Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 32

• Mengenal pasti & memilih

bahan-bahan kurikulum.
• Membangunkan bahan
kurikulum.
• Pembangunan kurikulum untuk
peralihan sekolah ke kerjaya.
PEMILIHAN KANDUNGAN
KURIKULUM
• merupakan suatu aktiviti yang amat
kompleks dan memerlukan ketelitian
• pemilihan kandungan kurikulurn
manifestasi ke arah merealisasikan visi dan
misi negara yang dapat dicapai melalui
proses pendidikan
• dikemukakan oleb Taha (1962):-
• Setakat mana kandungan dalam sesebuah mata
pelajaran sesuai dengan keadaan semasa?
• Bagaimanakah kepentingan mara pelajaran mengikut
keadaan?
• Adakah kandungan dalam sesebuah matapelajaran
selari dengan keadaan masyarakat dan kebudayaan?
• Adakah kandungan dalam sesebuah matapelajaran
membolehkan objektif dicapai?
• Bolehkah kandungan dalam sesebuah mata
pelajaran dipelajari oleh pelajar?
• Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran
sesuai dengan kebudayaan dan norma pelajar?
• Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran
mengambil kira kehendak pelajar?
• Adakah kandungan dalam sesebuah mata pelajaran
mengambil kira minat pelajar?
• kurikulum merupakan ciptaan sosial
• iaitu pendidikan merupakan kaedah asas bagi
reformasi masyarakat dan menimbulkan konsep
pendidikan progresif
• Prinsip kurikulum perlu dibina dan dua asas, iaitu
bakat kanak-kanak dan kehendak-kehendak alam
sekeliling
• Keadaan ini memerlukan guru memainkan peranan
sebagai pembimbing akademik kepada pelajar
• Kurikulum perlu berasaskan disiplin
• iaitu kurikulum perlu dipusatkan kepada disiplin
• Tujuan pendidikan adalah untuk mendekati struktur matapelajaran dan
memahaminya dan prosesnya adalah melalui pusingan iaitu,
mengenali matapelajaran dan mendalami matapelajaran.
• Mengenali dan mendalami matapelajaran memberi makna bagi satu
matapelajaran dan proses ini harus mengembangkan minat pelajar.
• Mengenali dan mendalami matapelajaran juga membolehkan kanak-
kanak kearah memahami, meninjau dan menukar keadaan alam
persekitarannya.
• Sekolah menjadi tempat memupuk keintelektualan dan proses
menjadikan minda lebih berkesan.
• Prinsip yang telah dibincangkan boleh menjadi asas atau panduan
untuk menentukan kandungan kurikulum dan Ia dibahagikan
kepada dua keadaan:-

• iaitu keadaan yang menekankan teknikal dan keadaan mempunyai


hubungkait dengan kehendak masyarakat.

• gabungan kedua-dua keadaan ini penting untuk mendapatkan isi


kandungan kurikulum yang bermakna kepada keadaan masyarakat
dan kehendak serta tuntutan masa.

• Kandungan kurikulum yang telah ditentukan menjadi bahan


pengajaran yang merupakan salah satu daripada komponen
kurikulum itu sendiri.
• Kemahiran Hidup merupakan satu matapelajaran
bercorak amali yang diajar dalam Tahap 2.
• Matapelajaran ini digubal untuk mengembangkan
keupayaan dalam bidang reka bentuk dan teknologi
serta perniagaan dan keusahawanan.
• Bidang ini dapat dikuasai melalui penguasaan
kemahiran praktis, pengetahuan serta pemupukan
sikap yang positif berasaskan teknologi dan
keusahawanan.
• Kandungan matapelajaran ini merangkumi dan
mendedahkan mengenai kemahiran asas,
pengetahuan yang berkaitan serta nilai dan sikap
yang perlu dipupuk seperti berdikari, inovatif,
kreatif dan sebagainya.

• Kurikulum ini masih menuju ke arah


memperkembangkan kebolehan murid dalam
kemahiran teknologi, kecenderungan mereka cipta
dan semangat keusahawanan.
• Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan
sepenuhnya untuk membolehkan murid berdikari
dan yakin serta mampu menjalani kehidupan
secara produktif dalam dunia teknologi dan
ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah.

• Murid juga digalak untuk merebut peluang yang


ada secara bijak, dan mengambil inisiatif
daripadanya.
• Nilai murni, sikap yang positif dan budaya kerja
yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti
amali agar kesepaduan dalam mata pelajaran ini
dapat diwujudkan.
• Dari segi kandungan, beberapa tajuk Kemahiran
Hidup Sekolah Rendah telah disusun semula untuk
mengukuhkan kesinambungan dan mengelakkan
pertindihan serta mengemaskini kandungannya.
• Elemen reka bentuk diberi lebih fokus, elemen
kreativiti dan reka cipta telah ditambah.
• Di Malaysia, kurikulum dan pengajaran Kemahiran Hidup
Sekolah Rendah ( KHSR) dipilih berdasarkan kepada model
kurikulum dan pengajaran serta model semasa dan yang
berpotensi.

• Kandungan kurikulum yang dipilih mestilah yang


berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Negara, iaitu
kurikulum yang dirancang mestilah sesuatu pembelajaran
yang dapat melahirkan insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek, mengikut kepercayan
dan kepatuhan kepada Tuhan.
• Sesuatu kurikulum yang digubal semasa memilih
kandungan mestilah terdiri daripada pembelajaran yang
mempunyai nilai- nilai murni.
• Sesuatu kurikulum yang dipilih mestilah mempunyai
nilai- nilai murni bagi membentuk modal insan yang
cemerlang dan mempunyai sifat- sifat yang positif.
• Sesuatu pembelajaran itu mestilah terdiri daripada
sesuatu pelajaran yang dapat memupuk kesedaran para
pelajar terhadap penjagaan alam sekitar bagi menjamin
kualiti alam sekitar berada pada tahap yang baik.
• Dasar Negara iaitu, ianya selaras dengan Falsafah
Pendidikan Negara iaitu yang dapat melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari pelbagai aspek.
• Haruslah berdasarkan kepada komponen Kemahiran
Bersepadu Sekolah Rendah, iaitu yang merangkumi
kepada perkembangan diri dan menekankan kepada
pembelajaran secara individu dan berkumpulan bagi
membolehkan sesuatu pembelajaran itu dapat
dilaksanakan secara berkesan.
• Faktor Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif
juga antara perkara yang perlu diambilperhatian semasa
memilih kandungan.
• Ianya merangkumi kepada pengalaman dan memberi
kemahiran kepada para pelajar seperti bertukang, dan
merekabentuk sesuatu.
• Di dalam aktiviti ini, ianya melibatkan beberapa perkara
iaitu kemahiran seseorang para pelajar, bekerjasama
secara berkumpulan, berkomunikasi,sikap kepimpinan
serta merancang sesuatu aktiviti pembelajaran
berdasarkan kepada proses p&p yang telah dijalankan.
• Kehendak masyarakat juga merupakan salah satu perkara
yang perlu diberi perhatian semasa memilih kandungan.
• Sesuatu kandungan pembelajaran itu mestilah sesuatu
yang dapat memenuhi keperluan masyarakat, sesuatu
yang dapat memenuhi keperluan tenaga pekerja,
bersesuaian dengan peringkat umur ( mengikut aras) iaitu
tidak terlalu rendah atau tingi arasnya.
• Sesuatu kandungan itu juga mestilah relevan dengan
keadaan semasa, iaitu berdasarkan kepada teknologi pada
masa kini dan kajian pada masa hadapan.
• Pembinaan Kurikulum

• Pengembangan Kurikulum

• Pelaksanaan Kurikulum
• Pembinaan kurikulum melibatkan pengkongsepsian rekabentuk kurikulum. Ini
adalah untuk mencapai kesemua objektif kurikulum.

• Semua objektif ini diperhalus dan dikenal pasti mengenai isi kandungan yang
sewajar dengannya.

• Seterusnya isi kandungan bagi setiap komponen objektif disampaikan kepada


murid melalui pendekatan dan strategi pengajaran serta bahan- bahan
pembelajaran supaya murid- murid dapat mencapai objektif yang
dirancangkan.

• Bergantung kepada objektif, kegiatan pembinaan kurikulum boleh melibatkan


kegiatan yang amat besar dimensinya. Ini amat jelas jika projek diadakan
untuk mengendalikan sesuatu program pendidikan yang luas dan menyeluruh.
• Pembina kurikulum terdiri daripada golongan professional
universiti serta mereka yang mahir tentang sesuatu
pengajaran.

• Sebahagian besar daripada kegiatan pembinaan kurikulum


tertumpu kepada pembinaan bahan pengajaran dan
pembelajaran.

• Kegiatan pembinaan kurikulum melibatkan kegiatan


merekabentuk kurikulum, komponen pengajaran, rancangan
pengajaran yang khusus serta bahan- bahan sokongan.
• Pembinaan kurikulum secara sektoral dapat menghasilkan
suatu pengembangan kurikulum. Dalam melaksanakan
kurikulum, beberapa pembaharuan telah dilakukan.

• Hasil- hasil pembaharuan ini mendorong kepada suatu


pengembangan kurikulum baru (Kurikulum 1975).

• Dengan itu, langkah- langkah pembinaan kurikulum


menjadi dasar bagi pengembangan kurikulum. ( Hilda
Taba, Curriculum development, Theory and Practice ).
• Kegiatan pengembangan kurikulum mencakupi penyusunan
kurikulum itu sendiri, pelaksanaan di sekolah yang disertai dengan
penilaian yang intensif dan penyempurnaan yang dilakukan
terhadap komponen- komponen tertentu

• Sinonim dengan ‘curriculum development ‘, pengembangan


kurikulum bererti perubahan dan peralihan dari satu kurikulum
kepada kurikulum yang lain.
• Contohnya dari kurikulum 1968 ( ‘ subject matter curriculum’) ke
kurikulum 1975 yang memiliki cirri- cirri ‘correlated’ , ‘broad
fields of subject matter’ dan ‘integrated’.

• Perubahan ini berlaku dalam jangka waktu yang panjang.


• Mencadangkan perkara utama dalam merancang
kurikulum ialah analisis keperluan. Keperluan dalam
mewujudkan kurikulum baru atau mengubahsuai
kurikulum sedia ada.

• Evans dan Herr (1978)


Mencadangkan tiga perkara iaitu;

1.Mengambil kira keperluan sektor pekerjaan


2.Pelbagaikan opsyen kursus -dapat perbanyakan pilihan
3.Pelbagaikan teknik pengajaran - dapat memenuhi
pelbagai gaya pembelajaran
• Proses pemasangan kurikulum ialah proses menyampaikan
dan mengemukakan kurikulum kepada guru di sekolah
yang terlibat dengan projek pengembangan kurikulum.

• Penyebaran kurikulum ialah proses penyampaian dan


pengenalan kepada sasaran yang tidak termasuk dalam
proses pemasangan.

• Projek- projek kurikulum mempunyai kumpulan sasaran


dan skala penyebaran tertentu.
• Pelaksanaan kurikulum berlaku apabila sifat- sifat
rekabentuk yang ditampilkan oleh kurikulum muncul
dalam pemgajaran.

• Sifat – sifat yang muncul mempunyai julat yang


terdiri daripada semua aspek seperti yang
dikehendaki oleh Pembina kurikulum yang
merangkumi semua aspek kurikulum.
• mengatakan bahawa aspek- aspek
kurikulum boleh dilihat dari lima dimensi
iaitu :
• Bahan
• Struktur
• Peranan
• Pengetahuan dan kefahaman
• Pelaksanaan nilai- nilai rekabentuk baru.
• Penggunaan kurikulum boleh juga berlaku
dalam bentuk ubahsuai menurut cara atau
kaedah yang sesuai dengan sesuatu keadaan.

• Penyampaian maklumat melibatkan


pendekatan untuk mengorientasi guru
kepada kurikulum dan membekalkan
kurikulum kepada guru.
• Reformasi pendidikan pada tahun 1989 telah membawa perubahan
pada PTV di sekolah menengah biasa atau akademik.

• Kurikulum baru telah menawarkan mata pelajaran Kemahiran Hidup


kepada pelajar sekolah rendah dari tahun 4 - 6 seterusnya ke peringkat
menengah rendah.

• Mata pelajaran Teknologi Kejuruteraan dan Lukisan Kejuruteraan di


SMA pada peringkat menengah atas.

• Beberapa nama kursus di SMT dan SM Vokasonal di beri nama baru


selaras dengan keperluan semasa yang lebih releven

• Penambahan kursus di peringkat Politeknik dan IPTA


• Program Sekolah Ke Kerjaya (SKK)
• 1996, KPM melonggarkan kemasukan ke T4. (PMR 4D)
• 1997 & 1998, kepada 1D
• 1999, semua pelajar layak
• Menggubal SKK bagi memastikan pelajar lemah
dapat meningkatkan pencapaian akademiknya dan
menfaatkan potensi dirinya

• Dilaksanakan secara rintis tahun 1998

• SKK adalah program pendidikan dan latihan tempat


kerja bagi mengembangkan potensi pelajar dgn
membekalkan pengetahuan & kemahiran melalui
pengalaman tempat kerja
• Membolehkan pelajar mengikuti panduan pengajaran dan
pembelajaran setaraf dengan kebolehan dan keupayaan
mereka dari segi akademik

• Mengembangkan potensi dan kemahiran pelajar


melalui pengalaman tempat kerja

• Memanfaatkan masa pelajar di peringkat SM terutama utk


mereka yg berpencapaian rendah dari segi akademik
TERIMA KASIH

Disediakan oleh,

Afizzudin bin Ahmed Rafik

Mohd Bashir bin Bakar

2 PISMP Reka Bentuk dan Teknologi 3

You might also like