Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

14 Julai 2010

SIARAN MEDIA

ORANG ASLI

Berikut adalah jawapan YB Elizabeth Wong, Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor Darul
Ehsan (EXCO), Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar
mengenai usaha Kerajaan Negeri menjaga kebajikan Orang Asli:

Berikut adalah aktiviti yang telah dilaksanakan oleh Badan Bertindak Tanah Orang Asli Selangor
(BBTOAS) bagi penggal pertama tahun ini:

PEMETAAN TANAH ORANG ASLI


Telah mengadakan satu latihan pemetaan komuniti yang mendapat bimbingan daripada organisasi orang
asal di Sabah yang mahir dalam penggunaan GPS (Global Positioning System). Latihan telah berlangsung
pada 6 hingga 9 April 2010, bertempat di Dewan Kampung Orang Asli Jambu, Sepang. Dalam latihan ini
para peserta dilatih menggunakan alat GPS dengan mengadakan latihan praktikal di kawasan kampung
berhampiran. Latihan termasuk, mengumpul dan merekodkan data-data.

Mengadakan latihan susulan bagi merekod data GPS ke dalam perisian computer; GIS (Geographic
Information System). GIS digunakan untuk penghasilan peta. Latihan telah diadakan pada 11 hingga 13
May 2010 bertempat di Subang Jaya.

3 wakil masyarakat Orang Asli yang telah menyertai latihan pemetaan telah dipilih untuk membantu
kerajaan dalam proses pengukuran semula kawasan-kawasan yang telah dikenal pasti sebagai kawasan
kampung yang akan diwartakan. 3 orang wakil ini merupakan masyarakat Temuan dari Sepang.

3 wakil Orang Asli tersebut telah memulakan proses pengukuran dengan kerjasama penduduk kampung
yang terlibat bermula pada 1 Julai 2010 dengan menumpukan daerah Sepang sebagai daerah pertama bagi
proses pengukuran. Sehingga kini sebanyak empat buah kampung telah selesai diukur dan dalam proses
merekod ke dalam perisian (GIS) untuk dicetak.

Perjabat EXCO, dengan kerjasama BBTOAS dengan jayanya menyelesaikan satu kembara kesedaran ke
atas isu penggubalan Akta 134 (Akta Orang Asli) dengan Dasar Pemberimilikan Tanah Orang Asli.
Kembara ini telah berlangsung selama 13 hari yang dimulakan di utara Selangor iaitu di daerah Hulu
Selangor dan telah melibatkan sebanyak 14 buah perkampungan Orang Asli di tiga kawasan.

Selain itu juga sehingga kini BBTOAS sentiasa membantu Pejabat EXCO dalam menghadiri dan
menyertai lawatan ke perkampungan Orang Asli di Negeri Selangor. Dengan penyertaan BBTOAS ini
dapat memudahkan komunikasi di antara pemimpin dengan komuniti terutama yang melibatkan masalah-
masalah dan isu-isu yang dihadapi oleh masyarakat Orang Asli.

Empat kampung Orang Asli telah selesai proses pemetaan ini. Sejumlah 25 buah kampung Orang Asli
dijangka selesai sebelum akhir tahun ini. Kerajaan Negeri akan mewartakan tapak-tapak tanah ini apabila
keseluruhan proses ini selesai.

Dalam isu kemudahan asas seperti jalan bertar, Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) menerima
peruntukan daripada kerajaan pusat untuk pembangunan asas. Walau bagaimanapun, perlu difahamkan
bahawa terdapat juga kawasan/tempat yang merupakan rizab tanah ataupun rizab sungai di mana
pembinaan jalan tidak dibenarkan.
Yang akhirnya, rumah Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) untuk masyarakat Orang Asli
berbeza dari PPRT yang di kawasan bandar yang terdiri daripada rumah pangsa ataupun flat. Peruntukan
PPRT adalah untuk membina rumah di dalam kampung Orang Asli dan saiz rumah-rumah ini bergantung
kepada bilangan anggota isi keluarga.

Untuk maklumat selanjutnya, sila hubungi:

Brian Yap
pegawaikhas@gmail.com
+60 16 3110120

You might also like