajian ini saya telah mendapat bantuan yang


banyak daripada rakan-rakan saya dan Cikgu Geografi.
Mereka telah memberi maklumat yang tepat kepada
saya mudah membuat kajian ini.

Jika saya tidak mendapat bantuan daripada mereka,


saya percayai saya tidak akan membuat kajian ini
dengan lancar seperti ini. Oleh itu, saya ingin
mengucapkan terima kasih kepada guru saya iaitu Puan
Atikah dan rakan-rakan saya yang bernama Ho Song
Yan dan Tan Wen Hui untuk menghargai jasa mereka.

Selain itu, ibu bapa juga saya ingin mengucapkan


ribuan terima kasih kepada mereka kerana memberi
saya duit untuk membeli bahan-bahan dan warna kertas
supaya menghasilkan folio ini.
Pendahuluan
Saya Chong Jia Ping pelajar Tingkatan 2PD1
S.M.K. Taman Johor Jaya 1 telah ditugas
untuk menjalankan Kajian Geografi Tempatan
bagi memenuhi Sukatan Pelajaran KBSM.
Kajian yang dijalankan adalah berkaitan
dengan sumbangan kegiatan ekonomi
terhadap pembangunan di Taman Johor Jaya.
Oleh itu, saya telah memilih kawasan kajian di
Taman Johor Jaya, Johor Bahru sebagai lokasi
kajian kerana ini ialah tempat kedudukan
rumah saya. Saya juga menjalankan kajian ini
bersama-sama kawan saya iaitu: Ho Song Yan
dan Tan Wen Hui.
Objektif Kajian

Saya telah menjalankan kajian ini untuk


mengenalpasti:

i)Jenis-jenis kegiatan ekonomi yang terdapat di Taman


Johor Jaya

ii)Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap


pembangunan di Taman Johor Jaya

iii)Kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar dan


langkah-langkah untuk mengatasinya
Kawasan kajian

Sebagai memenuhi keperluan kerja kursus ini , kawasan kajian yang saya pilih ialah
diTaman Johor Jaya, Johor Bahru. Saya telah memilih tempat ini membuat kajian
kerana tempat ini telah berkembang dengan maju dan ia juga mempunyai banyak
fungsi . Selain itu , saya juga ingin mengetahui apa masalah yang dihadapi oleh
penduduk sini.

Taman Johor Jaya telah dirasmikan pembukaan pada bulan Ogos 1983
.Pembangunaan Taman Johor Jaya adalah di bawah Syarikat Daiman Sendirian
Berhad oleh Dato Tay Kia Hong .Sebelum Taman Johor Jaya dimajukan , Ia adalah
sebuah ladang getah yang diusahakan oleh Syarikat Mount Austin . Ladang getah ini
kemudian telah diberikan kepada Syarikat Daiman , Seterusnya perancang yang teliti
telah dibuat untuk mengusahakan ladang sebagai sebuah kawasan perumahan maka
nama Taman Johor Jaya diberi . Kini , Taman Johor Jaya telah dikenali sebagai Stateli
Johor Bahru . Ia juga merupakan sebuah kawasan perumahan , perindustrian ,
perdagangan , dan perkilangan yang pesat dan semakin maju .

Taman Johor Jaya yang terletak di Mukin Plentong , Daerah Johor Jaya adalah
dibawah pentadbiran Majilis Daerah Johor Tengah (MDT)Johor Darul Takzim . Ia
terletak di sebelah timur laut Bandar Raya Johor Bahru .

Lokasi Taman Johor Jaya adalah Strategik dengan laluan yang mudah ke kawasan
perindustrian Pasir Gudang dengan kira – kira 8km hingga 12km dari Bandar Raya
Johor Bahru . Antara kawasan – kawasan perumahan yang terletak di sekelilingi
Taman Johor Jaya adalah MountAustin , Taman Desa Jaya , Taman Molek , Taman
Desa Cemerlang ,dan Taman Permas Jaya . Dengan siap Lebuh Raya Tebrau dan
sambungan lebuh raya ke Lapangan Terbangan Senai dan bandar – bandar sepeti
Senai ,Tampoi, dan Kulai .

Taman Johor Jaya semakin berkembang pesat . Taman Johor Jaya merangkumi lapan
fasa. Keleluasaannya ialah 5,863,894 meter persegi (punca Daiman Developmant
Berhad )dan kawasan ini mempunyai dua aspek pola berpusat dan pola berkelopok
.Pola berpusat terdiri daripada pusat Bandar seperti terdapatnya pusat mambeli
belah ,pasar awam , kemudian bank dan pelbagai kemudahan disediakan . Pola
berkelompok seperti terdapatnya asa yan g baik dan lengkap seperti kedai-kedai ,
tempat permainan kanak-kanak , sekolah , dan tempat ibadat yang berdekatan dengan
rumah kediaman.

Kawasan Johor Jaya hampir rata di seluruh kawasan kecuali dengan terdapatnya satu
atau dua bukit dan kawasan beraluan seperti yang berhampiran dengan Mount
Austin . Jumlah penduduk yag menetap di Taman Joho Jaya adalah padat iaitu Kaum
Cina , Melayu , India , dan kaum – kaum lain .

Bagi mendapatkan maklumat tentang tajuk kajian, saya telah


menggunakan kaedah-kaedah seperti:

Temu bual

Saya telah menemu bual beberapa orang penduduk di Taman Johor


Jaya bagi mendapatkan maklumat tentang sumbangan kegiatan
ekonomi terhadap pembangunan di Taman Johor Jaya.

Soal selidik

Saya telah menyediakan dan memilih 20 orang responden selara


rawak untuk diedarikan soalan soal selidik, borang soal selidik seperti
di lampiran.

Pemerhatian
Saya juga telah membuat kajian Geografi ini tentang sumbangan
kegiatan ekonomi terhadap pembangunan di Taman Johor Jaya
dengan pemerhatian.
Dapatan Kajian
(a)Perindustrian
Perindustrian merujuk kepada aktiviti pembuatan, penghasilan barangan untuk perdagangan
dan bukannya untuk kegunaan sendiri. Industri-industri utamanya termasuk kilang-kilang
elektronik, kilang-kilang membina kapal, dan juga kilang-kilang penapis bahan sumber
semulajadi dan bahan kimia daripada petroleum.

Kawasan perindustrian berat ialah Pasir Gudang dan Tanjung Langsat, yang terletaknya di
kawasan metropolitan timur. Ia mengandungi kelompok kilang penapis, kilang memproses
kimia, dan kilang membina kapal. Kawasan perindustrian ringan dan sederhana khususnya
terletak di Tebrau, Tampoi, Senai, Skudai dan Kulai, iaitu di daerah metropolitan utara dan
barat laut.

Di sekitar Johor Bahru dan bandar utama lainnya, pengunjung juga boleh melihat kawasan
perindustrian yang mengeluarkan produk seperti peralatan komponen elektrik, perabot,
tekstil dan bahan petrokimia.

(b)Perkhidmatan perdagangan / perniagaan


Perdagangan atau dagang ialah penukaran barang-barang, perkhidmatan-perkhidmatan, atau
kedua-dua ini secara sukarela. Mekanisme yang membenarkan perdagangan dipanggil
pasaran. Bentuk perdagangan yang asal ialah barter, iaitu penukaran barang dan
perkhidmatan secara langsung. Secara amnya, pedagang-pedagang moden berunding melalui
media pertukaran seperti wang. Kegiatan penanaman tumbuhan ini dapat dilihat di Johor
dimana orang Cina yang berhijrah dari Singapura mengusahakan penanaman gambir. Taman
Johor Jaya turut menjadi pengeluar utama kelapa sawit, getah, nanas dan pisang. Di samping
itu, banyak kedai yang berpusat di Jalan Dedap, Taman Johor Jaya. Di Jalan Dedap
dilengkapi dengan pelbagai jenis kemudahan asas, seperti pasar raya, pasar awam, kedai
runcit, food court, restoren, stesen bas, dan sebagainya. Selain itu, setiap minggu selasa Jalan
Dedap akan mengadakan pasar malam untuk kemudahan penduduk.

(c)Perkhidmatan pengangkutan
Sistem pengangkutan berkembangan pesat selepas Negara Malaysia mencapai kemerdekaan.
Perkembangan sistem pengangkutan telah menjadi pemangkin kepada pembangunan Taman
Johor Jaya. Lebuhraya Pasir Gudang dan Parkway Johor Bahru melintas Lebuhraya Tebrau
dan Jalan TAR di separuh jalan dan merupakan Jalan Lingkar Pertengahan kawasan
metropolitan. Jalan Lingkaran Dalam Johor Bahru membantu dalam pengawalan trafik di
Daerah Sentral dan sekelilingnya. Kemasukan ke sistem lebuhraya nasional boleh dibuat
melalui Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS), dengan jalan masuk dan keluar ditempatkan
secara strategik di dalam kawasan metropolitan. Tambahan juga, tambak Johor Bahru yang
dilengkapkan dengan landasan keretapi dan lebuhraya enam lorong menyambungkan Daerah
Sentral dengan negara Singapura. Kesimpulannya, Taman Johor Jaya juga menyediakan bas
stesen di JJ Square untuk pelanggan menaik ke negeri lain.

(d)Perkhidmatan kewangan dan perbankan


Wang atau duit merujuk sesuatu objek atau barang yang diterima masyarakat umum dan sah
di sisi undang-undang sebagai medium pertukaran dalam urusan jual beli dan urusniaga lain.
Wang juga berfungsi sebagai penyimpan nilai, unit akaun, dan piawai langsaian hutang.
Kewangan juga menuntut dan mengemukakan cara-cara dalam mana individu, perniagaan,
dan kenaikan pertubuhan-pertubuhan, peruntukan, dan menggunakan sumber kewangan
sepanjang masa, mengambil penting risiko-risiko yang dihadapi dalam melaksanakan projek.

Di Taman Johor Jaya terdapat beberapa perkhidmatan kewangan dan perbankan seperti Bank
Rayat, Bank Simpanan Nasional, Bank Islam, Bank Muamalat, Hong Leong Bank, Public
Bank, AmBank, OCBC, Maybank, HSBC Bank, dan lain-lain.

(e)Perkhidmatan Pendidikan
Sistem pendidikan di Malaysia adalah berdasarkan sistem pendidikan Inggeris. Pendidikan
Malaysia boleh didapatkan dari sekolah tanggungan kerajaan, sekolah swasta atau secara
sendiri. Sistem pendidikan dipusatkan terutamanya bagi sekolah rendah dan sekolah
menengah. Kerajaan negeri tidak berkuasa dalam kurikulum dan aspek lain pendidikan
sekolah rendah dan sekolah menengah, sebaliknya ditentukan oleh kementerian. Terdapat
peperiksaan piawai yang merupakan ciri yang biasa bagi negara-negara Asia seperti di
Singapura dan China.

Di samping itu,Sekolah Menengah di Taman Johor Jaya terdapat Sekolah Menengah


Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, Johor Bahru, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor
Jaya 2, Johor Bahru, Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Molek, Johor Bahru

(f)Perkhidmatan Pelancongan
Menurut Pertubuhan Pelancongan Sedunia, iaitu salah satu badan PBB, pelancongan juga
merujuk kepada aktiviti perkhidmatan kepada pelancong. Pelancongan telah menjadi aktiviti
masa lapang yang popula di seluruh dunia. Pada 2004, terdapat lebih 763 juta ketibaan
pelancong.

Johor Bahru biasanya dianggap sebagai sebuah kawasan pedalaman kepada negara
Singapura, seperti Shenzhen kepada Hong Kong. Terdapatnya banyak syarikat hakmilik
orang Singapura dan juga pelancong-pelancong yang masuk ke Johor Bahru melalui
Singapura. Johor Bahru mempunyai banyak kompleks membeli-belah yang melayankan
rakyat Singapura yang melawat untuk membeli barang-barang dan menghiburkan diri,
disebabkan nilai mata wang Singapura yang lebih tinggi. Oleh sebab itu, bidang jualan runcit
adalah amat maju di Johor Bahru bagi sebuah bandaraya sesama saiznya. Kawasan utama
membeli-belah terletaknya di kawasan bandaraya, dengan beberapa hipermarket yang
ditempatkan di luar bandar.
Sumbangan Kegiatan Ekonomi
Terhadap Kawasan Kajian
Sumbangan Kegiatan Ekonomi Terhadap Kawasan Kajian ialah menyebabkan Taman Johor
Jaya banyak peluang pekerjaan. Kawasan ini menyediakan banyak peluang pekerjaan yang
lebih baik kepada penduduk-penduduk sama ada di sektor awam atau swasta seperti:
perkilangan, pembinaan, perniagaan, perkhidmatan dan lain-lain. Pekerja-pekerja tersebut di
Taman Johor Jaya boleh menawarkan kadar upah yang tinggi, sejajar dengan kelulusan yang
dimiliki oleh mereka jika berbanding dengan luar kawasan. Pendapatan mereka juga lumayan
kira-kira RM1000-RM10000.

Kemudahan Infrastur Perkembangan Sektor perindustrian dan perniagaan telah memajukan


infrastruktur di Taman Johor Jaya bagi menambah peluang pekerjaan kepada penduduk-
penduduk.

Dari segi pendidikan, kawasan luar Bandar mempunyai kemudahan pendidikan yang terhad
akan menggalakkan penduduk penghijrahan ke Taman Johor Jaya kerana kawasan ini
memberi banyak kemudahan pendidikan. Dengan ini, penduduk di Taman Johor Jaya akan
semakin menambah.

Taman ini juga menyediakan kemudahan asas seperti bekalan air bersih dan bekalan tenaga
elektrik kepada penduduk-penduduk supaya memudahkan kehidupan mereka. Di samping
itu, pihak-pihak kerajaan menyediakan kemudahan sistem pengangkutan dan perhubungan.
Mereka juga membina jalan raya yang luas dan lebuh raya. Jalan raya yang dibina
merupakan jalan raya utama yang menghubungkannya dengan kawasan lain. Jalan raya ini
memudahkan penduduk untuk bergerak, mengangkut hasil pertanian, penternakan, hasil
hutan dan hasil keluaran industri kecil. Bagi mengatasi kemelut kesesakan jalan raya, pihak
tersebut telah memperlebarkan jalan atau membina jejantas.

Kerajaan berusaha menjalani proses pembandaran bagi memperkembangkan ekonomi Taman


Johor Jaya. Oleh itu, pemaju-pemaju digalakkan membina banyak pusat membeli belah.
Contoh pusat membeli belah seperti: Giant, Carrefour, Tesco, Jusco, The Store, JJ Square
dan lain-lain.
Kesan Kegiatan Ekonomi
Terhadap Alam Sekitar

Alam sekitar yang luas terbentang ini akan diwarisi oleh anak-anak sekarang. Oleh sebab itu,
mereka harus belajar bertanggungjawab menjaga keadaan alam sekitar dari sekarang jika
tidak mahu alam sekitar tercemar dan musnah.

(a)Pencemaran
Manusia menggunakan pelbagai teknik moden untuk meningkatkan pengeluaran hasil
tanaman. Baja kimia digunakan untuk meningkatkan kesuburan tanih. Racun serangga
digunakan untuk mengawal makhluk perosak. Penggunaan baja kimia, racun herba akan
meninggalkan bahan toksik yang tidak larut air di kawasan sekitar. Contohnya ialah plumban
dan zink dalam baja kimia tidak mudah lupus dan akan terkumpul di dalam tanah. Keadaan
itu menyebabkan bahan asid dalam tanah meningkat. Selain itu, Jumlah kenderaan di seluruh
negara meningkat hampir 2 kali ganda sejak 1980.Keadaan ini berbahaya kepada alam
sekitar kerana karbon diosida yang dikeluarkan oleh kenderaan menjejaskan kesihatan
manusia dan juga menipiskan lapisan ozon. Sisa bahan buangan kilang seperti sisatosid yang
dibuang ke dalam sungai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.Pembuangan ini dianggap
mudah kerana tidak memerlukan kos pelupusan.

(b)Kesan rumah hijau


Kesan rumah hijau ialah pemanasan yang berlaku apabila kepekatan gas-gas rumah hijau di
dalam sesuatu ruang tertutup meningkat dan menyekat haba daripada mudah terbebas. Kesan
ini tidak tertakluk pada pemanasan global sahaja, tetapi juga di dalam mana-mana ruang.
Kesan rumah hijau global berlaku apabila, sinaran inframerah matahari yang memasuki
ruang atmosfera bumi tidak terpantul secukupnya secara normal disebabkan kesan rumah
hijau. Ini akan menyebabkan pemanasan global secara berperingkat, dan kawasan yang
mengalami pencemaran teruk akan mengalami kesan itu dengan lebih teruk lagi. Implikasi
daripada pemanasan global akan menyebabkan lapisan ais di kedua-dua kutub bumi akan
mengalami pencairan dan menyebabkan peningkatan aras laut.
(c)Perubahan pandang darat/lanskap
Taman Johor Jaya telah dirasmikan pembukaan pada bulan Ogos 1983 .Pembangunaan
Taman Johor Jaya adalah di bawah Syarikat Daiman Sendirian Berhad oleh Dato Tay Kia
Hong .Sebelum Taman Johor Jaya dimajukan , Ia adalah sebuah ladang getah yang
diusahakan oleh Syarikat Mount Austin . Ladang getah ini kemudian telah diberikan kepada
Syarikat Daiman , Seterusnya perancang yang teliti telah dibuat untuk mengusahakan ladang
sebagai sebuah kawasan perumahan maka nama Taman Johor Jaya diberi . Kini , Taman
Johor Jaya telah dikenali sebagai Stateli Johor Bahru . Ia juga merupakan sebuah kawasan
perumahan , perindustrian , perdagangan , dan perkilangan yang pesat dan semakin maju .

(d)Pulau Haba
Pulau haba adalah titik panas yang berlaku di kawasan tepu bina. Suhu di kawasan ini akan
meningkat sekitar satu darjah celcius berbanding kawasan sekitarnya. Pulau haba adalah
fenomena yang wujud apabila manusia menurap permukaan bumi, membina bangunan
pencakar langit dan peningkatan jumlah kenderaan bermotor serta kilang.

Pulau haba menyebabkan kawasan bandar berkeadaan lebih panas daripada kawasan
sekeliling. Pulau haba lebih ketara di kawasan bandar raya yang mengandungi kawasan-
kawasan perindustrian yang besar.

(e)Penipisan lapisan ozon


Ozon diketahui berupaya menyerap radiasi UV-B. Ozon terbentuk secara semulajadi di
lapisan ozon. Lapisan ozon terhakis oleh klorofluorokarbon (CFC). Secara semulajadi, ozon
terhasil melalui tindak balas cahaya ultra-lembayung dengan atmosfera bumi dan membentuk
satu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer.

Lapisan ozon ini wujud di antara lapisan Stratosfera dan Mesosfera dan melindungi bumi
daripada sinaran ultra-lembayung. Bagaimanapun sekiranya ozon terhasil di permukaan bumi
seperti melalui asap kenderaan, ozon boleh membahayakan kesihatan. Sekiranya lapisan
ozon tiada, banyak kehidupan di bumi akan pupus termasuk manusia. Oleh itu ramai orang
merasa bimbang apabila terdapat laporan wujudnya lubang pada lapisan ozon di kutub utara
dan kutub selatan.
Langkah-langkah
mengurangkan kesan kegiatan
ekonomi
(a) KEMPEN
Pihak yang berkenaan seperti Jabatan Alam Sekitar (JAS), Persatuan Pencinta Alam
Malaysia (MNS), Alam Flora Sdn. Bhd dan Kerajaan Kementerian Kesihatan perlu
mengadakan kempen kesedaran dan kempen cinta alam betapa pentingnya alam sekitar
kepada kita. Mereka juga perlu memberitahu kepada pengguna kenderaan supaya berkongsi
kereta atau pun menggunakan pengangkutan awam ke tempat yang mereka inigin pergi.
Pihak yang berkenaan juga perlu memberitahu kepada supaya penduduk selalu bergotong-
royong dari semasa dari semasa.

(b)KITAR SEMULA
Selain daripada itu, kitar semula juga membantu mengurangkan bahan-bahan buangan.
Selain daripada itu, bahan-bahan buangan juga boleh dikitar semula bagi mengurangkan
jumlah sampah yang tidak menyenangkan hati penduduk. Selain itu, penduduk kesendirian
juga boleh menanam pokok-pokok di hadapan rumah untuk menangani masalah ini. Petani-
petani juga digalakkan menggunakan baja organik atau baja asli untuk menggantikan
penggunaan baja kimia. Baja organik dapat diperoleh daripada najis haiwan dan sisa
tanaman. Baja jenis ini adalah murah dan tidak perlu diproses.

(c)PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG
Pihak seperti Majlis Daerah perlulah mengguatkuasakan undang-undang supaya mereka
tidak membuang sampah merata-rata. Pihak berkuasa juga harus denda kepada penduduk
yang melanggar undang-undang. Pihak berkuasa juga perlu menyediakan tong sampah bagi
mengatasi masalah ini. Selain itu, masalah pembuangan sisa pepejal dapat dikurangkan
dengan mengadakan tapak pelupusan sampah dan sisa-sisa buangan kilang. Sistem
pembuangan sampah secara terbuka telah digantikan dengan sistem insinerator.

Antara kaedah untuk mengurangkan kesan rumah hijau ini ialah melalui penjimatan tenaga.
Jikalau manusia dapat mengurangkan penggunaan kenderaan dengan banyak menggunakan
pengangkutan awam, pembebasan gas rumah hijau dapat dikurangkan. Tambahan pula, pihak
kerajaan sering mengaitkan hutan tropika dengan mengurangkan kesan pulau haba dan
penipisan lapisan ozon .

Rumusan
Folio Geografi ini menunjukkan sumbangan kegiatan ekonomi
terhadap pembangunan di Taman Johor Jaya. Sumbangan kegiatan
ekonomi terhadap pembangunan di Taman Johor Jaya adalah jenis
perindustrian, perkhidmatan perdagangan atau perniagaan, pengangkutan,
kewangan atau perbankan, pendidikan, pelancongan dan lain-lain. Hasil
daripada kajian yang saya jalankan didapati ialah sumbangan kegiatan
ekonomi terhadap kawasan kajian. Sumbangan kegiatan ekonomi terdapat
pelbagai seperti peluang pekerjaan, pendapatan, kemudahan infrastrur
perkembangan sektor perindustrian dan peniagaan, proses pembandaran
dan lain-lain. Selain itu, ekonomi telah menyebabkan kesan terhadap alam
sekitar seperti pencemaran, kesan rumah hijau, perubahan pandang darat
atau lanskap, pulau haba dan penipisan lapisan ozon. Oleh itu, kami
mestilah mengadakan langkah-langkah bagi mengurangkan kesan kegiatan
ekonomi untuk menjaga alam sekitar kita.

Saya juga menyediakan borang soal selidik semasa saya menjalankan


kajian ini. Saya telah memilih dua puluh orang responden untuk mengisi
borang soal selidik tersebut. Melalui borang ini, saya telah memahami
sumbangan kegiatan ekonomi terhadap pembangunan di Taman Johor
Jaya dan pekerjaan penduduk-penduduk.

Saya ingin mengucapkan terima kasih yang ikhlas sekali lagi kepada
pihak yang terlibat dalam membantu saya melaksanakan kajian ini
terutamanya guru Geografi saya, Puan Atikah. Beliau telah memberikan
tunjuk agar dan bimbangan yang sepenuhnya kepada saya semasa
menjalankan kajian tersebut. Di kalangan ini, saya lebih memupuk
kemesraan dan kasih saying terhadap penduduk Taman Johor Jaya dan
mengamalkan nilai murni bersama. Oleh itu, saya lebih menghargai
penduduk penduduk petempatan ini dapat hidup dengan harmoni.
Kesimpulannya, saya telah memahami bahawa sesebuah negara yang
aman dan ekonomi yang berkembang, rakyat perlu melaksanakan peranan
yang masing-masing seperti, berusaha bekerja untuk menyala sekeluarga.

Rujukan
Rujukan:
1. Orang sumber
(a)Guru Geografi
- Cikgu Roszinah
(b)Rakan-rakan sekajian
- Ho Song Yan
- Tan Wen hui
(c)Penduduk Taman Johor Jaya
- Tan Kian Vui
- Lau Kah Seng
- Low Ken Meng

2. Rujukan buku teks Tingkatan 2


(a)Pengarang
- Chong Mui Sen
- Azian bin Hj. Abu
(b)Editor
- Hashimah binti Ab. Latif
- Noorashikin binti Yaakob
- Ng Wang Ching
(c)Cetak
- Sasbadi Sendirian Berhad cetakan 2002

3. Rujukan dari buku rujukan


Mohammad ismail, 2004 Eksplorasi Geografi Tingkatan 2,
Penerbit Fajar Bakti Sendirian Berhad , Shah Alam

You might also like