Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Kata hubung gabungan

Menggabungkan klausa-klausa yang sama tarafnya. Contoh kata ialah dan, atau, serta, tetapi,
malahan, sambil, tetapi, sementara, sebaliknya, seterusnya.

Contoh ayat:

 Pemanah itu melepaskan anak panah, tetapi tidak mengena sasaran kerana busurnya


patah.
 Belum tentu... sama ada pergi rumah kawan atau balik kampung,’’ katanya.
 Dia mengelak, lantas menikam.
[sunting]Kata hubung pancangan
[sunting]Kata hubung pancangan relatif
Kata hubung ini menghubungkan klausa utama dengan klausa klausa pancangan (kecil).
Hubungan ini menggunakan kata hubung yang.

Contoh ayat:

 Pelajar yang berjaya itu diberi hadiah.


 Budak yang sedang membaca itu adik perempuan saya.
 Buku yang dikarang oleh Ahmad itu buku sejarah.
[sunting]Kata hubung pancangan komplemen
Kata hubung ini menghubungkan satu klausa sebagai komplemen pada satu klausa
utama. (Komplemen bermaksud pelengkap). Jadi, klausa klausa pancangan komplemen
itu melengkapkan klausa utama. Kata hubung yang berperanan begitu
ialah bahawa dan untuk.

Contoh ayat:

 Guru tahun enam itu menyatakan bahawa semua muridnya mendapat enam A.


 Mereka mengetahui bahawa Haji Ahmad adalah ahli perniagaan besar.
 Kerajaan membuat jambatan untuk rakyat melintas sungai.
[sunting]Kata hubung pancangan keterangan
Kata hubung pancangan keterangan menghubungkan klausa keterangan kepada
klausa utama. -Kata hubung itu ialah kerana, agar, meskipun, sekiranya, semoga,
supaya, kalau, andaikata, kendatipun, hingga, jika, jikalau, semasa, sementara,
setelah, sewaktu, sekiranya, ketika, tatkala, walaupun, dan sesungguhnya.

Contoh ayat:

 Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat


 Saya berkawan dengannya semenjak kecil
[sunting]Kata hubung berpasangan
Kata hubung ini selalunya wujud dalam berpasangan dan merupakan gabungan
kata hubung pancangan dan kata hubung gabungan. Kata hubung itu
ialah baik...mahupun, baik...baik, bukan sahaja... malah,
entah...entah,jangan...pun, kian...kian, sama ada... ataupun,
sedangkan...inikan pula, semakin...semakin,
sungguhpun...tetapi, dan walaupun...namun..

Contoh ayat:

 Kian lama kian banyak orang yang ke sana.


 Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
 1. Kata hubung ialah perkataan yang digunakan untuk menggabungkan
perkataan dengan perkataan rangkai kata dengan rangkai kata ayat dengan ayat.
 2.     Kata hubung terbahagi kepada tiga iaitu:
 (a)    kata hubung gabungan,
 (b)    kata hubung pancangan,
 (c)    kata hubung berpasangan.
 3.         Contoh kata hubung tunggal dan kata hubung berpasangan/gabungan
serta penggunaannya adalah seperti yang berikut:
 Kata Hubung Gabungan / Pancangan
  
Contoh Ayat Contoh
agar Saya berharap agar kamu dapat menghubungi dia segera.
apabila Mukanya pucat apabila disoal.
atau Awak boleh menaiki bas atau teksi untuk ke sana.
bahawa Kami yakin bahawa yang dikatakannya itu benar.
dan Leela dan Siu Lan berjiran.
hingga Ayah dan kawannya berbual hingga larut malam.
Jika Saya berpayung jika hujan.
Jikalau Jikalau saya kaya, saya akan membina rumah kebajikan.
kecuali Semua murid Nadir kecuali Gopal.
kerana  Aini menangis kerana terlalu sedih.
lalu       Burung itu terbang lalu hinggap di dahan pohon.
manakala Baju Karim bersih manakala baju adiknya kotor.
sambil   Zalifah bernyanyi sambil menari. 
serta Zahid serta abangnya menonton wayang.
semenjak Saya berkawan dengannya semenjak kecil.
sementara Berusahalah sekuat mungkin sementara badan masih sihat.
sungguhpun Sungguhpun buta, orang Itu mampu berdikari.
supaya Belajarlah bersungguhsungguh supaya pandai.
walaupun Walaupun letih, diselesaikannya jugs kerja ItU.
tetapi Badannya besar tetapi penakut.

Kata Hubung Berpasangan          
  
Contoh Ayat Contoh
Baik - mahupun Baik lelaki mahupun perempuan sama-sama bergotong royong
membersihkan balai raya itu.
Baik- baik Baik Daud baik adiknya samasama pintar.
bukan sahaja malah Fuad bukan sahaja nakal malah suka ponteng sekolah.
entah    entah Jangan lekas percaya akan janjinya, entah betul entah tidak.
Jangan – pun Jangankan sepuluh ringgit, seringgit pun dia tak ada.
Kian – kian Kian lama kian banyak orang yang ke sana.
Sama ada – ataupun Guru Besar meminta sama ada bapa ataupun ibu murid hadir ke Sekolah.
sedangkan...inikan pula Sedangkan Gunung Kinabalu terdaki olehnya inikan pula Bukit Larut.
semakin...semakin Encik Husin semakin kaya semakin pemurah.
sungguhpun...tetapi Sungguhpun badannya gemuk tetapi dia kuat berlari.
walaupun...namun Walaupun cacat namun Guan rajin berusaha.
 2. Contoh kata hubung dalam bentuk Akar
  
Dan hingga lalu ketika
Dengan yang tetapi jika
Kerana serta kalau kemudian
demikian walhal walau agar
atau demi supaya
 3. Contoh kata hubung dalam bentuk terbitan.
  
semasa sementara seharusnya andaikata
semoga seketika sebaliknya sedangkan
setelah sesungguhnya walaupun itupun
sewaktu seandainya meskipun sekali[un
mudah-mudahan moga-moga jikalau bagaimanapun
padahal
 contoh ayat
 1. menggabungkan dua ayat
             Azhar dan Malek pergi ke Pulau Pinag.
 2. Menggabungkan dua rangkai kata
             Kita boleh pergi ke Mekah dengan kapal terbang atau kapal laut.
 3. Menggabungkan ayat-ayat
             Negara itu mengeluarkan hasil galian yang banyak tetapi rakyatnya
masih miskin dan menderita.

You might also like