Maksud Makanan Tercemar Ialah Makanan Yang Kotor Dan Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Kerana Ia Akan Menyebabkan Diri Kita Jatuh Sakit

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Maksud makanan tercemar ialah makanan yang kotor dan makanan yang tidak boleh dimakan

kerana ia akan menyebabkan diri kita jatuh sakit.


Anda ialah pemberita dari sebuah akhbar tempatan. Anda diminta menulis rencana yang berkaitan dengan
keracunan makanan. Tulis rencana tersebut selengkapnya.
Bahaya Keracunan Makanan.
Oleh: Khairul Faizin Ahmad
Kebelakangan ini, kita sering mendengar berita tentang berlakunya kes keracunan makanan.
Lebih malang lagi, apabila berlakunya kematian yang berpunca daripada keracunan makanan sekurang-
kurangnya sekali dalam setahun. Menurut sumber-sumber daripada Kementerian Kesihatan, dari Januari
hingga Ogos tahun ini, terdapat tiga belas kes keracunan makanan yang melibatkan 801 orang termasuk satu
kematian. Daripada jumlah tersebut, 601 mangsa terdiri daripada pelajar sekolah.
Statistik tersebut menunjukkan bahawa golongan pelajar merupakan golongan paling tinggi yang
terlibat dengan keracunan makanan. Hal ini berlaku kerana golongan pelajar khususnya yang tinggal di asrama
sering terdedah kepada penyediaan makanan yang tidak sempurna di kantin atau asrama sekolah. Selain
golongan pelajar, golongan kanak-kanak yang sememangnya mempunyai daya ketahanan badan yang lemah
juga sering diserang oleh keracunan makanan.
Walau bagaimanapun, terdapat banyak kes yang tidak dilaporkan. Hal ini demikian kerana
sebahagian daripada masyarakat masih kurang mempunyai pengetahuan tentang wabak ini. Golongan ini,
biasanya terdiri daripada masyarakat luar bandar. Tambahan pula, ada yang menganggap kes keracunan
makanan ini sebagai penyakit biasa yang mudah dirawat dengan menggunakan kaedah tradisional seperti
meminum air kangkung dan air kelapa muda. Bagi masyarakat orang Asli pula, mereka mempunyai rawatan
tertentu jika memakan bahan beracun seperti cendawan dan buah-buahan hutan.
Menurut Doktor Ramlah Yaakub, dari Hospital Universiti Petaling Jaya, punca keracunan makanan
adalah daripada proses penyediaan makanan yang tidak sempurna seperti makanan yang kotor, tidak dimasak
dengan baik, dan makanan yang terdedah kepada persekitaran suhu 30 darjah Celsius . Di samping itu,
terdapat juga buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dicuci serta tangan pemakan itu sendiri yang tidak
berbasuh sebelum memegang makanan. Keadaan ini menyebabkan keracunan makanan berlaku. Lebih
menyedihkan lagi, keracunan makanan ini melibatkan kanak-kanak sekolah yang membeli makanan di kantin
sekolah
Beliau menjelaskan lagi bahawa kebanyakan kes keracunan makanan disebabkan oleh bakteria,
mikroorganisma, virus racun atau toksin, dan bahan-bahan kimia. Makanan yang sering dijangkiti oleh bakteria
dan keracunan ialah susu atau keju, masakan berlemak seperti nasi lemak dan mi, roti, kuih-muih, daging,
ayam, dan ikan. Makanan-makanan lain adalah seperti makanan di dalam tin, makanan basah, dan berair yang
didedahkan di tempat panas. Tin yang kemek membolehkan mikroorganisma menyerang makanan di dalam tin
melalui lubang-lubang halus di bahagian yang kemek itu. Keracunan juga disebabkan oleh kulat atau
cendawan beracun yang membiak pada makanan serta haiwan-haiwan beracun seperti siput, katak, dan ular.
Tanda-tanda umum keracunan makanan ialah rasa mual, muntah, cirit-birit, pening-pening, dan
gangguan perut. Selain tanda-tanda umum, pesakit juga mungkin mengalami demam, kelesuan, dan tiada
selera makan. Kesan daripada keracuan makanan ialah kehilangan air dalam badan pesakit. Sekiranya tubuh
pesakit kekurangan air yang terlalu serius, pesakit mungkin berkeadaan kritikal. Bagi kes yang lebih parah,
kerosakan hati dan sistem saraf boleh berlaku dan boleh membawa maut. Walaupun kesan keracunan
makanan amat serius, namun kesedaran secara menyeluruh tentang bahaya keracunan ini belum wujud. Kita
sebenarnya mempunyai Akta Makanan 1983 yang bertujuan melindungi orang ramai tentang kesalahan
penipuan dalam penyediaan dan penjualan makanan. Walau bagaimanapun, setakat ini, jarang-jarang kita
dengar mereka didakwa kerana kesalahan tersebut.
Oleh sebab kes keracunan makanan khususnya di sekolah merupakan satu masalah yang serius,
semua pihak termasuk pengetua, guru-guru, ibu bapa, dan anggota masyarakat yang lain mestilah memberi
kerjasama untuk mengatasi masalah tersebut. Pihak sekolah boleh bertindak dengan menarik balik tender
yang diberikan kepada pengusaha-pengusaha kantin atau asrama yang tidak mematuhi garis panduan yang
ditetapkan. Ibu bapa pula boleh memberikan didikan kepada anak-anak tentang betapa pentingnya memakan
makanan yang bersih dan berkhasiat di samping menggalakkan mereka membawa bekal ke sekolah.
Keracunan makanan
Definisi
Keracunan merjuk kepada gangguan sistem fizikal badan manusia disebabkan
samada terhidu, tersentuh atau termakan bahan kimia beracun daripada makmal,
bengkel atau berpunca daripada makanan yang dimakan yang tidak bersih atau
mengandungi racun.
Polisi
Bebas daripada insiden keracunan.
Objektif
1. Mencegah daripada berlaku keracunan , dan mengambil tindakan betul jika
berlaku keracunan di sekolah.
2. Sedar bahaya kimia berracun dan berhati-hati setiapkali berada di makmal atau
bengkel.
3. Tahu tindakan yang perlu dibuat jika berlaku keracunan.
Tanggungjawab Pelajar
1. Melaporkan serta-merta kepada guru jika insiden keracunan berlaku.
2. Menyimpan sampel/contoh kimia atau makanan yang dipercayai punca
1
  /  32
Search coming

Submit 4gen

http://w w w .sc

(auto)


300


1


Scroll

Download this Document for Free

PANDUAN KEBERSIHAN & KESELAMATAN MAKANAN


1
] MEMAHAMI
KEPENTINGAN KEBERSIHAN
& KESELAMATAN
MAKANAN

ASPEK KEBERSIHAN DALAM


PENGENDALIAN MAKANAN
MANUSIA
PEMBAWA KUMAN

You might also like