Download as pptx, pdf, or txt
Download as pptx, pdf, or txt
You are on page 1of 16

PENGA JIAN PER NIAGAAN 2

BAB 1:PERATURAN DAN KEPERLUAN


PERN IAGAAN …
UNDANG-UNDANG PERHUBUNGAN
MAJIKAN DAN PEKERJA…
~AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1991…
UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR…
~PENGENALAN…
~DEFINISI PENCEMARAN…
~JENIS-JENIS PENCEMARAN…
AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA 1969…

Ditadbirkan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melindungi pekerja-


pekerja berinsurans terhadap kejadian-kejadian luar jangka seperti kemalangan
perusahaan,ilat dan kematian akibat dari sebarang sebab melalui dua skim
keselamatan sosial,iaitu Skim Insurans Bencana Pekerjaan dan Skim Pencen Ilat.
Perlindungan di bawah akta ini terpakai untuk semua pekerja di seluruh Malaysia
tanpa mengira besar atau kecil firmanya yang menerima gaji sehingga RM2000
sebulan.
Pekerja asing dikecualikan daripada perlindungan-perlindungan di bawah Akta ini
kerana mereka dilindungi oleh Akta Pampasan Pekerja 1925.
Untuk mendapat perlindungan majikan mestilah mendaftarkan pekerjanya sebagai
ahli dalam Pertubuhan Keselamatan Sosial dan mencarum secara bulanan kepada
pertubuhan tersebut.
Majikan yang gagal untuk mendaftarkan pekerjanya dan membuat sumbangan
bulanan boleh didenda.
Skim Keselamatan Sosial boleh dibahagikan kepada dua iaitu skim insurans
bencana pekerjaan dan skim pencen ilat.
SKIM KESELAMATAN SOSIAL

Skim Insurans Bencana Pekerjaan:- Skim Pencen Ilat:-

Faedah Perubatan Pencen Ilat

Faedah Hilang Upaya Sementara Bantuan Ilat

Faedah Hilang Upaya Kekal Pencen Penakat

Elaun Layanan Sentiasa Elaun Layanan Sentiasa

Faedah Orang Tanggungan Faedah Pengurusan Mayat

Faedah Pengurusan Mayat Faedah Pemulihan

Faedah Pemulihan
SKIM INSURANS BENCANA PEKERJAAN:-
Bencana kerja ialah bencana terhadap tubuh badan seseorang pekerja disebabkan
oleh kemalangan atau sesuatu penyakit yang terbit daripada dan dalam masa
menjalankan pekerjaan.
Skim ini adalah wajib dan majikan dikehendaki melindungi pekerjanya dengan
PERKESO walau mungkin majikan telah melindungi pekerjanya di bawah skim lain,
antara faedah yang disediakan oleh skim ini ialah:
Faedah perubatan:
 Seseorang pekerja yang mengalami bencana kerja berhak menerima rawatan
percuma di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan.
 Apabila seseorang pekerja mendapat kecederaan,dia boleh mendapat rawatan
di mana-mana klinik panel PERKESO atau di mana-mana klinik atau hospital
kerajaan.
Faedah hilang upaya sementara:
 Diberikan kepada seseorang pekerja yang disahkan oleh doktor tidak
berupaya bekerja selama tempoh sekurang-kurangnya 4 hari termasuk hari
kemalangan.
 Faedah akan dibayar sepanjang cuti sakitnya(Seksyen 22(a)).
 Kadar harian faedah hilang upaya yang kena dinayar bersamaan dengan 80%
daripada gaji harian anggapan purata sebagaimana yang diperuntukkan oleh
Jadual Keempat.
Faedah hilang upaya kekal:
 Satu pembayaran seumur hidup bersamaan 90% daripada gaji harian anggaran
purata sebagai mana yang dinyatakan di dalam Jadual Keempat.
Elaun layanan sentiasa:
 Dibayar kepada pekerja yang mengalami hilang upaya langsung yang kekal
manakala hilang upaya mencari nafkah ditaksirkan sebanyak 100% yang
sentiasa memerlukan layanan sendiri oleh orang lain.
 Kadarnya ialah 40% daripada kadar faedah hilang upaya langsung yang kekal
tertakluk ke[ada bayaran maksimum sebanyak RM250 sebulan.
Faedah orang tanggungan:
 Sekiranya seseorang pekerja mati akibat bencana kerja yang berlaku ke
atasnya maka tanggungannya berhak mendapat faedah orang tanggungan
mengikut kadar tertentu yang dinyatakan di dalam Jadual Keempat.
Faedah pengurusan mayat:
 Jika seseorang pekerja berinsurans meninggal dunia akibat sesuatu bencana
kerja atau lain-lain sebab semasa dia sedang menerima faedah hilang
upaya,faedah pengurusan mayat akan dibayar kepada ahli keluarganya yang
tertua dan masih hidup sebanyak RM1000.
Faedah pemulihan:
 Kemudahan bagi pemulihan jasmani dan pemulihan vokasional disediakan oleh
PERKESO kepada pekerja yang menghidap hilang upaya kekal.
SKIM PENCEN ILAT:-
Memberikan perlindungan sepanjang hayat daripada sebarang punca ilat dan
kematian.
Ilat adalah istilah yang digunakan untuk keuzuran yang serius dan berkekalan yang
tiada kemungkinan untuk sembuh sehingga menyebabkan dia tidak berupaya untuk
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan yang menguntungkan.
Antara faedah yang boleh diperolehi ialah:
Pencen ilat:
 Seseorang pekerja adalah berhak kepada pencen ilat jika ia disahkan mengalami
keuzuran yang berkekalan,belum mencapai umur 50 tahun pada masa notis ilat
dikemukakan dan telah menemui syarat kelayakan caruman.
Batuan ilat:
 Batuan ini dibayar kepada pekerja yang tidak layak menerima oencen ilat oleh
kerana tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan caruman tetapi telah membuat
sekurang-kurang 12 bulan caruman.
 Amaun bantuan ilat ini adalah sebanyak jumlah caruman telah dibayar oleh
pekerja dan majikan termasuk faedahnya.
Pencen penakat:
 Jika seseorang pekerja sedang menerima pencen ilat,atau jika seseorang pekerja
yang belum genap umur 55 tahun tetapi telah memenuhi syarat-syarat untuk
mendapat pencen ilat di bawah akta ini mati,maka pencen penakat mengikut
kadar yang sama akan diterima olehnya kenalah dibayar kepada tanggungannya.
 Pencen ini dibayar kepada tanggungan pekerja yang mati tanpa mengambil sebab
kematian .
 Kadar pencen yang kena dibayar adalah sama seperti yang diperuntukkan di
bawah faedah orang tanggungan di bawah Skim Insurans Bencana Pekerjaan.
Elaun layanan sentiasa.
Faedah pengurusan mayat.
Faedah pemulihan.
Peruntukan berkenaan dengan 3 faedah yang terakhir itu adalah hampir sama
sebagaimana yang diperuntukkan oleh Skim Insurans Bencana Pekerjaan.
UNDANG-UNDANG ALAM SEKITAR…
Bertujuan untuk mengawal sungai dan anak sungai daripada pencemaran.
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan akta yang paling kmprehensif
berkenaan dengan alam sekitar di Malaysia.
Diwujudkan apabila pihak kerajaan berpendapat adalah perlu diwujudkan satu
akta pengurusan alam sekitar yang komprehensif untuk merancang dan
melaksanakan program berkenaan alam sekitar sebagai mana yang dinyatakan
dalam Rancangan Malaysia Ketiga dan Kelima.
Antara perkara yang dinyatakan di dalam Rancangan Malaysia Ketiga dan Kelima
ialah penyenggaraan alam sekitar yang sihat dan bersih,mempertahankan kualiti
alam sekitar,meminimumkan kesan ke atas alam sekitar walaupun terdapat
pertambahan penduduk dan pertambahan aktiviti manusia,melaksanakan langkah
mencegah lebih baik dari mengatasi dan menggalakan kerjasama di antara
kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri berkenaan alam sekitar.
Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 merupakan instrumen asas untuk mencapai
objektif alam sekitar peringkat kebangsaan.
Bertujuan untuk memberi nasihat kepada Ketua Pengarah untuk melaksanakan
tugasnya berkenaan dengan alam skitar.
Antara tugasnya ialah menyelaras semua aktiviti yang bersangkutan dengan
pelupusan bahan buangan,mengawal pencemaran,menjaga kualiti alam sekeliling,
mengisukan lesen untuk pelupusan bahan buangan dan lain-lain.
DEFINISI PENCEMARAN…
Leeson (1995) mendefinisikan pencemaran sebagai “ the introduction by man into
the enviroment of substance or energy liable to cause hazards to human health,
harm to living resources and ecological systems,damage to structures or amenity,
or interference with the legitimate uses of the enviroment ”.
Seksyen 2 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan bahawa
pencemaran bermaksud apa-apa perubahan langsung atau tidak langsung kepada
sifat-sifat fizikal,haba,kimia,kesan biologi,ke atas mana-mana bahagian alam
sekitar dengan melepaskan,mengeluarkan atau meletakkan perkara-perkara yang
membahayakan alam sekitar,mencemar barangan-barangan hingga menjejaskan
apa-apa kegunaan berfaedah,menyebabkan suatu keadaan yang merbahaya atau
mungkin merbahaya kepada kesihatan,keselamatan atau kebajikan awam,atau
kepada binatang,burung ,hidupan-hidupan liar,ikan atau hidupan-hidupan dalam
air,atau kepada tumbuh-tumbuhan atau menyebabkan suatu perlanggaran
terhadap apa-apa syarat,had atau sekatan yang dikenakan ke atas sesuatu lesen
yang dikeluarkan di bawah akta ini.
Pencemaran mestilah mempunyai empat elemen tersebut:
a)sumber pencemaran.
b)ejen pencemaran.
c)perantaraan yang mana ejen pencemar itu disampaikan.
d)kesan pencemaran.
JENIS-JENIS PENCEMARAN…
Pencemaran tanah:
 Terjadi akibat berlakunya hakisan atau runtuhan tanah dan boleh berlaku
melalui dua cara iaitu secara runtuhan geologikal atau akibat daripada
perbuatan manusia.
 Runtuhan secara geologikal atau semula jadi contohnya akibat daripada
tindakan pertembungan angin jarang berlaku.
 Namun runtuhan akibat daripada perbuatan manusia seperti peningkatan
kadar pembangunan,pembalakan,perlombongan dan aktiviti pertanian
mencatatkan kadar yang paling tinggi.
 Boleh menyebabkan pencemaran kepada air sungai sekiranya tanah yang
runtuh itu dibawa oleh air hujan ke sungai.
 Kejadian tersebut menjadikan sungai semakin cetek,tidak sesuai untuk
kegiatan rekreasi dan air sungai tidak lagi bersih untuk diminum.
 Boleh mengakibatkan ketidaksuburan kepada tanah itu sendiri apabila tanah
ini dihanyutkan ke dalam kawasan tanaman padi yang mana akan menyebabkan
percampuran tanah yang tidak lagi sesuai untuk tanaman jenis itu.
 Ia juga boleh menyebabkan berlakunya banjir.
 Seksyen 24 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan bahawa
melainkan jika memperolehi lesen,seseorang tidak boleh
mencemarkan,menyebabkan atau membenarkan mana-mana tanah dicemar.
 Seksyen 24 (3) memperuntukkan,jika didapati bersalah,seseorang itu boleh
dikenakan denda tidak lebih daripada seratus ribu ringgit atau penjara selama
tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan
tidak lebih daripada satu ribu ringgit setiap hari bagi tiap-tiap hari kesalahan
itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya satu notis yang diberi oleh Ketua
Pengarah yang menghendakinya memberhentikan perbuatnan tersebut.
Pencemaran air(perairan daratan):
 Terjadi disebabkan oleh beberapa faktor seperti bahan buangan daripada
industri berteraskan pertanian seperti kelapa sawit,getah dan industri
pembuatan seperti makanan,tekstil,kertas,getah yang masuk ke dalam sungai
dan tasik.
 Pencemaran air juga terjadi akibat daripada aktiviti penternakan,hakisan
tanah,pengeladakan sungai dan bahan buangan daripada aktiviti perlombongan.
 Kesan utama pencemaran air terjadi ialah ketiadaan air bersih untuk dijadikan
minuman dan sungai atau tasik tercemar hal ini akan menjejaskan hidupan di
dalamnya dan juga menggangu aktiviti seperti rekreasi.
 Seksyen 25 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan bahawa
melainkan jika memperoleh lesen tiada seseorang pun boleh melepaskan atau
meletakkan apa-apa buangan ke dalam mana-mana perairan darat.
 Sekiranya dilanggar,seseorang itu boleh dikenakan denda tidak lebih daripada
RM100 000 atau penjara selama tempoh tambahan tidak lebih daripada lima
tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM1000
sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan
kepadanya satu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah yang menhendakinya
memberhentikan perbuatan tersebut.
Pencemaran bunyi:
 Berlaku akibat daripada kesesakan lalu lintas apabila terdapat bunyi daripada
enjin kenderaan,ekzos,hon dan juga hentaman pintu kenderaan apabila
ditutup.
 Penduduk yang tinggal berhampiran dengan lapangan terbang pencemaran
bunyi juga berlaku daripada bunyi kapal terbang naik atau turun.
 Bunyi daripada kerja-kerja pembinaan bangunan dan bunyi mesin dari industri
perkilangan juga merupakan punca pencemaran ini terjadi.
 Boleh menyebabkan keupayaan mendengar menjadi berkurangan akibat
kebiasaan mendengar bunyi yang kuat dan boleh memberi kesan kepada
kesihatan mental dan fizikal.
 Seksyen 23 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan,melainkan
jika diberi lesen,tiada seorang boleh mengeluarkan atau menyebabkan atau
dibenar keluar apa-apa bunyi bising yang lebih kuat bahana,keamatan atau
kualitinya.
 Jika didapati bersalah seseorang itu boleh dikenakan denda tidak lebih
daripada RM100 000 atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada 5
tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM500
sehari bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan
kepadanya suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah menghendakinya
memberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalam itu.
Pencemaran laut:
 Berlaku akibat daripada pembuangan atau tumpahan minyak yang berlaku
akibat perlanggaran atau kerosakan kapal.
 Pencemaran juga boleh berlaku apabila laut dijadikan sebagai tempat buangan
bahan buangan pejal daripada pelbagai industri seperti radioaktif dan sisa
toksik.
 Apabila laut tercemar hidupan akuatik termasuk ikan dan makanan laut yang
lain yang merupakan sumber makanan manusia akan termusnah dan aktiviti
pelancongan dan rekreasi akan terjejas.
 Seksyen 27 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan,melainkan
jika seseorang itu telah diberi lesen,tiada seorang pun boleh melepaskan atau
menumpahkan apa-apa minyak atau campuran yang mengandungi minyak ke
dalam perairan Malaysia.
 Sekiranya peruntukkan ini dilanggari,seseorang itu boleh dikenakan denda
tidak kurang daripada RM500 000 atau penjara tidak lebih dari lima tahun
atau kedua-duanya.
 Seksyen 29 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan,melainkan
jika diberi lesen,tiada seorang pun dibenarkan untuk melepaskan buangan-
buangan ke dalam perairan Malaysia.
 Sekiranya didapati bersalah,seseorang itu boleh dikenakan denda tidak
melebihi RM500 000 atau penjara tidak lebih dari lima tahun atau kedua-
duanya.
Pencemaran udara:
 Berlaku akibat daripada asap kenderaan,asap yang dikeluarkan daripada
industri-industri lain yang berasakan kayu,getah,kejuruteraan dan lain-lain.
 Ia juga boleh berlaku akibat daripada kebakaran hutan,pembakaran sisa
pertanian,letupan gunung berapi dan ribut pasir.
 Kesan buruk apabila berlakunya pencemaran ini ialah gangguan pernafasan
kepada hidupan bernyawa di mana akhirnya boleh mengakibatkan maut.
 Ia juga boleh menjejaskan kadar penglihatan dan mengakibatkan gangguan
terhadap beberapa aktiviti seperti pengangkutan,reakreasi dan lain-lain.
 Seksyen 22 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 memperuntukkan,melainkan
jika dilesen,tiada seorang boleh mengeluar atau melepaskan apa-apa buangan
ke dalam udara.
 Jika seseorang didapati bersalah,dia boleh dikenakan denda tidak lebih
daripada RM100 000 atau penjara selama tempoh tidak lebih dari lima tahun
atau kedua-duanya dan denda tambahan tidak lebih daripada RM1000 sehari
bagi tiap-tiap hari kesalahan itu diteruskan selepas disampaikan kepadanya
suatu notis yang diberi oleh Ketua Pengarah menghendakinya
memberhentikan perbuatan yang dinyatakan di dalamnya.
JENIS PENCEMARAN DAN HUKUMANNYA…
Bil. Jenis Seksyen Hukuman
1 Pencemaran tanah Seksyen 24 Denda tidak lebih RM100 000 atau

penjara tidak lebih 5 tahun atau


kedua-duanya sekali.
2 Pencemaran air Seksyen 25 Denda tidak lebih RM100 000 atau
(perairan daratan) penjara tidak lebih 5 tahun atau
kedua-duanya sekali.
3 Pencemaran bunyi Seksyen 23 Denda tidak lebih RM100 000 atau
penjara tidak lebih 5 tahun atau
kedua-duanya sekali.
4 Pencemaran laut Seksyen 27 Denda tidak lebih RM100 000 atau
penjara tidak lebih 5 tahun atau
kedua-duanya sekali.
Seksyen 29 Denda tidak lebih RM100 000 atau
penjara tidak lebih 5 tahun atau
kedua-duanya sekali.
5 Pencemaran udara Seksyen 22 Denda tidak lebih RM100 000 atau
penjara tidak lebih 5 tahun atau
kedua-duanya sekali.
DAH HABIS……
NIESAH…

SOFEA…

You might also like