Takrif Ayat

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

EDUCATION of ELAKSAMANA

4.5 TAKRIF AYAT

1.Ayat merupakan unsur penting dalam kajian bahasa.


2.Unsur yang terkandung dalam ayat ialah klausa dan bilangan klausa dalam sesuatu ayat akan
menentukan jenis ayat tersebut, sama ada ayat tunggal ataupun ayat majmuk.
3.Umumnya, ayat terdiri daripada 2 iaitu :
a) Ayat dasar
Iaitu ayat inti kepada perkataan
b) Ayat terbitan
Iaitu ayat dasar yang mengalami proses peluasan, pengguguran dan penyusunan semula unsur-
unsur terkandung dalam sesuatu ayat dasar.

Definisi Ayat

a) Arbak Othman (1983 : 133)


“Ayat ialah unit yang terbesar dalam tatatingkat tatabahasa. Sebagai unit tatabahasa yang terbesar
dan sempurna, ia tidak mungkin menjadi unsur daripada unit yang lebih besar dalam tatabahasa.
Satu ayat boleh terbina daripada unit-unit tatabahasa yang lebih kecil : klausa, rangkai kata, kata,
morfem. Ayat merupakan satu bentuk pengucapan yang didahului dan diakhiri dengan kesenyapan.
Maka ayat lebih umum dikenali sebagai bentuk pengucapan yang mengandungi pemikiran yang
sempurna”

b) Asmah Haji Omar (1980 : 359)


“Ayat ialah unit paling tinggi dalam skala tatatingkat nahu. Dalam perkataan lain, dalam tatabahasa
tidak ada unit yang lebih tinggi yang mempunyai ayat sebagai unsurnya. Ayat terdiri daripada klausa
yang disertai dengan intonasi ayat yang lengkap, iaitu yang dimulai dengan kesenyapan dan diakhiri
dengan kesenyapan dan intonasinya mengatakan bahawa ayat itu sempurna dan selesai”

c) Nik Safiah Karim et al. (2006 : 414)


“Ayat ialah unit tatabahasa yang paling tinggi letaknya dalam susunan tatabahasa dan mengandungi
makna yang lengkap. Ayat boleh terbentuk daripada satu perkataan atau susunan perkataan yang
pengucapannya dimulakan dan diakhiri dengan kesenyapan, serta mengandungi intonasi yang
sempurna”

d) Za’ba (1958 : 2156)


“Ikatan perkataan yang ada benda dan ada cerita. Demikian ini dinamakan ayat. Benda dan cerita
itulaj tunjang atau teras bagi sebarang ayat dan jika tiada mengandungi salah satu daripada dua
anggota yang wajib ini tidaklah ia memberi faham yang mencukup kerana tiada sempurna
maksudnya. Maka oleh itu, walau beberapa panjang pun rangkainya perkataan-perkataan itu
bukanlah jadi ayat”

Terdapat juga ahli tatabahasa luar negara yang memberi definisi kepada ayat :

a) Branford (1980 : 455)


“The central unit of linguistic structure usually thought of as grammatically complete. Sentence
typically constitute statements, questions, imperative, etc. and may be simple or complex.

b) Brian S. (1982 : 155)


Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009
EDUCATION of ELAKSAMANA

“…an oral or written communication, a set of words complete in itself as an expression of thought,
containing a subject and predicate. The sentence may be simple or complex, a complex clause
consisting one or more than one clause. The relationship between clauses in a sentence is of two
kinds”

c) Brown dan Miller (1980 : 149)


“The sentence has a certain short of unity, it is grammatically complete; its can stand on its own
independent of contact ; and its has a degree of semantic independent”

d) Donald et al. (1990 : 1)


“A sentence is a self-contained grammatical unit, usually containing a subject and a verb that conveys
to the listener or the reader a meaningful assertion, question, command or exclamation”

Created by elaksamana@yahoo.com
© All Right Reserved Presented 2009

You might also like