Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

GABUNGAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS DAN TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

1.0 TEORIS UTAMA DALAM TEORI PEMBELAJARAN GABUNGAN


Dalam model pembelejaran ii, kami akan menggabungkan dua teori pembelajaran iaitu teori
pembelajaran sosialis dan teori pembelajaran behaviorisme. Teori pembelajaran sosialis diasaskan oleh
Albert Bandura melalui eksperiment beliau dengan melihat gerak balas kanak – kanak ke atas patung
Bobo selepas didedahkan kepada rangsangan. Selain beliau, terdapat juga seorang teoris yang telah
menyumbang kepada teori pembelajaran sosialis ini ialah Julian Rotter. Beliau telah menghasilkan
bukunya iaitu “Social Learning and Clinical Psychology” semasa tempoh perkhidmatan beliau sebagai
tenaga pengajar di universiti.
Sementara itu, teori pembelajaran beharioris pula mula – mula diperkenalkan oleh Ivan Pavlov
dan dikembangkan lagi oleh Thorndike, Watson dan Skinner. Keempat – empat teoris ini menyumbang
kepada perkembangan teori pembelajaran behavioris ini melalui eksperiment mereka terhadap haiwan
seperti anjing, kucing dan tikus dalam makmal. Antara beberapa dapatan penyelidikan yang
diperkenalkan ialah pelaziman klasik (rembesan air liur anjing apabila mendengar bunyi loceng), konsep
connectionism daripada thorndike dan juga pelziman opereon (Kotak Skinner) yang diperkenalkan oleh
Skinner.
2.0 KONSEP TEORI PEMBELAJARAN SOSIALIS DAN BEHAVIORIS
Teori pembelajaran sosialis menekankan bahawa pembelajaran adalah melalui peniruan atau
permodelan tingkah laku yang dapat diperhatikan oleh seseorang individu. Proses pembelajaran
menurut teori pembelajaran ini akan melibatkan 4 fasa iaitu fasa memerhati, fasa meniru, fasa
mengeluar dan fasa motivasi.
Dalam fasa memerhati, individu akan didedahkan kepada rangsangan atau didedahkan kepada
sesuatu tingkah laku. Individu itu kemudian akan meniru dan mengingati tingkah laku yang diperhatikan.
Ini merupakan fasa meniru manakala fasa mengeluar pula akan dapat diperhatikan apabila individu yang
berkenaan didedahkan kepada situasi yang sama. Keadaan ini bergantung kapada reansangan yang
diberikan. Sekiranya rangasangan yang diberikan memberikan kesan yang positif kepada pembuatnya
maka si peniru akan melakukan tingkah laku yang sama apabila didedahkan kepada situasi yang sama.
Sekiranya keadaan sebaliknya yang berlaku maka individu yang meniru tidak akan menghasilkan tingkah
laku yang ditiru atau diperhatikan walaupun didedakan kepada situasi yang sama. Dalam teori
pembelajaran sosialis ini, pengeluaran tingkah laku tidak menjadi isu penting dalam keberkesanan
pembelajaran individu yang meniru kerana individu yang meniru mungkin telah mempelajarai sesuatu
walaupun tidak menghasilkan sebarang tingkah laku.
Seterusnya ialah fasa motivasi di mana tingkah laku yang dihasilkan oleh si peniru itu akan
digalakkan lagi atau dihapuskan. Sekiranya si peniru diberi motivasi yang positif apabila melakukan
tingkah laku yang ditiru maka tingkah laku tersebut akan diganddakan. Perkara yang sebaliknya akan
berlaku jika si peniru itu diberikan motivasi yang negatif.
Teori behaviorisme pula merupakan satu teori pembelajaran yang menghubungkan rangsangan
dengan gerak balas dalam menghasilkan perubahan dalam tingkah laku seseorang individu. Teori ini
mejelaskan di mana individu akan mempelajari tingkah laku yang baru melalui applikasi konsep
peneguhan. Peneguhan positif akan mengenerisasikan tingkah laku yang telah dilakukan manakala
peneguhan negatif akan menghapuskan atau mengurangkan tingkah laku yang dihasilkan oleh individu
tersebut.
Oleh itu, kumpulan kami inigin menggabungkan teori pembelajaran behavioris ini dalam teori
pembalajran sosialis. Penggabungan ini akan dilakukan dalam fasa motivasi dalam teori pembelajaran
sosialis. Hal ini kerana peniru yang telah meniru sesuatu tingkah laku akan diberikan peneguhan sama
ada peneguhan positif atau peneguhan negatif untuk menggalakkan atau menghapuskan tingkah laku
yang dihasilkan. Keadaan ini dapat diterapkan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah di
mana para pelajar akan meniru tingkah laku (teknik menyelesaikan masalah) yang ditunjukkan oleh guru
dan menghasilkan tingkah laku yang sama. Kadang kala para pelajar gagal untuk meniru tingkah laku
yang ditunjukkan sepenuhnya dan melakukan kesilapan. Pada masa ini, guru harus menggunakan
konsep peneguhan dalam teori pembelajaran behavioris untuk menghapuskan kesilapan yang dihasilkan
oleh para pelajar. Lantas, pembelajaran para pelajar akan lebih menyeluruh di mana pelajar akan
mengetahui kesilapan mereka dan juga applikasi tingkah laku yang betul.

3.0 MODEL PEMBELAJARAN GABUNGAN


Model pembelajaran yang dapat dihasilkan melalui gabungan kedua – dua teori ini dapat
disimulasikan dalam gamba rajah di bawah:

TEORI
PEMBELAJARAN
BEHAVIORME
Dalam model pembelajaran gabunggan ini, guru akan mendemonstrasikan atau melakukan
tingkah laku yang ingin diajarkan pada para pelajar. Guru juga boleh menggunakan sumber media
yang ada untuk mendedahkan para pelajar kepada tingkah laku yang ingin diajar. Sebagai contoh,
guru boleh menayangkan video berkenaan dengan cara untuk menjalankan eksperimen kepada para
pelajar sebelum memulakan sesi makmal pada hari tersebut. Pada kebiasaannya, aplikasi teori
sosialis lebih berkesan sekiranya pengajaran dan pembelajaran yang ingin dilakukan adalah lebih
kepada kemahiran, teknikal dan juga aktiviti fizikal. Oleh itu, hasil pembelajaran para pelajar selepas
sesi pembelajaran dan pengajaran adalah dalam aspek psikomotor dan juga kognitifnya.
Selepas para pelajar diberi masa untuk meniru tingkah laku yang ingin diajar, guru harus
memberi masa kepada para pelajar untuk menghasilkan semua tingkah laku yang ditiru. Sebagai
contoh dalam kelas amali, selepas guru melakukan demonstrasi, guru harus membenarkan para
pelajar untuk menjalankan eksperimen itu sendiri.
Pada masa ini, guru harus giat memerhatikan para pelajar untuk memastikan para pelajar
melakukan atau menghasilkan tingkah laku yang betul. Sekiranya tingkah laku yang dihasilkan
adalah betul, guru harus memberikan peneguhan positif kepada murid tersebut. Sebagai contoh
memuji atau memberikan tepukan kepada para pelajar tersebut agar tingkah laku yang dilakukan
akan digandakan atau dapat dipraktikkan dengan lebih berkesan pada masa hadapan. Sekiranya
tingkah laku yang dilakukan adalah salah, guru harus menegur dan menyatakan di mana kesalahan
atau kesilapan pelajar tersebut. Ini adalah aplikasi konsep peneguhan dalam teori pembejalaran
behaviorisme.
Selepas itu, guru boleh mengukuhkan lagi pengetahuan parapelajar tersebut dengan
memberikan sedikit kuiz atau sesi soal jawab berkenaan dengan kemahiran atau tingkah laku yang
telah dipelajari oleh para pelajar. Pada masa ini, guru juga mampu untuk melihat di mana silap dan
salah para pelajar sepanjang proses pembelajaran. Sebelum menghabiskan kelas, guru harus
merumuskan sesi pengjaran dan pembelajaran dengan menyuruh para pelajar melukiskan peta
minda atau peta konsep agar lebih menjelaskan lagi pengetahuan atau tingkah laku atau kemahiran
yang telah dipelajari.

You might also like