Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

MINIT JAWATANKUASA MENTOR-MENTEE YANG PERTAMA (SESI 2010)

BERTARIKH 5 JULAI 2010

Kedatangan : Pn. Farizatul Akmar binti Johari (Penasihat/Mentor)


Maharaj a/l Makandran

Tempat : Hall 3.4


Tarikh : 5 Julai 2010
Masa : 2.30 petang
Hari : Isnin

Tertuduh : Muhammad Zakwan Zabidi bin Zainon (No. ID: PTM080701850)

Pertuduhan : Kesalahan di bawah Kategori B Peraturan Pelajar (T09: Merosakkan hartabenda kolej)

Keterangan : Perbicaraan terhadap kedua-dua tertuduh oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar (JTPK) pada 15 Oktober
2008 telah dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Rayuan Pelajar Kolej (JRPK) pada 3 November 2008 bagi
mempertimbangkan rayuan daripada tertuduh (merujuk kepada Surat Rayuan yang tidak dinyatakan
tarikhnya).

BIL. PERKARA

1 KATA-KATA ALUAN DARIPADA TUAN PENGERUSI

Tuan Pengerusi memulakan mesyuarat dengan membaca semula isi kandungan surat rayuan daripada tertuduh dan
keputusan perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib Pelajar Kolej (JTPK) yang diadakan pada 15 Oktober 2008, jam 10.00
pagi, di bilik Mesyuarat KPTMKCAS
(MAKLUMAN)

2 AGENDA UTAMA

Pengerusi memulakan agenda utama dengan menyatakan modus operandi mesyuarat pada kali ini iaitu perbincangan ke
atas keputusan yang dibuat oleh JTPK di mana setelah menimbang alasan-alasan rayuan oleh tertuduh, JRPK boleh
mengambil mana-mana tindakan berikut:
i. menjatuhkan hukuman yang lebih berat;
ii. menolak rayuan itu dan mengekalkan keputusan JTPK;
iii. meringankan hukuman;
iv. mengarahkan perbicaraan baru.

Pengerusi meminta pendapat daripada setiap ahli jawatankuasa mengenai rayuan daripada kedua-dua tertuduh
EN. NIZAM : setelah merujuk kepada surat rayuan daripada tertuduh Saudara Abd. Hadi bin Saidin, En Nizam
menyatakan bahawa tiada kompromi dengan dadah. Maka dengan ini, rayuan daripada tertuduh
Saudara Abd. Hadi bin Saidin tidak diterima.

1
BIL. PERKARA

3 PERSIDANGAN BERSAMA TERTUDUH

Persidangan mengenai rayuan oleh kedua-dua tertuduh dimulakan pada pukul 3.20 petang di mana tertuduh yang pertama
iaitu Saudara Abd Hadi bin Saidin diminta mengadap Jawatankuasa JRPK bertempat di bilik mesyuarat KPTM Kampus
Cawangan Alor Star.

RAYUAN OLEH SAUDARA ABD. HADI BIN SAIDIN

PENGERUSI : Kami Jawatankuasa Rayuan Pelajar Kolej (JRPK) telah menerima surat rayuan daripada saudara,
Abd Hadi. Jadi untuk hari ini, kami ingin mendengar semula apa yang telah saudara tulis dalam
surat rayuan saudara. Berdasarkan perbicaraan bertarikh 10 Mei 2007, keputusan yang telah dibuat
adalah saudara dinasihatkan untuk menarik diri dari meneruskan pengajian di Kolej Poly-Tech
MARA Alor Star. Jadi di sini kami ingin memberi peluang kepada saudara untuk menambah input
bagi rayuan atas pertuduhan tersebut. Tapi sebelum itu, boleh saudara beri pendapat saudara tentang
Mohd Hanif?

ABD HADI : Dia ok.

PENGERUSI : Dia hisap rokok tak? Rokok apa?

ABD HADI : Dunhill

PENGERUSI : Mak dan ayah saudara dah tahu ke? Apa katanya?

ABD HADI : Ayah marah sebab hisap dadah.

PENGERUSI : Ayah saudara kerja apa?

ABD HADI : TNB. Kerja biasa sahaja.

PENGERUSI : Mak saudara?

ABD HADI : Tak kerja.

PENGERUSI : Masa saudara hisap tu, agak-agak berapa ringgit yang saudara habiskan?

ABD HADI : RM 10 untuk 2 kali hisap.

EN. NIZAM : Ada pelajar lain yang “join” saudara?

ABD HADI : Tak. Saya hisap seorang di kampung.

EN. NIZAM : Tapi macam mana yang lain boleh terlibat?

ABD HADI : Saya tak tahu.

PENGERUSI : Abd Hadi, saya nak beri penjelasan sedikit. Walau di mana pun saudara hisap, selagi status saudara
masih sebagai pelajar KPTM Alor Star, ia tetap menjadi satu kes. Saudara bernasib baik sebab pihak
Kolej tidak membuat laporan. Kalau tidak, sudah semestinya saudara akan di tahan di lokap untuk
siasatan polis seperti yang dimaklumkan oleh Pegawai Anti-Narkotik.

PENGERUSI : Bukti yang kami jumpa di asrama tu, siapa yang punya?

ABD HADI : Tak tahu siapa punya. Saya tak pernah nampak sesiapa pun yang hisap benda tu.

EN. NIZAM : Saudara pernah minum air ketum?

ABD HADI : Tak pernah.

EN. NIZAM : Apa inisiatif yang saudara akan ambil untuk tidak terjebak lagi? Dan untuk pengetahuan saudara, kes
saudara ini akan memberi implikasi kepada masyarat. Ada cara lain lagi untuk saudara mencari
keseronokan.

PENGERUSI : Di mana saudara nak tinggal kalau rayuan saudara diterima?

ABD HADI : Rumah maklang saya.

2
BIL. PERKARA

PENGERUSI : Kalau rayuan saudara diterima, saudara akan tinggal di rumah mak lang. Tapi kalau rayuan tidak
diterima?

ABD HADI : Tak tahu.

PENGERUSI : Berapa CGPA saudara sekarang ni?

ABD HADI : 2.17

PENGERUSI : Semester berapa sekarang ni? Ada yuran tertunggak?

ABD HADI : Semester 2. Tak ada yuran tertunggak.

Pengerusi membuka peluang kepada ahli panel sekiranya ada soalan yang ingin diajukan kepada tertuduh Saudara Abd
Hadi bin Saidin.

PENGERUSI : Baiklah Abd Hadi, segala keputusan daripada JRPK adalah muktamad. Tiada lagi rayuan. Saya
harap saudara faham.

ABD HADI : Ya.

PENGERUSI : Ada apa-apa lagi sebelum kami benarkan saudara beredar?

ABD HADI : Saya berharap rayuan saya diterima.

PENGERUSI : Untuk makluman saudara, keputusan ke atas rayuan saudara adalah dari Jawatankuasa JRPK.
Keputusan akan dimaklumkan kepada saudara, ibubapa atau mana-mana pihak yang berkaitan dalam
tempoh 3 (TIGA) hari bekerja dari 14 Mei 2007. Keputusan rayuan mungkin dikekalkan atau
dikurangkan atau mungkin ditambah. Saudara boleh beredar sekarang.

Sesi perbincangan dengan tertuduh Saudara Abd Hadi bin Saidin tamat pada pukul 3.30 petang. Tuan Pengerusi meminta
pendapat ahli panel mengenai rayuan tertuduh yang pertama.

EN. NIZAM : Saya rasa kes ini adalah kes besar dan tidak boleh diterima.

EN. GHAZALI : Tidak boleh diterima.

Persidangan berikutnya diteruskan dengan tertuduh kedua iaitu Saudara Mohd Hanif bin Zulkifli. Tertuduh kedua
dipanggil mengadap Jawatankuasa Rayuan Pelajar Kolej (JRPK) bertempat di bilik mesyuarat KPTM Alor Star pada
pukul 3.35 petang.

RAYUAN OLEH SAUDARA MOHD HANIF BIN ZULKIFLI

PENGERUSI : Mohd Hanif bin Zulkifli, kami telah menerima surat rayuan daripada saudara dan berdasarkan
kepada keputusan JTPK, saudara dinasihatkan untuk menarik diri dari meneruskan pengajian di
Kolej Poly-Tech MARA Alor Star.

PENGERUSI : Hasil ujian air kencing dari Bahagian Narkotik, IPK Kota Star, saudara adalah salah seorang
daripada empat pelajar yang didapati positif ganja. Untuk pengetahuan saudara, saudara dikira
bernasib baik sebab pihak Kolej tidak membuat laporan kes saudara. Tapi berdasarkan buku
peraturan pelajar, kesalahan saudara adalah dalam Kategori A iaitu “Ada dalam miliknya atau
memiliki atau menyedut atau memasukkan ke dalam tubuh badannya apa jua dadah yang dilarang”.

PENGERUSI : Hari ini, kami buka peluang kepada saudara untuk beri input-input untuk dibuat pertimbangan
rayuan. Berapa CGPA saudara sekarang?

HANIF : 1 something. Saya repeat sebelum ni. Saya baru dapat P1 sebab repeat IIT.

3
BIL. PERKARA

PENGERUSI : Saudara ada yuran tertunggak?

HANIF : Ada, RM 508.30.

PENGERUSI : Ayah dan emak saudara bekerja?

HANIF : Ayah menoreh dan mak pula kerja di kilang.

PENGERUSI : Saudara asal dari mana?

HANIF : Kg Pokok Tai Lama, Pendang.

PENGERUSI : Apa kata parent saudara?

HANIF : Saya sudah telefon parent. Mereka suruh buat rayuan. Kalau rayuan tidak diterima,
mereka akan datang ke Kolej.

PENGERUSI : Dalam surat rayuan, saudara ada nyatakan bahawa saudara dianiaya oleh saudara sendiri.
Siapa saudara tu?

HANIF : Pakcik saya. Saya panggil dia sebagai “Pak Tam”. Polis sudah ambil maklumat tentang
Pak Tam.

PENGERUSI : Macam mana saudara boleh rasakan bahawa pakcik saudara menganiayai saudara?

HANIF : Masa tu ada kenduri di rumah saya. Pak Tam ada bagi rokok daun kepada saya. Dia suruh
saya cuba tembakau baru dari Jitra, katanya. Bila saya dapat tahu bahawa saya positif
ganja, saya ada tanya Pak Tam. Dia kata dia ada letak sedikit sahaja ganja.

PENGERUSI : Selalu ke saudara hisap rokok daun?

HANIF : Dalam 3 ke 4 kali dalam seminggu. Saya sudah biasa ambil rokok daun.

PENGERUSI : Bukan ke rokok daun tu memerlukan saudara sendiri menggulung tembakau?

HANIF : Saya tak gulung rokok tu. Saya tak tahu siapa yang gulung.

EN. NIZAM : Saudara ada hisap rokok biasa juga ke?

HANIF : Ada.

EN. NIZAM : Saudara tahu macam mana nak guna “benda” bukti tu? (Sambil merujuk kepada botol
berisi air dan pelepah betik”

HANIF : Tak tahu. Saya tak pernah tengok pun.

EN. NIZAM : Apa tindakan saudara selepas ni?

HANIF : Kalau boleh saya nak bersumpah. Sebab saya yakin saya tak akan buat lagi. Saya sanggup
bersumpah saya tak akan ambil “benda” tu.

PENGERUSI : Macam mana dengan parent saudara?

HANIF : Parent marah. Saya akan terangkan pada parent saya malam ni.

PENGERUSI : CGPA saudara 1.8 dan pernah gagal. Sepatutnya kalau betul saudara sudah insaf, pencapaian
saudara akan lebih baik.

HANIF : Saya sudah cuba. Saya selalu datang kelas. Saya target 2.0. Tapi saya tak sangka yang saya boleh
fail.

PENGERUSI : Berdasarkan kepada rayuan dan input-input yang saudara beri, keputusan rayuan adalah samada:
1) Rayuan diterima dan saudara boleh meneruskan pengajian di KPTM Alor Star,
2) Rayuan diterima tetapi dengan syarat-syarat tertentu,
atau
3) Rayuan tidak diterima dan saudara tidak dibenar untuk meneruskan pengajian di
KPTM Alor Star
BIL. PERKARA

4
PENGERUSI : Untuk pengetahuan saudara, segala keputusan dari Panel JRPK adalah muktamad. Keputusan akan
dimaklumkan kepada saudara, ibubapa atau mana-mana pihak yang berkaitan dalam tempoh 3
(TIGA) hari bekerja dari 14 Mei 2007. Keputusan rayuan mungkin dikekalkan atau dikurangkan
atau mungkin ditambah. Ada apa-apa lagi sebelum kami benarkan saudara beredar?

HANIF : Saya harap rayuan saya diterima oleh pihak Kolej.

EN. NIZAM : Apa saja keputusan JRPK, saudara jadikan sebagai iktibar.

HANIF : Walaupun saya kena buang, saya sumpah saya tak akan ambil lagi “benda” tu. Perkara tu sudah
berlaku, saya tak boleh nak berpatah balik lagi.

PENGERUSI : Jadi kalau tak ada apa-apa, saudara boleh beredar sekarang.

Sesi perbincangan dengan tertuduh Saudara Mohd Hanif bin Zulkifli tamat pada pukul 3.50 petang.

Tuan Pengerusi menyatakan bahawa kes tertuduh adalah dikategorikan dalam kes berat (Kategori A – Perkata T23; jika
disabitkan kesalahan boleh diberhentikan daripada meneruskan pengajian di KPTM). Setelah meneliti segala justifikasi
dan input daripada kedua-dua tertuduh, keputusan rayuan adalah samada:

1) Rayuan diterima dan dibenar meneruskan pengajian di KPTM Alor Star,


2) Rayuan diterima tetapi dengan syarat-syarat tertentu,
atau
3) Rayuan tidak diterima dan tidak dibenar untuk meneruskan pengajian di KPTM Alor Star

4 KEPUTUSAN RAYUAN

Berikutan daripada persidangan Jawatankuasa Rayuan Pelajar Kolej (JRPK) yang KETIGA bagi tahun 2007, selepas
dipertimbangkan segala input dan justifikasi, Jawatankuasa Rayuan Pelajar Kolej (JRPK) dengan ini sebulat suara
MENGEKALKAN keputusan JTPK terhadap kedua-dua tertuduh, Saudara Abd Hadi bin Saidin (No. KP: 881220-09-
5121) dan Saudara Mohd Hanif bin Zulkifli (No. KP: 870503-02-6077) seperti berikut:

1) Menarik diri dari meneruskan pengajian di Kolej Poly-Tech MARA Kampus Cawangan Alor Star

5 PENUTUP

Pengerusi menamatkan sesi persidangan bagi Jawatankuasa Rayuan Pelajar Kolej (JRPK) bertarikh 14 Mei 2007 dengan
keputusan sebulat suara seperti yang tersebut di atas. JRPK akan mengumumkan secara bertulis keputusan rayuan pelajar
kepada JTPK dalam masa tiga (3) hari bekerja dari tarikh keputusan rayuan di buat (bertarikh 14 Mei 2007) oleh JRPK
dan keputusan ini akan dimaklumkan oleh JRPK sendiri secara bertulis kepada pelajar yang merayu, ibu bapa atau
penaja, pihak berkuasa yang memberi biasiswa dan fail-peribadi pelajar. (Seperti yang tersebut dalam Panduan dan
Peraturan Pelajar mukasurat 36-perkara 80.

Persidangan tamat pada pukul 4.00 petang.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

........................................ ....................................
FARIZATUL AKMAR BINTI JOHARI EN. RAMLI BIN MOHD JAWI
Setiausaha JRPK Pengarah / Pengerusi JRPK

Tarikh: .............................. Tarikh: ..........................

You might also like