My Tesis

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 73

JENAYAH SAMUN MENURUT UNDANG-UNDANG

SYARIAH DAN SIVIL : SUATU KAJIAN


PERBANDINGAN

AHMAD FITRI BIN MOHD RASHID

SYUKBAH QIRAAT
DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
KUALA KUBU BHARU
2010
JENAYAH SAMUN MENURUT UNDANG-UNDANG
SYARIAH DAN SIVIL : SUATU KAJIAN
PERBANDINGAN

AHMAD FITRI BIN MOHD RASHID

LATIHAN ILMIAH INI DIKEMUKAKAN UNTUK


MEMENUHI KEPERLUAN BAGI DIPLOMA DARUL
QURAN JAKIM

SYUKBAH QIRAAT
DARUL QURAN
JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
KUALA KUBU BHARU
2010
PENGAKUAN

“Saya akui karya hasil kerja saya sendiri kecuali dalil-dalil, nukilan dan ringkasan
yang setiap satu-satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tanda Tangan :……………………………….

Nama Penulis : Ahmad Fitri bin Mohd Rashid

No. Kad Pengenalan :890821-11-5305

No. Matrik :1770/2007

Tarikh :……………………………….

“Saya mengakui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya
karya ini memadai dari skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Diploma
Tahfiz Wal Qiraat, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.”

Tandatangan :………………………………

Nama Penyelia : Ustaz Abdul Muin bin Saleh

Tarikh :………………………………
ABSTRAK

Kajian ilmiah ini berjudul Jenayah Samun Menurut Undang-undang Syariah dan
Sivil : Suatu Kajian Perbandingan. Penulis telah membuat analisis mengenai
perbandingan di antara kedua-dua perundangan tersebut. Tujuan kajian ini dikaji
adalah untuk mendalami ilmu mengenai hukum hakam dan hukuman mengikut
perundangan yang digunkan majoriti di kalangan rakyat di negara kita dan
lainnya. Metodologi kajian yang digunaklan ialah metodologi pengumpulan data
di mana penulis banyak merujuk kepada kitab-kitab, buku-buku ilmiah, kertas
kerja, jurnal dan laman web. Hasil kajian daripada penulis mendapati bahawa
terdapat banyak perbezaan di antara kedua-dua system perundangan ini.
PENGHARGAAN

É Šm
∩⊇∪ Ο Ï § 9#$ 
Ç ≈Ηu q
÷ § 9#$ ! É ¡
« #$ Ο ó 0Î

Syukur ke hadrat Illahi rabbi yang telah memberikan kepada kita

kelapangan masa dan kesihatan yang baik. Dan dengan izin, taufiq dan hidayah-

Nya maka dapat kajian ilmiah ini disempurnakan seperti yang saya harapkan

dengan bantuan dan sokongan daripada semua pihak.

Setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih saya ucapkan kepada

Ustaz Abdul Muin bin Saleh, selaku penyelia saya, di atas segala bimbingan,

dorongan, nasihat, serta tunjuk ajar yang telah diberikan di sepanjang keberadaan

saya di Darul Quran.

Ucapan penghargaan ini juga saya khususkan teristimewa kepada

ayahanda tercinta, Mohd Rashid bin Ali dan bonda yang tersayang Wan Poziah

bte Wan Muda di atas pengorbanan dan kasih sayang yang diberikan sepanjang

keberadaan saya di muka bumi ini. Tidak lupa juga kepada adik-beradik saya

(Mahirah, Firdaus, Safwan, Husna dan Farihah) dan rakan-rakan seperjuangan di

Darul Quran. Semoga Allah memberkati kalian dan merahmati dalam meneruskan

perjuangan kalian.

Akhir kata, segala salah silap mohon dimaafkan sekiranya terdapat

keslahan dan kekurangan di dalam kajian ilmiah ini.


25 Februari 2010
Ahmad Fitri bin Mohd Rashid,
Kg Gong Badak,
21300 K. Terengganu.
Terengganu Darul Iman.
DAFTAR ISI

KANDUNGAN HALAMAN

PENGAKUAN…………………………………………….………….i

ABSTRAK………………………………………………….………..ii

PENGHARGAAN……………………………………….………….iii

DAFTAR ISI……………………………………………….………..v

SENARAI KEPENDEKAN……………………………………….viii

PENGENALAN………………..…………………………………….1

1 BAB SATU : PENGENALAN DAN DEFINISI

1.1 Pengenalan dan Definisi……..……………………..…………7

1.2 Definisi………………………..……………………..………..8

1.2.1 Definisi Jenayah………………..……...………...……...9

1.2.2 Definisi Samun………………………..………..….……9

1.2.3 Definisi Undang-undang………………….…..…….…10

1.2.4 Definisi Syariah………...…….………….……………..11

1.2.5 Definisi Sivil………………..…………..……………..11

1.3 Pengenalan Undang-undang……………..……..………………..12


1.3.1 Sumber Undang-undang……….………………………13

1.3.2 Sistem Perundangan yang Utama di Dunia…..………..14

1.3.3 Badan Undang-undang…………………...….…….…..17

1.3.3.1 Undang-undang Khusus……...…….…….….17

1.3.3.2 Undang-undang Umum……….……………..18

1.3.3.3 Undang-undag Prosidur……..……………….19

1.3.3.4 Undang-undang Antarabangsa…….……...…19

1.4 Kedudukan Jenayah Dalam Islam…………………….…………20

1.4.1 Kategori Jenayah…………………………...…………..21

1.5 Pengenalan Hadd………………………………….……..………22

1.5.1 Hikmah Hadd…………………………..…….….……..23

1.6 Sejarah Perkembangan Undang-undang di Malaysia…....………24

1.7 Sistem mMahkamah/Kehakiman…………………….....….…….26

2 BAB DUA : JENAYAH SAMUN MENURUT UNDANG-UNDANG

SYARIAH DAN SIVIL

2.1 Pengenalan……………………………………………….....……28

2.2 Jenayah Samun menurut Undang-undang Syariah..……….…….28

2.2.1 Kategori Samun…………………………………....…..29

2.2.2 Syarat Samun………………………………….……….31


2.2.3 Hukuman bagi Jenayah Samun………………….….…32

2.2.4 Pensabitan Hukuman……………………….………….37

2.2.5 Pengampunan…………………………………..………37

2.3 Jenayah samun menurut undang-undang sivil…………..……….39

2.3.1 Kategori Samun………………………………........…..39

2.3.2 Gambaran Kes……………………………….…..…….39

2.3.3 Hukuman bagi Jenayah Samun………………..……….41

3 BAB TIGA : PERBANDINGAN DAN RUMUSAN

3.1 Pengenalan……………………………………………..…….…..48

3.2 Perbandingan Undang-undang……………………….……...…..48

3.3 Kesimpulan…………………………………………..…………..52

3.3.1 Pendahuluan…………………………….…..…….……52

3.4 Rumusan……………………………………………..…………..53

3.5 Penutup………………………………………………..…………56

BIBLIOGRAFI…………………………………………..…………..58
SENARAI KEPENDEKAN

s.a.w : sallallahu ‘alaihiwasallam

s.w.t : subhanahu wa taala

bil. : bilangan

cet. : cetakan

h. : hijrah

hal. : halaman

Jil. : jilid

Juz. : juzuk

m. : masihi

op. cit. : opera citato, tempat, fasal, dan halaman yang sama tetapi

diselangi yang lain

ibid. : ibidem

terj. : terjemahan

t.t. : tanpa tarikh

t.c. : tanpa cetakan

t.p. : tanpa penerbit


JENAYAH SAMUN MENURUT UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN

SIVIL: SUATU KAJIAN PERBANDINGAN

PENGENALAN

“Hanyasanya balasan orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya

serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas

bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau

disalib (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan

dan kaki mereka secara silang (kalau mereka hanya mengganggu

ketenteraman umum). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan

di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang

amat besar”.

PENDAHULUAN

Dunia kini sarat dengan kemajuan. Namun sarat juga dengan kes jenayah.

Lihat saja dada akhbar yang menempatkan pelbagai berita berkaitan masalah

rogol, samun, vandalism, curi, ragut dan lain-lain. Arus kemodenan yang berlaku

kini tidak dapat menjamin terpeliharanya sesebuah negara itu daripada kes

jenayah. Putrajaya ketika mana baru di buka dan diiktiraf oleh kerajaan sebagai

tempat bebas jenayah menjadi pertikaian apabila berlaku kes vandalism.

Sememangnya menjadi kebimbangan masyarakat kini apabila kes sebegini


menjadi kebiasaan kerana kebarangkalian untuk mereka menjadi mangsa adalah

tinggi.

Berdasarkan kajian yang dibuat oleh suratkhabar Nanyang Siang Pau,

hanya 50% mangsa jenayah membuat report polis. ,(Komen Penulis: Dalam kes

kehilangan kad pengenalan atau dokumen penting yang memerlukan salinan

report polis atau melibatkan tuntutan insurans laporan polis terpaksa dibuat).

Secara tidak langsung ini menunjukkan bahawa kes yang berlaku hanyalah

separuh berbanding dengan realiti yang berlaku.

Empat negeri berjaya menurunkan kadar jenayah sepanjang tahun ini, iaitu

di Kuala Lumpur (penurunan 1,264 kes), Perak (219 kes), Melaka (16 kes) dan

Pahang (12 kes).

Sehingga Julai tahun ini pula, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya

menyelesaikan 52,306 kes atau 42.2 peratus kes, iaitu peningkatan 5.7 peratus

berbanding tempoh sama tahun lalu.

Daripada jumlah itu 58.2 peratus adalah kes jenayah kekerasan

membabitkan 9,458 tangkapan, sementara 38.8 peratus membabitkan jenayah

harta benda dengan tangkapan 31,123 orang.

Malah, kes yang diselesaikan di setiap negeri juga melebihi piawaian

ditetapkan Interpol sebanyak 20 peratus dengan catatan 53.1 peratus di Sabah,

diikuti 52 peratus di Kelantan dan 49.2 peratus di Kedah.


1. TAJUK KAJIAN

“Jenayah Samun Menurut Undang-undang Syariah dan Sivil: Suatu Kajian

Perbandingan”.

2. SKOP KAJIAN

Bidang penyelidikan yang dicadangkan ialah berkaitan dengan jenayah samun.

3. Latar Belakang Masalah

Dunia hari ini semakin parah dengan kes jenayah. Malaysia khususnya

juga tidak ketinggalan. Rancangan 3.60 di saluran TV3 sudah cukup menunjukkan

keadaan negara kita pada hari ini. Masalah pelacuran yang semakin meningkat

kadarnya, begitu juga dengan kes jenayah yang lain seperti samun, curi,

vandalism, dan juga samseng jalanan.

Di antara faktor yang menjadi punca kepada masalah ini mengikut

pandangan bekas perdana menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

kes jenayah yang berlaku kini adalah berpunca daripada kelonggaran hubungan

antara ahli keluarga, kemiskinan dan keciciran pelajaran antara punca yang

dikenal pasti menyebabkan seseorang terbabit dalam jenayah.


Walaubagaimanapun, perlu dilihat juga faktor yang lain sebagaimana kata

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar. Beliau berkata masyarakat pada

masa ini terlalu sibuk dengan urusan kerja masing-masing sehingga tidak

menghiraukan langsung perkara yang berlaku di sekitar mereka. Mengikut kajian

yang dilakukan oleh pihak polis pula mengatakan bahawa kekurangan anggota

polis, peralatan polis yang kurang canggih, peralatan penjenayah yang canggih,

korupsi polis dan kekurangan dana.

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji berkenaan undang-undang berkaitan

dengan jenayah. Harapan agar mendapat pengajaran daripada kajian yang

dilakukan.

4. MASALAH KAJIAN

Setiap kajian yang dilakukan pasti behadapan dengan risiko dan masalah-

masalah yang akan dihadapi. Bagi kajian yang penuis lakukan, tidak lari dari

berhadapan dengan masalah. Antara masalah yang dihadapi ialah kesukaran

penulis untuk mencari bahan maklumat yang revelan dengan tajuk kajian. Penulis

terhad kepada penyelidikan dan bahan-bahan ditempat-tempat yang tertentu

sahaja. Penulis mendapatkan maklumat di perpustakaan sebagai rujukan utama

dan hanya bergantung kepada bahan yang sedia ada sahaja.

Antara lain ialah masalah pengurusan masa untuk membuat kajian,

pengurusan dan pengeluaran kos yang perlu dikeluarkan untuk mendapatkan

beberapa buku dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan tajuk kajian.


Permasalahan yang timbul akan menyebabkan kesulitan dan kesukaran dalam

menyiapkan kajian ini. Kesukaran untuk melakuakan proses alih bahasa juga akan

berlaku kerana terdapat rujukan yang digunakan adalah bahasa selain Bahasa

Malaysia.

5. OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti berikut:

1. Mendalami hukum-hukum yang melibatkan jenayah samun dari aspek

undang-undang syariah dan sivil.

2. Mengetahui tentang hukuman yang dikenakan ke atas penjenayah samun.

3. Mengkaji metod-metod yang digunakan dalam menangani masalah

jenayah samun.

4. Mencari jalan penyelesaian terhadap masalah jenyah samun.

5. METODE KAJIAN

Kajian yang dibuat penulis adalah kajian perpustakaan yang mana ia

mengkaji pada sumber-sumber buku dan maklumat yang terdapat di perpustakaan.

Penulis meletakkan kajian jenayah samun dari sudut perbandingan undang-

undang syariah dan sivil.


6.1 Metodologi Kajian

1 Penyelidikan perpustakaan – rujukan dilakukan terhadap bahan-bahan

ilmiah yang terdapat di Perpustakaan Darul Quran JAKIM, Perpustakaan

Negara, Perpustakaan Kuala Lumpur, Perpustakaan Universiti Islam

Antarabangsa dan laman web yang berkaitan dengan tajuk kajian.

2 Analisa data – menggunakan metod analisa data yang diperoleh melalui

sumber rujukan.

3 Metod komparatif – ini digunakan bagi membuat perbandingan dan

perbezaan setiap data atau maklumat yang diperolehi bagi menghasilkan

kesimpulan atau rumusan secara keseluruhan. Setiap masalah yang berlaku

akan dirujuk kembali kepada sumber rujukan.

8. SUSUNAN KAJIAN

Secara asasnya, kajian ini mengandungi tiga bab. Koordinasi kajian adalah

seperti berikut:

1. Bab pertama lebih menjurus kepada definisi dan juga sedikit

pengenalan mengenai undang-undang.

2. Bab kedua pula akan membincangkan mengenai jenayah samun

mengikut perundangan syariah dan sivil satu-persatu.

3. Bab ketiga atau terakhir akan membahaskan mengenai perbandingan

jenayah samun di antara undang-undang syariah dan sivil.


BAB
1
BAB 1

PENGENALAN DAN DEFINISI

1.1 PENGENALAN

Islam telah menggariskan prinsip-prinsip dalam kehidupan manusia demi

mengjaga kemaslahatan umatnya. Al-quran dan Sunah Rasulullah S.A.W menjadi

sumber kepada hukum-hakam Islam. Perundangan juga termaktub di dalam Al-

quran dan Sunah Rasulullah S.A.W. Mafhum sabda Rasulullah S.A.W:

“Sesungguhnya aku telah tinggalkan pada kamu dua perkara

tidak akan kamu sesat selama kamu berpegang dengan

keduanya: iaitu Kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya”.1

Dalam sabda Rasulullah yang masyhur. Ketika Mu’adh bin Jabal diutus

oleh Rasulullah sebagai Gabenor dan Hakim Negeri Yaman, baginda telah

bertanya kepada Mu’adh “Bagaimana kamu akan menghukum apabila timbul satu

pertikaian? Mu’adh menjawab “Saya akan menghukum berdasarkan Al-Quran”.

Baginda bertanya “Bagaimana tidak ada di dalam Al-Quran?” Mu’adh menjawab

“Saya akan berpanda dengan sunnah Rasullah”. Baginda bertanya pula “

Bagimana pula kalau tidak terdapat dalam sunnahku atau dalam Al-Quran?”

Mu’adh menjawab “Saya akan menggunakan ijtihad saya sendiri dan saya akan

berusaha sedaya upaya mengenainya”. Baginda kemudiannya menepuk dada

1
Mustafa ‘Abdul Rahman, (2005), Hadith 40(terj.), Dewan Pustaka Fajar, Selangor.
Mu’adh sambil berkata “Maha sucu Allah yang telah menolong pesuruh-Nya

mendapatkan sesuatu yang menggembirakan pesuruh Allah”2

Mafhum sabda Rasulullah S.A.W:

“Allah telah mewajibkan beberapa perkara, janganlah kamu

abaikannya. Ia telah meletakkan had dan batasan, jangan kamu

melampaui batas. Ia telah mengharamkan beberapa perkara,

jangan kamu jatuh ke dalamnya. Ia telah tidak menyebut

mengenai banyak perkara lain dengan sengaja dan kerana

rahmat-Nya, oleh kerana Ia tidak pernah lupa, jadi jangan

tanya mengenainya.”3

1.2 DEFINISI

Sebelum penulis meneruskan lagi perbincangan, penulis akan menghuraikan

definisi jenayah, samun, undang-undang, syariah dan sivil bagi permulaan

perbincangan di atas tajuk Jenayah Samun Menurut Undang-undang Syariah dan

Sivil: Suatu Kajian Perbandingan.

2
Ahmad Hassan, Sunan Abu Daud, Hadis 1348, Lahore, Pakistan Jil. III.
3
Ibnu Qayyim, I’lam al-Muwaqqi’in, hal. 71-72
1.2.1 DEFINISI JENAYAH

Mangikut kamus dewan edisi ketiga. Perbuatan – kejahatan (seperti mencuri,

merompak, membunuh dan lain-lain) yang salah di sisi undang-undang, perbuatan

salah (di sisi undang-undang), perbuatan kriminal.4

Jenayah dalam bahasa arab ialah jinayat atau jinayah dipetik daripada kata dasar

jana, yajni yang bermaksud melakukan kesalahan5.

Jinayah digunakan bagi merujuk kepada kesalahan yang dilakukan terhadap

tubuh, harta dan maruah.

Istilah menurut para fuqaha pula islah pencerobohan terhadap tubuh yang boleh

dikenakan qisas atau denda. Dengan ini, istilah jenayah menurut fuqaha lebih

kecil skopnya berbanding istilahnya menurut bahasa.6

1.2.2 DEFINISI SAMUN

Mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka, maksud samun di sama ertikan

dengan rompak, samun dan sakal.7 Dimana rompak dimaksudkan sebagai

menyamun dan merampok dan sakal pula perampasan secara paksa (aniaya).

4
Dewan Bahasa dan Pustaka, (1998), Kamus Dewan, Edisi ke-3, Kuala Lumpur.
5
Abd. bin Nuh, Kamus Arab-Melayu-Inggeris, Cetakan Pertama, Kuala Lumpur.
6
Dr. Mustofa al-Khin, (2005) Fiqhul Manhaji, Cetakan Keenam, Dar Al-Qalam, Damsyik, Syria.
7
Dewan Bahasa dan Pustaka, (1998), Kamus Dewan, Edisi ke 3, Kuala Lumpur.
Samun boleh juga di maksudkan sebagai mengangkat senjata untuk mengganggu

ketenteraman rakyat, sama ada membunuh, merompak, memeras dan lain-lain.8

Dalam istilah syariah pula, samun membawa maksud serangan bertujuan

merampas harta, membunuh atau menakutkan dengan cara terang-terangan,

angkuh dan menggunakan kekuatan di kawasan yang terpencil daripada bantuan.

Ia dilakukan oleh mukallaf yang tertakluk kepada undang-undang termasuk ahli

zimmi dan orang murtad.9

Jenayah ini juga boleh dilakukan secara individu atau berkumpulan selagi mana

memenuhi ciri-ciri yang ditetapkan.

Mengikut bahasa Arab pula, pelaku penjenayah ini iaitu perompak dinamakan

sebagai ‘qatta’u al-tariq’ yang bermaksud pemutus jalan. Mereka dinamakan

sedemikian kerana orang ramai terpaksa mengelak melalui jalan tersebut, seolah-

olah mereka benar-benar memutuskan jalan.10

1.2.3 DEFINISI UNDANG-UNDANG

Undang-undang merupakan boleh membawa maksud sebagai manual atau buku

panduan. Fitrah manusia akan mencari dan dengan tersendirinya akan membuat

garis panduan baginya lebih-lebih lagi bagi pemimpin bagi suatu kaum mahupun

negara. Malah, di kampung-kampung ternyata suda wujudnya undang-undang.

Kemajuan tamadun-tamadun lama di dunia bermula dengan garis panduan yang

8
Abul Walid Muhammad bin Ahmad bin Muhammad Ibnu Ruysd, (1989), Bidayatul Mujtahid wa
Nihayatul Muqtashid, Dar al-Jiil, Beirut.
9
Op. Cit.
10
Ibid.
bertepatan dengan keadaan masyarakatnya. Undang-undang secara tepatnya boleh

diertikan sebagai sesuatu peraturan atau keseluruhan yang digubal (dibuat) oleh

kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan.

1.2.4 DEFINISI SYARIAH

Syariah berasal dari perkataan syara’a yang membawa maksud undang-undang.

Menurut kamus dewan edisi ke-3, syariah di maksudkan sebagai hukum Islam;

mahkamah-mahkamah yang mengurus perkara-perkara yang berkaitan dengan

hukum Islam.11

1.2.5 DEFINISI SIVIL

Menurut kamus dewan, sivil diertikan sebagai yang berkaitan dengan orang awan

atau orang biasa, yang berkaitan dengan rakyat sebagai orang perseorangan.12

Makna yang lain pula boleh di ertikan kepada dua. Yang pertama, undang-undang

sivil merujuk kepada sistem undang-undang, maka ia adalah undang-undang

berdasarkan undang-undang roman yang diamalkan dikebayakan negara negara

eropah.13

11
Op. Cit
12
Op. Cit
13
http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang
Makna kedua pula nama umum kepada sekumpulan undang-undang yang

mengawal hak dan tanggungan (liabiliti) sivil antara individu dengan individu,

individu dengan masyarakat dan masyarakat dengan individu.14

1.3 PENGENALAN UNDANG-UNDANG

Undang-undang dalam politik dan perundangan, merupakan satu sistem

peraturan atau norma yang cuba diikuti oleh ahli-ahli masyarakat. Biasanya ini

adalah peraturan sesuatu negara. Jika peraturan-peraturan ini dilanggar, orang

yang melanggar peraturan tersebut mungkin dihukum atau didenda oleh

mahkamah/polis. Peraturan ini biasanya dibuat oleh pemerintah negara tersebut

demi menjaga kemaslahatan hidup rakyat agar rakyatnya boleh hidup, bekerja dan

bersosial antara satu sama lain.

Undang-undang secara lazimnya ditadbir oleh suatu sistem mahkamah

dimana hakim (kadangkala dengan bantuan juri atau lay magistrate) mendengar

pertikaian diantara pihak, dan mengaplikasi satu set peraturan untuk memastikan

satu keputusan yang adil. Cara dimana undang-undang ditadbir dipanggil sistem

perundangan, yang lazimnya berkembang mengikut adat-adat sendiri sesebuah

negara.

Kebanyakan negara mengharapkan polis untuk menguatkuasakan undang-

undang. Pegawai polis lazimnya harus terlatih dalam penguatkuasaan undang-

undang sebelum mereka dibenarkan melakukan sesuatu dibawah warna undang-

14
Ibid
undang, untuk mengeluarkan amaran berbentuk undang-undang dan petikan,

untuk mengarahkan satu pencarian atau apa-apa lagi waran membuat

penangkapan.

Pengamal undang-undang lazimnya mesti mendapat latihan secara

professional dalam undang-undang sebelum mereka dibenarkan mewakili satu

pihak dalam satu mahkamah undang-undang, merangka dokumen undang-undang,

atau memberi bantuan guaman.

1.3.1 SUMBER UNDANG-UNDANG

Di kebanyakan negara di dunia, undang-undang yang tertinggi ialah dalam

bentuk Akta Parlimen. Di peringkat kerajaan negeri dan tempatan pula terdapat

undang-undang seperti undang-undang negeri dan undang-undang kecil. Di

bawahnya pula ialah satu sumber undang-undang yang dikenali sebagai "Common

Law"15 yang berasal dari United Kingdom dan lazimnya digunakan di negara-

negara Komanwel. Selain itu, di negara-negara Islam terdapat pula undang-

undang syariah berdasarkan Al-Quran dan hadis. Sumber undang-undang yang

lain termasuklah adat istiadat dan agama.16

15
International Law Book Service, (2006), Malaysia Kita, Direct Art Company, Kuala Lumpur.
16
Dr. Wahbah al-Zuhaili, (terj.) (1997), Fiqh & Perundangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
1.3.2 SISTEM PERUNDANGAN YANG UTAMA DI DUNIA

Terdapat beberapa system undang-undang di dunia, antaranya ialah:

1. Sistem perundangan Common Law. Sistem perundangan Common Law

adalah tradisi Inggeris berdasarkan keputusan-keputusan mahkamah yang

dulu mengikat kes-kes seterusnya dengan pengamalan doktrin stare

decisis17. Perlulah difahami bahawa istilah Common Law adalah istilah

teknikal dan bukan merujuk kepada makna literal. Sistem ini sekarang

diamalkan di Ireland18, United Kingdom19, Australia20, New Zealand21,

Afrika Selatan22, Kanada23 (tidak termasuk Quebec), dan Amerika

Syarikat) (negeri Louisiana menggunakan kedua-dua common law dan

sistem perundangan sivil Napoleon). Sebagai tambahan, negara-negara

lain seperti Malaysia, Pakistan, India dan Nigeria beroperasi berdasarkan

campuran common law dengan undang-undang adat istiadat dan agama

tempatan.24

2. Sistem perundangan Sivil. Sistem perundangan sivil adalah undang-

undang berkod yang mengunapakai satu sistem peraturan komprehensif

yang diaplikasi dan ditafsir oleh para hakim. Ia merupakan sistem

perundangan yang paling meluas pengamalannya di seluruh dunia dengan

17
http://ms.wikipedia.org/wiki/Stare_decisis
18
http://ms.wikipedia.org/wiki/Ireland
19
http://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdom
20
http://ms.wikipedia.org/wiki/Australia
21
http://ms.wikipedia.org/wiki/New_Zealand
22
http://ms.wikipedia.org/wiki/Afrika_Selatan
23
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanada
24
http://ms.wikipedia.org/wiki/Negara
60% daripada penduduk dunia menduduki negara yang ditadbir oleh

sistem perundangan sivil.

Apabila undang-undang sivil dirujuk sebagai sistem perundangan, maka

konsepnya perlulah dibezakan dengan istilah undang-undang sivil (yang

merujuk kepada jenis undang-undang) di dalam sesebuah negara. Sistem

perundangan sivil adalah merujuk kepada sistem perundangan yang

berasal daripada sistem perundangan Roman. Sistem perundangan ini

diamalkan di kebanyakan negara Eropah. Manakala istilah undang-undang

sivil (yang bukan merujuk kepada sistem) adalah merupakan undang-

undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat seperti

undang-undang kontrak, undang-undang tanah dan sebagainya. Selalunya

undang-undang yang mengawal kegiatan sivil sesebuah masyarakat

dibezakan dengan undang-undang jenayah. Perbezaan paling ketara sistem

perundangan sivil dengan common law adalah bahawa secara lazimnya,

hanya enakmen legislatif adalah mengikat dari segi undang-undang, tetapi

bukan kes-kes duluan, kecualilah satu perkara yang serupa telah

diputuskan oleh mahkamah yang lebih tinggi. Tetapi sebagai satu

pengamalan yang praktikal, mahkamah-mahkamah biasanya mengikut

keputusan mereka yang lalu. Tambahan pula, dalam sesetengah sistem

perundangan sivil (sebagai contoh di Jerman25), tulisan para cendekiawan

undang-undang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas mahkamah-

mahkamah. Dalam kebanyakan bidang kuasa pusat undang-undang khusus

adalah kodifikasi dalam bentuk kod sivil, tetapi di sesetengah bidang

seperti di Scotland, mereka tidak pula dikodifikasikan. Sistem

25
http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerman
perundangan sivil sebagaimana diceritakan di atas mempunyai asas dalam

undang-undang Rom, yang mana diamalkan oleh para cendakiawan dan

mahkamah daripada zaman pertengahan Eropah. Kebanyakan sistem

moden kini berbalik kepada gerakan kodifikasi pada abad ke-19. Kod sivil

kebayakan negara, terutamanya bekas jajahan Perancis dan Sepanyol

menyerupai Code Napoléon dalam sesetengah hal akan tetapi tidak untuk

kawasan di Eropah timur, Eropah tengah, Scandinavia dan negara-negara

Asia timur. Diberitakan juga bahawa BGB Jerman diolah daripada

undang-undang Rom dan tradisi perundangan Jerman sendiri, dan adalah

satu pengaruh kepada kod sivil dalam negara lain. Kepentingan Code

Napoléon tidaklah boleh diperbesarkan kerana ia hanya merangkumi

sesetengah cabang undang-undang khusus, dimana kod-kod lain pula

mentadbir undang-undang koperat, undang-undang cukai dan undang-

undang perlembagaan.

3. Sistem perundangan Sosialis. Sistem perundangan Sosialis (kadangkala

dirujuk sebagai sistem perundangan Komunis) pula telah diamalkan di

kebanyakan negara-negara komunis seperti bekas Kesatuan Republik

Sosialis Soviet dan China akan tetapi sama seperti ideologinya semakin

pudar dan lenyap ketulenannya. Kedua negara yang disebut ini kini lebih

cenderung kepada perundangan sivil seperti kebanyakan negara lain.


1.3.3 BADAN UNDANG-UNDANG

Dalam istilah yang paling meluas, badan undang-undang boleh di

bahagikan di atas dasar di mana siapakah pihak-pihak kepada satu tindakan.

Adalah selalu untuk bidang perundangan yang kelihatan berbeza mempunyai

pertindanan. Antaranya adalah undang-undang khusus, undang-undang umum,

undang-undang prosidur dan undang-undang antarabangsa.

1.3.3.1 UNDANG-UNDANG KHUSUS

Cabang undang-undang khusus dalam satu sistem perundangan

merangkumi undang-undang yang mengawal pertikaian antara individu peribadi

(bukan negara). Cabang ini adalah cabang paling komprehensif undang-undang

kerana berkait dengan semua kecederaan bukan jenayah yang dilakulan oleh

seseorang kepada orang yang lain. Undang-undang khusus boleh merujuk kepada

undang-undang sivil, tetapi tidak boleh dikelirukan dengan sistem perundangan

sivil yang diamalkan ramai negara.

Undang-undang antarabangsa khusus adalah lanjutan pertikaian diantara

individu yang merentasi persimpadanan. Ia merangkumi kesemua kontrak

perdagangan seperti bil-bil muatan (untuk perkapalan) dan hak-hak individu

seperti warisan harta. Elemen penting undang-undang antarabangsa khusus masih

belum dikodifikasikan (sebagai contoh lex situs - tempat wajar pemilikan harta)
tetapi telah diiktiraf pelbagai negara dengan itu masih wujud sebagai undang-

undang adat.

Apabila tafsiran undang-undang antarabangsa khusus berlainan antara

bidang-bidang kuasa, muncullah konflik undang-undang.

1.3.3.2 UNDANG-UNDANG UMUM

Cabang undang-undang umum secara umumnya adalah undang-undang

dalam suatu sistem perundangan yang merangkumi organisasi undang-undang

pelbagai cabang kerajaan dan institusi negara. Di samping pertikaian diantara

negara dan individu yang bermastautin dalam negara berkenaan. Negara boleh

membawa tindakan undang-undang ke atas orang untuk perbuatan jenayah yang

mereka lakukan, disamping pelanggaran undang-undang regulasi. Undang-undang

umum boleh dibahagikan kepada tiga kategori; undang-undang Pentadbiran,

Perlembagaan dan Jenayah.

Berdasarkan prinsip yang sama, individu juga boleh menyaman kerajaan

untuk sebarang kesalahan yang ia timbulkan ke atasnya. Ini termasuklah dasar

pelanggaran regulasi, legislasi dalam perkara yang tidak menjadi bidang mereka,

atau pelanggaran hak seseorang individu. Poin kedua-dua yang akhir ini biasanya

diberi perlindungan dibawah perlembagaan satu negara.


1.3.3.3 UNDANG-UNDANG PROSIDUR

Undang-undang prosidur ialah undang-undang mengenai perundangan

yang berkait dengan proses undang-undang. Ini merangkumi siapa yang boleh

mendapat akses kepada sistem kehakiman, bagaimana suatu bantahan dihantar,

dan apakah hak-hak pihak yang terlibat. Secara lazimnya, undang-undang ini di

bawah suatu kod prosidur sivil dan kod prosidur jenayah sesuatu negara. Akan

tetapi ini juga merangkumi bukti yang menentukan apakah cara yang boleh

digunakan untuk membuktikan fakta.

1.3.3.4 UNDANG-UNDANG ANTARABANGSA

Undang-undang antarabangsa merupakan undang-undang di antara satu negara

dengan negara yang lain, atau di antara individu dari satu negara dengan individu

negara yang lain, atau organisasi antarabangsa. Kedua-dua sumber utama cabang

ini adalah undang-undang adat istiadat dan triti.


1.4 KEDUDUKAN JENAYAH DALAM ISLAM

Sebarang jenayah terhadap tubuh adalah haram menurut syarak. Oleh itu,

sebarang serangan atau tindakan terhadap tubuh yang menyebabkan kesakitan

kepada tubuh badan tidak dibenarkan.

Firman Allah s.w.t:

4 $\↔sÜyz ωÎ) $·ΖÏΒ÷σãΒ Ÿ≅çFø)tƒ βr& ?ÏΒ÷σßϑÏ9 šχ%x. $tΒuρ

Maksudnya : “Dan tidak harus sama sekali bagi seorang

mukmin membunuh seorang mukmin yang lain kecuali dengan

tidak sengaja”.26

(Surah an-Nisa’ 4 : 92)

Ini bermakna seorang mukmin tidak seharusnya membunuh. Firman Allah s.w.t

lagi:

$pκÏù #V$Î#≈yz ÞΟ¨Ψyγy_ …çνäτ!#t“yfsù #Y‰ÏdϑyètG•Β $YΨÏΒ÷σãΒ ö≅çFø)tƒ tΒuρ

∩⊂∪ $VϑŠÏàtã $¹/#x‹tã …çµs9 £‰tãr&uρ …çµuΖyès9uρ ϵø‹n=tã ª!$# |=ÅÒxîuρ

26
Ahmad Mustafa al-Maraghiy (terj.), (2001), Tafisir al-Maraghiy, Jil. 3, Juz. 5&6, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Maksudnya :“Dan sesiapa yang membunuh seorang mukmin

dengan sengaja, maka balasannya ialah neraka jahanam, kekal

dia di dalamnya, dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya

serta menyediakan baginya azab seksa yang besar”.27

(Surah an-Nisa 4 :93)

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Tidak halal darah seorang Islam yang mengakui bahawa tiada Tuhan melainkan

Allah dan saya adalah utusan Allah, melainkan kerana salah satu daripada tiga

perkara; janda yang berzina, nyawa dengan nyawa serta orang yang meninggalkan

agamanya dan berpisah daripada jamaah muslimin.

‘Janda yang berzina’ dalam hadis merangkumi lelaki dan perempuan yang pernah

berkahwin. ‘Orang yang meninggalkan agama dan berpisah daripada jamaah

muslimin’ ialah orang murtad.

1.4.1 KATEGORI JENAYAH

Menurut syarak, jenayah boleh dikategorikan kepada dua:

1. Serangan yang menyebabkan kehilangan nyawa iaitu tubuh.

27
Ibid.
2. Serangan yang mengakibatkan kecederaan pada anggota badan tanpa

membabitkan nyawa seperti potong tangan, mencungkil mata, memotong

telinga, hidung dan sebagainya.

Kategori setiap kesalahan berlainan mengikut jenayah yang dilakukan oleh

seseorang.

1.5 PENGENALAN HADD

Hadd adalah perkataan bahasa arab yang bermaksud larangan. Disebut juga

hukuman sebagai hudud, kerana keadaannya yang dilarang daripada melakukan

kesalahan yang menyebabkan akan menerima padah tersebut. Hudud Allah s.w.t.

ialah perkara-perkara yang diharamkan, dilarang dan yang berdasarkan dalil:

4 $yδρ߉tG÷ès? Ÿξsù «!$# ߊρ߉ãn y7ù=Ï?

Maksudnya : “itulah aturan-aturan hukum Allah maka

janganlah kamu melanggarnya..28”

(Surah al-Baqarah 2 : 229)

28
Tafsir Pimpinan ar-Rahman, (2001) Darul Fikir, Kuala Lumpur.
Hadd dari isltilah syara’ membawa maksud pembalasan atau hukuman yang

ditentukan dan wajib sebagai hak Allah s.wt. sebaliknya, dinamakan takzir

sebagai hadd kerana ia tidak ditentukan hukumannya jika di lihat dari pandangan

mazhab Hanafi.

1.5.1 HIKMAH HADD

Antara hikmah hadd ialah mencegah manusia dan menahan manusia daripada

mendekati kesalahan-kesalahan tersebut, memelihara masyarakat daripada rosak

dan menyucikan daripada dosa dan noda. Ibnu Taimiyah berpendapat bahawa

antara rahmat Allah s.w.t. ialah Allah s.w.t. mensyariatkan hukuman jenayah yang

berlaku antara manusia, sebahagian mereka ke atas sebahagian yang lain pada

jiwa, tubuh badan, harta benda, kehormatan pembunuhan, pencederaan, menuduh

zina, mencuri. Maka Allah s.w.t. telah menghukum bentuk-bentuk tegahan unutk

menahan dan mensyariatkan hukuman dalam bentuk sebaik-baiknya, yang

engandungi kemaslahatan, tegahan dan pembasmian, di samping tidak melampaui

kadar yang sepatutnya ditanggung oleh penjenayah daripada tegahan itu. Oleh

sebab itu, Allah s.w.t. tidak mensyariatkan hukuman berbohong dengan

memotong lidah dan tidak pula dibunuh, hukuman berzina tidak pula disembelih,

hukuman mencuri tidak pula dibunuh. Sebaliknya Allah s.w.t mensyariatkan

kepada mereka tentang hukuman tersebut dengan memastikan keehsanan dan

keadilan-Nya agar menghilangkan bala atau celaka dan melenyapkan kezaliman

dan permusuhan dan semua insan berpuas hati dengan apa yang dikurniakan oleh
Malik dan Khaliqnya. Dengan itu, manusia tidak sewenang-wenangnya merampas

hak orang lain.

1.6 SEJARAH PERKEMBANGAN UNDANG-UNDANG DI MALAYSIA

Bermulanya kegemilangan Tanah Melayu ialah semasa bermulanya era

kesultanan melayu Melaka. Dalam sejarah Tanah Melayu tercatat bahawa

Parameswara merupakan putera dari Palembang dan pernah memerintah Kerajaan

Srivijaya namun melarikan diri ke Tanah Melayu ketika Kerajaan Srivijaya

ditawan oleh Kerajaan Majapahit. Parameswara melarikan diri ke Tanah Melayu

kerana enggan tunduk kepada kuasa Kerajaan Majapahit. Pada tahun 1400,29

sejarah melayu mencatatkan bahawa Parameswara telah membuka Negeri Melaka

dan Parameswara ketika itu bergelar Raja Iskandar Shah. Sistem pentadbiran yang

digunakan oleh beliau ialah system pentadbiran Kerajaan Srivijaya.

Bermula dari sinilah Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan dan pusat

persinggahan pedagang-pedagang China, India dan Arab. Di sinilah bermula

kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka dan Empayar Melaka iaitu di sekitar

abad ke-14 dan 15. Penemuan batu bersurat di Kuala Berang,30 Terengganu yang

bertarikh 1303 masihi menunjukkan bahawa tercatat hukum-hakam Islam di

atasnya. Di Melaka, agama Islam dijadikan sebagai agama rasmi dan disebarkan

ke seluruh pelusuk Tanah Melayu. Kebanyakan sistem yang digunakan untuk

29
Siti Zuraina Abdul Majid, (1993), Sejarah Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
30
Ibid.
mentadbir diceduk daripada hukum-hakam islam yang dikenali sebagai Hukum

Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka atau disebut juga sebagai

Undang-undang Pebian. Undang-undang ini mengandungi 44 fasal atau bab yang

mengandungi pelbagai aspek undang-undang seperti kedudukan raja dan tugas

pembesar Melaka, berkeluarga, peraturan rasmi di istana, hukuman ke atas orang

yang menderhaka dan mencuri, dan cara menyambut kedatangan pembesar luar

negeri.31

Fasal pertama dalam Undang-undang Melaka menyebut tugas utama

seorang sultan ialah “Hendaklah raja-raja menggantikan orang besar-besar akan

gantinya, supaya tiada datang masyghul kepadanya”. Bermaksud, baginda

hendaklah melantik pembesar-pembesar untuk membantu baginda dalam

menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri. Undang-undang Melaka juga

menetapkan hukuman terhadap kesalahan sivil dan jenayah. Sebagai contoh,

pemilik binatang ternakan yang membiarkan binatang ternakannya berkeliaran

dan memusnahkan tanaman orang lain akan didenda. Si pencuri pula akan

dihukum sama ada mengikut undang-undang adat atau undang-undang Islam.

Sekitar abad ke-17, british datang menjajah Tanah Melayu dan mengambil

alih pentadbiran seluruh Tanah Melayu32. Termasuklah sistem undang-undang.

Mahkamh sivil telah diwujudkan atas nasihat pihak berkuasa British. Undang-

undang inggeris telah dimasukkan melalui perundangan dan keputusan-keputusan

mahkamah sivil yang diketuai oleh hakim-hakim British. Mahkamah kadi pula

telah diletakkan pada kedudukan yang paling bawah. Selepas Tanah Melayu

31
International Law Book Service, (2006), Malaysia Kita, Direct Art Company, Kuala Lumpur.
32
Ibid.
menemui kemerdekaan, sistem perundangan di ubah menjadi campuran di antara

keduanya.33

1.7 SISTEM MAHKAMAH/KEHAKIMAN

Rajah 1

Rajah di atas menunjukkan tata tingkat


ti mahkamah di Malaysia.34
mahkamah-mahkamah

Selain daripada mahkamah-mahkamah


mahkamah atasan dan mahkamah-mahkamah
mahkamah rendah,

33
Op. Cit.
34
http://www.skzcchambers.com/
terdapat juga tiga lagi mahkamah yang mempunyai pentadbiran yang berbeza

daripada mahkamah-mahkamah di atas seperti:

a) Mahkamah Syariah yang mempunyai bidang kuasa terhadap populasi

rakyat beragama Islam yang menyentuh isu-isu agama dan keluarga.35

b) Mahkamah Perusahaan yang mengendalikan pertikaian perhubungan

perindustrian.36

c) Mahkamah Asli di Sabah dan Sarawak yang mengendalikan perkara-

perkara penduduk asal.37

Bahasa Inggeris pada mulanya adalah bahasa rasmi yang digunakan di

mahkamah-mahkamah di Malaysia.38 Pada tahun 1963, apabila Bahasa Malaysia

diperkenalkan secara rasmi sebagai bahasa kebangsaan negara, mahkamah-

mahkamah dikecualikan menggunakan Bahasa Malaysia.39 Akan tetapi pada 11

hari bulan Julai 1990 terdapat pemindaan Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta

32) (Pindaan pada 1971). Bahasa Malaysia telah mengambil alih Bahasa Inggeris

sebagai bahasa rasmi dan digunakan di dalam semua mahkamah di Malaysia

Barat. Akta yang dipinda menyatakan Bahasa Inggeris akan digunakan di

mahkamah di Malaysia Barat apabila diperlukan untuk kepentingan hak-hak

keadilan. Sebaliknya, Malaysia Timur masih lagi menggunakan Bahasa Inggeris

sebagai bahasa rasmi di mahkamah-mahkamah.

35
Ibid.
36
Ibid.
37
Ibid.
38
Siti Zuraina Abdul Majid, (1993), Sejarah Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala
Lumpur.
39
Ibid.
BAB
2
Bab 2
JENAYAH SAMUN MENURUT UNDANG-UNDANG SYARIAH DAN

SIVIL

2.1 PENGENALAN

Dalam bab ini, penulis akan menghuraikan mengenai jenayah samun satu persatu

mengikut perundangan syariah dan perundangan sivil. Dalam bab ini akan

diterangkan mengenai bagaimana jenayah samun boleh berlaku, hukuman dan

juga kategori jenayah samun mengikut undang-undang syariah dan juga undang-

undang sivil.

2.2 JENAYAH SAMUN MENURUT UNDANG-UNDANG SYARIAH

Perompak atau penyamun atau orang yang melakukan pencerobohan ganas

ialah setiap orang yang darahnya terpelihara sebelum dia melakukan

pencerobohan itu sebgai seorang muslim ataupun kafir zimmi. Mengikut

pandangan jumhur, pencerobohan ganas atau samun ini ialah setiap perbuatan

yang bertujuan untuk mengambil harta kepuyaan orang lain dengan kekerasan

semasa pemiliknya dalam keadaan biasa dan tidak sempat meminta pertolongan.
Dalil perundangan berdasarkan firman Allah s.w.t.:

’Îû tβöθyèó¡tƒuρ …ã&s!θß™u‘uρ ©!$# tβθç/Í‘$ptä† tÏ%©!$# (#äτℜt“y_ $yϑ¯ΡÎ)

óΟÎγƒÏ‰÷ƒr& yì©Üs)è? ÷ρr& (#þθç6¯=|Áム÷ρr& (#þθè=−Gs)ムβr& #·Š$|¡sù ÇÚö‘F{$#

šÏ9≡sŒ 4 ÇÚö‘F{$# š∅ÏΒ (#öθx(Ψム÷ρr& A#≈n=Åz ôÏiΒ Νßγè=ã_ö‘r&uρ

íΟŠÏàtã ë>#x‹tã ÍοtÅzFψ$# ’Îû óΟßγs9uρ ( $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû Ó“÷“Åz óΟßγs9

∩⊂⊂∪

Maksudnya: “Sesungguhnya balasan (yang setimpal) bagi orang-

orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya dan berusaha

melakukan kerosakan di muka bumi ialah mereka dihukum bunuh

atau dihukum salib atau dipotong tangan dan kaki mereka secara

berselang atau dibuang negeri demikianlah mereka mendapat


kehinaan di dunia dan di Akhirat kelak mereka akan menperolehi

azab yang amat besar.40

(Surah al-Maidah 5:33)

2.2.1 KATEGORI SAMUN

Bersepakat ulama’ mengatakan bahawa orang yang membunuh dan mengambil

harta diwajibkan hukuman had ke atasnya.

Mengikut perundangan Syariah menurut mazhab syafie. Samun di bahagikan

kepada 4 kategori.41

1. Penjenayah yang membunuh dan merompak harta.

2. Penjenayah yang membunuh sahaja dan tidak merompak harta.

3. Penjenayah yang merompak dan tidak mengancam nyawa.

4. Penjenayah yang menakut-nakutkan orang ramai tanpa mengancam nyawa

atau harta.

Pelaku jenayah yang paling berat di antara di atas ialah mereka yang merompak

dan membunuh. Sementara yang paling ringan di antara di atas ialah mereka yang

sekadar menakut-nakutkan tanpa mengancam nyawa atau harta.42

40
Sayyid Qutb, (1977), Fi Zilal al-Quran,al-Shuruq, Beirut.
41
Dr. Mustofa al-Khin, (2005) Fiqhul Manhaji, Cetakan Keenam, Dar Al-Qalam, Damsyik, Syria.
42
Ibid.
2.2.2 SYARAT SAMUN

1. Siapa sahaja yang melakukan perampasan boleh dianggap sebagai

penyamun sama ada secara berkumpulan atau secara individu.

Menurut pandangan Imam Abu Hanifah43 dan Ahmad44, dengan

anggapan tersebut berlaku dengan syarat bahawa perampasan itu

dilakukan secara bersenjata. walaubagaimanapun dalam mazhab Syafie

dan dzahiri tidak ada syarat seperti itu.

2. Menurut mazhab Hanafi45, Hambali46 dan Dzahiri47, sama ada

seseorang itu melakukan atau menyebabkan berlakunya perampaasn,

dia boleh dianggap sebagai penyamun yang akan tertakluk hanya

hukum menyamun. Tetapi bagi imam Syafie48, istilah penyamun

disebut orang yang melakukan perampasan sahaja. Adapun orang yang

menyebabkan berlakunya perampasan tidak disebut sebagai penyamun

dan hanya boleh dikenakan hukuman takzir sahaja.

3. Menurut kebanyakan mazhab fiqh, hukuman ke atas kesalahan

menyamun ini boleh dikenakan ke atas lelaki atau perempuan. Cuma

43
Al-Kasani, ‘Ala’ud-Din Abu Bakr Ibnu Mas’ud (tt.), Bada’I as-Sana’I Fi Tartib as-Syar’I, al-
Jamaliah, Kaherah.
44
Mansur ibn Yunus ibn Idris (tt.), Kassyaf al-Qina’ ‘An Matn al-Iqna’, al-‘Asr Hadis, Riyadh.
45
Al-Kasani, ‘Ala’ud-Din Abu Bakr Ibnu Mas’ud (tt.), Bada’I as-Sana’I Fi Tartib as-Syar’I, al-
Jamaliah, Kaherah.
46
Mansur ibn Yunus ibn Idris (tt.), Kassyaf al-Qina’ ‘An Matn al-Iqna’, al-‘Asr Hadis, Riyadh.
47
Ibnu Hazm, Abu Muhammad Ali (tt.), al-Ihkam Fi Usul al-Ahkam, as-Saadah, Kaherah.
48
Abu Ishak Ibrahim. (tt.), Al-Muhazzab, al-Babi, Kaherah.
da satu riwayat dalam mazhab Hanafi49 yang mengatakan bahawa

penyamun perempuan tidak bole dikenakan hukuman hudud.

4. Barang-barang yang disamun hendaklah memenuhi syarat-syarat yang

sama dengan syarat-syarat yang dicuri, iaitu mestilah mencukupi nisab.

Menurut mazhab Hanafi50 dan Syafie yang dimaksud dengan cukup

nisab di sini ialah bagi setiap orang, kalau sekiranya mereka itu ramai.

Tetapi, mazhab Hambali51, maksudnya ialah satu nisab sahaja secara

beramai-ramai. Walau bagaimanapun, syarat ini tidak dikenakan dalam

mazhab Maliki.

2.2.3 HUKUMAN BAGI JENAYAH SAMUN

Untuk menjatuhkan hukuman kepada mereka yang melakukan jenayah

samun ini terdapat beberapa syarat:

1. Orang yang melakukan jenayah tersebut hendaklah mukallaf.

2. Orang yang melakukan jenayah ini membawa senjata.

3. Lokasi kejadian jauh dari orang ramai.

4. Jenayah rompak tersebut hedaklah secara terang-terangan.

49
Al-Kasani, ‘Ala’ud-Din Abu Bakr Ibnu Mas’ud (tt.), Bada’I as-Sana’I Fi Tartib as-Syar’I, al-
Jamaliah, Kaherah.
50
Ibid.
51
Abu Abdullah, (1969), Al-Mughni, Maktabah al-Qahirah, Kaherah.
Adapun untuk syarat ketiga mempunyai khilaf ulama’. Syarat ini

bertepatan dengan pandangan daripada Abu Hanifah, Tsauri, dan Ishak.

Sebahagian ulama’ yang lainnya berpandangan bahawa lokasi tidak diperlukan

kerana ayat mengenai samun adalah umum. Boleh berlaku di padang atau di

tempat orang ramai.52

Beralih kepada hukuman yang dikenakan kepada orang yang melakukan

jenayah samun. Mengikut pandangan jumhur imam mazhab Imam Syafie53,

hukuman bagi mereka yang melakukan jenayah samun ialah:

1. Yang membunuh dan merompak akan dihukum bunuh dan kemudian

disalib selama 3 hari di tempat tinggi seperti kayu atau sebagainya.

2. Mereka yang membunuh sahaja akan dihukum bunuh tanpa disalib.

Keluarga mangsa untuk kes ini tidak boleh memberi pengampunan

kerana hukuman ini adalah hak Allah.

3. Mereka yang merompak sahaja akan dihukum potong tangan dan kaki

secara bersilang. Di sini membawa maksud, tangan kanannya akan

dipotong pada pergelangan tangan dan pada pergelangan kaki kirinya.

Sekiranya jenayah tersebut diulang, si penjenayah akan dihukum pula

dengan memotong tangan kanan dan kiri kakinya.

52
Sayyid Sabiq (terj.), (1990), Fiqh Sunnah, Pustaka al-Azhar, Bandung.
53
Dr. Mustofa al-Khin, (2005) Fiqhul Manhaji, Cetakan Keenam, Dar Al-Qalam, Damsyik, Syria.
4. Mereka yang hanya menakut-nakutkan tanpa merompak dan

membunuh dakan dihukum mengikut hukuman ta’zir seperti buang

negeri, penjara atau sebagainya. Hukuman tersebut bergantung kepada

pemerintah dan pengampunan boleh diberi jika perlu.

Adapun pandangan ulama’ Syafie menyamai dengan pandangan Imam

Ahmad dan Ibnu Abbas mengenai hukuman ke atas mereka yang melakukan

jenayah samun ini. Pandangan ini juga mempunyai sedikit persamaan dengan

pandangan daripada Imam Hanafi.54

Bagi pandangan Abu Hanifah55 dan Ahmad56, mereka mempunyai

persamaan dalam member hukuman kepada penyamun yang merampas harta

sahaja. Berlainan dengan pandangan imam Malik57 yang berpandangan bahawa

hukuman bagi perbuatan menyamun harta ialah apa sahaja jenis hukuman yang di

sebut dalam ayat hukum yang telah diterangkan oleh penulis sebentar tadi

melainkan hukuman buang negeri kerana jenayah samun ini adalah satu kesalahan

yang berat. Bagi penyamun yang melakukan perbunuhan pula sama sahaja dengan

pandangan imam Syafie.

Menurut imam Abu Hanifah58, bagi penyamun yang melakukan kedua-dua

perbuatan (merampas harta dan membunuh) hukumannya ialah sama ada potong

tangan dan kakinya terlebih dahulu dan kemudiannya dibunuh dn disalib atau

54
Syeikh Ahmad Muhammad ‘Assaf, (terj.), (1993) Al-Halal wal Jaram Fil Islam, CV. Asyifa’
55
‘Ala’ud-Din Abu Bakr Ibnu Mas’ud (tt.), Bada’I as-Sana’I Fi Tartib as-Syari’, al-Jamaliah.
Kaherah.
56
Abu Abdullah, (1969), al-Mughni, Maktabah al-Qahirah, Kaherah.
57
Abu al-Walid Muhammad Ibn Ahmad al-Qurtubi, (1966) Bidayah al-Mujtahid wa nihayah al-
Muqtasid, Maktabah al-Kulliyah al-Azhariah, Kaherah.
58
‘Ala’ud-Din Abu Bakr Ibnu Mas’ud (tt.), Bada’I as-Sana’I Fi Tartib as-Syari’, al-Jamaliah.
Kaherah.
terus dibunuh sahaja tanpa dipotong tangan dan kakinya terlebih dahulu, atau

disalib terlebih dahulu kemudian dibunuh tanpa dipotong tangan dan kakinya.

Pandangan ini berbeza dengan imam Syafie dan Ahmad. Manakala, bagi imam

Malik59 pula. Hukumannya ialah sama ada disalib atau dibunuh sahaja.

Sebahagian ulama’ yang lain pula berpendapat bahawa pemerintah boleh

berijtihad dalam menghadapi kes rompak.60 Akan tetapi, sekiranya berlaku

pembunuhan di dalam perampasan tersebut maka pilihannya hanyalah antara dua

hukuman sahaja, iaitu sama ada dihukum bunuh sahaja atau dihukum bunuh dan

disalib.

Perselisihan pendapat ini berpunca dari pertelingkahan mereka dalam

menafsirkan perkataan “au” (‫ )أو‬di dalam firman Allah s.w.t:

’Îû tβöθyèó¡tƒuρ …ã&s!θß™u‘uρ ©!$# tβθç/Í‘$ptä† tÏ%©!$# (#äτℜt“y_ $yϑ¯ΡÎ)

óΟÎγƒÏ‰÷ƒr& yì©Üs)è? ÷ρr& (#þθç6¯=|Áム÷ρr& (#þθè=−Gs)ムβr& #·Š$|¡sù ÇÚö‘F{$#

šÏ9≡sŒ 4 ÇÚö‘F{$# š∅ÏΒ (#öθx(Ψム÷ρr& A#≈n=Åz ôÏiΒ Νßγè=ã_ö‘r&uρ

59
Dr. Wahbah al-Zuhaili, (terj.) (1997), Fiqh & Perundangan Islam, Dewan Bahasa dan Pustaka,
Kuala Lumpur.
60
Ibid.
íΟŠÏàtã ë>#x‹tã ÍοtÅzFψ$# ’Îû óΟßγs9uρ ( $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû Ó“÷“Åz óΟßγs9

∩⊂⊂∪

Bagi mereka yang menafsirkan au di dalam ayat di atas sebagai

menerangkan dan menjelaskan, mereka membuat kesimpulan bahawa setiap jenis

perbuatan dan perlakuan di dalam tindakan menyamun itu mempunyai hukuman

tertentu yang berbeza antara satu sama lain. Manakala bagi mereka yang

menafsirkan perkataan au sebagai member pilih, mereka berpendapat bahawa

pihak pemerintah mempunyai kuasa untuk memilih mana-mana hukuman sahaja

bagi setiap perlakuan berkenaan dengan syarat-syarat di atas tadi.

Adapun setiap hukuman ini bukanlah untuk memberi hukuman semata

akan tetapi pengajaran kepada orang ramai di samping memperlihatkan nasib

mereka kepada orang ramai. Bagi hukum yang pertama, mereka yang disalib akan

dimandi, dikafan dan disembahyangkan sebelum disalib.

Terdapat pelbagai pandangan dalam menentukan hukuman salib ini dan

cara pelaksanaannya. Sebahagian mereka berpendapat, hukuman salib perlu

dilaksanakan sesudah penyamun berkenaan dibunuh. Sedangkan sebahagian yang

lain berpendapat ia perlu disalib terlebih dahulu kemudian baru dibunuh.

Mengenai tempoh salib, ada pandangan yang mengatakan ia sekadar dapat

diketahui oleh orang ramai dan ada pula yang mengatakan selama tiga hari.
Walaubagaimanapun, jumlah harta yang dirompak mestilah mencapai

kadar yang ditetapkan dalam kesalahan mencuri iaitu suku dinar atu lebih, atau

yang sama dengannya. Sekiranya tidak mencapai kadar tersebut, hukuman takzir

boleh dikenakan keatas penjenayah tersebut.

2.24 PENSABITAN HUKUMAN

Jenayah samun disabitkan di hadapan hakim sama ada dengan saksi ataupun

pengakuan, setelah ada dakwaan yang betul (dakwaan pemegang hak yang sah).

Ia tidak dibuktikan dengan pengetahuan qadi, ataupun keengganan orang

yang tertuduh daripada bersumpah, sebagaimana yang telah berulang-ulang

sebanyak dua kali menurut ulama’ Hanbali dan Abu Yusuf.

2.2.5 PENGAMPUNAN

Hukuman ke atas penjenayah boleh digugurkan seandainya si penjenayah

tersebut bertaubat sebelum pihak pemerintah atau berkuasa menangkap si

penjenayah tersebut.61 Hal ini berdasarkan firman Allah s.w.t:

61
Dr. Mustofa al-Khin, (2005) Fiqhul Manhaji, Cetakan Keenam, Dar Al-Qalam, Damsyik, Syria.
(#þθßϑn=÷æ$$sù ( öΝÍκön=tã (#ρâ‘ωø)s? βr& È≅ö6s% ÏΒ (#θç/$s? šÏ%©!$# ωÎ)

∩⊂⊆∪ ÒΟ‹Ïm§‘ Ö‘θà(xî ©!$# ,χr&

Maksudnya: “ Kecuali orang yang bertaubat sebelum kamu

dapat menangkapnya, (mereka terlepas daripada hukuman itu).

Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun lagi

Maha Mengasihani”.62

(Surah al-Maidah 5:34)

Walaubagaimanapun, orang yang melakukan jenayah samun ini masih lagi

tertakluk kepada hak-hak lain yang bersangkutan dengan hak-hak manusia dan

hak Allah seperti hukuman bunuh, curi, minum arak, merampas harta dan

sebagainya.63

62
Op. cit.
63
Op. cit.
2.3 JENAYAH SAMUN MENGIKUT UNDANG-UNDANG SIVIL

Konsep curi, peras ugut dan samun mempunyai sedikit persamaan

mengikut perundangan sivil.64 Setiap hukuman ataupun pensabitan jenayah yang

dilakukan oleh individu berdasarkan kepada akta jenayah dan penangkapan

kepada individu atau kumpulan yang melakukan jenayah melalui pihak berkuasa

seperti pasukan keselamatan negara.

2.3.1 KATEGORI SAMUN

Mengikut undang-undang sivil. Samun boleh di kategorikan kepada dua

iaitu rompakan keseorangan dan rompakan berkumpulan. Adapun setiap ketegori

ini di bahagikan pula kepada dua bersenjata dan tidak bersenjata. Adapun begitu,

dikira juga jenayah ini menggunakan senjata tersebut ataupun tidak menggunakan

senjata tersebut.

Adapun untuk melihat sesuatu aktivit rompakan itu berkumpulan ataupun

tidak hendaklah ia mempunyai anggota seramai dua atau lebih yang menyertai

satu kumpulan untuk melakukan rompakan maka ia dipanggil sebagai kumpulan

rompakan.

64
International Law Book Services, (2008), Penal Code (Act 574), Selangor.
2.3.2 GAMBARAN KES

Di sini, penulis membawakan sedikit gambaran bagaimana jenayah rompak boleh

berlaku mengikut undang-undang sivil.

1. A memegang Z ke bawah dan A telah salah laku mengambil wang dan

barang kemas daripada pakaian Z tanpa kebenaran Z. Di sini, A telah

melakukan pencurian dan dalam rangka untuk melakukan pencurian, A

telah secara sukarelanya menahan diri Z. A telah disabitkan rompakan.

2. A bertemu Z di jalan raya sambil menunjukkan sepucuk pistol dan

meminta kepada Z dompetnya. Di sini, A telah peras ugut Z untuk

mengambil dompet Z dengan menempatkan diri Z ke dalam ketakutan

untuk tercedera. A telah melakukan rompakan.

3. A bertemu Z dan anak anak Z di jalan raya. A menculik anak Z dan

menggugut untuk membaling anaknya ke kedalam curam kecuali Z

memberikan dompetnya. Dengan sebab itu, Z telah member dompetnya

kepada A kerana takut anaknya kan tercedera. Di sini, A telah memeras

ugut dan meletakkan Z dalam ketakutan tercedera anaknya. A telah

melakukan rompakan.

4. A mempunyai sesuatu milik Z dan berkata kepada Z – “Anak anda berada

di dalam tangan geng saya dan akan dibunuh kecuali anda menghantar

kepada kami satu ribu ringgit”. Hal ini dikira pemerasan dan dihukum
seperti itu, tetapi boleh menjadi rompakan sekiranya Z di letakkan di

dalam keadaan takut akan kematian yang segera terhadap anaknya.

5. Z sedang berjalan di jalan raya. Di sepanjang itu, A telah menaiki

motorsikal dan merampas beg tangan milik Z. A telah melakukan

rompakan.

2.3.3 HUKUMAN BAGI JENAYAH SAMUN

Setiap kesalahan jenayah yang dilakukan oleh setiap individu akan dihukum

berdasarkan akta jenayah. Adapun begitu, setiap hukuman di negara yang lain

adalah berlainan sama sekali. Walaupun begitu, ia masih mempunyai sedikit

persamaan antara satu sama lain. Berikut adalah akta jenayah undang-undang di

Malaysia:

1. Akta 392 menyatakan bahawa sesiapa yang melakukan rompakan akan

dihukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak

lebih daripada 10 tahun dan juga akan dihukum dengan pengalengan

dengan tidak kurang daripada 6 sebatan, dan jika rompakan dilakukan

selepas 7 dan sebelum 7 pm pelaku dipidana dengan pidana penjara

selama tempoh tidak kurang daripada 3 tahun dan tidak lebih daripada 14

tahun dan juga akan dihukum dengan pengalengan dengan tidak kurang

daripada 12 sebatan.65

65
KL Koh, LL B, (1989), Criminal Law in Singapore and Malaysia, Malayan Law Journal Sdn
Bhd, Kuala Lumpur.
2. Akta 393 menyatakan sesiapa yang mencuba melakukan rompakan akan di

hukum penjara selama tempoh tidak kurang daripada 2 tahun dan tidak

lebih dari 7 tahun dan juga akan dihukum dengan pengalengan dengan

tidak kurang daripada 6 sebatan.66

3. Akta 394 menyatakan jika setiap orang yang melakukan atau berusaha

untuk melakukan rompakan, secara sukarela, menyebabkan sakit hati

orang tersebut dan orang lain, bersama-sama terlibat dalam kesalahan akan

dipenjara untuk jangka masa tidak kurang daripada 5 tahun dan tidak lebih

daripada 20 tahun dan juga akan dihukum dengan pengalengan dengan

tidak kurang daripada 12 sebatan.67

4. Akta 395 menyatakan sesiapa yang melakukan rompakan berkumpulan

akan di hukum dengan hukuman penjara selama tempoh tidak kurang

daripada 5 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan juga akan dihukum

dengan pengalengan dengan tidak kurang 12 sebatan.68

5. Akta 396 menyatakan jika ada salah satu dari lebih daripada 5 orang yang

secara beramai-ramai menyertai melakukan rompakan, melakukan

pembunuhan dalam begitu melakukan rompakan berkumpulan, setiap

salah satu dari orang-orang tersebut akan dihukum mati atau penjara

66
Ibid.
67
Ibid.
68
Ibid.
seumur hidup, dan jika ia tidak dihukum mati, akan juga boleh dihukum

dengan pengalengan dengan tidak kurang daripada 12 sebatan.69

6. Akta 397 menyatakan jika setiap saat melakukan atau cuba melakukan

rompakan, pelaku bersenjata dengan menggunakan senjata palsu, atau

menyebabkan sakit teruk kepada orang, atau usaha-usaha untuk

menyebabkan kematian atau cedera parah untuk setiap orang, seperti

pelaku akan dihukum dengan pengalengan dengan tidak kurang 12

sebatan, selain hukuman lain yang dia boleh bertanggungjawab di bawah

bahagian lain daripada Kod Etika ini.70

7. Akta 399 menyatakan sesiapa pun membuat persiapan untuk melakukan

rompakan bersenjata, akan dihukum penjara selama tempoh tidak kurang

daripada 3 tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan juga juga akan

dihukum dengan pengalengan dengan tidak kurang daripada 12 sebatan.71

8. Akta 400 menyatakan sesiapapun yang akan menjadi milik sekelompok

orang yang berkaitan untuk tujuan biasanya melakukan rompakan

bersenjata, akan dihukum penjara seumur hidup, atau dihukum penjara

untuk sebuah istilah yang boleh memanjangkan untuk 10 tahun, dan juga

akan dihukum dengan pengalengan dengan tidak kurang dari 4 sebatan.72

69
Ibid.
70
Ibid.
71
Ibid.
72
Ibid.
9. Akta 401 menyatakan sesiapapun yang akan menjadi milik setiap

berkelana atau sekelompok orang lain yang berkaitan untuk tujuan

biasanya melakukan kecurian atau rompakan, dan tidak rompakan

berkumpulan, akan dihukum penjara untuk sebuah istilah yang boleh

memanjangkan sampai 7 tahun, dan juga akan dihukum dengan

pengalengan dengan tidak kurang daripada 4 sebatan.73

10. Akta 402 menyatakan sesiapapun yang akan menjadi satu daripada 5 atau

lebih orang berkumpul untuk tujuan melakukan rompakan, akan dihukum

penjara untuk sebuah istilah yang boleh memanjangkan sampai 7 tahun,

dan juga akan dihukum dengan pengalengan dengan tidak kurang daripada

4 sebatan.74

Rompakan merupakan kecurian atau peras ugut akan tetapi dalam bentuk

yang lebih teruk. Kerana itu, unsur-unsur peras ugut dan kecurian harus ada di

samping keadaan ditetapkan dalam rompakan.75

Bahagian 390 menyediakan untuk keadaan ketika pencuri menjadi

rompakan. Perkataan-Perkataan "untuk tujuan" dalam s 390 harus berkaitan kerja

kecurian. Maka serangan di mana tiada hubungannya dengan kecurian, rompakan

tidak berlaku. Jika, contohnya, terdakwa menyerang pengadu pertama dan niat

untuk mengambil jam tangan nya, ia tidak akan bertanggungjawab atas rompakan

tapi hanya untuk kecurian.

73
Ibid.
74
Ibid.
75
Ibid.
Seksyen 397 dalam menerangkan rompakan bersenjata, dalam kedua-dua

negara iaitu Malaysia dan Singapura, membahagikan di mana si pelaku

“bersenjata” ataupun “menggunakan” senjata yang membunuh. Di India, setiap

keadaan ini dibahagikan secara terpisah, yang pertama, penal kod s 398 di India di

mana hukuman akan di penjara tidak kurang daripada 7 tahun. Yang kedua, kod

jenayah India, s 397 di mana menyatakan bahawa hukuman akan di penjara

selama tidak kurang daripada 7 tahun. Di Singapura, penal kod s 398 tiada

termaktub dan FMS penal kod adalah di bahagikan bersama di s 397.76

Dalam kes Phool Kumar (1975, lihat di bawah, p 563), dua istilah

“bersenjata” dan “menggunakan” (di ss 398 dan 397 daripada india kod jenayah

masing-masing) diberi makna yang sama. Tidak seperti di Arms Offences Act

(Singapura) (lihat di bawah , p 571) perkataan “penggunaan” tidak ditakrifkan

dalam kod jenayah.

Phool Kumar v Delhi Administration AIR (1975) sc 905(sc, India)

Untwalia J : “Phool Kumar mempunyai pisau di tangannya.” Oleh kerana itu,

beliau membawa senjata yang membunuh secara terbuka untuk mangsa mereka.

Cukup untuk menakut-nakutkan atau menyebabkan sakit yang pedih. Dengan itu,

tidak diperlukan untuk membawa pelaku dalam skop s 397 daripada kod jenayah.

76
Ibid.
Syeksen 398 menggunakan kenyataan "bersenjata dengan senjata

membunuh" dan memberikan hukuman minimum di dalamnya juga 7 tahun jika

pada saat ia mencuba untuk melakukan rompakan bersenjata dengan senjata

mematikan. Ini telah mencipta sebuah anomali. Ia adalah sesuatu yang masuk akal

untuk berfikir bahawa jika pelaku yang hanya berusaha untuk melakukan

rompakan tapi tidak berjaya melakukan itu menarik hukuman minimum selama 7

tahun di bawah s 398 jika ia hanya dilengkapi dengan senjata yang mematikan.

Sementara pelaku bersenjata yang tidak akan menimbulkan kewajipan minimum

hukuman s 397 di bawah jika ia berjaya melakukan rompakan. Tapi kemudian,

apa pemakna di sebalik penggunaan kata-kata yang berbeza mengikut

perundangan (Legislature) di dalam dua bahagian, iaitu "menggunakan" dalam s

397 dan "bersenjata" dalam s 398. Jelas terdapat penjelasan yang releven untuk

menggunakan dua ekspresi yang berbeza di kedua-dua bahagian. Ketika kesalahan

rompakan dilakukan oleh pelaku yang bersenjata dengan senjata yang boleh

membunuh dan pandangan mangsa ia mampu mencipta keganasan. Pelaku harus

dianggap telah menggunakan senjata merbahaya untuk melakukan kerja

rompakan. Dari sudut yang berbeza, jika seorang pelaku dilengkapi dengan

senjata merbahaya pada saat ia berusaha untuk melakukan rompakan, maka

senjata itu tidak dianggap digunakanmelainkan si perompak berjaya dalam

melakukan rompakannya.77

Sekiranya senjata merbahaya sebenarnya digunakan oleh penjenayah

dalam melakukan kerja rompakan tersebut dalam menyebabkan kecederaan,

kematian atau sejenisnya maka jelas digunakan. Kes Chandra Nath (1932); Naga

Singh (1933) dan Inder singh (1934) sebahagiannya bertindak seperti

77
Ibid.
mengacungkan senjata untuk melawan orang lain agar dapat lebih orang lain

kagum atau memaparkan senjata merbahaya untuk menakut-nakutkan mangsanya

telah diadakan untuk menarik perhatian peruntukan daripada s 397 kes Govind

Dipaji More (1956) bahawa jika pisau "digunakan untuk tujuan menghasilkan

seperti kesan dalam fikiran mangsa bahawa dia akan dipaksa untuk berpisah

dengan harta, ia dikira 'menggunakan' senjata dalam erti dari s 397. "Dalam kes di

mana bukti yang bertentangan orang yang membuat rayuan adalah bahawa ia

membawa sebuah pisau di tangannya ketika dia pergi kedai menuju ke kedai

mangsa. Pandangan kami ia merupakan pandangan tepat mengenai undang-

undang dan sekatan. Makna yang diberikan kepada perkataan 'menggunakan'

dalam kes Chanand Singh (1970) adalah tidak benar.78

78
Ibid.
BAB
3
Bab 3

PERBANDINGAN DAN RUMUSAN

3.1 PENGENALAN

Dalam bab ketiga ini atau bab terakhir, penulis akan membincangkan mengenai

perbandingan di antara kedua-dua undang-undang iaitu, mengikut perundangan

syariah dan juga sivil. Perbandingan yang penulis lakukan adalah secara asas

sahaja. Seterusnya, penulis juga akan membuat kesimpulan terhadap kajian yang

dikaji.

3.2 PERBANDINGAN UNDANG-UNDANG

Di sini penulis akan memcuba sedaya upaya untuk membandingkan kajian

yang dikaji dengan sebaik mungkin dan berbentuk ilmiah.

Perbandingan yang pertama, definisi. Adapun setiap perkara dalam

undang-undang syariah dan sivil mempunyai perbezaan pada setiap definisi

ataupun takrif mengenai sesuatu istilah mahupun penerangan mengenai sesuatu

perkara. Di sini, jenayah didefinisikan sebagai melakukan kesalahan mengikut

kepada pentakrifan daripada undang-undang syariah manakala mengikut undang-

undang sivil pula diistilahkan sebagai perbuatan kriminal.


Adapun begitu, ia masih mempunyai sedikit perbezaan antara keduanya.

Definisi samun pula, undang-undang syariah mentakrifkan sebagai serangan

bertujuan merampas harta, membunuh atau menakutkan dengan cara terang-

terangan, angkuh dan menggunakan kekuatan di kawasan yang terpencil daripada

bantuan. Ia dilakukan oleh mukallaf yang tertakluk kepada undang-undang

termasuk ahli zimmi dan orang murtad manakala definisi mengikut undang-

undang sivil pula rompak dimaksudkan sebagai menyamun dan merampok dan

sakal pula perampasan secara paksa (aniaya). Mengikut undang-undang sivil,

jenayah samun tidak akan berlaku selagi mana tidak ada di dalamnya unsur

kecurian dan juga pemerasan (extortion). Di sini menunjukkan perbezaan antara

keduanya. Di mana undang-undang syariah tidak mendefinisikan samun itu

sebagai curi mahupun pemerasan.

Yang kedua, perbezaan mengikut kategori samun ataupun jenis-jenis

jenayah samun. Undang-undang syariah meletakkan tiga kategori atau jenis

samun. Yang pertama, penjenayah yang membunuh dan merompak harta diikiuti

dengan penjenayah yang membunuh sahaja dan tidak merompak harta. Dan juga

penjenayah yang merompak dan tidak mengancam nyawa. Manakala bagi

undang-undang sivil pula dibahagikan kepada dua, iaitu berkumpulan ataupun

individu dan dibahagikan pula kepada bersenjata dan tidak bersenjata.

Yang ketiga, perbezaan hukuman antara kedua-dua undang-undang iaitu

undang-undang syariah dan undang-undang sivil. Sumber rujukan hukuman

undang-undang syariah adalah merujuk kepada kitab al-Quran yang berbunyi:


’Îû tβöθyèó¡tƒuρ …ã&s!θß™u‘uρ ©!$# tβθç/Í‘$ptä† tÏ%©!$# (#äτℜt“y_ $yϑ¯ΡÎ)

óΟÎγƒÏ‰÷ƒr& yì©Üs)è? ÷ρr& (#þθç6¯=|Áム÷ρr& (#þθè=−Gs)ムβr& #·Š$|¡sù ÇÚö‘F{$#

šÏ9≡sŒ 4 ÇÚö‘F{$# š∅ÏΒ (#öθx(Ψム÷ρr& A#≈n=Åz ôÏiΒ Νßγè=ã_ö‘r&uρ

íΟŠÏàtã ë>#x‹tã ÍοtÅzFψ$# ’Îû óΟßγs9uρ ( $u‹÷Ρ‘‰9$# ’Îû Ó“÷“Åz óΟßγs9

∩⊂⊂∪

Maksudnya: “: “Sesungguhnya balasan (yang setimpal) bagi

orang-orang yang memerangi Allah dan rasul-Nya dan

berusaha melakukan kerosakan di muka bumi ialah mereka

dihukum bunuh atau dihukum salib atau dipotong tangan dan

kaki mereka secara berselang atau dibuang negeri

demikianlah mereka mendapat kehinaan di dunia dan di

Akhirat kelak mereka akan menperolehi azab yang amat

besar”.79

(Surah al-Maidah 5:33)

79
Op. cit.
Jelas di dalam firman Allah s.w.t telah menyatakan hukuman-hukuman

bagi mereka yang membuat kesalahan. Para ulama’ telah mengeluarkan atau

menginstinbad hukum jenayah samun berdasarkan firman tersebut. Di sini,

hukuman bagi setiap kategori telah jelas di mana ia menyebut yang membunuh

dan merompak akan dihukum bunuh dan kemudian disalib, mereka yang

membunuh sahaja akan dihukum bunuh tanpa disalib. Mereka yang merompak

sahaja akan dihukum potong tangan dan kaki secara bersilang. Mereka yang

hanya menakut-nakutkan tanpa merompak dan membunuh dakan dihukum buang

negeri.

Manakala bagi undang-undang sivil, mereka telah mengambil kes-kes

yang lepas sebagai rujukan untuk mereka membuat hukuman. Undang-undang

sivil di Malaysia sedikit terpengaruh dengan undang-undang syariah. Walaupun

begitu, ia masih tidak menjejaskan hukuman yang bakal dikenakan kepada

pesalah dan masih jauh berbeza dengan hukuman undang-undang syariah. Setiap

kesalahan akan dikenakan kepada pesalah dengan hukuman yang setimpal

dengannya mengikut akta jenayah. Akta Jenayah 390 hingga 402 telah menyebut

mengenai segala hal yang berkaitan dengan jenayah samun.

Seterusnya, dalam undang-undang syariah, setiap kesalahan mempunyai

pengampunan selagi mana tidak berkaitan dengan hak manusia dan hak Allah

s.w.t seperti hukuman bunuh, curi, minum arak, merampas harta dan sebagainya.

Berlainan dengan undang-undang sivil yang sukar untuk diberi pengampunan

melainkan dibuktikan sebagai tidak bersalah oleh pihak mahkamah. Sekiranya si

pesalah atau penjenayah yang masih belum ditangkap dan dicekup oleh pihak
berkuasa akan tetap diburu sehingga dihadapkan ke mahkamah walau si pelaku

sudah mengakui kesalahan dan cuba berubah. Ini kerana undang-undang sivil

adalah undang-undang yang perlu dibuktikan dengan bahan bukti.

3.3 KESIMPULAN

3.3.1 PENDAHULUAN

Secara keseluruhannya, kajian ilmiah ini diusahakan untuk menjelaskan

secara terperinci mengenai jenayah samun mengikut perundangan syariah dan

sivil. Berdasarkan sumber yang boleh dipercayai dan sahih. Penulis mendapati

bahawa ilmun dalam mengetahui selok belok undang-undang dapat memberi

kesan kepada akhlak dan kelakuan sivil di kalangan rakyat Malaysia terutamanya

di kalangan remaja. Secara tidak langsungnya dapat memperbaiki masalah kes

jenyah yang semakin meningkat di negara kita, Malaysia tercinta.

Di akhir penulisan ini, penulis akan menyenaraikan secara lengkap

sumber-sumber untuk menyiapkan kajian ilmiah ini agar sesiapa yang membaca

kajian ini teringin untuk meneruskan kajian ini secara terperinci dan lebih

sempurna untuk dikongsikan bersama dan kebaikan bersama.


3.4 RUMUSAN

Berdasarkan keseluruhan perbincangan dan kajian mengenai jenayah

samun, penulis dapat mengemukakan beberapa kesimpulan dan rumusan penting

yang merangkumi semua intisari atau kandungan di dalam kajian ilmiah ini.

Setiap perbuatan baik buruk kita pasti ada balasannya. Bak kata pepatah

orang melayu, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Menunjukkan

bahawa orang melayu dari dahulu lagi melarang perbuatan jahat dan dikeji oleh

masyarakat. Sebagaimana kaum-kaum yang terdahulu dan lebih awal muncul

daripada kaum melayu. Pelbagai kata-kata dan pesanan yang dicipta bagi

melahirkan umat dan kaum yang baik dalam memastikan kelangsungan dan

berkembangnya kaum mereka.

Dalam kajian ini, dapat kita melihat bahawa hukuman yang dikenakan ke

atas mereka yang melakukan jenayah samun berdasarkan undang-undang sivil

adalah lebih ringan berbanding undang-undang syariah yang lebih berat. Sebagai

contoh, mereka yang mencuri akan dikenakan denda atau penjara tidak kurang

daripada tujuh tahun atau kedua-duanya sekali menurut undang-undang sivil.

Adapun undang-undang syariah meletakkan hukuman potong tangan secara

bersilang ke atas mereka yang mencuri berpandukan sumber undang-undang

syariah, iaitu al-Quran yang berbunyi:


$t7|¡x. $yϑÎ/ L!#t“y_ $yϑßγtƒÏ‰÷ƒr& (#þθãèsÜø%$$sù èπs%Í‘$¡¡9$#uρ ä−Í‘$¡¡9$#uρ

∩⊂∇∪ ÒΟŠÅ3ym ͕tã ª!$#uρ 3 «!$# zÏiΒ Wξ≈s3tΡ

Maksudnya: “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang

perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan

mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka

telah usahakan, (juga sbagai) suatu hukuman pengcegah

daripada Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha

Bijaksana.80”

(Surah al-Maidah 5: 38)

Walau bagaimanapun, mungkin segelintir masyarakat tidak dapat

menerima hukuman tersebut kerana terpengaruh dengan dokma-dokma yang

disuntik ke dalam minda umat manusia kini. Pelbagai tohmahan yang diterima

termasuk tohmahan-tohmahan daripada umat Islamsendiri kerana ceteknya fikiran

mengenai undang-undang dan terpengaruh dek ghazwatul fikr yang di terap oleh

pihak tertentu.

Adapun hukuman sebegini ada hikmah di sebaliknya. Mengimbas kembali

kejadian yang menimpa negara Malaysia yang tercinta. Geng Botak Chin yang

dulunya sangat terkenal dengan rompakan bersenjata yang dilakukan oleh beliau

dan rakan-rakan seperjuangannya. Rekod menunjukkan bahawa Botak Chin atau

80
Op. cit.
nama sebenarnya, Wong Swee Chin pernah dikenakan hukuman penjara pada

tahun 1974 akan tetapi kembali aktif dalam kegiatan selepas beberapa ketika di

bebaskan dari hukuman penjara. Malah selepas itu, beliau semakin garang dalam

kegiatannya dengan membeli senjata api di Thailand dan semakin berani

mengeluarkan senjata secara terbuka ketika melakukan kegiatan beliau. Malah,

pernah mencabar sesiapa saja untuk berlawan tembak menembak ala koboi.

Adapun hukuman berdasarkan undang-undang syariah dilihat terlalu kasar

di mata manusia akan tetapi di sebalik kekasaran itu tersimpul seribu satu rahsia

dan hikmah disebaliknya. Undang-undang sivil pula boleh dikategorikan sebagai

undang-undang yang masih relevan di negara-negara yang kurang kadar

jenayahnya atau di negara yang tinggi moral rakyatnya seperti negara kita.

Adapun negara yang tinggi kadarnya seperti di negara-negara arab mungkin tidak

lagi relevan untuk digunakan. Sebagaimana yang diterbitkan di Libya pada tahun

1972 bernombor 148 yang berbunyi, “Sesetengah orang yang rgu0ragu dan tidak

mempercayai, mereka mensifatkan hukuman potong tangan (iaitu hukuman

undang-undang syariah kepada samun dan curi) sebagai tidak sesuai dengan

zaman moden dan dunia yang serba maju. Mereka menganggapnya keras dan

kejam. Mereka melihat dari sudut beratnya hukuman tetapi melupakan betapa

kejinya kesalahan dan kesannya yang menimpa ke atas masyarakat.

Sesungguhnya mereka sama-sama menangisi tangan pencuri yang dipotong, tetapi

tidak gerun dengan kesalahan mencuri dan berleluasanya kesalahan itu di

kalangan masyarakat. Berapakah kesalahan yang dilakukan pada jalan mencuri,

berapakah kesalahan menganiaya ke atas jiwa dan bencana yang merebak yang

berlaku ke atas orang yang tidak berdosa dengan sebab mencuri? Berapakah mata

benda yang telah dirampas, harta yangtelah dibolot? Semua ini tidak disangka-
sangka oleh orang-orang yang merasa belas kasihan terhadap pencuri yang

bilangannya sedidikit dikenakan hukuman potong tangan demi menjaga keamanan

dan kemaslahatan orang ramai.

Arab Saudi merupakan antara salah satu daripada negara yang

mempraktikkan undang-undang syariah. Selama 24 tahun undang-undang syariah

diwartakan sebagai undang-undang rasmi hanayalah 16 sahaja yang dikenakan

hukuman potong tangan akibat dengan kesalahan yang dilakukan.

Terlalu banyak hikmah dan pengajaran yang dapat diambil daripada

hukuman ini. Terutama dalam membendung dan membanteras kegiatan jenayah

daripada berlaku. Tidak mustahil bagi negara kita untuk menggunakan undang-

undang syriah secara keseluruhannya kerana kerajaan kesultanan Melayu Malaka

dahulunya menggunakan undang-undang yang diceduk daripada perundangan

syariah atau lebih dikenali sebagai undang-undang Islam.

Mudah-mudahan, kajian yang dilakukan oleh penulis dapat memberi

manfaat kepada diri penulis dan juga kepada mereka yang membaca kajian ilmiah

ini.

3.5 PENUTUP

Dalam menangani masalah jenayah yang semakin berleluasa di negara kita

adalah sangat pentingnya dalam kita mengkaji dan menggunkan metode yang

paling sesuai dalam menangani dan membanteras jenayah samun ini.


Untuk akhirnya, penulis amat berharap agar segala input yang dikongsi

bersama dapat membuka minda kita yang kadang-kala terlalu rigid atau jumud

dengan sesuatu perkara terutama dengan hukuman yang dikenakan kepada pesalah

yang membawa seribu satu kesengsaraan rakyat dan kebimbangan rakyat.


BIBLIOGRAFI

1. Al-Quran al-Karim.

2. ‘Ala’ud-Din Abu Bakr Ibnu Mas’ud (tt.), Bada’I as-Sana’I Fi Tartib as-

Syari’, al-Jamaliah. Kaherah.

3. ‘Ala’ud-Din Abu Bakr Ibnu Mas’ud (tt.), Bada’I as-Sana’I Fi Tartib as-

Syari’, al-Jamaliah. Kaherah.

4. Abd. bin Nuh, Kamus Arab-Melayu-Inggeris, Cetakan Pertama, Kuala

Lumpur.

5. Abu Abdullah, (1969), Al-Mughni, Maktabah al-Qahirah, Kaherah.

6. Abu al-Walid Muhammad Ibn Ahmad al-Qurtubi, (1966) Bidayah al-

Mujtahid wa nihayah al-Muqtasid, Maktabah al-Kulliyah al-Azhariah,

Kaherah.

7. Abu Ishak Ibrahim. (tt.), Al-Muhazzab, al-Babi, Kaherah.

8. Ahmad Hassan, Sunan Abu Daud, Lahore, Pakistan.

9. Al-Kasani, ‘Ala’ud-Din Abu Bakr Ibnu Mas’ud (tt.), Bada’I as-Sana’I Fi

Tartib as-Syar’I, al-Jamaliah, Kaherah.

10. Dewan Bahasa dan Pustaka, (1998), Kamus Dewan, Edisi ke-3, Kuala

Lumpur.

11. Dr. Mustofa al-Khin, (2005) Fiqhul Manhaji, Cetakan Keenam, Dar Al-

Qalam, Damsyik, Syria. Dewan Bahasa dan Pustaka, (1998), Kamus

Dewan, Edisi ke 3, Kuala Lumpur.


12. Dr. Wahbah al-Zuhaili, (terj.) (1997), Fiqh & Perundangan Islam, Dewan

Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

13. http://ms.wikipedia.org/wiki/Afrika_Selatan

14. http://ms.wikipedia.org/wiki/Australia

15. http://ms.wikipedia.org/wiki/Ireland

16. http://ms.wikipedia.org/wiki/Jerman

17. http://ms.wikipedia.org/wiki/Kanada

18. http://ms.wikipedia.org/wiki/Negara

19. http://ms.wikipedia.org/wiki/New_Zealand

20. http://ms.wikipedia.org/wiki/Stare_decisis

21. http://ms.wikipedia.org/wiki/Undang-undang

22. http://ms.wikipedia.org/wiki/United_Kingdom

23. http://www.skzcchambers.com/

24. Ibnu Hazm, Abu Muhammad Ali (tt.), al-Ihkam Fi Usul al-Ahkam, as-

Saadah, Kaherah.

25. International Law Book Service, (2006), Malaysia Kita, Direct Art

Company, Kuala Lumpur.

26. International Law Book Services, (2008), Penal Code (Act 574),

Selangor.

27. KL Koh, LL B, (1989), Criminal Law in Singapore and Malaysia,

Malayan Law Journal Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

28. Mansur ibn Yunus ibn Idris (tt.), Kassyaf al-Qina’ ‘An Matn al-Iqna’, al-

‘Asr Hadis, Riyadh.

29. Mansur ibn Yunus ibn Idris (tt.), Kassyaf al-Qina’ ‘An Matn al-Iqna’, al-

‘Asr Hadis, Riyadh.


30. Mustafa ‘Abdul Rahman, (2005), Hadith 40(terj.), Dewan Pustaka Fajar,

Selangor.

31. Sayyid Qutb, (1977), Fi Zilal al-Quran,al-Shuruq, Beirut.

32. Sayyid Sabiq (terj.), (1990), Fiqh Sunnah, Pustaka al-Azhar, Bandung.

33. Siti Zuraina Abdul Majid, (1993), Sejarah Malaysia, Dewan Bahasa dan

Pustaka, Kuala Lumpur.

34. Syeikh Ahmad Muhammad ‘Assaf, (terj.), (1993) Al-Halal wal Jaram Fil

Islam, CV. Asyifa’

You might also like