Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PENDIDKAN MORAL

 Definisi Moral

Moral berasal daripada perkataan Bahasa Latin “moralis” yang bererti tingkah laku yang sejajar dan sesuai dengan
tatasusila atau peraturan sesebuah masyarakat.

Moralis bermaksud amalan kepada ajaran keadilan dan kebaikan.

 Definisi Etika

Etika berasal daripada perkataan Greek iaitu “ethos” yang bermaksud adat atau cara hidup. Etika juga didefinisikan
sebagai sains moral yang bertanggung jawab menentukan tindakan seseorang itu sama ada baik atau buruk.

 Sejarah Etika

a. Etika Hindu
Etika Hindu dari kita Veda (1500 S.M) mengandungi ajaran etika di samping dasar ketuhanannya. Ia
menggalakkan penganutnya mematuhi displin dengan melaksanakan tuntutan ajaran agama hindu dan upacara
ibadat kepada tuhan mereka. Sifat yang dikatakan beretika termasuklah kemerdekaan, kesihatan, kekayaan dan
kebahagiaan.

b. Etika Buddha
Diasaskkan sejak 25 abad lagi. Etika yang diperjuangkan dalam agama Buddha ialah :
i. Sengsara, sakit sebagai lazim dalam alam ini.
ii. Kembali ke dunia (reinkarmasi) disebabkan kotornya roh dengan nafsu syahwat terdahulu.
iii. Untuk menyelamatkan diri dalam usaha mencapai nirwana maka hendaklah melepaskan diri dari
segala syahwat.
iv. Wajib menjauhi rintangan yang menghalang seseorang dalam melepaskan nafsu syahwatnya iaitu
dengan memadamkan sekalian keinginan dan kesukaan.

c. Etika Kung Fu Tze


Kung Fu Tze merupakan seorang ahli falsafah cina yang terkenal pada 551-478 S.M. Beliau telah mengemukan
beberapa ajaran etika iaitu :
i. Kesempurnaan boleh dicapai oleh orang yang bijaksana
ii. Kebijaksanaan boleh dicapai melalui berfikir, meneliti dan belajar mencari kebenaran dan kebaikkan
iii. Mengasingkan diri beribadat kepada Tuhan
iv. Menghadiri pertemuan dan perbincangan berkaitan dengan ilmu secara terbuka
v. Memberi kursus dan pendidikan etika kepada masyarakat

d. Etika Greek Kuno


Beberapa ahli falsafah kuno telah membicarakan ajaran etika.
Antara tokoh-tokohnya ialah :
i. Socrates
Mengemukan ajaran etika dengan menggalakkan setiap manusia itu mengenali diri sendiri melalui
dirinya

ii. Plato
Adalah murid kepada Socrates. Beliau menjelaskan cara yang terbaik untuk menjalankan etika yang
baik adalah dengan menjadi diri sebagai teladan yang baik dan alam ini merupakan alam yang kekal
iaitu akhirat

iii. Aristotle
1
PENDIDKAN MORAL

Adalah murid kepada Plato. Beliau berpendapat tujuan beretika mulia ialah untuk mencapai
kebahagiaan hidup dengan menggunakan segala kekuatan akal fikiran

iv. Antistenes
Mempelopori mazhab Cynics. Beliau mengatakan manusia perlu meniru etika ketuhanan supaya
beretika mulia. Masyarakat digalakkan supaya mengurangkan keperluan diri sendiri, berpuas hati, suka
kepada penderitaan, menolak kelazatan, tidak takut kepada kemiskinan, tidak takut menerima cercaan
manusia asalkan beretika mulia.

e. Etika Ulama’ Islam


i. Ibnu Maskawih menjadikan al-Quran dan Hadis sebagai sumber pembinaan pemikiran etikanya
ii. Jiwa dijadikan sebagai pusat kekuasaan dan kekuatan yang mempunyai daya yang kuat dalam beretika
iii. Menurut beliau, seorang individu hanya dapat mempelajari etika dengan memahami dan melakukan
sifat-sifat yang mulia seperti tolong menolong, cinta- mencintai dan sebagainya
iv. Imam Al-Ghazali pula merupakan seorang ulama feqah dan tasawuf
v. Falsafah etikanya meliputi kesanggupan meniru sifat-sifat ketuhanan seperti taqwa, keimanan, sabar
ikhlas jujur, zuhud dan segala sifat kesempurnaan Allah s.w.t yang alim
vi. Beliau telah menyatakan cara pembentukan etika yang berkesan iaitu dengan hati yang suci dalam
melakukan sesuatu perkara
vii. Ikhwan Al-Safa membahagikan etika kepada dua iaitu etika yang diwarisi dan etika yang diusahakan
dengan menggunakan ilmu psikologi sebagai asas pembahagian etika
viii. Beliau mengutamakan kebenaran berfikir dan dhamir (hati) perseorangan berdasarkan al-Qura

 Kepentingan Etika
a. Fitrah
Berkelakuan baik dan beretika adalah satu sifat yang sesuai dengan kehendak manusia

b. Keamanan
Kehidupan manusia tanpa gangguan dan masalah

c. Status Manusia
Semua tindakan manusia hendaklah berpandukan kepada akal kerana manusia dan etika tidak
boleh dipisahkan

d. Survival Tamadun Dunia


Bagi mengelakkan dari malapetaka yang dahsyat berlaku, setiap manusia perlu beretika

e. Kesempurnaan Peribadi
Seseorang manusia belum dikatakan seorang yang sempurna kalau ia memiliki semuanya tetapi
mengenai etika ia masih kekurangan

f. Penggalak Kebaikan
Kebaikan kepada diri sendiri, sentiasa mengambil berat terhadap keluarga, jiran dan masyarakat

g. Penghalang Kejahatan
Seorang yang beretika sentisa menjaga identiti dan tingkahlaku yang baik dan elakkan dari
melakukan perbuatan yang jahat

 Konsep Akhlak, Moral dan Agama


a. Konsep Akhlak
Ianya merujuk kepada kelakuan atau watak atau gerak geri seseorang. Dan ianya boleh berubah
mengikut masa dan situasi tertentu

b. Konsep Moral

2
PENDIDKAN MORAL

Kemoralan merupakan sesuatu yang berkait degan peraturan-peraturan masyarakat yang


diwujudkan diluar kawalan individu.
Menurut James Hemming bahawa peraturan-peraturan masyarakat mestilah diterima sebagai
fakta-fakta kehidupan sosial masyarakat

c. Konsep Agama
Agama mempunyai ajaran, peraturan dan perlakuan yang tercatat dalam kitab-kitab suci agama
masing-masing yang jelas menyatakan balasan atau ganjaran yang akan diterima oleh pengikutnya

 Konsep Nilai Baik, Benar dan Patut


a. Konsep Baik
Perkataan baik bermaksud memberi faedah atau bagus apabila menggunakannya

b. Konsep Benar
Sesuatu tingkah laku adalah betul sekiranya ia sejajar dengan tugas atau tanggungjawab dan salah
sekiranya ia bertentangan

c. Konsep Patut
Patut membayangkan sesuatu yang perlu dipenuhi atau dilakukan

 Teori-teori Moral
a. Penaakulan Moral
Bermaksud kebolehan seseorang individu berfikir secara logik terhadap sesuatu isi moral
berdasarkan pertimbangan-pertimbangan moral.
Di dalam masa tersebut, seseorang individu perlu mempunyai kebolehan dalam :
i. memahami sesuatu isu moral itu
ii. mengenal pasti alternatif-alternatif yang ada dan kesannya
iii. memberi pertimbangan yang adil dan objektif terhadap setiap pilihan anternatif itu
iv. memikirkan konsep nilai moral sejagat dan rasional
Kesimpulannya, penaakulan moral haruslah bebas dan selaras dengan prinsip-prinsip moral sosial
masyarakat.

b. Emosi Moral
Adalah perasaan atau reaksi seseorang individu terhadap sesuatu tindakan atau pemikiran. Di
antaranya seperti perasaan marah, sedih, gembira dan sebagainya. Seseorang individu dapat
mengawal emosinya sekiranya :
i. Mengetahui asal-usul sesuatu isu atau situasi itu
ii. Memahami kesusahan, perasaan dan pemikiran orang lain
iii. Menyatakan perasaan diri sendiri dalam keadaan yang sama
iv. Membuat keputusan secara adil dan rasional
v. Emosi moral amat penting kerana memperkuat nilai kemanusiaan dan merapatkan jurang
perbezaan antara pemikiran, keputusan dan tingkahlaku moral

c. Tingkahlaku Moral
Merujuk kepada segala kelakuan dan perbuatan yang dilakukan oleh seseorang individu
berdasarkan nilai-nilai dan norma-norma masyarakat.

d. Justifikasi Moral
Bermakna alasan-alasan yang menjadikan sesuatu itu wajar dilakukan berdasarkan pertimbangan-
pertimbangan moral.
Alasan yang diberikan adakalanya benar dan ada juga yang direka-reka bagi mencapai tujuan
tertentu.

e. Dilema Moral / Konflik Moral


3
PENDIDKAN MORAL

Bermaksud apabila seseorang individu terpaksa membuat pilihan antara beberapa alternatif dan
semua alternatif ini melibatkan nilai-nilai moral

 Aliran Pemikiran Moral


Terdapat beberapa pendekatan etika iaitu :
a. Pemikiran Rasionalis
Berasal daripada perkataan latin “ratio” yang bermaksud reason atau sebab. Segala tingkah laku
moral seperti menghormati orang tua, menyayangi alam sekitar, dan semangat patriotik perlukan
asas pemikiran rasional yang waras dan logik.

b. Pemikiran Naturalis
Naturalis ialah suatu aliran pemikiran yang berusaha untuk menggambarkan sesuatu itu dalam
keadaannya yang sebenar. Individu yang berfikiran naturais mempunyai sifat-sifat berikut :
i. Hidup dalam keadaan tertekan kerana tidak mahu atau tidak dapat mengeluarkan
pendapatnya
ii. Sentiasa merendahkan dirinya dan tidak mahu berinteraksi dengan orang lain
iii. Tiada motivasi dan kurang berusaha

c. Pemikiran Intuisionis
Aliran pemikiran ini merujuk satu proses ‘melihat’ dan ‘memahami’ secara spontan. Aliran ini ada
kaitannya dengan bisikan hati. Dengan kata lain, pemikiran intuisionis ialah sejenis pengetahuan
yang lebih tinggi dan berbeza daripada yang diperoleh secara individu. Kemunculan idea yang
meledak secara tiba-tiba dalam memberikan tafsiran terhadap sesuatu perkara yang boleh
dikaitkan dengan aliran pemikiran ini.

d. Pemikirian Emotivis
Aliran pemikiran ini merujuk sikap manusia yang bertindak mengikut perasaan atau emosi.
Perasaan ini dilahirkan melalui air muka, kata-kata, tingkah laku sama ada perasaan gembira
mahupun sedih.

 Prinsip-prinsip Moral
a. Prinsip Keadilan
Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan prinsip ini amat berkaitan
dengan Teori Keadilan Sosial. Prinsip keadilan merupakan prinsip moral yang mempertimbangkan
prsuder untuk mengagihkan keuntungan antara individu dan masyarakat. Tentunya keadilan
membawa makna tidak pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri.

b. Prinsip Autonomi
Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih. Ini boleh diertikan sebagai
penentuan sendiri tentang peraturan dan kawalan berdasarkan pengalaman dan alasan sendiri.
Andaian bahawa pertimbangan dan tingkahlaku yang dibuat oleh seseorang akibat paksaan dari
luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral.

c. Prinsip Altruisme
Merujuk kepada sebarang tingkahlaku atau pertimbangan moral yang akan melibatkan dengan
orang lain terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut akan lebih
berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan belas kasihan, simpati,
memandang penting dan mengambil berat tentang kebajikan orang lain.

 Peraturan Agama, Moral, Adat dan Undang-undang


a. Peraturan Moral
Ialah satu hasil kajian tentang betul salah tingkah laku manusia. Peraturan moral bersifat rasional.
Ciri-ciri peraturan moral ialah:
i. Boleh diubah-ubah
ii. Dicipta manusia
4
PENDIDKAN MORAL

iii. Tiada pengasas

b. Peraturan Agama
Merangkumi semua aspek kehidupan manusia. Peraturan ini termaktub dalam kitab agama.
Ciri-ciri peraturan agama ialah :
i. Tidak boleh diubah-ubah
ii. Bukan ciptaan manusia
iii. Setiap penganutnya mestilah mematuhi peraturan yang terdapat di dalam agama masing-
masing
iv. Peraturan agama adalah satu cara hubungan antara manusia dengan Tuhan
v. Merangkumi cara hubungan antara manusia dengan manusia.

c. Peraturan Adat
Peraturan-peraturan hidup yang dipusakai daripada datuk nenek kita dan yang diperturunkan
daripada bapa kepada anak atau daripada yang tua kepada yang muda dengan kaedah ditunjuk,
diajar, ditegur dan disapa dan tidak dengan cara yang bertulis
Ciri-ciri peraturan adat ialah :
i. Cara hidup manusia yang mementingkan sifat-sifat tingkah laku yang murni serta baik
ii. Dicipta oleh manusia dan disampaikan secara lisan seperti nasihat, teguran dan teladan
dari satu generasi kepada generasi yang lain
iii. Penafsiran peraturan adat berbeza mengikut kaum, masa dan lokasi

d. Peraturan Undang-undang
Norma, nilai dan peraturan sesebuah masyarakat yang boleh membentuk tingkah laku dengan
watak seseorang itu lahir daripada kepatuhan individu terhadap autoriti yang sah.
Ciri-ciri peraturan undang-undang ialah :
i. Peraturan-peraturan masyarakat yang telah diluluskan oleh autoriti
ii. Alat kawalan dan bahan rujukan bagi suatu kesalahan
iii. Perlu dipatuhi oleh setiap individu
iv. Individu yang membuat kesalahan boleh didenda wang atau dipenjarakan
v. Kejahilan terhadap suatu peraturan undang-undang tidak boleh menjadi alasan bagi
membela diri dari tuduhan atau dakwaan

You might also like