Professional Documents
Culture Documents
Project Geografi
Project Geografi
1) Penghargaan
2) Pendahuluan
7) Rumusan
8) Rujukan
9) Lampiran
Ucapan terima kasih juga kepada kedua-dua ibu bapa saya kerana
memberikan sokongan dan dorongan kepada saya untuk
menyiapkan kerja kursus ini. Banyak wang ringgit dan sumber yang
telah mereka habiskan demi memastikan kajian ini dapat
dilaksanakan dengan jayanya.
Tidak lupa juga buat rakan-rakan saya iaitu Tan Li Xian yang telah
banyak membantu saya ketika proses soal selidik dan temu bual
dilakukan.
Oleh sebab itu, saya memilih tajuk ini kerana di Sekolah Menengah
Hin Hua mempunyai aktiviti kitar semula setiap bulan dan ini
memudahkan saya untuk menjalankan kajian ini.
1) Menyatakan maksud konsep kitar semula dengan tepat dan jelas
2) Menyenaraikan jenis-jenis bahan dan amalan kitar semula
3) Menghuraikan kepentingan amalan kitar semula
4) Menghuraikan masalah/halangan amalan kitar semula
5) Mencadangkan langkah mengatasi masalah dalam
melaksanakan amalan kitar semula.
6) Dapat menerapkan unsur nilai dan patriotisme terhadap
pengguna di Sekolah Menengah Hin Hua tentang kepentingan
amalan kitar semula.
KAWASAN KAJIAN
Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Hin
Hua,Klang. Lokasi kawasan kajian ini terletak berhampiran
dengan Taman Selatan. Sekolah Menengah Hin Hua juga
terletak berdekatan dengan Taman Bayu Perdana iaitu kira-
kira 25 minit dari kawasan kajian. Biasanya tambang bas
yang dikenakan untuk pengangkutan bas ke Banting dari
Sekolah Menengah Hin Hua ialah RM 4.00 untuk perjalanan
sehala yang mengambil masa 1 jam untuk sampai ke sana.
Sekolah Menengah Hin Hua mempunyai pelajar seramai
2700 orang kerana ia mempunyai system perhubungan dan
pengangkutan yang baik. Di dalam sekolah tersebut,
terdapat banyak kemudahan untuk pelajar seperti gelagang
bola keranjang, ‘car park’ dan sebagainya.
Di sebelah Sekolah tersebut, juga terdapat dua sekolah
menengah iaitu Sekolah Menengah La Salle dan Sekolah
Menengah Star.
PETA KAJIAN
KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan kajian , saya telah mengenal pasti beberapa
kaedah yang akan digunakan untuk memudahkan saya mencatat
maklumat secara terperinci dan bersistematik. Oleh itu, saya telah
menggunakan 4 kaedah untuk menjalankan kerja kursus ini. Berikut
merupakan kaedah yang telah digunakan :-
1) Pemerhatian = saya telah membuat pemerhatian untuk
mengenalpasti amalan kitar semula yang terdapat di kawasan
Sekolah Menengah Hin Hua .
2) Temu Bual = seterusnya saya telah menemu bual
beberapa orang murid-murid dan guru-guru untuk mengetahui
pendapat dan pandangan mereka tentang amalan kitar semula.
Temu bual dijalankan kepada pengguna Sekolah Menengah Hin Hua
yang telah lama menetap disitu kerana mereka lebih berpengalaman
dan tahu tentang keadaan Sekolah Menengah Hin Hua.
3) Soal Selidik = saya juga telah menyediakan borang
soal selidik yang perlu diisi oleh pengguna Sekolah Menengah Hin
Hua yang akan menjadi responden terhadap kajian yang akan
dilakukan.
4) Rujukan = selain itu, saya juga membuat rujukan di
perpustakaan dan melayari internet untuk mendapatkan maklumat
tambahan mengenai amalan kitar semula
DAPATAN KAJIAN
Selain itu, terdapat pengguna Sekolah Menengah Hin Hua yang sudi
bekerjasama MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK
SEKOLAH bahan-bahan kitar semula mereka untuk menambah
pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan guru (PIBG) bagi menampung
program-program pelajar di sekolah memandangkan bahan kitar
semula mempunyai nilai ringgit yang tinggi di pasaran.
Di samping itu juga, apa yang saya dapat perhatikan ialah terdapat
pengguna Sekolah Menengah Hin Hua yang cuba
untuk MENGURANGKAN PENGGUNAAN BAHAN SEPERTI
KERTAS DAN PLASTIK.Sebagai contoh terdapat pengguna
Sekolah Menengah Hin Hua yang tidak menggunakan plastik,
polisterin ketika membungkus barang atau makanan. Kertas juga
dijimatkan supaya tidak membazir begitu sahaja.
1. Sikap
Terdapat segelintir pengguna Sekolah Menengah Hin Hua yang tidak
mempedulikan amalan kitar semula ini. Kebanyakan plastik, kertas
dan kaca yang boleh dikitar semula dibuang ke tempat sampah dan
kemudiannya dibakar dengan begitu sahaja. Keadaan ini akan
menyebabkan berlakunya pencemaran udara.
2. Kurang Pengetahuan
Hasil daripada kajian saya, kebanyakan pengguna Sekolah
Menengah Hin Hua yang membuang bahan kitar semula ini adalah
disebabkan oleh kurangnya pengetahuan tentang pentingnya amalan
kitar semula. Mereka lebih senang membuang bahan tersebut
daripada mengitarnya semula. bagi mereka amalan kitar semula ini
hanya membuang masa dan tidak mempunyai apa-apa kepentingan.
1. Kempen
Negara kita menyambut perayaan seperti Hari Perhutanan Sedunia,
Hari Bumi, Hari Alam Sekitar Sedunia dan Minggu Alam Sekitar
Malaysia pada setiap tahun. Objektif utamanya adalah untuk
meningkatkan kesedaran menjaga alam sekitar. Ini bagi melahirkan
masyarakat yang lebih prihatin, peka dan bersama-sama memainkan
peranan untuk mengamalkan amalan kitar semula. kempen dan
program yang dilaksanakan ini dapat member keinsafan kepada
rakyat supaya menjaga alam sekitar daripada mengalami
kemusnahan.
2. Pendidikan
Guru-guru di sekolah boleh memberi galakan kepada pelajar untuk
melaksanakan amalan kitar semula. Guru perlu menyatakan bahawa
amalan kitar semula ini dapat menyelamatkan bumi dan alam sekitar
kita daripada musnah. Guru juga boleh mengadakan pertandingan di
sekolah untuk menarik minat pelajar mengamalkan kitar semula
dengan menyediakan hadiah kepada pelajar yang menyertai
pertandingan tersebut.
BUKU LAMA
Jenis-jenis bahan kitar semula TINGKAP
TEKSTIL
Bakul yang siap boleh dikilatkan dengan varnis. Pelbagai bentuk bakul yang menarik boleh dihasilkan
RUMUSAN
Kitar semula ini merupakan satu amalan yang harus dipupuk dan
disemai di kalangan rakyat Malaysia. Sekiranya kita mengamalkan
kitar semula, banyak hutan dapat diselamatkan daripada ditebang.
Alam sekitar pula dapat terpelihara daripada sebarang ancaman dan
bahaya. Sikap bertanggungjawab dan cintakan tanah air perlu ada
dalam setiap diri rakyat Malaysia supaya seruan kerajaan untuk
mengamalkan amalan kitar semula mendapat sokongan daripada
segenap lapisan masyarakat.
LAMPIRAN
1. Surat pengenalan diri murid
2. Surat kebenaran membuat kajian
3. Surat makluman kepada ibu bapa/penjaga
4. Surat kebenaran ibu/bapa penjaga
5. Borang soal selidik
6. Gambar / foto yang berkaitan
RUJUKAN
Buku Teks
Mohd Jamil B. Mohamad dan rakan, 2004 Geografi Tingkatan 3
Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd
Chong Mui Seng dan rakan, 2002 Geografi Tingkatan 1
Kuala Lumpur, Johor Central Sdn. Bhd.
Buku Rujukan
Piara Singh, 2005 Siri Teks Referens SPM Geografi Tingkatan 4 dan
5
Petaling Jaya, Pearson Malay Sdn. Bhd
Fokus PMR Tingkatan 1, 2 dan 3
Internet
1. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula
2. http://junaidisite.com/amalan-kitar-semula-perlu-diteruskan.html
3. http://my.opera.com/LA21MPS/blog /show.dml/392905
4. Blogspot, http://smkpenghulusaad.wordpress.com.my
Orang Sumber