Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

Kerajaan Awal Di Asia Tenggara

1. Sejarah kerajaan awal di Asia Tenggara di bahagikan kepada dua kerajaan iaitu

a) Kerajaan agraria
b) Kerajaan maritim

2. Kerajaan agraria terdiri darupada kerajaan Funan dan kerajaan Angkor


3. Kerajaan maritim terdiri daripada kerajaan Champa, kerajaan Srivijaya, kerajaan
Majapahit
kerajaan Kedah Tua dan kerajaan Chih Tu

Kerajaan Agraria

1. Kerajaan Agraria adalah kerajaan yang terletak di pedalaman dan ekonominya


bergantung kepada pertanian.

2. Kerajaan ini terletak di lembangan sungai dan kawasan pedalaman.

3. Antara kerajaan ini ialah kerajaan Funan dan kerajaan Angkor. Kedua-dua kerajaan ini
Lembah Mekong

4. Pada peringkat permulaan, kegiatan utama masyarakat ini ialah


a. Mengutip hasil hutan
b. Berburu
c. Menangkap ikan

5. Setelah tinggal menetap, mereka mula menjalankan kegiatan pertanian secara tetap dan
menternak binatang

6. Hasil utama pertanian ialah ubi taro, padi huma dan padi sawah

7. Penggunaan air amat penting dalam aktiviti pertanian dan penternakan. Oleh yang
demikian,
membina empangan dan terusan untuk menjalankan pertanian dan penternakan binatang

8. Benteng dan terusan ini dapat membekalkan air untuk mengairi kawasan pertanian
seperti
sawah padi

9. Raja atau pemerintahh pula bertanggungjawabb membina terusan dan menguruskan


sistem
pengairan yang dibina

10. Kegigihan masyarakat agraria ini berjaya membina kerajaan yang terkenal seperti
kerajaan Funan dan kerajaan Angkor
11. Pertanian merupakan sumber ekonomi utama bagi kedua-dua kerajaan ini

12. Kegigihan rakyat serta kerjasama antara pemerintah dengan rakyat telah berjaya
menguasai teknologi pembinaan terusan dan saliran akhirnya membentuk sebuah
kerajaan agraria
yang kuat

13. Ini terbukti pertanian juga dapat membantu sebuah kerajaan menjadi maju jika
diusahakan
dengan gigih

Kerajaan Maritim

1. Kerajaan maritim terletak di persisiran pantai dan masyarakatnya menjalankan


kegiatan
yang berkaitan dengan laut seperti perdagangan.

2. Sungai dan laut dijadikan sebagai sistem perhubungan utama

3. Keadaan ini menyebabkan munculnya pelabuhan-pelabuhan yang berfungsi dalam


kegiatan perdagangan

4. Pelabuhan-pelabuhan kerajaan maritim menyediakan pelbagaii kemudahan


seperti bekalan air, tempat menyimpan barang dan pasar atau kawasan jual beli

5. Segala kemudahan yang disediakan adalah untuk memberi keselesaan kepada


pedagang-pedagang sementara menunggu perubahan angin untuk belayar

6. Antara kerajaan maritim yang terkenal di sekitar Selat Melaka dan Laut China Selatan
ialah seperti Kerajaan Cih Tu, Champa dan Kedah Tua

7. Kawasan sekitar Selat Melaka dan Laut Jawa pula muncul kerajaan Srivijaya

8. Pedagangan kerajaan Maritim meliputi kawasan sekitarnya, serantau, perdagangan


antarabangsa dan entrepot

9. Pelabuhan entrepot berfungsi sebagai pusat pengumpulan dan pengedaran barang

10. Barangan dari kawasan pedalaman dan pulau yang berhampiran ialah seperti
hasil hutan, rempah ratus, ubat-ubatan, damarm gaharu dan cendana

11. Pedagang dari Negara China, India, Arab dan Eropah amat memerlukan barangan ini.
Barangan ini dijual dengan harga yang mahal

12. Aktiviti perdagangan seperti ini membawa kepada perdagangan bercorak


antarabangsa

13. Oleh sebab perdagangan adalah aktiviti ekonomi utama kerajaan meritim, masyarakat
maritim sudah tentu mahir dalam tekknologi pembinaan kapal

Pengasasan Kerajaan Kesultanan Melayu Melaka


Parameswara di Palembang

1. Melaka telah diasaskan oleh seorang putera raja yang berasal dari
Pelembang Timur Sumatera iaitu Parameswara. Beliau telah
mengasaskan Melaka pada 1400
2. Palembang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Srivijaya
3. Palembang juga pernah menjadi negara di bawah kekuasaan Majapahit
4. Apabila kerajaan Majapahit mula berpecah, Parameswara telah
mengambil kesempatan untuk membebaskan Palembang daripada
kerajaan Majapahit
5. Usaha Parameswara gagal dan baginda terpaksa mencari perlindungan
selepas diserang Majapahit
6. Parameswara telah lari ke Temasik

Parameswara di Temasik

1. Setelah gagal membebaskan Palembang daripada cengkaman Majapahit,


Parameswara bersama pengikutnya yang terdiri daripada orang laut
berundur ke Temasik (Singapura)
2. Pemerintah Temasik pada masa tersebut ialah Temagi, iaitu seorang
wakil kerajaan Siam. Beliau telah meyambut Parameswara dengan baik
3. Parameswara berpandangan bahawa Temasik boleh berkembang maju
kerana kedudukannya yang strategik
4. Temasik pernah menjadi naungan Srivijaya. Oleh itu, Parameswara telah
menuntut hak pertuanannya
5. Parameswara bertindak memunuh Temagi dan seterusnya menguasai
Temasik selama lima tahun. Baginda berusaha mengembalikan semula
kegemilangan kerajaan Srivijaya
6. Siam akhirnya bertindak terhadap Parameswara dan baginda bersama-
sama pengikutnya terpaksa mencari perlindungan di Muar

Kedatangan Parameswara

1. Di Muar, Parameswara masih berasa tidak selamat untuk mendirikan


kerajaan
2. Pada tahun 1400. Parameswara dan pengikutnya menuju ke utara melalui
Sening Hujung dan Bertam
3. Akhirnya mereka tiba di sebuah perkampungan nelayan yang penuh
dengan pohon api-api dan pokok bakau di persisiran pantai
4. Muara sungainya sangat dalam dan terlindung daripada tiupan angin
monsun
5. Penduduk asal kampung tersebut terdiri daripada Orang Laut, Orang
Melayu dan Orang Asli. Pekerjaan utama mereka ialah nelayan
6. Parameswara akhirnya membuat keputusan untuk menetap di kampung
tersebut dan
mendirikan kota kerana kedudukannya berhampiran laut

FAKTOR MELAKA DIPILIH MENJADI SEBUAH KERAJAAN

 Bekalan air senang diperolehi.


 Bentuk muka bumi berbukit bukau menjadi panduan pelayar dan kawasan
selat lebih mudah dikawal.
 Pokok bakau dan api-api benteng pertahanan dan pelindung semulajadi.
 Muara sungai terlindung daripada tiupan angin monsun

You might also like