Download as ppt, pdf, or txt
Download as ppt, pdf, or txt
You are on page 1of 140

PERKEMBANGAN

KANAK-KANAK

TAJUK:
KANAK-KANAK
BERKEPERLUAN KHAS
PENDIDIKAN INKLUSIF
 Pendidikan bagi kanak-kanak berkeperluan khas
 Perkataan inklusif ini diambil dari perkataan Inggeris
”inclusive”, yang memberikan maksud ’merangkumi’.
 Menurut Naim, 1997 dalam buku Psikologi Pendidikan
maksud inklusif secara umumnya adalah mengintegrasikan
murid-murid berkeperluan khas ke dalam bilik darjah biasa,
supaya mereka berpeluang menikmati segala kemudahan
belajar dalam keadaan normal seperti murid-murid lain, tanpa
mengira status
ISU MENGENAI PEMBELAJARAN
INKLUSIF
 Rancangan Pendidikan Individu (RPI) bagi murid-murid
inklusif tidak disediakan.
 Murid pendidikan inklusif pada sesi petang lebih terabai kerana
tiada guru khas bertugas pada sebelah petang.
 Ada sesetengah sekolah yang tidak membenarkan murid
inklusif menduduki peperiksaan UPSR kerana dikhuatiri
prestasi sekolah terjejas.
 Kebanyakan Guru Besar tiada pendedahan mengenai
pengurusan pendidikan inklusif. Malah ada yang tidak pernah
dengar mengenai pendidikan ini.
MASALAH PEMBELAJARAN
Gargiulo M.R telah mengkategorikan kanak-kanak
berkeperluan khas kepada 9 kategori iaitu :
Terencat Akal (Mental Retardation)

Kurang Upaya Dalam Pembelajaran (Learning


Disability)
Kecelaruan Emosi atau Tingkah Laku (Emocional or
Behavioral Disorders)
Pintar Cerdas dan Berbakat (Gifted and Talented)
SAMBUNGAN….
 Masalah Bahasa dan Pertuturan (Speech and Language
Disorders)
 Masalah Pendengaran (Hearing Impairment)

 Masalah Penglihatan (Visual Impairment)

 Kecelaruan Spektrum Autisma (Autism Spectrum


Disorder)
 Kurang Upaya Fizikal atau Masalah Kesihatan (Physical
or Health Disability)
MASALAH PEMBELAJARAN
Menurut Jabatan Pendidikan Khas, Kementerian Pelajaran
Malaysia
“ Murid bermasalah pembelajaran ádalah kanak-kanak yang
mempunyai masalah kognitif (kerencatan akal) yang dianggap
boleh diajar dan boleh mendapat manfaat pendidikan formal.
Kategori kanak-kanak bermasalah pembelajaran di bawah
tanggungjawab Kementerian Pelajaran Malaysia ádalah seperti,
Sindrom Down, Autisme Ringan, Hiperaktif, Terencat akal
minima, kurang upaya dalam pembelajaran, dan kurang upaya
dalam pembelajaran khusus”.
TANDA-TANDA AWAL
 Peringkat umur 4 hingga 6 tahun
 Lambat bercakap berbanding kanak-kanak lain.
 Masalah penyebutan.
 Lambat membentuk perbendaharaan kata dan sering gagal
menggunakan perkataan dengan betul.
 Sukar membunyikan perkataan.
 Sukar memberi tumpuan dan sentiasa resah gelisah.
 Menghadapi masalah dalam interaksi dengan rakan.
 Sukar mengikut arahan ataupun rutin.
 Peringkat umur 6 hingga 7 tahun
 Lambat belajar hubung kait antara abjad dan bunyi.
 Keliru dalam memahami perkataan kata dasar.
 Sering melakukan kesilapan dalam membaca dan mengeja, termasuk
keliru dalam bentuk huruf yang hampir serupa.
 Sukar mengingat fakta.
 Sukar mempelajari kemahiran baru terutama yang melibatkan
hafalan.
 Sering bersikap kelam kabut dan gagal membuat perancangan.
 Tidak dapat memegang pensel dengan betul.
 Sukar mengingat masa.
 Mengalami masalah koordinasi mata-tangan.
 Kurang menyedari keadaan fizikal di sekeliling dan sering
melanggar sesuatu objek. 
MASALAH KECACATAN FIZIKAL
 Kecacatan fizikal ialah kanak-kanak yang mempunyai
kecacatan ortopedik atau anggota badannya.
 Kecacatan ortopedik mempengaruhi fungsi tulang sendi atau
otot yang menyebabkan pergerakan leher, pinggang, tangan
atau kaki menjadi lemah dan kurang berdaya.
 Kecacatan ini akan menjejaskan pencapaian akademik,
khasnya dalam pelajaran yang bergantung kepada kecekapan
anggota-anggota badan. Contohnya, seni lukis, muzik dan
pendidikan jasmani.
PUNCA
• Kurang zat makanan.
• Kecederaan disebabkan
kemalangan.
IMPLIKASI
a)Strategi
 Guru perlu mengasingkan mereka daripada murid lain
yang mengganggunya.
 Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai
bahan yang tidak diperlukan.
 Menyediakan masa di mana mereka dapat bercakap
dengan guru tanpa kehadiran orang lain. Mereka
berpeluang dalam menyatakan perasaannya.
 Menggunakan pen dan pensil khas yang tidak
memerlukan tekanan yang kuat. 
b)Objektif P&P
 Meningkatkan keyakinan diri mereka.
 Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa,
bakat atau kebolehan semulajadi kanak-kanak ini.
 Membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang
perlu mereka kuasai.

c)Perancangan Aktiviti
 Memberi tugasan dengan kerap, tetapi ringkas.
 Mengatur supaya rakan lain dapat membantu mereka dalam
situasi sosial pada masa-masa tertentu.
d) Bahan Bantu Mengajar
 Bahan yang sesuai mengikut kecacatan fizikal yang dialami.
 Penggunaan pita suara.

 Tayangan video.

 Penggunaan buku teks elektronik yang dapat membantu murid-


murid ini memegang buku.
 Menggunakan komputer apabila melibatkan penulisan.
e)Motivasi
 Beri ganjaran kepada mereka apabila menyiapkan latihan yang
diberikan.
 Semak tugasan mereka secepat mungkin bagi
membolehkannya mendapat pengiktirafan segera.

f) Layanan
 Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka.
 Mendekati murid sekerap mungkin dan bertanya sekiranya ada
yang mengganggu perasaan mereka.
MASALAH PENGLIHATAN
 Masalah penglihatan melibatkan individu yang tidak
pernah melihat, atau yang pernah melihat beberapa tahun
tetapi lama kelamaan kehilangan penglihatan sedikit
demi sedikit atau keseluruhan.
 Kanak-kanak yang bermasalah penglihatan akan belajar
melalui deria sentuhan, pendengaran, bau, dan rasa.
JENIS-JENIS MASALAH PENGLIHATAN

1. Buta / langsung tidak


dapat melihat
2. Separa buta / kabur
1.Buta / langsung tidak dapat melihat
• Kanak-kanak ini menggunakan tulisan Braille
untuk membaca, dan menggunakan tongkat
untuk berjalan.
 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) -Kebutaan
merupakan penglihatan yang kurang daripada 3/60 mata yang
terbaik ataupun medan kelihatan kurang daripada 10 setelah
menerima rawatan ataupun pembetulan biasa
2. SEPARA BUTA / KABUR
• Memerlukan bantuan seperti pemakaian
cermin mata atau mendapatkan rawatan
doktor pakar.
 Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) - Rabun ataupun
dikenali medan penglihatan terhad mempunyai penglihatan
kurang daripada 6/18 sehingga persepsi cahaya pada mata
yang terbaik ataupun medan penglihatan kurang daripada 10
sesudah rawatan ataupun pembetulan biasa. Masih dapat
menggunakan deria penglihatan untuk melakukan aktiviti
seharian
8 KATEGORI MASALAH PENGLIHATAN
KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
a. Astigmatisme (rabun).
b. Strabismus (juling).
c. Amblipia (mata malas).
d. Diplopia (nampak dua).
e. Glaukoma (tekanan biji mata yang merosakkan urat saraf
mata).
f. Albinisme (sensitif pada cahaya).
g. Myopia (rabun jauh).
h. Hyperopia (rabun dekat).
PUNCA
Baka dan keturunan.
Komplikasi semasa hamil dan semasa
lahir.
Rubela.
Sifilis.
Kecederaan.
Penyakit.
TAHAP KECACATAN
 Sederhana
Kanak-kanak masih boleh melihat cahaya dan menjalankan
aktiviti yang melibatkan deria penglihatan dengan
menggunakan alat bantu khas seperti kanta.
 Teruk
Menyebabkan kanak-kanak memerlukan lebih banyak masa
dan tenaga dalam menjalankan aktiviti yang berkaitan
dengan penglihatan.
 Sangat Teruk
Mengakibatkan kanak-kanak menghadapi kesukaran dalam
melakukan aktiviti visual seperti membaca serta perlu
bergantung dengan deria-deria yang lain.
TANDA-TANDA MASALAH
PENGLIHATAN

 Rupa
 Tingkah Laku
 Aduan
Rupa
 Bebola mata yang selalu berputar-
putar.
 Mata yang selalu bergerak-gerak.
 Bahagian tepi mata berwarna merah.
 Mata selalu berair.
 Mata yang terlalu sensitif pada
cahaya.
Tingkah Laku
 Kerap berkelip.
 Kerap menggosok mata.
 Selalu menutup sebelah mata.
 Selalu terlanggar objek.
 Keliru dengan huruf.
 Kerap menangis.
 Meniru kerja rakan.
 Selalu memusingkan kepala ke sebelah sahaja, contohnya
untuk melihat papan tulis ataupun objek.
 Memegang buku atau bahan bacaan terlalu dekat dengan
muka.
 Selalu mengerut atau mengecilkan mata.
Aduan
 Penglihatan kabur.
 Selalu mengadu sakit kepala, loya dan pening.

 Nampak dua imej pada satu objek.

 Sensitif pada cahaya.

 Mata yang selalu gatal.


IMPLIKASI
a) Strategi
 Guru perlu mengasingkan mereka daripada murid lain
yang mengganggunya.
 Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai
bahan yang tidak diperlukan.
 Menyediakan masa di mana mereka dapat bercakap
dengan guru tanpa kehadiran orang lain. Mereka
berpeluang dalam menyatakan perasaannya.
 Meletakkan murid-murid ini pada bahagian hadapan
dalam kelas.
b) Objektif P&P
 Meningkatkan keyakinan diri mereka.

 Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa,


bakat atau kebolehan semulajadi kanak-kanak ini.
 Membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang
perlu mereka kuasai.
 Supaya kanak-kanak mampu menguruskan dirinya sendiri
tanpa bergantung kepada orang lain.
 Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan
diri dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai sebarang
aktiviti yang dilakukan. 
c) Perancangan Aktiviti
 Menyediakan bahan pembacaan yang mempunyai saiz cetakan
yang besar dan sesuai.
 Menyediakan bahan bacaan yang jelas. Misalnya, adanya
perbezaan antara huruf dengan latar belakang kertas, serta
perkataan tidak terlalu banyak dalam satu muka surat.
d) Bahan Bantu Mengajar
 Penggunaan tulisan Braille bagi murid yang menghadapi
masalah penglihatan yang teruk.
 Tayangan video.

 Penggunaan pita suara.


e) Motivasi
 Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang
 diingini yang ditunjukkan.

 Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut


arahan.  

f ) Layanan
 Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka.
 Mendekati murid sekerap mungkin dan bertanya sekiranya ada
yang mengganggu perasaan mereka. 
MASALAH PEMBELAJARAN
 Masalah Tingkah Laku
 Disleksia

 Autisme

 Hiperaktif

 Lembam (Slow Learner)

 Terencat Akal Ringan

 Pintar Cerdas
TANDA-TANDA AWAL MASALAH
PEMBELAJARAN
 Peringkat umur 4 hingga 5 tahun.
 Peringkat umur 6 hingga 7 tahun.
PERINGKAT UMUR 4 HINGGA 6
TAHUN
 Lambat bercakap, berbanding kanak-kanak lain.
 Masalah penyebutan
 Lambat membentuk perbendaharaan kata dan
sering gagal menggunakan perkataan dengan
betul
 Sukar membunyikan perkataan
 Sukar memberi tumpuan dan sentiasa resah
gelisah
 Menghadapi masalah dalam interaksi dengan
rakan
 Sukar mengikut arahan ataupun rutin
PERINGKAT UMUR 6 HINGGA 7
TAHUN
 Lambat belajar hubung kait antara abjad dan bunyi
 Keliru dalam memahami perkataan kata dasar
 Sering melakukan kesilapan dalam membaca dan mengeja,
termasuk keliru dalam bentuk huruf yang hampir serupa.
 Sukar mengingat fakta
 Sukar mempelajari kemahiran baru terutama yang melibatkan
hafalan
 Sering bersikap kelam kabut dan gagal membuat perancangan
 Tidak dapat memegang pensel dengan betul
 Sukar mengingat masa
 Mengalami masalah koordinasi mata-tangan
 Kurang menyedari keadaan fizikal di sekeliling dan sering
melanggar sesuatu objek
MASALAH TINGKAH LAKU
 Perlakuan yang dimanifestasikan secara
konsisten dalam satu jangka masa lama
yang akan memberi kesan buruk dalam
perkembangan pembelajaran murid dan
seterusnya menghalang mereka terlibat
secara aktif di dalam atau di luar bilik
darjah.
JENIS-JENIS TINGKAH LAKU

 MINOR – tidak memerlukan guru mengambil


tindakan disiplin yang serius/tindakan pemulihan
 MAJOR – termasuklah tingkah laku bermasalah
minor yang bertambah dari segi kekerapannya
dan jumlahnya yang menggangu pembelajaran
murid lain
 KRONIK – memerlukan kaunseling/penggunaan
teknik modifikasi tingkah laku
KAEDAH MENGENAL PASTI MURID
YANG MEMPUNYAI MASALAH TINGKAH
LAKU
 Kaedah Berasaskan Ujian
 Kaedah bukan ujian

- pemerhatian
- temuduga
- kaedah penyelidikan
 Kajian Kes
 Kajian Dokumen
 Kajian Rentasan
 Kajian Menegak
PENGURUSAN MASALAH
TINGKAH LAKU
 Mengenal pasti tingkah laku bermasalah
murid
 Tentukan matlamat tingkah laku yang
diinginkan
 Pilih strategi yang sesuai
 Aplikasi strategi
 Ubahsuai dan ubah strategi jika gagal
 Aplikasi strategi baru secara sistematik
TEKNIK PENGURUSAN MASALAH
TINGKAH LAKU

Alat Pengukuran
Personal
Teknik Pencegahan
Tindakan Pembetulan
IMPLIKASI TINGKAH LAKU BERMASALAH
KEPADA PROSES P & P
 Mengawal bilik darjah
termasuk mengurus tingkah
laku bermasalah akan
menjamin keberkesanan P
& P. Jika ia tidak diambil
dengan serius walaupun
persediaan dibuat dengan
baik objektifnya tidak akan
tercapai.
IMPLIKASI MASALAH TINGKAH LAKU
• Strategi
– Menggunakan interaksi rakan sebaya dan kerjasama sekerap
yang mungkin supaya murid tidak perlu duduk terlalu lama.
– Menjalankan situasi main peranan dengan murid tersebut.
– Memberikan tugasan yang ringkas, tetapi kerap.
– Menggunakan pelbagai teknik visual dan auditori bagi
menggalakkan rangsangan murid terhadap pelajaran
 Objektif
 Meningkatkan keyakinan kanak-kanak ini.
 Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa, bakat
atau kebolehan semulajadi kanak-kanak ini.
 Membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang
perlu mereka kuasai.
 Bahan Bantu Mengajar
 Menggalakkanpenggunaan komputer.
 Menggunakan kad imbasan yang berwarna terang.
 Menggunakan pita rakaman.
 Perancangan Aktiviti
 Memberi tugasan yang ringkas, tetapi kerap.
 Semak tugasan murid secepat mungkin dan serahkan kembali bagi
membolehkannya mendapat pengiktirafan segera.
 Mendedahkan mereka kepada aktiviti kumpulan kecil dan besarkan
kumpulan itu apabila mereka bersedia.
 Menyediakan bahan yang sesuai dengan tahap kemahiran mereka.
• Motivasi
– Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat untuk mengenal
identiti sendiri.
– Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini
yang ditunjukkan.
– Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut arahan.
• Layanan
– Guru tidak membezakan mereka dengan murid yang lain.
– Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka.
– Membenarkan mereka menggunakan pelbagai alternatif dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan.
MASALAH PERTUTURAN
 Pertuturan adalah bentuk ekspresi bahasa yang paling
biasa dan memerlukan koordinasi di antara alat
artikulasi, pernafasan dan suara. Pertuturan melibatkan
simbol-simbol yang diwakili oleh bunyi dalam bentuk
bahasa yang formal bertujuan untuk melahirkan idea dan
bertukar-tukar fikiran.
UNSUR-UNSUR PERTUTURAN

 Suara terbentuk dalam 3 komponen iaitu:


 Pitchyang merujuk kepada tinggi rendah nada suara.
 Kekuatan atau kenyaringan suara
 Kualiti suara.
• Bunyi atau resonan adalah aspek bunyi-bunyi pertuturan dan
ada kalanya dianggap sebagai sebahagian daripada aspek suara.
Ada individu yang mempunyai suara yang kuat dan ada pula
yang suaranya lemah atau pun terlalu nyaring.
• Artikulasi melibatkan gigi, lelangit, bibir, pergerakan lidah
untuk mengeluarkan bunyi-bunyi bahasa.
• Kelancaran adalah keupayaan bertutur tanpa teragak-agak atau
tersekat-sekat yang boleh mengganggu komunikasi.
KATEGORI MASALAH PERTUTURAN

1. Masalah artikulasi
• Masalah artikulasi atau gangguan artikulasi adalah
mengeluarkan bunyi-bunyi pertuturan yang abnormal,
sehingga menyebabkan percakapan menjadi tidak tepat
atau percakapan yang tidak sesuai.
MASALAH ARTIKULASI TERDIRI
DARIPADA PERKARA-PERKARA BERIKUT :

• Penggantian
– terjadi apabila bunyi tertentu dalam sesuatu perkataan digantikan
dengan bunyi yang lain.
– Misalnya, ‘malan’ untuk ‘makan’, ‘wabbit’ untuk ‘rabbit’.
– Kesilapan ini sering berlaku kepada kanak-kanak yang masih belum
matang.
• Penambahan
– Bermaksud menambah bunyi tertentu dalam perkataan
– Misalnya, ‘bawa’ disebut ‘bawah atau bawuah’
• Penguguran
– Melibatkan pengguguran atau menghilangkan sesuatu bunyi
konsonan.
– Pengguguran boleh berlaku di permulaan, tengah atau akhir
perkataan.
– Contohnya : ‘idung’ untuk ‘hidung’
• Pengubahan
– Terjadi apabila sebutan asal diubah sehingga boleh menghilangkan
maknanya.
– Masalah ini ketara dalam penyebutan bahasa inggeris misalnya
perkataan ‘sip’ disebut ‘shlip’
– Sekirannya untuk perkataan ‘susah’, konsonan ‘s’ disebut dengan
henbusan angin yang kuat atau keterlaluan boleh mengubah bunyi
perkataan tersebut misalnya ‘sssyusyah’.
PUNCA MASALAH ARTIKULASI

 Sumbing
 Masalah pertuturan

 Ketika masih bayi lagi, kanak-kanak belajar bertutur


dengan meniru pertuturan orang dewasa
 persekitaran
2. Masalah Suara
 Pertuturan sengau terhasil apabila udara dari paru-paru yang
sepatutnya keluar melalui rongga mulut telah keluar mengikut
rongga hidung ketika bercakap. Keadaan ini menjadi suara sengau
atau seperti hidung tersumbat.
 Masalah suara akibat jeritan, sorakan yang terlalu kuat hanyalah
bersifat sementara dan akan pulih apabia tekak diubati dan kekuatan
bunyi pertuturan dikurangkan.
3. Masalah kelancaran
 Gangguan kelancaran melibatkan aliran pertuturan yang
mempengaruhi kadar dan kelincinan pertuturan seseorang
 Gagap adalah bentuk ganguan kelancaran pertutyran yang biasa.
Seseorang dikatakan gagap apabila menyebut sesuatu perkataan
berulang-ulang, tersekat-sekat dan diikuti ketengangan otot tekak.
 terjadi akibat gangguan pernafasan berpunca daripada penyelarasan
otot pertuturan yang tidak sempurna.
FAKTA YANG BERKAITAN DENGAN
GAGAP:

 Gagap sesuatu yang mesti berlaku kepada setiap kanak-kanak


(2-4 tahun), tetapi akan beransur-ansur pulih setelah melalui
pengalaman interaksi dengan persekitaran.
 Kaum lelaki lebih ramai gagap berbanding wanita
 Gagap boleh diturunkan melalui pertalian genetic keluarga.
CIRI-CIRI INDIVIDU YANG GAGAP:

– Pertuturan tidak lancer kerana secara tidak sengaja kerap


mngulang-ulang menyebut perkataan dan pemanjangan bunyi
perkataan.
– Melakukan pengulangan dan pemanjangan sebutan satu huruf
yang sama
– Gagal mengaitkan perkataan dengan emosi.
– Cuba menyembunyikan masalah gagap dengan mengubah
nada dan kadar pertuturan, memejamkan matam mengulang
suku kata, perkataan atau frasa dan menggerakkan tangan
semasa bertutur.
PUNCA MASALAH GAGAP:

• Ketidakstabilan mekanisma neuromuscular untuk pertuturan ketika


peringkat awal kanak-kanak. Ketika kanak-kanak sudah mula mahu
bercakap, otot-otot pertuturan masih belum bersedia dan tidak stabil.
Keadaan ini menyebabkan pertuturan menjadi tersekat-sekat dan
berulang-ulang.
• Keadaan persekitaran juga boleh menyebabkan gagap terutamanya
persekitaran rumah yang tidak selamat dan tidak menggembirakan serta
hubungan emosi yang tidak cukup di antara anak dan ibu bapa.
• Keadaan fizikal yang lemah akibat kekurangan zat makanan, dan
mempunyai masalah kesihatan.
• Kejutan secara tiba-tiba seperti kemalangan, kematian orang tersayang
terutamanya ibu bapa, pengalaman yang menakutkan dan menghidap
sesuatu penyakit.
• Peniruan pertuturan yang salah semasa proses mula belajar bertutur.
• Sekiranya sejarah keluarga mempunyai ahli yang gagap, besar
kemungkinan masalah gagap akan diturunkan kepada anak-anak
mereka.
IMPLIKASI

• Strategi
– Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai
bahan yang tidak diperlukan.
– Menyediakan masa di mana mereka dapat berinteraksi
dengan guru tanpa kehadiran orang lain. Mereka berpeluang
dalam menyatakan perasaannya.
– Guru perlu mengasingkan mereka daripada murid lain yang
mengganggunya.
– Guru perlu mengetahui dan mahir dalam masalah murid-
murid ini.
• Objektif P&P
– Membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang
perlu mereka kuasai.
– Meningkatkan keyakinan diri mereka.
– Supaya kanak-kanak mampu menguruskan dirinya sendiri tanpa
bergantung kepada orang lain.
– Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa, bakat
atau kebolehan semulajadi kanak-kanak ini.
– Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan diri
dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai sebarang aktiviti
yang dilakukan.
 Perancangan Aktiviti
 Membantu kanak-kanak dengan menggunakan model yang sesuai,
misalnya mengulang perkataan secara jelas dan perlahan, atau
menggunakan alat audio.
 Aktiviti yang menekankan pendekatan yang melibatkan pelbagai
penggunaan deria.
 Bahan Bantu Mengajar
• Motivasi
– Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang diingini
yang ditunjukkan.
– Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut arahan.
• Layanan
– Guru tidak membezakan mereka dengan murid yang lain.
– Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka.
– Membenarkan mereka menggunakan pelbagai alternatif dalam
menyelesaikan tugasan yang diberikan.
– Memberi kanak-kanak masa yang mencukupi untuk memberi
respon.
MASALAH PENDENGARAN

• Pendengaran adalah satu saluran penting bagi manusia


menerima bahan-bahan ilmu. Walaupun manusia masih boleh
belajar melalui deria lihat, bau, sentuhan, cita rasa dan
sebagainya namun deria pendegaran memudahkan dan
meyempurnakan proses pembelajaran.
• Masalah pendegaran bermaksud Ia adalah masalah-masalah
yang menjejaskan komunikasi - masalah bercakap atau
memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain. 
KLASIFIKASI MASALAH PENDENGARAN 

 Hilang pendengaran jenis konduktif


 Bunyi tidak dapat bergerak dari telinga luar ke telinga dalam
secara efisien kerana sumbatran atau kerosakan pada laluan
ini.
 Ini menyebabkan bunyi menjadi perlahan dan tidak jelas.
 Kehilangan perdengaran jenis konduktif selalunya boleh
dipulihkan secara perubatan atau pembedahan. 
• Hilang Pendengaran jenis sensori neural
– Masalah ini disebabkan oleh kerosakan telinga dalam atau laluan
saraf pendengaran ke otak.
– Setengah bunyi kedengaran kurang jelas menyebabkan herotan dan
masalah memahami pertuturan.
– Masalah pendengaran ini selalunya kekal.
– Walau bagaimanapun ia dapat dibantu dengan alat batu
pendengaran. 
• Hilang pendengaran jenis campuran
– Kombinasi dari hilang pendengran jenis konduktif dan
sensorineural. 
PUNCA MASALAH PENDENGARAN 

• jangkitan telinga kronik,


• fakor keturunan,
• kecacatan kongenital,
• sakit kuning yang teruk semasa bayi, penggunaan dadah
ototoksik,
• kecederaaan kapala,
• jangkitan virus atau bakteria,
• pendedahan kapada bunyi bising secara berpanjangan,
• proses penuaan dan tumor.
 Sebelum Lahir
 Baka yang disebabkan oleh gen.
 Jangkitan semasa hamil, terutama oleh virus seperti rubella, deman
glandular dan selesema.
 Si ibu mendapat penyakit yang berkaitan dengan pemakanan seperti
biri-biri dan kencing manis.
 Semasa hamil, ibu mengambil dadah ataupun bahan kimia seperti
kuanin dan streptomycin.
 Toksemia pada peringkat akhir kehamilan.
 Kerap hamil.
 Semasa lahir
 Masa lahir yang terlalu lama ataupun susah yang menyebabkan
tekanan yang kuat pada bahagian telinga.
 Kelahiran tidak cukup bulan.
 Kecederaaan semasa dilahirkan, terutamanya pada bahagian telinga.
 Penyakit hemolisis selalunya yang disebabkan oleh factor Rh.
 Selepas lahir
 Kanak-kanak menghidap penyakit berjangkit yang disebabkan oleh
bacteria dan virus seperti beguk dan demam campak.
 Kemalangan
 Pengambilan antibiotic seperti streptomycin.
 Terdedah pada bunyi yang terlalu kuat dalam jangka masa yang
lama.
TAHAP KEHILANGAN PENDENGARAN

• Kurang Pendengaran
– Ringan (mild)
• Tahap kehilangan pendengaran antara 27 hingga 40 dB.
• Memahami perbualan.
• Mengalami kesulitan mendengar bunyi-bunyi yang perlahan dan
jauh.
• Memerlukan terapi pertuturan.
– Sederhana (moderate)
• Tahap kehilangan pendengaran antara 41 hingga 55 dB.
• Dapat mendengar bunyi setakat 1 hingga 1.5 meter daripadanya.
• Memahami perbualan.
• Sukar melibatkan diri dalam perbincangan secara kelas.
• Memerlukan alat bantu dengar.
• Memerlukan terapi pertuturan.
– Sederhana teruk (moderate severe)
• Tahap kehilangan pendengaran antara 56 hingga 70 dB.
• Memerlukan alat bantu dengar, latihan pendengaran.
• Memerlukan latihan pertuturan dan komunikasi.
• Pekak
– Teruk (severe)
• Tahap kehilangan pendengaran antara 71-90 dB.
• Dapat mendengar bunyi yang kuat pada jarak antara sifar-30.5
sentimeter daripadanya.
• Mungkin dapat membezakan sesetengah bunyi sahaja.
• Menghadapi masalah dalam pertuturan.
• Memerlukan pendidikan khas, alat bantu dengar dan latihan
pertuturan dan komunikasi.
– Sangat teruk (profound)
• Tahap kehilangan pendengaran lebih daripada 90 dB.
• Sukar untuk mendengar walaupun bunyi yang kuat
• Memerlukan alat bantu pendegaran dan terapi pertuturan.
 Umur ketika kehilangan pendengaran
 Kanak-kanak yang hilang pendengaran sebelum memperoleh
kemahiran bertutur dan berbahasa adalah dalam kategori pekak
pralingual yang biasanya menyebabkan masalah dalam
pembelajaran. Kehilangan pendengaran selepas dapat menguasai
kemahiran bertutur dan berbahasa diistilahkan sebagai pekak
pascalingual.
TANDA-TANDA KANAK-KANAK BERMASALAH
PENDENGARAN

• Kanak-kanak kurang member perhatian di dalam kelas.


• Kelihatan selalu berkhayal,
• Butir-butir percakapan yang tidak jelas dan janggal.
• Kelihatan terkejut apabila dihampiri dari belakang.
• Kanak-kanak tidak memahami dan mengikut arahan yang
diberikan.
• Tidak melibatkan diri dalam aktiviti yang memerlukan
kemahiran bertutur.
• Sering bertanya mengenai tugasan yang perlu dilakukan.
• Pencapaian dalam pelajaran lemah terutamanya yang berkaitan
dengan bahasa.
IMPLIKASI

• Strategi
– Memastikan meja murid tidak dipenuhi dengan pelbagai bahan yang
tidak diperlukan.
– Menyediakan masa di mana mereka dapat berinteraksi dengan guru
tanpa kehadiran orang lain. Mereka berpeluang dalam menyatakan
perasaannya.
– Guru perlu mengasingkan mereka daripada murid lain yang
mengganggunya.
– Menyediakan persekitaran pembelajaran yang tidak diganggu oleh
bunyi bising atau gangguan bunyi lain.
– Menggunakan bahasa isyarat jika ada murid yang mengalami
kecacatan pendengaran yang teruk.
• Objektif P&P
– Memberi peluang kepada kanak-kanak untuk menyesuaikan diri
dengan rakan sebaya yang normal dan menyertai sebarang aktiviti
yang dilakukan.
– Meningkatkan keyakinan diri mereka.
– Membantu murid dalam menguasai kemahiran-kemahiran yang
perlu mereka kuasai.
– Supaya kanak-kanak mampu menguruskan dirinya sendiri tanpa
bergantung kepada orang lain.
– Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran istimewa, bakat
atau kebolehan semulajadi kanak-kanak ini.
 Bahan Bantu Mengajar
 Penggunaan komputer apabila melibatkan aktiviti penulisan.
 Tayangan video atau slide show.
 Penggunaan alat bantu pendengaran seperti ear phone.

 Motivasi
 Gunakan ganjaran dan pengukuhan bagi tingkah laku yang
 diingini yang ditunjukkan.
 Memuji murid apabila mereka mendengar dan mengikut arahan.
 Layanan
 Elakkan daripada menjerit dan meninggikan suara kepada mereka.
 Tidak membelakangkan mereka semasa memberi sebarang arahan
ataupun ketika mengajar.
 Guru sentiasa berada berdekatan dengan mereka.
 Mendekati murid sekerap mungkin dan bertanya sekiranya ada yang
mengganggu perasaan mereka.
 Menggunakan bahasa isyarat jika ada murid yang mengalami
kecacatan pendengaran yang teruk.
DISLEKSIA
 Buta huruf atau alexia.
 Perkataan disleksia berasal dari 2 perkataan Greek iaitu
‘dys’ dan ‘lexia’.
 ‘Dys’ bermaksud kesukaran manakala ‘lexia’ bermakna
perkataan.
 Disleksia didefinisikan sebagai ketidakupayaan
memperoleh pengetahuan daripada proses pembelajaran
akibat kesukaran mentafsirkan kod ayat.
 Kanak-kanak ini menghadapi kesukaran dalam membaca,
menulis dan mengeja tetapi ramai yang tidak menyedari
hal ini dan menyangka kanak- kanak itu malas, bodoh dan
lembab.
 Seorang Profesor Berlin pada tahun 1887, merangkap
seorang pakar perubatan dan ‘ophalomotologist’ telah
memperkenalkan perkataan ‘Disleksia’ (Hammond
dan Hugges, 1996:3)“Disleksia ialah satu ‘Disorder’
dalam kanak-kanak yang telah terima Pendidikan
Biasa, tidak memperolehi kemahiran bahasa, bacaan,
menulis dan ejaan yang setaraf intelek” (World
Federation Of Neurology, 1968).
 Selainitu terdapat juga beberapa perkataan lain yang
berkaitan dengan Disleksia, diantaranya ialah:-
-Dyscalculia (Diskalkulia) iaitu seorang
disleksia yang bermasalah dalam pengiraan
ataupun matematik
-Dysgraphia (Disgrafia) iaitu seorang disleksis
yang bermasalah dalam bahasa
-Dyspraxia (Dispraksia) iaitu seorang disleksis
yang bermasalah dalam ko- ordinasi moto-mata-
tangan
JENIS-JENIS DISLEKSIA
Disleksia visual (penglihatan)
Disleksia auditori (pendengaran)
Disleksia visual-auditori
DISLEKSIA
VISUAL(PENGLIHATAN)
 Berkaitan dengan masalah kanak-kanak
dalam menggunakan deria penglihatan.
 Walaupun dapat melihat dengan baik
tetapi ia tidak dapat membezakan apa
yang dilihat ataupun menginterprestasi
serta mengingatinya.
DISLEKSIA AUDITORI
(PENDENGARAN)
 Berkaitan dengan masalah kanak-kanak
dalam menggunakan deria pendengaran
 Walaupun boleh mendengar tetapi ia
mengalami kesukaran dalam
mendiskriminasikan bunyi, membezakan
persamaan dan perbezaan antara bunyi,
mengenal pasti bunyi bagi perkataan
ataupun membahagikan perkataan dalam
suku kata.
DISLEKSIA VISUAL-AUDITORI

 Kanak-kanak dalam kategori ini berada


dalam keadaan yang agak teruk kerana
kedua-dua deria penglihatan dan
pendengaran tidak dapat membantunya
menginterprestasi apa yang dilihat dan
didengar.
CIRI-CIRI KANAK-KANAK
DISLEKSIA
 Tidak dapat mengimbangi daya mengingati huruf dengan
perkataan dan menghadapi masalah dalam mengingati bentuk
huruf, bunyi huruf dan gabungan perkataan.
 Suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika
sedang membaca.
 Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p"
dianggap "q" dan huruf "b" dianggap "d".
 Mata mereka tidak dapat mengimbas huruf, kata dan ayat yang
berlainan dan ini mengakibatkan banyak yang ditinggalkan
ataupun dilangkau.
 Tumpuan dan pemahaman kanak-kanak ini
menjadi lemah dalam aspek bacaan, dan
seterusnya mereka tidak memahami apa yang
mereka baca.
 Kekerapan ini selalu terjadi kepada pasangan
kembar dan bayi yang tidak cukup bulan.
 Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga
kanak-kanak itu meningkat dewasa.
MASALAH KANAK-KANAK YANG
MENGHADAPI DISLEKSIA
1. Mengeja

 kekeliruan dalam mengenal pasti huruf-


huruf seperti;
m – w y –g – j u – n m – n
c–ep–qh–nb–d
 Terdapat juga kekeliruan dalam
membunyikan huruf seperti
t–hf–v
2. Membaca

 Mereka cenderung menterbalikkan perkataan seperti:


Batu – tuba
Gula - lagu
 Selain itu mereka juga melakukan pembalikkan dalam
ayat. Contohnya seperti berikut:
pada masa yang sama – dapa masa yang masa
 Kekeliruan perkataan antara Bahasa Melayu dengan
Bahasa Inggeris. Contohnya
Jam – jem
cat - cat
3. Menulis

 Kanak-kanak ini juga mengalami kesukaran untuk


memindahkan maklumat ke atas kertas.
 Mereka juga mengalami kesukaran untuk memegang pensel
dan tidak dapat menulis mengikut garisan yang disediakan.
 Kanak-kanak ini juga cenderung menulis perkataan yang pelik-
pelik

4. Nombor

 Terdapat kekeliruan terhadap tanda dan simbol dan suka


menterbalikkan nombor yang sama.
 Contohnya
3–5-8
9-6
5. Bercakap dan mendengar

 Terdapat juga diatara mereka yang


mengalami kesukaran untuk bertutur.
Mereka juga kelihatan seperti tidak
mendengar atau mempedulikan.
 Hal ini berlaku disebabkan kelambatan
dalam proses maklumat yang diperolehi.
 Mereka juga tidak melakukan atau menyusun
sesuatu mengikut susunan.
6. Masalah fizikal, pengurusan diri dan sosial

 Pakaian sentiasa tidak kemas tetapi tidak kotor dan


pandai membutangkan baju, kidal dan pandai
mengikat tali kasut
 Kelihatan berminat dalam pelajaran tetapi dilabel
pemalas dan kelihatan bodoh
 Skop penglihatan yang terhad di mana keliru antara
depan, belakang, kiri, kanan,, atas, bawah serta
pengamatan yang lemah
PUNCA-PUNCA DISLEKSIA
Mengikut Mercer, 1997; Hammond dan Hughes,
1996 dan Spaafford dan Grosser,1996,

1. Keturunan atau genetik

2. Biologi

3. Kematangan
KETURUNAN ATAU GENETIK
 Kebanyakan kes, terdapat beberapa ahli keluarga
yang mengalami masalah-masalah yang sama.
 Kemungkinan punca ini boleh diwarisi yang
membezakan adalah darjah keterukannya.
 Terdapat kajian yang dijalankan telah
membuktikan disleksia desebabkan oleh
kromosom 15, 1 dan 16 yang boleh
diperturunkan secara turun-temurun
BIOLOGI
 Sejarah kanak-kanak disleksia biasanya adalah
semasa dilahirkan tidak cukup bulan,
kekurangan oksigen semasa dilahirkan atau
kelahiran yang amat sukar.
 Faktor-faktor ini menjadi punca kelambatan atau
ketidaksempurnaan perkembangan.
 Sebahagian daripada kerosakan otak yang
menyebabkan kanak-kanak ini mengalami
masalah belajar
KEMATANGAN
 Terdapat kanak-kanak yang lambat
perkembangannya pada bahagian tertentu
dalam sistem saraf.
 Pada kebiasannya kanak-kanak lelaki
lambat matang daripada kanak-kanak
perempuan.
 Kelewatan kematangan pada kanak-kanak
merupakan salah satu kemungkinan punca
disleksia
IMPLIKASI MEMBANTU
KANAK-KANAK DISLEKSIA
 Membawa berjumpa dengan pakar pisikologi
pembelajaran atau psikologi klinikal pada peringkat
awal bagi tujuan menanganinya
 Membantu kanak-kanak memahami bahawa walaupun
dia mungkin berbeza dalam banyak hal tetapi tetap
disayangi.
 Menambah dan menggalakkan sebarang kemahiran
istimewa bakat atau kebolehan semulajadi
 Sentiasa sabar melayani karenah mereka yang mana
biasanya kecewa dengan kegagalan yang berterusan.
 Membacakan cerita untuk anak-anak serta menjadi
ahli persatuan sokongan ibu bapa
 Memberikan bantuan dan latihan pembelajaran
sebelum memasuki tadika
 Mengamalkan suasana kasih sayang serta
bersikap perihatin dalam mengekalkan suasana
harmoni
 Membuat aktiviti berkeluarga serta memberi
bimbingan dalam bidang akademik
 Memberi kebebasan yang terbatas serta nasihat
untuk mengenal identiti sendiri
 Mengamalkan konsep diri diberi ganjaran atau
pujian contohnya bagus, pandai   
AUTISME
 Berasal dari perkataan autos yang bererti diri
sendiri dan Isme yang beerti aliran.
 Menurut kamus dewan edisi keempat muka surat
91
- Autisme merupakan gangguan mental yang
mula muncul pada peringkat kanak-kanak
yang menyebabkan seseorang berkelakuan
tidak normal dan sukar berkomunikasi dengan
masyarakat.
 Autisme adalah kategori ketidakupayaan yang
dicirikan dengan gangguan dalam komunikasi,
interaksi sosial, gangguan deria, pola
permainan dan perilaku emosi.
 Gejala ini kelihatan sebelum kanak-kanak
berumur 3 tahun
 Sering menimbulkan kekeliruan bagi
penjaganya kerana mereka kelihatan normal
tetapi memaparkan tingkah laku dan pola
perkembangan yang berbeza.
 Kebanyakkan kanak-kanak autisme mengalami
terencat akal tetapi dalam pelbagai tahap.
 Dalam kemahiran koordinasi mata-tangan, sama ada
mereka menghadapi masalah ataupun mereka lebih
maju dalam aspek itu dan kemahiran lain.
 Mereka tidak dapat mengaitkan sesuatu perkataan
dengan maksudnya. Jadi, mereka mungkin
mengulang-ulang perkataan-perkataan tertentu, panas
baran, dan bertindak balas secara luar biasa.
 Mereka mungkin tidak dapat bertutur, hanya
mengeluarkan bunyi-bunyi ataupun meniru apa yang
diperkatakan orang lain.
 Mereka juga tidak suka disentuh ataupun berhubung
dengan orang lain ataupun mungkin selalu berpaut
pada sesiapa sahaja.
 Contohnya

 Bunyi yang indah mungkin membingitkan telinga


mereka.
 Sentuhan dan belaian yang manja mungkin menjadi
sesuatu yang tidak disenanginya.
PUNCA-PUNCA
1. Faktor genetik
 Bayi yang dilahirkan kembar hasil daripada
satu telur didapati kemungkinan
mengalaminya
2. Penyakit
 Pengaruh virus yang dihidapi oleh ibu semasa
hamil seperti rubela, toxo, herpes, pemakanan
yang tidak berzat, pendarahan, keracunan
makanan juga mempengaruhi pertumbuhan sel
otak yang menyebabkan fungsi otak bayi yang
dikandung terganggu terutama dalam aspek
fungsi pemahaman, komunikasi dan interaksi.
3. Akibat pencernaan

 Makanan seperti susu berasaskan haiwan dan tepung


gandum tidak dapat dicernakan dengan baik dan ini
menyebabkan protein dalam makanan itu tidak berubah
menjadi asid amino ataupun pepton iaitu bentuk rantaian
yang mana akhirnya dibuang melalui kencing.
 Bagi kanak-kanak autistik, pepton ini diserap kembali
oleh tubuh, memasuki aliran darah, terus ke otak dan
diubah menjadi morfin iaitu casomorfin dan gliadrofin
yang merosakkan sel-sel otak dan menyebabkan fungsi
otak terganggu.
 Fungsi otak yang terganggu adalah melibatkan fungsi
kognitif, komunikasi reseptif,perhatian dan tingkah laku.
CIRI-CIRI AUTISME
1. Komunikasi
2. Interaksi sosial
3. Gangguan deria
4. Pola bermain
5. Tingkah laku
6. Emosi
KOMUNIKASI
 Perkembangan bahasa yang lambat ataupun tiada langsung
 Kelihatan seperti bermasalah pendengaran dan tidak
mengendahkan apa yang dikatakan orang lain
 Jarang menggunakan bahasa dan sukar diajak bercakap
 Kadangkala dapat bertutur sesuatu tetapi sekejap sahaja
 Perkataan yang dituturkan tidak sesuai dengan pertanyaan
 Meniru perbualan ataupun perkataan orang lain (echolalia)
 Dapat meniru ayat ataupun nyanyian tanpa mengerti
maksudnya
 Suka menarik tangan orang lain bila meminta sesuatu
INTERAKSI SOSIAL

 Suka bersendirian
 Tiada kontak mata dan sentiasa mengelak
memandang muka orang lain
 Tidak gemar bermain dengan rakan dan
menolak ajakan rakan
 Suka menjauhkan diri dan duduk disuatu
sudut
GANGGUAN DERIA
 Sensitif pada sentuhan
 Tidak suka dipegang atau dipeluk
 Sensitif dengan bunyi yang kuat dan
menutup telinga
 Suka mencium dan menjilat mainan atau
benda-benda lain
 Kurang sensitif pada rasa sakit ataupun
takut
POLA BERMAIN
 Tidak suka bermain seperti kanak-kanak sebayanya
 Tidak bermain mengikut cara biasa, dan suka
memutar-mutar atau membaling alat mainan atau apa
saje yang dipegangnya
 Suka dengan objek yang berputar seperti kipas angin

 Apabila menyukai sesuatu benda akan dipegang dan


dibawa kemana-mana sahaja
TINGKAH LAKU
 Sama ada hiperaktif ataupun hipoaktif
 Melakukan gerakan atau perbuatan yang
sama berulang-ulang seperti jalan mundar-
mandir, bergoyang-goyang dan
mendekatkan mata ke televisyen
 Tidak suka pada perubahan
 Dapat duduk tanpa sebarang reaksi
EMOSI
 Sering marah, ketawa dan menangis tanpa sebab
 Mengamuk tanpa terkawal, jika tidak menuruti
kehendaknya ataupun melarangnya membuat
sesuatu
 Merosakkan apa sahaja yang berada disekitarnya
jika emosinya terganggu
 Adakalanya mencederakan diri sendiri
IMPLIKASINYA DALAM PROSES
P &P
 Keperluan pembelajaran yang efektif melibatkan
kawalan tingkah laku yang kurang sesuai,
kemahiran komunikasi dan sosial
 Bekerjasama dengan ibubapa
 Mengadakan program pembelajaran yang
berstruktur dan menggalakkan ransangan
 Mengenalpasti faktor pengukuhan seperti pujian
dan peneguhan sosial untuk menunjukkan tingkah
laku yang baik
HIPERAKTIF
 Ataupun gangguan penumpuan ( Attention
Deficit Disorder)
 Kanak-kanak aktif yang berumur 3 tahun
biasanya menjadi hiperaktif jika diminta
duduk dan menjalani aktiviti yang pasif
selama 20minit
 Begitu juga dengan kanak-kanak berumur
5 tahun yang mana umur mentalnya
adalah pada tahap 3 tahun
PUNCA-PUNCA KANAK-KANAK
HIPERAKTIF
 Hiperaktif dipercayai berpunca daripada
gangguan mekanisme sistem saraf.
 Walaupun faktor genetik, infeksi atau
kerosakan pada otak sering dikaitkan sebagai
punca penyakit ini, namun faktor- faktor
seperti masalah di rumah, toksin, kekurangan
zat makanan dan alahan kepada makanan
mungkin lebih berpengaruh.
 Mereka seolah-olah sentiasa cergas dan
bertenaga setiap masa.
CIRI-CIRI HIPERAKTIF

1. Tidak memberi
tumpuan

2. Impulsif

3. Hiperaktif
TIDAK MEMBERI TUMPUAN

 Selalu tidak mematuhi arahan


 Gagal menyiapkan kerja sekolah, kerja
harian dan tugas.
 Sukar memberi tumpuan pada sesuatu
aktiviti
 Tumpuan perhatian singkat
IMPULSIF
 Bertindak tanpa berfikir
 Bertukar kepada satu aktiviti ke aktiviti lain

 Sukar mengendalikan sesuatu aktiviti

 Perlu diberi perhatian yang lebih

 Sukar menunggu giliran


HIPERAKTIF
 Aktivitifizikal yang agresif dan berlebihan
 Suka mengganggu orang lain
 Selalu bercakap banyak
 Tindakan yang berlebihan terhadap rangsangan
cahaya, bunyi dan warna.
 Tidur yang tidak tetap.
 Terlalu kerap menangis atau ketawa.
 Mengubah aktiviti atau tindakan secara mengejut.
 Mudah mengamuk bila kehendaknya dihalang.
 Sukar menyesuaikan diri dan berinteraksi dengan
rakan sebaya.
IMPLIKASINYA DALAM P&P
 Memberi perhatian yang lebih kepadanya di dalam
kelas
 Guru perlu memberikan reaksi yang positif kepadanya
ketika kanak-kanak memaparkan tingkah laku yang
menganggu
 Memerlukan persekitaran yang konsisten untuk
mempelajari peraturan dan kawalan kendiri
 Memberi ganjaran kepada tingkah lakunya yang baik
seperti memuji ataupun hadiah
 Mengenalpasti had kemampuan kanak-kanak untuk
memberi tumpuan supaya keadaan kelas dapat
dikawal.
DEFINISI:
 Kanak - kanak yang tidak boleh mengikuti
pelajaran di kelas, kurikulum , di sekolah biasa
 terlalu lambat untuk mencapai satu - satu
objektif pengajaran yang mudah atau objektif
jangka pendek
 mempunyai daya rangsangan serta daya
pengamatan yang lemah atau rendah.
CIRI-CIRI:

 Pencapaian pelajaran / akedemik berbeza.


 Pendiam / tidak aktif / banyak cakap.

 Sukar menerima arahan.

 Meninggalkan huruf,sukukata @ perkataan ketika


membaca dan menulis.
 Tulisan yang terlalu buruk/Sukar dibaca.
 Huruf terbalik /Urutan dan arah yang
salah
 Tanpa ketetapan /Menaik dan menurun
 Tanpa ketetapan dan ketentuan - jarak
huruf dan perkataan.
 Saiz yang tidak seragam /
Mencampuradukkan saiz - besar dan
kecil.
 Kekerapan kesalahan dalam ejaan,
tanda bacaan
tidak tepat.
 Tidak dapat berkomunikasi seperti kanak
- kanak biasa.
 Menyebut huruf-huruf yang tidak
tepat/salah, bertukar-tukar.
 Idea yang tidak berkembangan dan
penyusunan idea yang tidak teratur.
 Perbendaharaan kata yang terhad dan
tatabahasa
o Baka
o Tersekat pengalaman
o Intelek yang rendah
o Masalah emosi
o Kekecewaan
o Rasa rendah diri
o Kemantangan yang lambat
o Lemah daya ingatan
o Mudah terganggu tumpuan
SAMBUNGAN……..

o Faktor-faktor kesihatan
o Persekitaran
o Amalan makanan
o Kesan semasa mengandung
o Penyakit semasa pembesaran selepas lahir.
o Ubat semasa mengandung.
o Kemalangan.
o Sosio - ekonomi.
o Kurang rangsangan
 Temubual.
 Merujuk kepada pwgawai / pakar perubatan.
 Mewujudkan suasana pembelajarn yang sesuai &
menyeronokkan.
 Senang ke susah.
 Konkrit ke abstrak.
 Melibatkan seberapa banyak pancaindera
 Banyakan pengukuhan dan latihtubi.
 Jauhkan dendaan yang negatif
 Kanak-kanak yang ditafsirkan sebagai terencat
akal adalah kanak-kanak yang menpunyai daya
pemikiran yang berkurangan dan bermasalah
dalam pembelajaran.
 Mereka yang kerencatan akal yang teruk (severe
mental retardation) tidak boleh berjalan, bercakap
atau menjaga diri.
 Manakala mereka yang tidak begitu teruk hanya
mempunyai masalah mempelajari cara-cara hidup
seperti menjaga diri.
 Idiot
 Tidak dapat melindungi diri daripada bahaya fizikal dan mungkin
mencederakan diri sendiri.
 Mempunyai darjah kecerdasan antara 35-49%
 Imbersil
 Tidak boleh mengurus diri tetapi masih boleh dilatih.
 Kadar kecerdasan 50-70%
 Moron
 Perlukan jagaan, kawalan dan tunjuk ajar khas.
 Perkembangan mental hanya 23% daripada kadar biasa.
 Lambat berjalan dan lambat bercakap.
 Lembab
 Lambat menerima pelajaran dan sukar sesuaikan diri dengan situasi
sekolah biasa.
 Darjah kecerdasan 50-70%
 Kecacatan anggota tidak bermakna anak yang
terlibat kerencatan akal.
 Kanak-kanak cacat yang mempunyai darjah
kecerdasan (Intelligent Quotient, IQ) di antara 35-
85.
 Kanak-kanak dalam ketegori ini biasanya
menghadapi kerosakan sistem saraf akibat masalah
kelahiran, kecederaan, warisan baka keluarga,
kekurangan zat makanan atau gangguan horman dan
sebagainya.
Ciri-ciri kanak-kanak cacat yang mempunyai kecerdasan di
antara 50-70%.
 Kanak-kanak ini boleh mengikuti pelajaran hingga Darjah 4,
sehingga mereka mencapai umur 16 tahun.
 Taraf pencapaian akademik: ½ hingga ¾ daripada taraf
pencapaian murid-murid biasa.
 Hanya boleh membaca atau memahami konsep matematik
secara formal apabila umur mencapai 9-12 tahun.
 Ingatan tidak kekal dan mudah lupa.

 Belajar lambat dan perlukan bnayak aktiviti pengukuhan untuk


kekalkan kemahiran.
Ciri-ciri kanak-kanak yang mempunyai
tahap kecerdasan di antara 35-49%:
 Boleh dilatih untuk menguruskan hal peribadi
diri sendiri, seperti memakai baju, makan,
menjaga kebersihan diri dll.
 Tidak berupaya belajar kecuali dengan cara
menghafal.
 Mereka tidak boleh mengikuti pelajaran di
sekolah biasa.
Ciri-ciri kanak-kanak
yang mempunyai tahap kecerdasan di
bawah 35%:
 Tidak boleh berdikari langsung.
 Mudah dikenal pasti kerana mereka tidak
boleh menjaga diri dalam sebarang urusan
hal peribadi.
 Memerlukan bantuan orang normal untuk
menolong mereka.
Implikasi
 Difokuskan kepada kemahiran-kemahiran
kesediaan untuk belajar
 Kemahiran psikomotor dan kemahiran sosial
pula perlu di latih
 Kanak-kanak perlu ditekankan dengan
kemahiran yang dapat membantu mereka
berdikari
 Perlu diberi peluang untuk mempraktikkan apa
yang telah dipelajari
 Guru juga berperanan dalam memotivasikan murid
denganpelajaran yang menarik serta bermakna
 Guru perlulah meluangkan masa dengan cara
mengambil sedikit waktu belajar, dengan mengisi
slot seperti sesi perbincangan, soal jawab, dan
rumusan
 Guru juga perlu membimbing murid melakukan
pemindahan pembelajaran hasil daripada
pemahaman konsep secara lebih jelas dan mendalam
 Peranan ibubapa di rumah juga diharapkan dan
digalakkan dalam membimbing proses pembelajaran
 Secara am, kanak-kanak pintar cerdas merujuk kepada kanak-
kanak yang Darjah Kecerdasan melebihi 120.
 Tergolong dalam 3 kategori iaitu:

I. Kanak-kanak yang mempunyai intelek yang tinggi.


II. Kanak-kanak yang mempunyai bakat mencipta.
III. Kanak-kanak yang berbakat khas dalam senilukis,
penulisan, drama, muzik, kraftangan,sukan dll.
Menurut Dr. Chua Tee Tee, pelajar
pintar cerdas ialah kanak-kanak yg
menunjukkan potensi/kebolehan
dengan cemerlang dalam aktiviti
intelek.

Mereka juga mempunyai daya ingatan


yang tinggi serta berbakat
mencipta/berbakat khas.
 Dr.Chua Tee Tee mengenal pasti 7 ciri
pelajar pintar cerdas:

1. Mempunyai keupayaan berfikiran kreatif.


2. Memperolehi kebolehan intelek am.
3. Memiliki kebolehan akedemik khusus.
4. Berbakat dalam satu atau lebih kesenian.
5. Cekap menyesuaikan diri dari segi sosial dan emosi.
6. Boleh bervisi jauh.
7. Mempunyai bakat memimpin.
 Ciri-ciriam:
Mempunyai kemahiran kognitif yang tinggi.
Mempunyai sifat ingin tahu yang amat kuat dan
ketara.
Mempunyai potensi kreativiti dan sensitiviti.
Menunjukkan motivisi yang kuat.
Mempunyai perasaan afektif yang tinggi.
 Ciri-ciri spesifik dari aspek positif:
Boleh belajar dengan mudah dan cepat.
Dapat mengukuhkan dan mengekalkan dalam ingatan apa
yang dipelajari tanpa banyak latihan berulang-ulang.
Menunjukkan sifat ingin tahu terhadap bidang dan skop yang
mendalam dengan kerap kali bertanya serta membaca.
Memperolehi perbendaharaan kata yang banyak dengan
ditonjolkan dalam pemikiran dan pendapatnya.
Suka membaca bahan-bahan di paras kematangan.
Mempunyai sifat lucu dan sering nampak riang.
dll
Ciri-ciri spesifik dari aspek negatif:
 Hiperaktif dan tidak boleh berdiam diri, tidak boleh menumpukan
perhatian dan sering menggangu rakan-rakan di sekeliling.
 Silap dalam ejaan,tulisan kurang kemas/ silap dalam kira-mengira
kerana kekurangan kesabaran.
 Sikap acuh tak acuh terhadap kerja yang diberikan oleh guru.
 Suka mencari kelemahan dan mengkritik secara terbuka rakan-rakan
dan guru.
Implikasi
 Penyediaan pembelajaran murid pintar cerdas -
menyediakan bahan dan aktiviti yang menarik dan
mencabar
 perlu diberi peluang kepada murid membuat pilihan
dan keputusan sendiri tentang bahan dan aktiviti yang
ingin dilaksanakan.
 guru-guru perlu mengadakan program pengayaan

 Ibu bapa perlu mempunyai kemahiran serta


keyakinan yang membolehkan mereka
mempraktikkan amalan-amalan mendidik anak pintar
cerdas
Mok Soon Sang, Perkembangan kanak-kanak, Terbitan
Multimedia Sdn. Bhd.,2009

Haliza Hamzah,Joy N.Samuel dan Rafidah Kastawi,


Perkembangan kanak-kanak untuk Program Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian Empat Tahun, Terbitan
Kumpulan Budiman Sd. Bhd.,2008
 http://www.teachersrock.net/Pemulihan_Siapa_Mengapa.htm
 http://www.sksenai.com/blogs/index.php/2008/07/23/lemba
m-slow-learner?blog=6
 http://www.mpaeds.org.my/Nurse/akal.htm

 http://ratuhati.com/index.php/Tip-dan-Petua/Untuk-
Anak/Bayi/Kanak-kanak-Terencat-Akal
 http://www.sksenai.com/blogs/index.php/2008/07/23/kerenca
tan-akal-mental-retardad?blog=6
 http://mifzawal.blogspot.com/2008/12/anak-hiperaktif.html

 http://mifzawal.blogspot.com/2008/12/perkembangan-otak-
anak-hiperaktif-lebih.html
SEKIAN, TERIMA
KASIH

DISEDIAKAN OLEH:
SUZAINA BINTI MAT SOPARI
NOR LATIPAH BINTI CHE YUSOFF

You might also like