Surat Pengurangan Pinjaman - Edited-1

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

( Isikan Alamat Peminjam)

________________________________________________________________________

Bahagian Tajaan Pendidikan,


Kementerian Pelajaran Malaysia,
Aras 1, Blok 2251,
Jalan Usahawan 1,
63 000 Cyberjaya,
Selangor Darul Ehsan (tarikh)

Tuan,

Permohonan Pengurangan Balik Bayaran Pinjaman Pelajaran (Boleh Ubah)

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuki.

2. Untuk perhatian pihak tuan, saya telah menghabiskan pengajian di Universiti Terbuka
Malaysia secara Pendidikan Jarak Jauh di bawah program PJJKPM-OUM pada 31 Mei 2010,
dengan memperolehi CGPA (isikan CGPA). Berdasarkan lampiran A, (Syarat-syarat Tawaran
Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah), saya layak untuk membayar balik 25% dari jumlah pinjaman
sebenar sekiranya:
a) Lulus Cemerlang dengan pencapaian akademik CGPA 2.75% ke atas.
b) Tamat pengajian dalam tempoh yang ditetapkan tanpa sebarang perlanjutan.
c) Diluluskan oleh Jawatankuasa Pinjaman Pelajaran, KPM.

3. Berikut adalah maklumat mengenai diri saya:

Nama : (isikan nama)


No Kad Pengenalan : (isikan no kad pengenalan)
Universiti : Universiti Terbuka Malaysia
Program : PJJKPM-OUM
Kursus Ijazah Pertama- Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(Matematik) Dengan Kepujian
No Rujukan : KP (BB) ( isikan nombor rujukan – rujuk surat )
CGPA : (isikan CGPA)
Jumlah Pinjaman : (isikan jumlah pinjaman- rujuk surat)
Tempoh Tawaran : (nyatakan tempoh tawaran – rujuk surat).
4. Bersama ini saya lampirkan salinan
i. Sijil Ijazah.
ii. Transkrip Akademik
iii. Surat Tawaran Kemasukan ke Universiti Terbuka Malaysia
iv. Kelulusan Permohonan Mengikuti Kursus Secara Pendidikan Jarak Jauh dan
Sambilan
v. Surat Tawaran Pinjaman Pelajaran Boleh Ubah Untuk Pengajian
di Universiti Terbuka Malaysia
vi. Surat sokongan tamat pengajian

5. Saya berharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini. Kerjasama
pihak tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

…………………………….
(isikan nama)

You might also like