Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 4

Benarkah Al-Imam Abu Hassan Al-Asha'ari rahimahullah

melalui tiga peringkat sebelum wafat ?


Dimasukkan oleh IbnuNafis Label: Artikel Pilihan Jom Faham

Penulis : Ustaz Nazrul Nasir

Isu Wahabi memang tidak kunjung


padam.Semakin hari semakin ramai orang yang terpengaruh dengan dakyah mereka.Kalau
diam membisu,maka akan semakin berleluasa sikap mereka ini.Sebelum ini saya telah berjanji
untuk membincangkan berkenaan kitab al-Ibanah karangan al-Imam Abu Hassan al-Asha’ari
rahimahullah.Sebelum kita membincangkan dengan lebih lanjut tentang kitab ini elok kiranya
kita bincangkan dahulu tentang dakwaan golongan wahabi ini berkenaan al-Imam Asha’ari
rahimahullah sebenarnya melalui tiga peringkat di dalam hidupnya selepas keluar daripada
Mazhab Muktazilah.

Kata mereka peringkat pertama yang dilalui oleh al-Imam Asha’ari rahimahullah ialah berada
di dalam mazhab Muktazilah.Beliau berada di dalam mazhab ini dan menjadi pendokongnya
selama 40 tahun.

Manakala peringkat kedua ialah berada di bawah pengaruh Abdullah bin Kullab sebelum
beliau melangkah sebenar-benarnya kedalaam mazhab ahlussunnah wal jamaah.

Peringkat ketiga ialah peringkat terakhir sebelum beliau meninggal dunia.Ketika inilah beliau
benar-benar menganut fahaman Ahlussunnah sebenar.Kata golongan Wahabi lagi, setelah
berada di dalam peringkat ketiga inilah beliau mula menulis kitab al-Ibanah dan lain-lainnya.

Saya amat berharap agar para pembaca dapat menilainya satu persatu.

Benarkah dakwaan yang dibuat ini?Terdapat dua perkara yang perlu diambil perhatian di
sini.Pertama berkenaan peringkat yang dilalui oleh al-Imam dan yang kedua, bilamana
golongan Wahabi membezakan diantara peringkat kedua dan ketiga yang dilalui oleh al-Imam
Abu Hasan al-Asha’ari rahimahullah maka ini bermakna mereka ingin memburukkan peribadi
al-Imam Abdullah bin Kullab rahimahullah.

Adakah bilamana al-Imam Abu Hasan al-Asha’ari kembali pada akhir hidupnya maka ini
memberi makna bahawa Abdullah bin Kullab bukanlah termasuk di dalam ulama
Ahlussunnah wal Jamaah?Perkara ini akan kita bincangkan satu persatu.Semoga semua
pembaca dapat meniliti dengan baik.

PERINGKAT YANG DILALUI OLEH AL-IMAM ABU HASSAN AL-ASHA’ARI


RAHIMAHULLAH

Seperti yang kita semua sedia maklum, al-Imam Abu Hassan al-Asha’ari rahimahullah adalah
merupakan salah seorang ulama Islam yang sangat memberikan kesan terhadap
perkembangan ilmu.

Beliau juga merupakan tokoh yang mendapat perhatian semua pihak.Jika benarlah dakwaan
golongan Wahabi yang mengatakan bahawa al-Imam Abu Hassan al-Asha’ari rahimahullah
benar-benar melalui tiga peringkat di dalam kehidupan beliau maka tentulah para pengkaji
sejarah dan ulama di dalam bidang Tarikh Islami akan menyebutkan perkara ini terlebih
dahulu.Mustahil para ulama Tarikh(Sejarah) akan mengabaikan perkara ini kerana ianya
sangat penting bagi individu yang terkemuka seperti al-Imam Abu Hassan al-Asha’ari
rahimahullah.

Tetapi apa yang kita dapati daripada kitab-kitab Tarikh terdahulu, kesemuanya menceritakan
tentang peristiwa al-Imam Abu Hassan al-Asha’ari rahimahullah menaiki mimbar dan
membuat pengumuman bahawa beliau berlepas diri daripada aqidah Muktazilah yang
dipegangnya selama ini.Kemudian daripada itu, beliau terus membela ahlussunnah wal
jamaah.Tiada pula kita dapati pernyataan daripada para ulama Sejarah terdahulu yang
menceritakan bahawa al-Imam melalui tiga peringkat seperti yang didakwa oleh golongan
Wahabi.

Al-Imam Abu Bakar bin Furak rahimahullah menyebutkan di dalam kitab Tabyin Kazbi al-
Muftari mukasurat 127:

‫اَتقم انشُخ أتى انذسٍ عهٍ تٍ إسًاعُم األشعسٌ زضٍ هللا عُه يٍ يراهة انًعتزنح إنً َصسج يراهة أهم انسُح و‬
‫انجًاعح تانذجج انعقهُح و صَُّف فٍ ذنك انكتة‬..

Maksudnya: al-Imam Abu Hassan Ali bin Ismail al-Asha’ari radhiyallahu anhu telah
berpindah daripada berpegang dengan Mazhab Muktazilah kepada memberikan pembelaan
terhadap Mazhab Ahlussunnah wal Jamaah dari sudut hujah aqliyah (logik ) dan beliau juga
ada menulis kitab-kitab bagi membela Mazhab Ahlussunnah wal Jamaah.

Ibn Khallikan rahimahullah juga menyebutkan berkenaan al-Imam Abu Hassan al-Asha’ari
rahimahullah di dalam kitabnya Wafayat al-A’yan 3/284:

ٌ‫ و كاٌ أتى انذسٍ أوالً يعتزنُا ً ثى تاب يٍ انقىل تانعدل و خهق انقسآ‬... ‫هى صادة األصىل و انقائى تُصسج يرهة انسُح‬
‫فٍ انًسجد انجايع تانثصسج َىو انجًعح‬

Maksudnya: Al-Imam Abu Hassan al-Asha’ari rahimahullah merupakan seorang yang pakar
dalam Ilmu Usuluddin dan beliau juga merupakan pembela kepada Mazhab
Sunnah(Ahlussunnah wal jamaah)…Abu Hassan pada mulanya bermazhab Muktazilah dan
kemudian beliau bertaubat di Masjid Jami’ Basrah daripada membicarakan permasalahan
al-Adl dan Al-Quran adalah makhluk.Peristiwa ini berlaku pada hari Jumaat.
Al-Allamah Ibn Khaldun rahimahullah menyebutkan di dalam Muqaddimah Ibn Khaldun
mukasurat 853:

‫ فسفض‬, ‫إنً أٌ ظهس انشُخ أتى انذسٍ األشعسٌ و َاظس تعض يشُختهى أي انًعتزنح – فٍ يسائم انصالح و األصهخ‬
ً‫طسَقتهى و كاٌ عهً زأٌ عثدهللا تٍ سعُد تٍ كالب و أتٍ انعثاس انقالَسٍ و انذازث انًذاسثٍ يٍ أتثاع انسهف و عه‬
‫طسَقح انسُح‬

Maksudnya: Sehinggalah munculnya al-Syeikh Abu Hassan al-Asha’ari dan beliau berdebat
dengan sebahagian guru-gurunya dikalangan Muktazilah di dalam permasalahan Salah dan
al-Aslah (Allah taala wajib melakukan kebaikan dan perkara yg lebih baik jika bertembung di
antara dua kebaikan)dan beliau juga menolak pendapat yang dipegang oleh
mereka(Muktazilah).Al-Syeikh Abu Hassan al-Asha’ari juga ketika itu berpegang dengan
pendapat Abdullah bin Said bin Kullab, Abu Al-Abbas al-Qalanisi dan al-Harith al-
Muhasibi.Mereka semua adalah pengikut manhaj ulama Salaf dan berada di dalam jalan
sunnah.

Berdasarkan pendapat al-Allamah Ibn Khaldun rahimahullah ini maka jelas kita dapati
bahawa al-Imam Abu Hassan al-Asha’ari rahimahullah sebenarnya berada pada landasan
kefahaman al-Imam Abdullah bin Kullab , al-Qalanisi dan al-Muhasibi rahimahumullah dan
mereka semuanya berada di dalam manhaj para ulama Salaf.

Perkara ini juga turut diterangkan di dalam kitab-kitab Sejarah yang lain yang
membincangkan tentang al-Imam Abu Hassan al-Asha’ari rahimahullah seperti kitab Tarikh
Baghdad oleh al-Imam Khatib al-Baghdadi,Tabaqat al-Syafieyah oleh al-Imam Subki,
Syuzurat al-Zahab oleh Ibn Imad , al-Kamil oleh Ibn Athir, Tabyin Kazbi al-Muftari oleh Ibn
Asakir, Tartib al-Madarik oleh al-Qadhi Iyadh , Tabaqat al-Syafieyah oleh Ibn Qadhi
Syuhbah, Tabaqat al-Syafieyah oleh al-Imam Isnawi , Dibaj al-Mazhab oleh Ibn Farhun ,
Mir’ah al-Jinan oleh Al-Yafi’e dan lain-lain kitab.

Apa yang kita dapati, kesemua kitab-kitab ini membincangkan bahawa al-Imam sebenarnya
setelah bertaubat daripada mazhab Muktazilah maka beliau kembali kepada Manhaj ulama
Sunnah dan Salafussoleh.Tidak pula kita dapati terdapat peringkat kedua dan ketiga yang
dilalui oleh al-Imam setelah bertaubat seperti yang didakwa oleh golongan Wahabi.

Lebih menghairankan kita ialah, dakwaan ini dibuat oleh golongan Wahabi yang memang
terkenal dengan sikap tidak amanah mereka terhadap ilmu-ilmu Islam.Jika benar al-Imam
melalui tiga peringkat seperti yang di dakwa, sepatutnya yang meriwayatkan perkara
ini ialah anak-anak murid yang rapat dengan al-Imam Abu Hassan al-Asha’ari sendiri
serta para pengikutnya yang melazimi pendapat al-Imam.Mereka lebih mengenali hati
budi dan peribadi al-Imam Abu Hassan al-Asha’ari berbanding golongan Wahabi yang
ada pada masa sekarang.

Perkara sebegini tidak boleh dipandang ringan kerana al-Imam Abu Hassan al-Asha’ari
rahimahullah merupakan tokoh hebat yang tidak dapat tidak perlu ketahui sejarah hidupnya
secara terperinci.

Para ulama Ahlussunnah wal Jamaah seperti al-Imam al-Baqqillani rahimahullah(kitabnya al-
Insof dan al-Tamhid) , al-Imam Ibn Furaq ,al-Imam Abu Bakar al-Qaffal , al-Imam Abu Ishaq
al-Syirazi, al-Imam Abu Bakar al-Baihaqi dan lain-lain ulama Ahlussunnah wal Jamaah al-
Asya’irah tidak pula menerangkan berkenaan tiga peringkat tersebut.Kesemua mereka cuma
menyebutkan bahawa al-Imam melalui dua peringkat sahaja di dalam kehidupannya.Peringkat
di dalam mazhab Muktazilah dan peringkat setelah bertaubat iaitu berada di dalam manhaj
ahlussunnah wal jamaah.

Adakah dakwaan golongan Wahabi ini bermakna al-Imam sebenarnya merahsiakan peringkat
kedua dan ketiganya kepada masyarakat?Mungkinkah perkara ini dilaksanakan secara rahsia
sedangkan peristiwa yang kita jelas ketahui berkenaan sikap Sang Imam yang tidak akan
merahsiakan kebenaran malah mengisyhtiharkan secara terang-terangan peristiwa taubat
beliau daripada mazhab Muktazilah yang dianutinya selama 40 tahun?

Sudah terang lagi bersuluh, al-Imam sebenarnya cuma melalui dua peringkat sahaja di dalam
hidupnya.Dakwaan golongan Wahabi sebenarnya semata-mata ingin membenarkan sikap
kepura-puraan mereka yang kononnya ingin mengikut Manhaj Salaf.Kita sudah mengetahui
bahawa golongan wahabi dahulunya tidak langsung menerima al-Imam Abu Hassan al-
Asha’ari..Namun setelah mendapati jalan mereka salah maka mereka mula mereka-reka cerita
dan dongengan serta pengkhianatan terhadap ilmu demi membela pegangan yang ternyata
salah.Mereka tidak dapat menghina al-Imam Abu Hassan al-Asha’ari maka mereka mula
mencari individu yang lain yang boleh untuk mereka jadikan sasaran dengan harapan
masyarakat awam tidak akan mengkaji siapakah individu yang mereka hina tersebut.

Oleh kerana itulah mereka menghina al-Imam Abdullah bin Kullab rahimahullah.Tuduhan
demi tuduhan diberikan kepada Ibn Kullab rahimahullah .Walaupun para ulama muktabar
mengiktiraf Ibn Kullab sebagai ulama ahlussunnah namun mereka tetap menafikannya.

Kita akan sama-sama menceritakan tentang peribadi al-Imam Abdullah bin Kullab
rahimahullah pada keluaran yang akan datang.Doakan agar saya diberikan kesempatan oleh
Allah taala untuk menerangkan dengan lebih lanjut.Semoga Allah taala memberikan taufiq
dan hidayah kepada kita semua.Amin Ya Rabbal A’lamin.

Rujukan:

1.Ahlussunnah al-Asha'irah: Syahadah Ulama' al-Ummah wa Adillatuhum oleh Syeikh


Hamdi Sinan dan Syeikh Fauzi al-Anjari hafizahumullah cetakan Darul al-Dhiya' .

Sumber : Http://nazrulnasir.blogspot.com

You might also like