Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Soalan: Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan bimbang terhadap

kepudaran bahasa Melayu dengan mengamalkan bahasa “Rojak” dalam


kalangan orang Melayu.

Huraikan sebab-sebab bahasa Melayu berada dalam dilema dan semakin


terpinggir serta bagaimana cara mendaulatkan bahasa Melayu.

Jawapan cadangan:

Bahasa “rojak” dalam kalangan orang Melayu telah memperlihatkan


bahasa Melayu dipengarui oleh bahasa asing seperti bahasa Cina, bahasa
Inggeris dan sebagainya. Malahan, bahasa Melayu semakin dipinggirkan oleh
masyarakat Melayu kebelakangan ini.

Antara sebab bahasa Melayu semakin dipinggirkan ialah masyarakat


Melayu memandang rendah terhadap bahasa Melayu. Mereka bersikap
mengagumkan bahasa lain khususnya bahasa Inggeris. Ekorannya, mereka
menganggap bahasa Melayu kurang penting untuk mereka. Hal ini demikian,
kerana mereka menganggap bahasa Inggeris bukan sahaja penting untuk
pertuturan dengan rakyat asing malah turut dilihat sebagai lambang ketinggian
taraf mereka. Oleh itu, bahasa lain yang dianggap penting telah menyebabkan
masyarakat memandang rendah terhadap bahasa Melayu.

Selain itu, dasar kerajaan mewajibkan Pengajaran dan


Pembelajaran(P&P) subjek sains dan matematik dalam bahasa Inggeris turut
menyebabkan bahasa Melayu semakin terpinggir. Proses P&P subjek sains dan
matematik dalam bahasa Melayu pada sebelumnya telah digantikan dengan
bahasa Inggeris pada masa ini. Hal ini demikian, kerana penggunaan bahasa
Melayu dalam subjek sains dan matematik dianggap tidak setaraf dengan
bahasa antarabangsa. Hal ini telah memburukkan pandangan masyarakat
Melayu terhadap kepentingan bahasa Melayu.

Terdapat beberapa langkah untuk mendaulatkan bahasa Melayu,


antaranya ialah menetapkan subjek bahasa Melayu sebagai subjek wajib untuk
melulus peperiksaan awam. Hal ini dapat dilihat apabila subjek bahasa Melayu
merupakan subjek wajib diambil oleh pelajar-pelajar UPSR, PMR, dan SPM.
Semua pelajar wajib belajar bahasa Melayu di sekolah untuk lulus dalam
peperiksaan. Dengan ini, semua pelajar akan lebih memahami akan bahasa
Melayu di samping mendaulatkan bahasa Melayu.

Selain itu, dasar kerajaan dalam pendidikan juga penting dalam


mendaulatkan bahasa Melayu. Pihak kerajaan harus menggerakkan semula
penggunaan bahasa Melayu dalam subjek sains dan matematik supaya para
pelajar lebih menggunakan bahasa Melayu dalam P&P berbanding dengan
bahasa Inggeris. Hal ini bukan sahaja menggalakkan kecekapan pelajar dalam
penggunaan bahasa Melayu dalam ilmu sains dan matematik tetapi juga
meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar mereka. Dengan dasar
kerajaan ini, bahasa Melayu dapat diperkukuh lagi.

Kesimpulannya, bahasa Melayu merupakan bahasa ibunda bagi


masyarakat Melayu. Walaubagaimanapun, pelbagai langkah harus diambil
untuk mendaulatkan bahasa Melayu supaya tidak dipinggir oleh masyarakat.

You might also like