Teks Ucapan Lim Guan Eng Di Integrity Conference 2010

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

TEKS UCAPAN KETUA MENTERI PULAU PINANG, Y.A.B.

TUAN LIM GUAN


ENG SEMPENA PERSIDANGAN INTERGRITI KEBANGSAAN 2010, 7 OGOS
2010 DI HOTEL EASTIN
 
 
Salutasi :
YB  Dato’ Seri Anwar Ibrahim
 
YB Puan Elizabeth Wong
 
YB Dato' Abdul Halim Hussain
Speaker Dewan Undangan Negeri
 
YB Dato’ Mansor Othman
Timbalan Ketua Menteri I
 
YB Tuan Prof. Dr. Ramasamy a/l Palanisamy
Timbalan Ketua Menteri II
 
YB Dato' Zainal Rahim bin Seman
Setiausaha Kerajaan Negeri
 
Moderator dan Speaker Kehormat
YBM Senator Tunku Abdul Aziz Ibrahim,
Pengasas Transperansi Kebangsaan Malaysia
 
Y.B. Mr. Sivarasa Rasiah,
Peguan dan Aktivis Hak Asasi Manusia
 
Asst. Prof. Dr. Abdul Latif Abdul Razak,
Ketua Jabatan Pengajian Am, Pengetahuan Kuliyah Islam dan Sains Manusia, Universiti
Islam Malaysia 
 
Assoc. Prof. Dr. Lim Hong Hai,
Prof. Madya Sains Politik, Pusat Pengajian Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia
 
Dr. Shaik Abdullah Hassan Mydin,
Pensyarah Kanan Pengajian Islam dan Pengajian Tamadun Manusia, Pusat Pengajian
Jarak Jauh, Universiti Sains Malaysia
 
Dr. Humayon Dar,
Ketua Pegawai Eksekutif, BMB Islamic UK Limited
 
Dr. Muhammad Habib Chirzin
Presiden Forum Islam Mengenai Keamanan, Keselamatan dan Pembangunan Manusia,
Jakarta
 
Mr. Suresh Chandra
Pengarah Kewangan Situs, Intel Malaysia
 
Yang berhormat ahli-ahli Exco,
 
Yang Berhormat ahli-ahli Parliment dan ahli-ahli majlis,
 
Y.Bhg. Ketua Bahagian dan Agensi Kerajaan,
 
Y.Bhg. Dato'-dato', Datin-datin,
 
Pihak media massa,
 
Saudara-saudari sekalian.
 
1. Selamat datang ke Persidangan Intergriti kebangsaan Kalifah Umar bin Abdul Aziz
2010 yang bakal menfokuskan kepada Penciptaan Semula Pemerintahan Yang Baik.
 
2. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengerusi
penganjur, Y.B. Abdul Malek Abdul Kassim dan barisan jawatankuasa yang telah
menjayakan persidangan ini. Kepada para pembicara, saya percaya bahawa majlis ini
bakal menyuntik pelbagai ilham demi kebaikan bersama.
 
3. Sebuah pemerintahan Kerajaan yang baik boleh digambarkan bagaimana sesebuah
institusi awam menjalankan urusan awam serta penggunaan sumber awam di dalam
usaha bagi menjamin realisasi hak asasi manusia. Tanpa pemerintahan yang baik di
dalam sesebuah Kerajaan, visi untuk mentransformasikan Pulau Pinang sebagai sebuah
bandaraya yang menjadi lokasi pilihan pelabur, destinasi pilihan para pelancong dan
habitat pilihan untuk kehidupan yang mapan boleh dilupakan.
 
4. Sebuah Kerajaan yang baik memerlukan beberapa bahan-bahan teras : pematuhan
kepada undang-undang, pengukuhan pengurusan sektor awam, transparensi dan
akauntabliti dan strategi yang sesuai bagi memerangi rasuah.
 
5. Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial PBB yang berlangsung di Asia Pasifik sebelum ini
menyatakan bahawa sesebuah Kerajaan yang baik memerlukan lapan karektoristik utama
termasuk pembabitan berorientasikan konsensus ; akauntabel ; telus ; responsif ; efektif
dan efisien ; adil dan inlusif dan patuh kepada kedaulatan undang-undang. Lazimnya,
nilai-nilai ini menjamin bahawa aktiviti rasuah dapat diminimakan, pandangan kaum
minoriti diambil kira dan suara-suara rintihan masyarakat didengar sebelum sesuatu
keputusan dibuat sebagai responsif terhadap keperluan sekarang dan masa depan
masyarakat.
 
6. Dengan ini, saya ingin memperjelaskan sebahagian karektoristik dinyatakan bagi
sebuah pemerintahan Kerajaan yang baik :
a) Penglibatan
Penglibatan ataupun penyertaan perlu dimaklumkan dan diorganisasikan. Ini
membabitkan dua aspek utama iaitu kebebasan berpersatuan serta berekpresi dan
masyarakat awam terancang.  
 
b) Kadaulatan undang-undang
Pemerintahan yang baik memerlukan rangka undang-undang yang adil dan
dikuatkuasakan secara saksama. Pada masa sama, ia juga perlu merangkumi perlindungan
penuh hak asasi manusia terutamanya terhadap kaum minoriti. Pelaksanaan undang-
undang secara saksama memerlukan sebuah sistem kehakiman yang bebas dan pasukan
polis yang tidak korup.
 
c) Transperansi
Transparensi bermakna bahawa keputusan yang dicapai dan langkah penguatkuasaan
yang dilaksanakan mengikut peraturan-peraturan ditetapkan. Pada masa sama, ia juga
bermaksud bahawa ketercapaian serta penyaluran maklumat secara mudah menggunakan
saluran media tertentu kepada mana-mana pihak yang bakal dipengaruhi oleh sebarang
keputusan serta penguatkuasaan yang bakal dicapai.
 
d) Responsif
Pemerintahan yang baik memperuntukan sesebuah institusi melayani semua pemegang
saham di dalam jangka masa ditetapkan.  
 
e)Orientasi konsensus
Pemerintahan yang baik memerlukan pengantaraan sempurna bagi mencapai perspektif
konsensus lebih meluas di dalam sebuah masyarakat yang berbeza fahaman.
 
f)Inkuiti dan keterbukaan
Kesejahteraan sesebuah masyarakat adalah bergantung serta memastikan bahawa semua
ahli memiliki kepentingan dan tidak disisihkan di dalam aliran utama masyarakat.
 
g) Keberkesanan dan efisiensi
Keberkesanan bermakna proses dan penghasilan hasil menggunakan sumber kuasa yang
ada demi memenuhi keperluan masyarakat. Efisiensi merangkumi penggunaan sumber
asli secara kekal berasaskan perlindungan alam sekitar. 
 
h) Akauntabliti
Akuantabliti kepada mana-mana pihak yang dipengaruhi oleh sesuatu keputusan dan
tindakan. Akauntabliti tidak boleh dikuatkuasakan tanpa transparensi dan kedaulatan
undang-undang.
 
7. Adalah tidak perlu mencipta semula sesebuah roda pentadbiran Kerajaan bagi
menyesuaikan dengan konsep pemerintahan yang baik. Sebaliknya, apa yang diperlukan
adalah kehendak politik.  
 
8. Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah memperkenalkan urus tadbir berasaskan prinsip
Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT) atau amar maaruf nahi mungkar. Sebagai sebuah
Kerajaan CAT, kita mempraktikkan prinsip bahawa tidak mengira seekor kucing itu
hitam ataupun putih selagi ia boleh menangkap tikus.
 
9. Dengan mengadaptasikan sistem tender terbuka dan melawan amalan-amalan rasuah
secara berterusan dalam usaha mempromosikan nilai intergriti, Pulau Pinang telah
berjaya mengubahh defisit anggaran RM35 juta pada tahun 2008 kepada rekod lebihan
RM88 juta. Pada tahun 2009, dengan lebihan RM77 juta terhadap unjuran defisit RM40
juta. Lebihan ini membolehkan Kerajaan Negeri membayar dividen anti-rasuah secara
tunai kepada golongan warga emas pada setiap tahun dan juga urusan pengurusan jenazah
yang tidak pernah dipraktikkan sebelum ini.  
 
10. Pencapaian Pulau Pinang lazimnya dipuji oleh Transparency International –
Kerajaan pertama di Malaysia yang memperoleh pengktirafan tersebut. Saya yakin
bahawa pemerintahan adalah satu set bahan asas yang memerlukan seseorang pemimpin
dan sesebuah Kerajaan bagi membawa kebahagiaan dan kesejahteraan kepada rakyat.  
 
11. Sokongan rakyat adalah perlu bagi meyakinkan masyarakat umum mengenai manfaat
sesebuah pemerintahan Kerajaan yang baik. Pemerintahan Kerajaan yang baik boleh
dicapai melalui pembetukan peradaban yang menyokong nilai-nilai kebenaran,
ketaqwaan kepada Tuhan yang mengganggap kehidupan sebagai bantuan timbal balik
dan bukannya konfrontasi langsung.
 
12. Sebagaimana saya nyatakan, adalah tidak perlu mencipta semula sebuah roda
pentadbiran – apa yang diperlukan adalah kehendak politik. Masyarakat hanya boleh
diyakinkan bahawa sesebuah Kerajaan adalah serius apabila terdapat sebuah pimpinan
contoh berasaskan kepimpinan efektif dan kukuh dengan nilai integriti dan perbelanjaan
berasas.
 
13. Teladan dan contoh pemerintahan yang baik dapat dibuktikan melalui Kalifah Umar
Abdul Aziz. Beliau telah memperkenalkan kepelbagaian reformasi ; pentadbiran, fiskal
dan pendidikan. Inspirasi kejujuran dan integriti menjadi intipati kepada pemerintahan
pendek beliau di dalam tempoh dua tahun. Sepanjang tempoh tersebut, pemerintahan
beliau telah banyak mempengaruhi sejarah tamadun manusia.
 
14. Bayangkan bagaimana seorang yang jujur yang sanggup memadamkan lampu ketika
melakukan kerja-kerja peribadi. Kita tidak akan terpesong sekiranya mengikut warisan
yang diperturunkan oleh beliau di dalam mempromosikan corak pemerintahan yang baik
di dalam pentadbiran kami.
 
15. Apa yang lebih membanggakan adalah nasihat Umar Abdul Aziz yang tidak
meluluskan  peruntukan bagi perbelanjaan dinding baru kerana ia umpama satu
pembaziran. Sebaliknya, beliau menyatakan bahawa mereka sepatutnya membina sebuah
tembok keadilan yang tidak boleh dibinasakan. 
 
16. Berasaskan faktor-faktor ini, saya sama sekali tidak setuju dengan kenyataan
Presinden MCA, Dr. Chua Soi Lek yang menggambarkan negara-negara Islam secara
negatif iaitu sebagai negara yang tidak progresif, korup, miskin dan terbelakang. Dr.
Chua sepantutnya mendidik dirinya dengan mendalami sejarah tamadun Islam yang
mencerminkan kegemilangan yang tidak hanya terhad kepada empayar global malah di
dalam pembangunan seni, pembelajaran, pengenalan angka, algebra dan astronomi.
 
17. Negara Muslim menderita sebagaimana dialami oleh India dan China dahulu. Hanya
ketika India dan China bebas, merdeka serta tidak lagi didominasi kuasa imperialis,
barulah kedua-dua negara ini dapat menunjukkan potensi dan mengambil tempat di
persada dunai sebagai kuasa ekonomi.
 
18. Saya percaya bahawa negara-negara Islam dapat meraih kembali kegemilangan
mereka sebelum ini seperti China dan India. Sekiranya terdapat sebuah pemerintahan
yang baik seperti Islam yang memiliki pusat pembelajaran, keadilan dan keunggulan di
bawah pemerintahan Umar Abdul Aziz. Pilihannya adalah adakah kita akan mengikut
model intergriti dan pemerintahan yang baik Umar Abdul Aziz atau model alternatif
berasaskan rasuah dan diktator.
 
19. Kita mempunyai ramai pembicara terkemuka yang amat arif mengenai topik ini,
maka, justeru, kita perlu segerakan dan tidak lagi perlu tunggu untuk berkongsi
pandangan serta pengalaman dalam mempromosikan pemerintahan yang baik.
 
20. Sekali lagi, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir
terutamanya Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan juga semua pihak yang telah menumbang
kepada kejayaan serta kelancaran Persidangan Integriti Kebangsaan 2010.
 
Terima kasih.
 
LIM GUAN ENG

You might also like