Professional Documents
Culture Documents
Laporan Masalah Disiplin Pekerja
Laporan Masalah Disiplin Pekerja
Disediakan oleh,
................................................
(NORHAYATI BINTI AWANG)
Eksekutif Sistem Maklumat
Tarikh : 20 Julai 2010
LAPORAN KAUNSELING
Laporan menunjukkan bahawa salah seorang kakitangan dari Syarikat Mega Sdn Bhd iaitu
Muhammad Akid Bin Shafie mempunyai sikap yang kurang bergaul dengan pekerja lain tetapi
pekerja lain tidak mempunyai sebarang masalah berkaitan prestasi kerjanya bahkan pekerja
lain berharap dapat mengikut cara kerja yang dilakukan oleh Akid. Tetapi Akid mempunyai
masalah berkaitan dengan penampilan. Berdasarkan aduan yang diterima, mereka tidak
selesa dengan penampilan dan perawakan diri Akid yang tidak terurus. Ini sedikit sebanyak
menganggu suasana persekitaran kerja mereka. Pada hari tersebut, saya sebagai Penyelia
telah menyerahkan tugas kepada beliau dan saya juga bersetuju tentang aduan berkaitan
penampilan yang tidak terurus. Saya sebagai penyelia di syarikat tersebut telah mengambil
keputusan untuk memanggil Akid bagi membincangkan masalah tersebut. Saya telah
mengenalpasti masalah Akid iaitu kurang bergaul dengan pekerja lain dan juga penampilan
yang tidak terurus. Dan saya telah menanyakan sendiri kepada Akid apa punca- punca
masalah berlaku terhadap beliau. Antara punca- punca yang diberitahu adalah mempunyai
sikap yang sangat pemalu, takut untuk menegur rakan sekerja oleh disebabkan beliau
merasakan mereka tidak suka untuk bergaul dengan beliau, dan beliau juga mempunyai sikap
yang tidak suka bergaul dengan orang ramai. Beliau lebih suka bersendirian kerana beliau
menganggapkan lebih senang dan mudah untuk membuat kerja seorang diri tanpa
menyusahkan orang lain. Seterusnya mengenai masalah penampilan yang tidak terurus pula
berpunca daripada beliau tidak mempunyai kewangan yang stabil kerana beliau mempunyai
tanggungan untuk ditanggung olehnya. Selain itu, pendapatan sebulan yang diperolehi itu
juga tidak mencukupi. Dan setelah mendengar segala punca masalah daripada Akid, saya
telah membuat beberapa cadangan bagi untuk menyelesaikan masalah tersebut. Antara
cadangan penyelesaian adalah menghantar Akid mengikuti kursus-kursus bagi jatikan diri,
NORHAYATI BINTI AWANG
900710-11-5878
D- 060-0240
EKSEKUTIF SISTEM MAKLUMAT
MODUL 14
PERSONNEL PERFORMANCE IMPROVEMENT
memberi semangat dan keyakinan diri kepada beliau. Menaikkan gaji kepada Akid bagi untuk
menampung keluarganya yang serba kekurangan. Dan oleh itu, temujanji sesi kauseling yang
akan datang untuk memastikan perkembangan yang selanjutnya.
................................................ ..............................................
(NORHAYATI BINTI AWANG) (MUHAMMAD AKID SHAFIE)
Eksekutif Sistem Maklumat Kerani
Tarikh : 20 Julai 2010 Tarikh : 20 Julai 2010