Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Lurah Bilut adalah sebuah kawasan penempatan FELDA

yang terletak di Bentong, Pahang. Ia mula dibuka pada


tahun 1958 dan merupakan rancangan pembangunan tanah secara
berkelompok untuk pertanian yang pertama ditubuhkan seumpamanya di
Malaysia dan dunia.

Felda Lurah Bilut adalah merupakan kawasan FELDA yang pertama


ditubuhkan di Malaysia. Penempatan penduduk dibahagikan mengikut
kawasan asal penduduk datang. Contohnya penduduk berasal dari Pulau
Pinang dikumpulkan penempatan mereka di Jalan Pulau Pinang.
Kegiatan pertanian utama adalah penanaman Getah dan Kelapa Sawit.
Penduduk terdiri daripada kaum Melayu, Cina dan India.

Sistem pemusatan pentadbiran sekolah rendah di FELDA Lurah Bilut


adalah merupakan Sekolah Wawasan pertama dan model dalam
pembentukan sekolah wawasan di seluruh Malaysia.

Pada 22 September 2005 Muzium Felda di Lurah Bilut, Bentong,


Pahang dibuka dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri
Malaysia, Dato Seri Najib bin Tun Haji Abdul Razak .

Rancangan pembangunan tanah Felda bermula di Felda Lurah Bilut


pada 1958.

Muzium Felda itu sebelum ini adalah pejabat pentadbiran Felda Lurah
Bilut yang dibina pada Julai 1958. Muzium yang berkonsepkan rumah
Melayu tradisional itu mempamerkan pelbagai koleksi sejarah peneroka
dan pengurusan Felda sejak penubuhannya pada 1958.

Turut hadir pada majlis perasmian ialah Menteri Besar Pahang, Datuk
Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Felda, Tan Sri Yusof Nor.

Kesimpulannya,Felda Bilut menjadi insipirasi kepada felda-felda yang


terdapat di Malaysia.Ini kerana,ia ialah felda yang terawal dan
mempunyai banyak sejarah.Felda ini tetap dikenali hingga hari ini
walaupun telah berusia lamanya.
MALAYSIAN STUDIES
MPW 1133
ARTIKEL BILUT
DISEDIAKAN UNTUK:
PUAN ROHAINI AMIN
DISEDIAKAN OLEH:
UMMU NAJIHAH BTE AHMAD
(1043011)
DIPLOMA ENGLISH LANGUAGE
STUDIES

You might also like