Ciri2 Bilik Kelas Kondusif

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sistem sosial merupakan sesuatu sistem interaksi dan aktiviti manusia dalam masyarakat.

Aktiviti
pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah bergantung kepada interaksi dan aktiviti di
antara guru dengan pelajar-pelajarnya. Sehubungan ini, bilik darjah merupakan satu sistem sosial yang
mana interaksi berlaku melalui aktiviti-aktiviti yang dirancangkan dan berlandaskan sesuatu strategi
pengajaran dan pembelajaran.

Ciri-ciri iklim bilik darjah yang kondusif


Iklim bilik darjah yang dikatakan baik mengandungi empat ciri utama seperti berikut;
 Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan pelajar-
pelajarnya.
 Kesukarelaan pelajar-pelajar menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang
diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah.
 Perasaan kekitaan yang timbul di antara pelajar-pelajar dengan guru-guru sebagai
sebuah keluarga yang mesra dan bahagia.
 Kewujudan satu keadaan yang setiap pelajar melibatkan diri dalam kegiatan
keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan
betul dan sesuai.

Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan
menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara pelajar dengan pelajar; pelajar dengan
guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti dalam bilik darjah. Guru pula
gembira bekerja dalam keadaan yang mesra dan sempurna.

Iklim bilik darjah yang terbuka seperti ini merupakan iklim bilik darjah yang kondusif,
dan iklim positif ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya, seperti
membentuk pelajar dengan sikap dedikasi, berinisiatif, rela bekerjasama, ramah dan
mesra, spontan dan kreatif, serta lebih tinggi motivasinya.

Ringkasnya, iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan
dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa,
semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada pelajar-pelajar yang menggunakannya untuk menjalankan
aktiviti pembelajaran mereka. Iklim bilik darjah yang kondusif ini akan meningkatkan keberkesanan
aktiviti pengajaran-pembelajaran.

RUJUKAN

Mok Soon Sang (2008). Murid dan Alam Belajar. Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn.
Bhd.

http://impreschoolteacha.blogspot.com

You might also like